30 kali suami curang dengan wanita berbeza. 10 orang aku dapat mesej, semua cakap tak tahu suami dah kahwin. Aku mengandung, dalam pantang..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sepanjang kahwin, suami dah curang dengan 30 orang. Setahu aku, dia hanya curang melalui handphone je, tak sampai ke katil. Katanya, dia chat untuk suka – suka. Tapi ada yang hampir nak ke katil, tapi perempuan tu tak jadi datang. Kalau datang…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Terima kasih admin aprove post ni. Mohon pendapat semua wanita dalam page ni. Maaf, post terlalu panjang. Aku isteri ( 27 tahun ), ada suami ( 27 tahun ) dan seorang anak berusia hampir 3 tahun.

Kami kahwin termasuk tahun ni 4 tahun. Sebelum kahwin, kami kenal dan bercinta 4 tahun. Total perkenalan kami lebih kurang hampir 8 tahun. Kami masing-  masing bekerja. Suami sangat baik dengan anak. Bab nafkah tak pernah culas, tak berkira dengan aku dan anak.

Straight to the point, semasa bercinta, suami pernah curang berkali -k ali. Aku tahu dan dia pujuk dan aku maafkan, perkara ni berulang kali. Semasa hampir tarikh kahwin, suami curang lagi dan aku dah rasa macam tak boleh nak teruskan hubungan.

Kemudian, emak suami pujuk aku dan akhirnya aku pun maafkan, dan kami kahwin. Sepanjang tempoh perkahwinan, tahun pertama kami terus diberikan zuriat. Syukur Alhamdulillah. Tapi, aku banyak menangis. Dia curang masa aku mengandung, masa aku sarat mengandung dan semasa aku berpantang.

Dia curang lagi dan lagi. Yang aku tahu, hampir 30 orang dia curang. (Aku ada chat hampir 10 orang daripada mereka. Diorang cakap suami tak ada bagitahu yang dia dah kahwin. Aku tak marah diorang sebab aku kenal suami aku macam mana).

Aku nak berpisah tapi terfikirkan anak aku yang manja dengan ayah dia. Selalu tunggu ayah dia balik kerja. Buat aku terfikir – fikir. Aku ada pergi ke pejabat agama untuk kaunseling. Orang pejabat ada bagi surat tapi dia bagi kat rumah orang lain.

Bila aku dapat surat tu, dah terlepas tarikh. Suami minta maaf berulang kali atas kejadian yang sama. Sebelum ni, kami tinggal di bandar yang 2 jam dari kampung aku dan suami. Sekarang kami tinggal di kampung suami (rumah sewa). Suami kata dia akan berubah disebabkan dia dekat dengan family dia.

Dia takut family dan sanak saud4ra tahu tentang per4ngai dan hal kami. Aku maafkan lagi. Hampir 2 bulan kemudian, aku dapat tahu suami curang lagi. Aku call pejabat mahkamah untuk minta tunjuk ajar berkaitan kes penceraian. Aku minta suami lepaskan aku tapi suami tak nak.

Aku str3ss, aku tr4uma, aku down, aku terduduk. Setahu aku, suami hanya curang melalui handphone je, tak sampai ke katil. Katanya, dia chat dengan ramai orang untuk suka – suka. Tapi ada yang hampir nak ke katil, tapi perempuan tu tak jadi datang.

Kalau datang, tak tahulah macam mana nasib aku dan anak. Aku bagitahu hal ni kat mak ayah mertua dan ipar (beIah suami). BeIah family aku memang tak tahu tentang semua yang terjadi antara aku dengan suami sepanjang 8 tahun ini. (Time balik kampung aku dengan mertua dan berjumpa dengan sesiapa saja, aku berlagak macam tak ada apa – apa).

Family mertua marah suami dan mereka tegur. Suami minta maaf dan janji, bersumpah tak akan buat lagi (entah kali ke berapa juta janji sumpah dia). Mertua nasihat, merayu dan minta maaf bagi pihak anak dia sebab buat aku macam ni.

Mertua merayu menangis, lagi – lagi bila tengok cucu dia yang masa tu baru 2 tahun, akan kehilangan ayah dia. Aku sabar dan tahan dan aku maafkan. Dan tahun ni, 2025, aku dapat tahu suami curang lagi. Maklumat tambahan, aku sentiasa bantu suami dari segi kewangan.

Hal di atas ranjang pula, suami bertahan 2 – 3 minit, 2 kali seminggu atau asal dia minta, aku on je. Aku tak pernah WhatsApp dan curang walaupun sekali sepanjang 8 tahun ini. Aku wanita bekerja, kulit cerah, ada rupa, berat badan 53kg. Ramai lelaki suka dan suami tahu tu.

Kadang – kadang dia tunjuk sifat tak suka dia bila lelaki pandang aku. Dan ada sejarah aku terp4ksa berhenti kerja disebabkan lelaki tempat kerja aku sukakan aku walaupun aku tak layan. (Nombor lelaki tu pun aku tak ada). Kadang – kadang aku terfikir nak curang, nak baIas balik apa yang dia buat. Tapi aku tak minat, tak suka lelaki lain kecuali suami.

Jadi, aku mohon pendapat semua, apa aku perlu buat? Aku dalam dilema. Aku sangat – sangat sayangkan suami aku. Aku tak nak kehilangan suami dan aku tak nak anak aku tak dapat kasih sayang ayah dia macam orang lain. Tapi aku tak boleh terima suami aku buat aku macam ni. Aku s4kit sangat, kecewa, sedih. Aku pandang anak aku, aku menangis. Mohon pendapat semua, apa perlu aku buat? Terima kasih.

Komen netizen :

Arika Tushimo : Nak simpan apa lelaki macam ni? Kalau lelaki yang jenis suka curang, suka layan perempuan lain dari isteri sendiri, jenis buaya, lelaki jenis macam ni! Dah ada isteri pun masih layan skandal. Dah bagi peluang banyak kali pun, janji kari.

Macam ni nak jadi pemimpin dalam rumah tangga? Asyik tipu isteri je! Esok lusa ada anak lagi, kena curang lagi. Sanggup? Ada akal Tuhan bagi, fikir mana baik mana buruk. Takkan nak berlaki kaki penipu, kaki perempuan! Lelaki macam ni memang jenis penting diri sendiri dan tak ada tanggungjawab dalam family.

Yang dia tahu nak seronok je. Sayangkan laki tu berpada – padalah. Masa depan awak dengan anak masih panjang lagi. Jadi, fikir baik – baik untuk hidup awak dengan anak awak, ok?

Shahrizaton Sharifuddin : Kalau betul – betul dia nak berubah, suruh dia tutup semua media sosiaI dia. Awak pun stop support dia. Biar dia kena buat 2 – 3 kerja untuk support family. Bila busy, tak ada la merapu – rapu. Ugvt dia, selagi dia tak berubah, awak takkan tolong dia. Awak muda lagi. Seumur hidup tu saaaaangat lama.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.