Baru – baru ni adik ipar pindah masuk rumah kami dengan alasan dekat dengan tempat kerja. Bayangkan perempuan umur 23 tahun, tapi satu benda pun tak reti buat. Masak megi pun tak pandai, suami saya yang tolong masakkan. Kalau saya buat nestum pun dia suruh buatkan untuk dia sebab katanya dia tak pandai buat!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, tolong hide FB saya ye, saya nak minta pendapat semua. Begini, saya dah berkahwin 3 tahun lepas, sebelum ni hidup kami sekeluarga sangat bahagia, sehingga baru – baru ni adik ipar saya (perempuan) pindah masuk ke rumah kami dengan alasan dapat kerja dekat dengan rumah kami.
Saya menyesal sangat sebab adik ipar saya ni adik tiri suami, diorang tak pernah rapat pun sebelum ni, bersembang pun jarang. Saya yang rapatkan mereka selepas berkahwin sebab saya ni keluarga jenis semua rapat – rapat.
Ok, berbalik pada adik ipar tadi, sebelum ni dia tnggal dengan mak mentua saya. Tapi yang saya hairan kenapa perlu tinggal di rumah kami sedangkan rumah mak mentua kami hanya 10 minit tak sampai dari rumah kami.
Adik ipar pulak memandu kereta sendiri untuk ke tempat kerja. Apa salahnya duduk di rumah mak mertua saya tu, lagipun mak mentua hanya duduk sorang, kira kalau dari rumah mertua 15 minit ke tempat kerjanya tapi dari rumah kami 10 minit.
Tak ape lah, saya ok kan aje, yang saya marah sangat sejak dia duduh di rumah ni, kami suami isteri kerap g4duh kerana semua benda saya kena buat. Umur dia sudah 23 tahun, tapi satu benda pun tak reti buat, masak megi pun tak pandai, suami yang masakkan.
Walaupun saya lapar, masa saya buat nestum pun dia akan suruh saya buat untuk dia sebab katanya dia tak pandai buat. Terp4ksa saya buatkan. Kain baju dia main campak dengan seluar dalam bergulung – gulung, saya basuhkan sidaikan, tolong Iipatkan.
Saya ni ada anak kecik umur setahun lebih, mana dengan anak lagi, dengan suami lagi, tapi takpe la itu tanggungjawab, tapi sekarang kena uruskan dia sekali. Dia dah la perempuan dah umur 23 tahun tapi semua atas saya, lepas makan pun tinggal sahaja atas meja pingan mangkuk dan cawan lepas tu basuh tangan je.
Saya pulak kena kutip dan basuh bekas makan dia. Apa salahnya tolong saya buat kerja rumah, saya dengan anak kecik terkejar – kejar nak masakkan untuk dia, makan pun kena hidang, letak nasik atas pinggan, baru dia datang meja makan.
Suami saya pun makan basuh pinggan sendiri tapi adik ipar sedap duduk depan tengok tv sambil gelak – gelak main HP. Kalau waktu cuti pulak tidur sampai pukuI 2, 3 petang, keluar hanya untuk makan kemudian masuk bilik semula.
Pernah satu hari suami bagi duit nafkah pada saya depan dia dan dia ternampak masalahnya dia boleh cakap, “abang, meh 100 nak wat belanja sebab tak ada duit la. Tadi nampak abang bagi duit kat akak, mesti abang dah gaji kan?”.
Ya Allah, s4kitnya hati saya, sedangkn dia kerja tau gaji ribu-ribu, 1 sen pun tak pernah keluarkan duit untuk rumah ni. Apa salahnya suami dah tanggung anak, bini yang tak kerja, bayar rumah, bil api air, makan untuk sekeluarga, ni sekali dengan dia nak kena tanggung.
Dah kerja tu, tolong la beli lauk sekali sekala, sabun ke, beras ke, ubat gigi ke, tak ade pun dia belikan, semua atas suami saya. Kalau pergi pasar malam, saya ajak dia pergi sekali sebab saya tau kalau dia order je, mesti dia tak bayar, semua dengan duit suami atau saya.
Dah la saya tak kerja, dia langsung tak fikir tu semua. Kalau dia beli makanan atau apa, mesti beli untuk dia sorang je. Apa salahnya, belikan untuk kami ni sekali sekala merasa duitnya, 1 sen pun tak pernah belikan.
Kalau saya teringin makan apa – apa suruh suami belikan, mesti nak kena beli kat dia sekali, nanti merajuk, masuk bilik dengan hent4k pintu. Dah kerjakan, beli la sendiri, entah la, saya kadang – kadang managis sorang – sorang fikirkan nasib saya.
Bila cerita dengan suami, suami cakap saya tak sukakan adik dia pulak. Baru ni saya berg4duh besar dengan suami, saya balik rumah keluarga saya, suami sedih dan pujuk semula. Saya bagi syarat, nasihatkan adik dia, saya dah tak tahan macam orang gaji kat rumah ni.
Dia perempuan bukan lelaki dan bantu keluarkan sikit duit untuk rumah ni, bukan goyang kaki je. Bukannya tak kerja, dah kerja, gaji langsung tak guna. Semua harap suami saya walaupun sekarang PKP ni dia cuti 2 minggu tapi tak reti ke nak balik rumah maknya, nak jugak duduk sini.
Padahal rumah tak sampai 15 minit pun dari rumah saya. Senang la duduk sini goyang kaki je. Saya tak tau nak mengadu pada siapa. Ada pendapat tak semua?
Komen Warganet :
Sutinah Mohamed : Yang dok basuh kain baju dia kenapa. Ambil 1 bakul letak je kain baju dia dalam tu. Biar dia reti basuh sendiri. Kalau dia letak dalam mesin sis keluarkan masa nak basuh baju sis dengan suami, dah siap letak balik baju dia dalam tu.
Baru dia ada akal. Bab x basuh pinggan pulak, sis pergi kedai eco RM2 beli kertas bungkus Nasi lemak. Time nak makan letak nasi guna kertas tu je, senang lepas makan campak je dalam tong sampah.
Emylia Ezatty : Sendiri yang salah sebab terlalu bagi muka. Dah tau umur adik tu 23 tahun dan pemalas, kenapa rajin sangat pergi basuh baju dan Iipatkan, dah kenapa? Rumah sis kan, jadi takkan, tak reti buat peraturan.
Adik tiri je pun, tak yah nak baik sangat. Kalau rasa diri tak mampu, bersuara dengan adik Ipar tu. Kalau masih tak jalan packing siap – siap baju dia dan letak depan pintu luar.. Kenalah keras hati s4kit baru tak kena pij4k.
Ochi Yahya : Sis, ko ada mulutkan atau ko ada mulut tapi bisu? Bersemuka, cakap terus terang apa yang ko tak berkenan. Kain baju dia ko asingkan, jangan basuh. Salah ko sebab layankan sangat.
Tapi aku rasa lebih baik ko suruh dia cari rumah lain. Ko nak pening kepala buat apa, tak de masalah cari masalah. Apa la, simple..
Luna Shaa : Lepas ni baju dia tak payah basuh. Biar dia basuh sendiri sidai sendiri Iipat sendiri. Biar sampai dia takde baju nak pakai bila dia tanya mana baju cakap je eh baju awak, awak tanya akak pulak. Awak basuh ke tidak.
Haa gitu. Makan pon macam tu. Dah masuk tak payah panggil. Dia nak makan biar dia buat sendiri. Tak perlu sampai nak sendukkan nasi bagai. Jangan di ajar macam tu. Bila dah selesa memang dia jadi pemalas sebab semua orang buatkan.
Tak payah mengadu dekat suami kalau dah smpai berg4duh besar. Puan buat je macam yang saya cakap ni. Kalau adik ipar tu mengadu kat suami dan suami marah puan, suruh je suami yang melayan adik dia. Puan layan je anak dan suami puan seperti biasa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.