Takde org lain ke? Kau keje kilang, cari laki pun keje kilang juga, langsung takde masa depan

Emak kata saya kurang pandai, habis tingkatan lima emak suruh cari kerja. Walaupun saya dapat tawaran belajar ke tingkatan enam. Abang dan adik – adik banyak nak pakai duit. Saya merayu dekat emak tapi gagal. Hanya kerja kilang yang layak untuk saya..

#Foto sekadar hiasan. Kita biasa dengar pepatah berbunyi kasih ibu membawa ke syurga. Ramai kata kasih ibu terhadap anak – anaknya tidak pernah berbeIah bahagi, semua sama rasa. Tetapi salahkah kalau saya katakan, ada ibu yang pilih – pilih anak untuk mencurahkan kasih sayangnya.

Tentu pembaca tidak setuju, tetapi tak salah kalau saya katakan bahawa ibu saya memilih anak untuk mencurahkan kasih sayangnya. Mungkin anda kata tidak, tetapi saya sebagai anak kedua daripada lima beradik rasa terpinggir. Emak bukan sahaja tidak mendengar keluhan hati saya, malah mendakwa saya mesti bersabar demi adik – adik.

Masa depan mereka lebih penting. Masalahnya mengapa saya dip4ksa berk0rban, bersabar dan beralah kepada adik – adik, sedangkan abang saya tidak. Adakah kerana saya kurang pandai, maka saya mesti berk0rban dan beralah kepada mereka?

Sejak kecil malah setelah bersekolah saya sudah merasakan kelainan kasih sayang emak. Tambah – tambah bila abang terpilih melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Satu kampung heb0h pasal abang. Ada yang tanya bila saya nak masuk sekolah berasrama?

Keadaan tambah riuh bila emak kata dua orang adik saya pun pandai, mungkin dapat masuk sekolah berasrama nanti. Sebab mereka setiap tahun naik pentas terima hadiah. Kata emak, kalau tak pandai takkan dapat naik pentas.

Oleh kerana emak kata saya kurang pandai, habis tingkatan lima emak suruh cari kerja. Tak payah sambung belajar, walaupun saya dapat tawaran belajar ke tingkatan enam. Tapi kata emak tak payah, sebab duit banyak nak guna untuk adik – adik dan abang yang perIukan banyak duit tambahan.

Puas saya merayu pada emak tapi gagal. Mengadu pada ayah pulak, ayah suruh tanya emak. Keputvsannya tentulah saya mesti cari kerja. Dalam diam saya hantar borang masuk maktab perguruan, tapi gagal. Mohon jadi kerani pun gagal.

Nak jadi pegawai polis ayah tak izinkan. Akhirnya kerja kilang yang layak untuk saya. Tiga tahun kerja kilang, ada pulak si Mamat berkenan berkawan dengan saya. Mula – mula memanglah berkawan, tak sampai setahun kami bertunang dan terus kahwin.

Bab nak kahwin mulanya emak berat hati nak terima sebab si Mamat ini pun kerja kilang. Kata emak, ‘Tak ada orang lain ke? Carilah orang berjenis sikit, dah lah kau kerja kilang, cari laki pun kerja kilang juga, langsung tak ada masa depan.’

Tapi ayah kata ikut suka sayalah. Bila emak kata macam tu memang terdetik juga hati kecil saya. Maka di sinilah berakhirnya kehidupan saya jadi minah kilang, takkan dapat menikm4ti kebahagiaan dan kemewahan hidup macam adik – beradik lain.

Ketika itu abang dah nak tamat universiti. Emak suruh abang kerja dengan kerajaan, ada masa depan, ada pencen dan dapat banyak kemudahan. Emak juga galakkan dua adik perempuan saya yang masih belajar bila dapat ijazah nanti kerja dengan kerajaan, cerah masa depan.

Majlis perkahwinan saya pun dibuat sederhana sahaja. Alasan emak duit hantaran kahwin saya tak seberapa, mana emak nak cekau duit buat majlis besar. Saya diam, memang saya sedar hantaran saya cuma dua ribu ringgit aja. Mana cukup.

Lepas kahwin kami sewa rumah tak jauh dari rumah emak, sebab saya tak mahu menyusahkan emak. Suami lagi tak berani, katanya biar kita makan ikan kering dan mi segera setiap hari asalkan tidak susahkan orang lain. Walaupun jarak rumah kami tak berapa jauh, tapi saya jarang datang, namun saya selalu telefon bertanya khabar emak.

Kalau emak demam, sayalah yang bawa emak ke kIinik. Saya naik teksi. Begitu juga kalau ada kenduri kahwin saud4ra mara, sayalah yang bawa emak, sebab adik beradik lain sibuk. Maklumlah baru dapat kerja dan ada yang duduk asrama.

Sebenarnya abang atau adik – adik perempuan saya malas nak pergi majlis atau ziarah saud4ra mara s4kit. Mereka banyak melepaskan tugas itu pada saya, sebab saya dekat dengan rumah emak. Kalau mereka bercuti dan ada di rumah pun mereka takkan bawa emak ke kIinik atau ke mana saja.

Lagi pun emak tak kisah, kata emak, mereka sibuk, Kadangkala alasan emak memang tak masuk akal. Apa emak ingat saya tak sibuk? Saya ada suami dan anak kecil yang perlu dijaga. Hinggakan saya terfikir emak tak pernah p4ksa anak – anak lain bawa emak ke kIinik, kecuali saya.

Memang saya kerja kilang aje, tetapi saya ada keluarga yang perlu diurus. Saya kerja ada shift, kalau shift malam saya mesti tidur siang hari, tetapi waktu itulah emak ajak saya ke kedai, ke kIinik dan sebagainya. Sedangkan saya perlu tidur. Mengantuk.

Tetapi kerana emak, saya p4ksa diri, sambil kendong anak saya bawa emak ke kIinik atau ke mana aja. Memanglah tak selalu. Tapi tak cukup masa. Apa yang buat saya tak senang hati, kenapa emak tak mahu ajak adik – adik yang ada di rumah semasa mereka cuti temankan emak?

Kadangkala saya letih dan tak cukup duit naik teksi, tetapi kerana emak saya pergi jugak sebab tak mahu kena sindir emak. Kadangkala saya rasa emak takut nak ajak abang dan adik – adik temankan emak bila mereka beri alasan sibuk belajar.

Langsung emak tak berani bersuara lagi, sedangkan emak penat masak, sediakan makan minum untuk mereka. Ada kalanya saya terfikir adakah kerana saya tak masuk universiti, maka saya tak sibuk, jadi mesti ikut permintaan emak?

Betul saya tak belajar tetapi urusan rumah dengan anak kecil rasanya lebih sibuk daripada belajar. Nak jadikan cerita dalam masa sibuk itu saya sempat juga hamil dan melahirkan anak kedua. Belum sempat anak umur setahun, kawan suami tawarkan saya kerja jadi guru sementara di sekolah dekat rumah kami.

Sudah tentu saya terima. Lagi pun saya dah lama cari kerja tak ada shift sebab kesian suami kena jaga anak – anak kalau saya shift malam. Tapi suami tak kisah. Memang saya bertuah dapat suami bukan sahaja baik, tetapi rajin kemas rumah dan pandai masak.

Ketika itu adik – adik saya semuanya sudah bekerja, ada kereta mahal, dan hidup mereka nampak mewah. Mereka duduk KL dan Subang. Adik bongsu yang masih belajar pun duduk di kolej. Sedangkan kami duduk pinggir bandar dan cuma ada sebuah motosikal.

Nak beli kereta terpakai pun tak mampu. Sebab keutamaan kami mesti simpan duit untuk pelajaran anak – anak, walaupun ketika itu anak kami baru dua orang. Emak jarang datang rumah kami, sekali ketika saya melahirkan anak, sebab emak pun sibuk, kadangkala ke surau.

Nak jadikan cerita, tak lama selepas jadi guru sementara, permohonan saya masuk maktab perguruan diterima. Terk3jut saya. Allah tidak hampakan doa saya selama ini ingin jadi guru kerana itulah cita – cita saya sejak sekolah rendah lagi.

Tetapi tawaran itu buat saya termenung. Macam mana nak tinggalkan dua orang anak yang masih kecil? Bincang dengan suami, kata suami itu bukan masalah, dia boleh jaga dan akan bawa adik perempuannya duduk bersama kami sebab adiknya pun sedang cari kerja.

Jadi untuk sementara bolehlah bantu jagakan anak – anak saya, sebab saya kena duduk di maktab. Selepas tiga tahun lamanya berulang alik dari maktab ke rumah, akhirnya saya berjaya bergeIar guru. Nak jadikan cerita suami pulak mula buat bisnes kecil – kecilan baiki elektrik.

Dia memang tau bab elektrik masa di politeknik. Tetapi kerana susah dapat kerja, dia mohon kerja kilang. Ketika di kilang itulah dia dapat tambah ilmu dalam bidang elektrik. Oleh kerana dia ringan tuIang suka bantu kalau ada kontraktor perIukan tenaga pekerja atau gantian sehari dua, dia tolong.

Cari duit pasar katanya. Dari situ suami belajar selok – belok bekerja lebih teratur dan terkini, dan sudah pasti cara – cara perniagaan elektrik. Taukeh elektrik yang galakkan dia buat bisnes, dan dia berjanji akan bantu. Saya pun terk3jut juga, maklum waktu itu saya sudah berhenti kerja, dia berhenti kerja jugak, kalau gagal macam mana?

Apa anak – anak nak makan? Lebih menakutkan lagi mana nak cari duit kalau suami tak dapat buat bisnes? Tetapi suami yakin dia boleh buat. Mula – mula yang kecil – kecil, lepas itu boleh cari kerja lebih besar dengan galakan taukehnya.

Taukeh ini bukan sahaja semacam rakan kongsi, malah jadi kawan baik suami. Dia galakkan suami mohon projek besar. Kalau tak mampu dia akan tolong. Masalah besar saya ketika sedang belajar bila berdepan dengan permintaan emak.

Waktu itu saya berulang alik ke rumah setiap hujung minggu, macam biasa emak ajak saya ke kIinik, menziarah saud4ra mara dan sebagainya. Sedangkan saya cuma ada masa sehari setengah sahaja untuk bersama anak – anak dan suami.

Saya perIukan masa di rumah. Ketika itu saya rasa emak memang tak adil. Saya pernah cadangkan pada emak buat janji dengan anak – anak lain suruh mereka balik kampung bawa emak ke kIinik atau sebagainya. Mengapa emak mesti tunggu saya balik.

Emak tak boleh jawab selain kata ‘Mereka sibuk, mereka duduk jauh’. Apa emak tak faham ke, saya pun sibuk, saya sedang belajar dan ada anak kecil. Dulu masa kerja kilang dan jadi guru sementara, memang saya ada di rumah. Kalau sibuk pun, saya cuba cari masa tolong dan ikut perintah emak, tapi sekarang saya belajar dan duduk jauh.

Saya balik rumah pun seminggu sekali. Saya harap emak faham, tetapi emak tak faham. Kadangkala saya terp4ksa minta bantuan anak – anak sepupu tolong bawakan emak ke kIinik, jika saya tidak ada di rumah. Kini setelah lebih 10 tahun berlalu, bila saya duduk dan berfikir, saya rasa ketika itu emak takut nak minta tolong dengan anak – anak lain sebab mereka berpangkat besar, tak boleh diganggu, takut kacau jadual kerja mereka nanti.

Emak tambah takut minta tolong bila ada antara mereka sudah berkahwin. Mak anggap mereka ada tanggungjawab. Lainlah macam saya, kata emak saya tak sibuk, walaupun saya sudah jadi guru tetap dan suami berjaya dalam bisnesnya.

Pernah juga seminggu dua emak duduk rumah anak – anak emak, tetapi emak segera nak balik. Kata emak, rumahnya tinggal. Tetapi rasanya emak tak sanggup duduk sendirian bersama cucu, sedangkan anak menantu sentiasa sibuk.

Hinggakan nak berbual pun tak ada masa. Namun saya bersimpati dengan emak kerana pada hari – hari terakhirnya tak ada anak – anak yang sempat hadap emak kecuali saya dan suami, sebab anak – anak emak semua sibuk, tak dapat cuti selalu sepanjang dua tahun emak s4kit terlantar.

Mereka kalau pun balik cuma jengok sekejap atau pulang semalaman, sampai rumah Sabtu malam, lepas sarapan pagi Ahad segera balik kerana ada urusan penting. Walaupun semuanya telah berlalu, tetapi saya rasa lega dan bahagia kerana saya dapat berbakti sedikit sebanyak bantu emak, sediakan apa juga kehendaknya dan lebih penting dapat jaga emak hingga ke akhir hayatnya, selain bawa emak berulang alik ke hospitaI.

Pada saya kemewahan dan kejayaan anak – anak memang boleh bahagiakan hati emak, tetapi anak – anak mungkin ada rasa kesal dalam hati mereka kerana mereka tidak dapat berbakti dan bahagiakan hati emak kerana kesibukan tugas masing – masing. Tugas sentiasa buat mereka sibuk, kalau bercuti nak makan angin ke sana sini, tak ada masa untuk emak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.