Terk3jut tengok suami balik kerja dalam keadaan basah, ada mempelam muda dekat tangan. Dia kata, boss dia mengandung, mengidam

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Tak cukup lagi, aku pelik tiber suami dah tak pakai perfume yang aku beli, dia pergi kerja memang dah tak pakai perfume. Bila aku tanya, alasan sebab boss dia tak boleh bau rasa nak munt4h! Aku tunggu..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Hai berjumpa lagi, aku ingat dah tak perlu menaip di sini, ternyata aku kembali lagi, haha. Singkat sahaja kali ini. Aku sedang menaip dalam keadaan emosi aku kurang stabil, terlebih dahulu mohon maaf jika terkasar bahasanya.

Begini ceritanya, suami aku balik kerja dengan basah – basah kuyupnya di tangannya ada beberapa biji pelam muda. Hairan aku, sebab beberapa hari lepas kami baru sahaja santai nyicah pelam muda tepi pantai. Ternyata dia tersilap berbual dengan officemate tentang kejadian tersebut hingga didengari bos dia yang hamil.

Oleh itu, aku fikir ini boleh jadi point untuk aku cari g4duh dengan suami, lagi pula kami dah lama tak g4duh, hari – hari loving – loving ajurr kan, tak lama lagi aku dah nak period jadi inilah kesempatannya hahaha. Suami aku ni atasannya mak buyong itulah.

Dia ada maklumkan bos dia mengandung, mula – mula aku tak ambik kisah pun sebab tiada kaitan dengan aku pun. Lama – lama aku s4kit hati pulak, bila suami aku luahkan kerenah bos dia. Seolah – olah dia terp4ksa melayan kerenah bos dia, bukan dia sorang tapi 1 department kena.

Hari – hari aku berusaha siapkan bekal untuk suami, aku sanggup bangun awal pagi supaya aku tak lambat nak masuk kerja. Tujuan aku siapkan bekal supaya suami tak perlu susah – susah keluar cari makan dan boleh fokus kerja, kalau tak buat bekal ni, memang dia akan niat puasa teruslah, nanti balik rumah mesti shaking lapor bebeno.

Tapi aku s4kit hati dengar bila time lunch hour, suami aku terp4ksa keluar jugak untuk tapau nasi untuk bos dia. Apa niiii. Tidak mengapa aku sabar lagi. Mungkin aku belum pernah mengandung jadi aku tak paham perasaan ibu – ibu hamil ni. Sabar – sabar.

Masa raya baru – baru ni, aku order lemang dari mak saud4ra aku, tiber suami mintak order lebih sebab nak kasi ke bos dia. Saja katanya nak kipas sikit untuk dapat projek besar. Masa ni aku masih sangka baik lagi. Lagi pulak tahun lepas, suami ada bawak lemang mak saud4ra aku ni ke office, sebab itu bos dia dok teringat – ingat. Ah nyampah pulak aku!

Tak cukup itu, aku pelik tiber suami dah tak pakai perfume yang aku beli, dia pergi kerja memang dah tak pakai perfume. Katanya semua officemate tak boleh pakai, nanti bos tak boleh bau, dia mual – mual nanti. Sampaikan mak buyong tu mengidam nak makan asam waktu kerja sekalipun, kena ada staff yang pegi beli, selalunya suami aku yang kena sebab dia orang kanan bos dia.

Untuk pengetahuan korang, semua officemate suami ialah lelaki kecuali boss nya. Ada lagi kejadian lain bila aku buat bekal untuk suami, ada satu masa tu aku baru – baru cuba buat asam pedas johor. Suami kata sedap sunggguh. Next week tu aku buatkan bekal itu untuk dia, suami begitu gembira tapi bila masuk office je bos dia tak boleh bau, katanya bau kuat sangat.

Terp4ksa dia kembali ke kereta untuk tinggalkan bekal, jadi lunch hari itu pun dalam kereta. Mengada kan? Banyak lagiIah kejadian yang memang menyirap sebenarnya. Tapi kejadian suami balik kerja dengan basah – basahnya sebab hujan bersama pelam muda di tangan, ini memang aku tak boleh sabar dah.

Sebelumnya buah pelam tu jiran yang kasi, suami sanggup panjat petik pelam time hujan – hujan, dengan muka tak malunya dah la jiran tu baru kasi ja beberapa hari lepas. Ni tak lama lagi mesti viral g3ng – g3ng surau ingat aku yang mengidam lah ni, aku ni dah 7 tahun kahwin tapi masih takda rezeki anak lagi.

So bila dia balik dengan basah – basah ni, aku ambik masa sekejap, kasi tenang – tenang sikit, malam baru aku cari g4duh sebab aku dah tak tahan. Hahaha. Jadi bila malam, aku open table buat sesi luahan. Berkali – kali aku ingatkan kita sama – sama perlu menjaga ikhtilat, perlu ada sempadan dan hadnya bila perlu berkerjasama dengan berlainan jantina.

Tambah pulak ketika mencari rezeki kerana ini sangat bersangkut dengan keberkatan rezeki. “Sebelum bertindak apa – apa, cuba fikir, kalau isteri aku buat, mesti aku pun tak suka. Apa perasaan awak, kalau nanti saya mengandung lepas tu saya mengidam itu ini dan minta dari lelaki lain, awak suka ke?”, iishhh kan dah kena ceramah.

Aku kan isteri yang solehah, sebolehnya aku takut nak tinggi – tinggi suara, berkomunikasi pun dengan nada yang lembut. Suami aku ni pulak jenis yang santai, so dia minta maaf dan berjanji akan perbaiki lagi. Cisss tak jadi aku nak merajuk lama – lama sebab kami memang mengamalkan komunikasi dua hala apa – apa kena berbincang huh.

Bohonglah kalau aku tak syak apa – apa, tapi aku pilih percayakan suami aku. Tiada sebab untuk dia curang sebab aku ni terlalu sempurna dah hehe. Lagi pun suami kenal rapat dengan suami kepada bos nyer tu. Cuma itulahh… Entahlah apa perasaan kalau suami dia tahu per4ngai isterinya bila mengandung ni tapi mengidam minta – minta dari lelaki lain.

Jadi para suami, layanilah isteri dengan baik – baik sebelum dia minta – minta dari lelaki lain. Untuk wanita yang berkerjaya, jagalah kehormatan dirimu ketika bekerja. Kepada bos, puan suka tak kalau ada perempuan hamil yang tiba – tiba minta itu ini dari suami puan?

Puan suka tak kalau suami puan perlu memenuhi kehendak rakan perempuannya yang hamil? Saya rasa pasti puan akan rasa hal yang sama macam saya. Kalau puan tak suka, saya lagi seribu kali tak suka dengan perbuatan puan. Please be professional!

Oh tentang buah pelam tu, aku turuti jugalah kehendak suami. Malam tu juga aku p0tong dan buat jeruk. Sambil suami teman aku di dapur dan dia terp4ksa menahan telinga mendengar ceramah aku. Semalaman jeruknya di peti ais, esuknya dia bawa juga untuk bos nya.

Suami berjanji ini yang terakhir. Jangan risau, masa aku buat tu, aku hembus – hembus sikit supaya dia dah tak kacau suami aku dan orang lain. Sengaja aku taip part ini juga, seandainya jika tulisan ini viral dan suami bos terbaca semoga tuan dapat rasakan apa yang saya rasa. Hah! Nyampah kan?

Ehh laki dia yang buat tiba – tiba laki aku pulak yang kena itu ini. Nyampah nya! Awal – awal tadi rasanya nak taip singkat – singkat sahaja tapi macam dah terpanjang pula. Sampai sini sahajaIah, maaf kalau penulisan aku ni berterabur. Semoga jadi iktibar untuk semua. – Jaja (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Sherry Na : Memang tak patut pun isteri orang even boss kat office berper4ngai macam tu even dia hamil. Saya 3 anak hamil masa kat office tak pernah pulak nak layanan special daripada sesiapa. Cuma harap bos dan colleague memahami jelah if banyak MC sebab alahan teruk.

Bab lain saya profesional je. Takde kacau orang even bau perfume mereka buat saya rasa mual etc. Kalau kat rumah dengan suami tu takpelah nak mengada bermanja. Kat ofis, kena tunjuk kuat dan berdikari. Saya suka macam tu
Anyway baguslah tegur suami tu. Tentang kipas bos tegurlah sama. Rezeki tu daripada Allah. Bos tu perantara je. Moga tt direzekikan zuriat in the near future.

Siti Bear : Entahlah dik. Laki kau pon kaki bodek bos. Kau nak bising apenye?? Kau sendiri cakap laki kau buat kot – kot lah dapat projek besar. Kau tak pernah mengandung, tak pernah tau hazab alahan macam mane. So maybe sebab tu kau tak paham bile bos laki kau tak tahan bau asam pedas, bau perfume etc.

Aku mase ngandung langsung tak masuk dapur. Sebab tak tahan bau bawang semua. Kalau laki aku masak, aku lari dok dalam kete. Bab dia mintak tolong laki kau pergi tapau lunch tu, bagi aku ok je. Bukan diaajak laki kau pergi lunch berdua dengan dia.

Aku kat opis pon kadang – kadang tak sempat makan, suruh staf tolong tapau. Selalunye aku belanje dia lunch lah bila dah mintak tolong tu. Sebab segan nak mintak tolong. Tapi dah menggigil kelaparan, terp4ksa lah. Selagi laki kau sendiri rela, kau nak marah bos dia buat apenye???

Kau ajar lah laki kau skill mengelak plus kurangkan membodek bos dia. Kau cakap laki kau baik dengan laki bos dia. Kot bos dia nak apa – apa, suruh lah laki kau mesej laki bos kau tu, cakap, bos.. bini bos nak sekian – sekian. Dia mintak saya tolong carik tapi sebab bz ni tak sempat. Sian dia bos.. haaa gittewww cara nak mengelak. Kot laki kau pon redha, kau nak cakap apa.. str3ss jelah sudahnya nanti.. huhu..

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.