12 tahun saya bahagia tinggal bersama keluarga mertua. Tak sangka, 6 hari lepas suami meninggaI, lepas tahliI keluarga mertua halau saya dan anak-anak

Rumah yang kami duduk, ada nama arw4h suami dan kakak ipar. Jadi mereka kata kami takde hak. PukuI 11 malam, kami dihalau keluar. Kedai yang saya usahakan dengan suami, adik ipar ambik. Duit kutu arw4h suami 30k, langsung saya tak dapat, malah kereta vios lama arw4h pun mereka ambil…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya ingin ceritakan kisah saya sedikit agar kisah ini dijadikan pengajaran kepada semua isteri dan suri rumah. Sebelum ini saya suri rumah, suami saya meniaga dan ada w4rung. Boleh sahaja Google rojak cendol Jasmin Nilai.

Dua bulan lepas, arw4h suami tiba – tiba meninggaI selepas operasi usus. MeninggaI disebabkan jantung berhenti di ICU. Saat itu adalah saat yang paling susah dan s4kit buat kami. Selepas arw4h dikebvmikan dan tahliI ketujuh iaitu hari ke-6 arw4h meninggaI, saud4ra mara dia mula cerita pasal harta dan kata mereka kedai dengan rumah arw4h diusahakan sebelum kahwin sebab itu saya dengan anak – anak tak ada hak.

Perbincangan itu berakhir dengan perg4duhan sampai mereka halau saya dengan anak – anak dari rumah malam pukuI 11 macam itu. Rumah pula atas dua nama iaitu nama arw4h dengan kakaknya. Sebab itu kakak dia cakap rumah itu rumah dia dan halau kami.

Pointnya di sini, niat mereka dari awal memang nak ambil semua harta arw4h, dari rumah, kedai sampai kereta Vios lama arw4h. Penting bagi mereka nak halau kami. Itu niat mereka. Sekarang kedai w4rung arw4h adik lelaki dia yang uruskan dan saya dengar mereka tengah renovasi rumah untuk tinggal di sana.

Itu pun mereka pakai duit kutu arw4h sebanyak tiga puluh ribu. Arw4h main kutu dengan makciknya iaitu kakak kepada mak arw4h. Nak jadikan cerita, semua mereka sapu. Saya dengan anak – anak tak dapat apa – apa. Nasib baik duit EPF arw4h tak letak nama ibunya. Sebab itu ada sedikit.

Itu pun ASB, EPF dan rumah semua kena buat faraid. Anak – anak saya kecil lagi. Yang besar baru 11 tahun dan yang kedua 9 tahun. Buat masa ini saya tak dapat buat faraid sebab saya tak nak jumpa mereka. Bapa mertua dah meninggaI tetapi mak arw4h masih ada.

Kalau nak buat faraid saya perIukan persetujuan mak arw4h. Buat masa ini hati dan mental saya belum bersedia nak jumpa mereka. Nak ambil peguam pun saya tak ada duit buat masa ini. Sekarang dengan duit simpanan yang ada, saya dengan anak – anak teruskan hidup.

Saya sedang cari tempat nak meniaga tetapi belum ada rezeki lagi. Risau juga bila fikir masa depan. Saya ada cuba pergi pejabat agama tetapi tak dilayan sangat. JAKIM pun ada cuba bantu tetapi itulah, mereka suruh pergi sana sini. Sekarang saya buntu nak buat apa.

Saya nak tanya pada suri – suri rumah di sini kalau ada penyelesaian atau cara untuk saya dapatkan hak kami dan hak anak – anak. Dari cerita saya ini, saya harap suri – suri rumah ada simpanan dan pastikan harta suami ada nama isteri dan anak.

Adik lelaki arw4h sangat tamak dengan semua harta abang dia. Dia nak semuanya. Sampaikan arw4h pernah tolong bapa saya bagi kedai majlis, lesen atas nama arw4h tetapi arw4h ikhlas bagi bapa saya meniaga. Kedai itu pun adik lelaki dia cakap nak tukar nama mak dia dan bagi isteri dia meniaga.

Disebabkan kedai itu ada banyak barang milik bapa saya, kami suruh bapa saya selamatkan barang – barang tersebut. Kami tolong bapa saya ambil semua barang sebab takut adik arw4h ambil. Barang bapa saya banyak yang berharga seperti peti ais, meja stainless dan banyak lagi.

Kesian sekarang bapa saya pun hilang pendapatan. Adik lelaki arw4h ada ramai orang yang menyebelahi dia dan sebab itu dia berani buat kami macam ini. Sampai sekarang saya tak percaya dan tak dapat move on. Tak sangka keluarga yang saya ingat keluarga yang selama ini 12 tahun kami bergelak ketawa dan tinggal serumah boleh jadi musvh sekelip mata.

Komen Netizen :

Nor Sinaron : Salam takziah. Puan boleh Google dan terus walk in ke biro bantuan guaman terdekat untuk minta khidmat nasihat. Lepas itu mohon pencen atau ILAT kalau ada caruman SOCSO. Khairat kem4tian pun kena tuntut cepat sebab tempohnya singkat.

Puan boleh walk in ke ASB, Tabung Haji dan bahagian w4ris untuk bertanya. Kalau arw4h ada rumah, buat pusaka kecil. Bayarannya tak mahal sangat untuk dapat perintah faraid berbanding terus buat di Mahkamah Syariah. Selepas dah dapat perintah, buka fail di Amanah Raya untuk pembahagian.

Mereka akan uruskan dan bayaran boleh ansur-ansur. Puan pergi juga ke JKM untuk minta nasihat dan bantuan ibu tunggal serta bantuan perniagaan. Buat step by step dan kuat demi anak – anak. Kalau w4ris arw4h datang marah – marah jangan layan.

Diam dan cuma cakap kita ikut undang – undang dan serah pada peguam. Jika sudah keterlaluan, buat perintah sekatan. Jenis begini tak boleh cakap banyak sebab lagi banyak kita cakap lagi banyak kerenah mereka. Jangan berper4ng mulut siapa paling berhak. Lagi satu, masa kem4tian arw4h pastikan simpan dokumen arw4h sebaik mungkin dan beritahu yang kita tak tahu apa arw4h simpan. Biar isteri yang uruskan semua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :