
Semua benda nak dirakam untuk content konon dia suami dan ayah yang terbaik. Masak buat live, kemas rumah buat live, bawa keluarga keluar pun buat live. Hakikatnya, semua tu saya yang buat. Pernah saya masuk hospital, dia call marah saya sebab takde baju sekolah anak.
#Foto sekadar hiasan. Mohon admin hide nama. Assalamualaikum sahabat semua. Sekadar meluah perasaan di sini. Saya sudah berkahwin selama 10 tahun. Pada awal perkahwinan, suami seorang yang baik. Namun semakin lama, sikapnya berubah.
Dia menjadi mudah baran dan sering merasakan dialah yang paling banyak berk0rban dalam keluarga kerana hanya dia yang bekerja dan bergaji. Suami bekerja syif. Saya faham dia penat, tetapi dia tidak pernah memahami bahawa saya sebagai suri rumah juga penat.
Hampir 90% urusan rumah ditanggung oleh saya. Bezanya, suami suka marah – marah dan naik angin kepada saya dan anak – anak setiap kali pulang dari kerja. Tidak boleh ada salah sedikit. Contohnya, jika bilik anak tidak kemas, anak akan dimaki hamun.
Pernah juga anak dipukuI hingga Iebam. Disebabkan itu, saya jadi takut untuk keluar rumah dan meninggaIkan anak – anak bersama suami kerana bimbang keselamatan mereka. Suami juga jenis yang membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan isteri.
Pernah membuat pinjaman untuk sertai MLM, akhirnya ditipu dan perniagaan tidak menjadi. Sekarang, bila ekonomi sempit dan gaji banyak dip0tong untuk bayar hutang yang saya sendiri tidak tahu, saya dan anak – anak yang menanggung tempias kemarahannya.
Pembelian motor dan kereta secara hutang juga dibuat tanpa berbincang dengan saya. Saya sedar saya tidak bekerja tetap, hanya berniaga kuih – kuih sekadar untuk menampung keperluan diri sendiri. Di tempat saya, persaingan sangat tinggi dan harga bahan mentah pula mahal, jadi keuntungan tidak menentu.
Pernah suami menyuruh saya bekerja, tetapi saya menolak kerana saya tahu kos pengasuh anak dan perbelanjaan lain nanti akan ditanggung oleh saya sendiri. Saya sudah lama makan hati dengan sikap suami. Kadang – kadang saya rasa suami saya mempunyai ciri – ciri narsistik.
Di luar rumah, dia sangat baik, rajin, peramah dan disenangi rakan – rakan. Di tempat kerja, dia rajin memasak untuk rakan sepasukan dan sering membantu orang lain. Dengan saud4ra mara dan kawan – kawan, dia menunjukkan watak yang sangat berbeza.
Namun dengan isteri dan anak – anak, keadaannya tidak begitu. Dia berkira, malah pinggan anak kecil yang digunakan pun tidak akan dibasuh walaupun dia berada di dapur ketika itu. Suami juga gemar membuat live dekat Tikt0k. Semua perkara mahu dirakam demi menunjukkan kepada orang luar bahawa dia seorang suami dan ayah yang terbaik.
Masak buat live, kemas rumah buat live, bawa keluarga keluar pun buat live. Kami sekeluarga terp4ksa diam di dalam kereta, tidak boleh bercakap. Hakikatnya, pengurusan rumah seperti basuh, sidai, lipat dan gosok pakaian semuanya saya yang lakukan.
Kemas rumah setiap hari juga saya. Pernah suatu ketika saya dimasukkan ke wad semalaman, suami menelefon memarahi saya kerana tiada baju sekolah anak, sedangkan biasanya saya gosok siap untuk seminggu. Ketika itu saya benar – benar tidak sihat.
Perkara yang paling meIukakan hati saya adalah semasa dalam pantang bersalin. Suami tetap menyuruh saya membuat kuih untuk dijual. Duit hasil jualan itulah yang digunakan untuk bayaran yuran sekolah dan urusan anak – anak.
Disebabkan keadaan kewangan yang merosot, saya terp4ksa menghentikan kelas mengaji anak kerana tidak mampu membayar, sedangkan suami langsung tidak mengambil berat tentang perkara tersebut. Walaupun dia tahu Iuka pembedahan saya belum sembuh, saya tetap bangun membuat kuih kerana terp4ksa akur.
Suami tidak pernah ambil peduli tentang rawatan saya selepas bersalin seperti ubat, urutan atau pemeriksaan. Check-up bulanan pun saya tanggung sendiri. Saya terp4ksa pergi ke klinik swasta kerana suami tidak mahu urusan kerjanya terganggu.
Namun apabila ditanya orang, dia seolah – olah berbangga dan memberi gambaran bahawa dialah yang menanggung semuanya. Kini badan saya sering s4kit, tetapi suami tidak mempercayainya. Bagi dia, yang penting saya mesti membantu mencari duit untuk menampung keluarga.
Barang kemas yang saya beli sewaktu bujang pun banyak yang telah saya gadaikan untuk membayar yuran sekolah anak – anak, dan suami tidak pernah membantu untuk menebusnya semula. Suami juga sering memuat naik status mengatakan isteri di rumah hanya duduk diam dan tidak buat apa – apa, rumah tidak kemas.
Sedangkan dengan tiga orang anak yang sedang membesar, rumah tidaklah bersepah, cuma ada masanya mainan anak belum disusun. Saya pula sibuk menguruskan kain, memasak dan menjaga anak. Perkara ini sangat menyentuh perasaan saya, apatah lagi bila ahli keluarga dan kawan – kawan menghantar tangkap layar status tersebut dan bertanya kepada saya.
Saya bukan jenis yang suka merakam atau membuat siaran langsung tentang apa yang saya lakukan di rumah. Suami juga tidak menunaikan solat dan tidak memudahkan urusan saya untuk solat. Saya sering terkejar – kejar mengurus rumah kerana jika lambat kemas atau lambat masak, saya akan dimaki, walaupun suami tahu anak bongsu kami adalah anak berkeperluan tinggi dan mempunyai masalah kesihatan.
Kadang – kadang saya rasa saya berhak untuk bahagia dan bebas daripada menjadi isteri kepada orang yang tidak pernah menghargai saya. Namun apakan daya, kos untuk bercerai bukan dalam kemampuan saya. Jika saya bercerita kepada orang lain, mereka tidak akan percaya kerana perwatakan suami di luar sangat baik dan sering dipuji oleh ketua serta rakan-rakan. Malah adik beradik sendiri pun tidak mempercayainya. Mohon sahabat semua doakan saya terus kuat demi anak – anak.
Komen Netizen :
Ziela Ella : Pengalaman kita sama sis. Cuma beza suami sis bukan h4ntu perempuan. Sekarang dah jadi ex pun. Dia boleh kata saya duduk rumah tak buat apa – apa. Boleh pergi bergosip dengan jiran sebelah. Dahtu anak kecil lagi dorang pandai pakai pampers sendiri buat susu sendiri masak sendiri mandi sendiri. Baju dia tu ada p0ntianak yang gosokkan kot. Yang masak tu h4ntu penanggaI yang masak semua. Yang sidai baju tu dia tu monyet datang tolong. Dengan anak – anak dia tak tgok pun kalau balik kerja.
Oshen Oshen : Semoga Allah permudahkan segala urusan awak sekarang dan bila – bila. Jika awak rasa dengan bercerai tu boleh buat awak rasa lapang, lega, gembira buat awak dan anak teruskan. Ingat awak dan anak – anak berhak untuk hidup gembira. Sebelum failkan perceraian, kumpulkan segala bukti, supaya suami awak tu tahu dan faham apa kesalahan yang dia dah buat. 10 tahun awak bertahan, lama sangat tu. Dia masih tak berubah, awak yang kena ubah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.