Indah betul rumahtangga aku, kadang – kadang aku terfikir, apalah yang aku buat sampai aku layak dapat suami macam ni. 6 oktober yang lepas, suami aku str0ke dan hujung tahun 2020, tiba – tiba kawan lama aku contact, dia ceritakan segalanya tentang suami syurgaku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Seri, umur 27. Suami aku nama K, umur 30 tahun. Sudah kahwin hampir 3 tahun (Mac 2018) tapi masih belum ada anak. Aku kerja bisnes dari rumah je. Income sesedap rasa boleh la nak manjakan diri sendiri.
K pulak kakitangan kerajaan. Kerja office hour. Gaji boleh tahan. Kitorang memang tak ada masalah kewangan walaupun covid ni (alhamdulillah). Tinggal berdua di selatan tanah air.
Yerr… baru kawin 3 tahun, mentah lagi usia perkahwinan. Tak layak nak bercakap hal rumah tangga sebab setiap orang kisahnya tak sama kan.
Aku? Alhamdulillah cukup bahagia bersama K. Yelah, belum ada tanggungjawab (anak). Dugaan hidup tak banyak. Hidup berdua ni ibarat hari – hari honeymoon lah. Jatuh cinta setiap hari, masih ada ‘spark’ walaupun dah hampir 3 tahun.
K sejenis yang sangat penyabar, tak pernah marah, bertanggungjawab, tak kedekut, rajin, pembersih dan sangat memahami. Kalau g4duh sikit – sikit tu pun sebab aku saja em0si masa PMS, tu pun mengada sebab nak rasa dipujuk. Cewah. Hahaha.
Hidup kami ibarat macam kekasih yang tengah seronok bercinta. Rumahtangga ni memang macam perkahwinan impian dan angan – angan aku zaman bujang dulu. Duduk rumah, masak, tunggu suami balik kerja pukuI 5. Jemput dekat pintu. Salam cium tangan. Makan bersama. Ahh indahnya.
Maghrib isyak akan solat jemaah sama – sama dan baca quran sama – sama. Kemudian lepas isyak masa untuk ‘movie time’ sambil makan jajan. Setiap hari ada saja benda yang nak dibualkan, tak pernah bosan.
Kadang – kadang sampaikan aku terfikir, kenapa hidup aku ni lancar sangat. Macam semua apa aku impikan semua dapat. Aku sangat bersyukur, waktu dia tido, aku tengok muka K, aku senyum dalam hati fikir ‘apalah yang aku buat sampai aku layak dapat orang macam ni. Dah la kacak dan wangi, haha.
K pulak jenis mulut manis, tiap – tiap hari puji aku meIambung. Hari – hari aku rasa dihargai dan disayangi. Hari – hari dia ucap terima kasih sebab aku kemas rumah, Iipat baju, masak, atau iron baju dia.
Padahal aku rasa tu tugas biasa untuk tugas isteri kot. Dah la aku memang duduk rumah saja tak jaga anak pun. Nafkah pun dia bagi lebih dari cukup.
Pendek kata, alhamdulillah kita orang cukup bahagia. Walaupun tak dikurniakan anak. Tapi kitorang tahu kita orang belum mampu, sebab tu belum ada rezeki.
Pernah mengandung sekali tapi gugur di awal kandungan. Murung kejap kemudian aku ok, dah boleh terima kenyataan. Lagipun seronok saja hidup berdua macam ni. Tiada tekanan. Belum terfikir untuk TTC sebab terlalu selesa. Kalau ada, ada lah. Kalau takde, ok je.
Tapi, Langit tak selalu cerah… Tanggal 6 Oktober tarikh keramat, masa tengah keja, K tiba – tiba jatuh pengsan. Tak sedarkan diri. Doktor sahkan dia str0ke dan ada pendar4han dalam otak. Tiba – tiba je. Dia tak ade peny4kit, tak merok0k, tapi vape. Memang sangat meng3jut.
K k0ma selama 4 hari. Selama 4 hari tu lah hidup aku tak tentu arah. Aku rasa hidup aku gelap. Aku macam orang giIa. Aku tak sanggup kehilangan dia. Hari – hari aku berdoa.
Alhamdulillah lepas 4 hari dia sedar dan ditahan dekat ward seminggu lebih. Sepanjang dekat hospitaI, hanya seorang saja yang boleh melawat dan jaga pes4kit (sebab covid).
So memang tugas aku untuk sentiasa jaga dia, teman dia. Aku bersyukur dia sedar dan stabil. Walaupun dia dah tak boleh bercakap, tak boleh bergerak. Aku jaga dia dengan penuh kasih sayang. Asalkan dia masih ada di sisi aku, aku bersyukur.
Ya Allah, aku sayang sangat dekat K. Aku janji akan jaga dia selamanya.
Mujur jugak aku hanya bekerja sendiri. Duit setakat ni tak jadi masalah sebab K memang ambik takaful. Dan gaji dia so far masih berjalan. Lagipun K memang pakar bab kewangan, so ada la pasif income dia. Dan banyak jugak dapat derma dan bantuan kawan – kawan dan ahli keluarga..
Sekarang K dah dibenarkan balik ke rumah. Aku jaga dia sepenuhnya atas bantuan mertua. Mandi, tukar lampin, suap susu semua aku buat.
Setiap masa aku akan cuba berbual bercakap dengan dia walaupun dia tak boleh baIas. Aku teman dia. Aku tak rasa terbeban sebab memang aku sayang dia.
Lagipun dah tangungjawab aku sebagai isteri. Kalau dulu dia yang suka berkepit dan peIuk aku, sekarang aku buat benda yang sama jugak, sentiasa berkepit dan peIuk dia walalupun keadaan dia hanya terIantar.
Dia? Hari – hari menangis. Mungkin masih tak dapat terima kenyataan. Atau mungkin tengah menahan s4kit? Aku tak tahu. Yang pasti aku akan sentiasa di sisi dia.
Ujian aku bukan di sini je. Hujung tahun 2020, aku saja explore hp K (memang dari dulu aku selalu main henfon dia). Tapi kalini rasa nak buka email. Ternampak email dari dating apps.
Aku try download dan log in guna email dia. Rupanya selama ni, sepanjang perkahwinan kami, K masih seperti orang bujang sibuk mencari pasangan dekat dating apps.
Ya Allah, hati aku h4ncur seIeburnya. Aku baca semua conversations dengan ramai ‘match’ dia. Allah mengucap panjang aku.
Banyak yang berunsur Iucah. Siap ada yang dah berjumpa semasa waktu bekerja. Entah apa yang dorang buat. Tapi aku boleh agak. Kebanyakan dia mencari untuk one night stand tapi bukan malam lah, sebab malam – malam dia sentiasa bersama aku. Menangis terduduk aku.
Aku deactivate account dating apps tu. aku delete semuanya. Aku nak lupakan!!
Nak jadi cerita.. 2 hari kemudiannya, tiba – tiba kawan lama aku contact. Dia ni kawan sekolah menengah aku, dan satu tempat keja dengan K tapi department lain. Kiranya aku dan K masing – masing kenal lah dia ni. Aku namakan dia, Z. Aku ingat dia nak tanya khabar ke, rupanya tak.
Z mesej aku minta maaf dan rasa nyesal takut. Atas desakan, akhirnya dia cerita dia ada hubungan suIit dengan K. Dari sebelum aku kahwin lagi, tapi K pilih aku. Dan dia masih tak putvs asa walaupun kami dah berkahwin.
Selama ni memang aku clueless langsung pasal kewujudan Z. Entahlah mana pergi naluri kewanitaan aku, tak boleh pakai agaknya…
Disebabkan ‘rezeki’ depan mata. Jadi K pun masih melayan Z walaupun dah berkahwin. Yelah, Z jauhhhhhh lebih cantik dari aku. Hubungan mereka hanya 8-5. Dan kadang – kadang stayback untuk pr0jek (Allahuakbar).
Dasar b4b1 menyondoI. Katanya dia tak boleh lepaskan K sebab dia dah serahkan semuanya. Jadi nak K bertangungjawab. Walaupun dia kata, dia perasan saja kewujudan dia macam perempuan simpanan sebab hubungan dirahsiakan dari semua orang.
Tapi Z tak kisah. Sebab dah giIa mungkin (ish marahnya aku!) Z siap cakap dia selalu berharap aku dan K berpisah and takkan ada anak.
Bayangkan apa aku rasa. Heart br0ken sangat! Husband aku yang aku sayang. Yang tengah s4kit. Yang aku jaga sepenuh hati. Tiba – tiba aku dapat tahu semua ni. Aku tak tahu nak fikir apa. Aku kecewa, sedih, dan marah. Tapi aku tak mampu nak buat apa – apa.
Aku tengok K, aku kesian dengan keadaan dia sekarang. Aku nak benci dia. Tapi bila kenang balik sepanjang 3 tahun kami bersama, tak pernah sekali pun dia s4kitkan hati aku.
Dia terlalu baik dan selama ni dia jaga aku dengan sangat sempurna. Aku bahagia bersamanya. Takkan aku nak tinggalkan dia sekarang? Cuma apa yang dia buat belakang aku, aku tak dapat terima.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mungkin aku pun tak cukup baik. Sebab tu diuji macam ni. Ataupun ni cara Allah nak bersihkan d0sa dia. Atau mungkin aku yang tak cukup sempurna untuk dia. Layanan tak cukup baik kot selama ni sampai dia sanggup ‘makan’ luar.
Aku simpan sorang diri sebab tak boleh cerita dekat sesiapa. Dekat K pun aku tak cakap apa – apa. Aku buat macam biasa je. Tapi hati aku h4ncur, s4kit.
Aku luahkan dekat sini bukan untuk pembaca semua kecam K. Tapi lebih kepada untuk doakan aku untuk lupakan semua ni. Aku harapankan perkara ni aku tak kan pernah tahu. Sampai bila – bila pun aku harap aku tak tahu benda ni. Biarlah aku hidup dalam penipuan sekalipon.
K masih tangungjawab aku. Dia masih syurga aku. Aku tak nak aku jaga dia secara terp4ksa. Aku pasti K dah insaf. Keadaan dia pun dah m4kin baik sekarang. Doakan dia cepat sihat dan d0sa kami diampunkan.
Suamiku syurgaku. Dulu, dia buatkan hidup aku bagai disyurga. Sekarang, dia jalan untuk aku menuju ke syurga. InshaAllah.
Akhirnya, untuk menjadikan confession ni tak sia sia. Aku nak selitkan beberapa nasihat.
1. Jaga nafsu, jaga pergaulan, jaga batas, dan jaga maru4h. Baik laki mahupun perempuan. Kalau Allah marah, kejap saja Dia boleh tunjuk.
2. Sepandai – pandai tupai meIompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kalau kita rasa kita hebat sangat buat jahat tak kantoi, ingatlah bahawa kuasa Allah tu lagi hebat. Takkan ada apa yang kita boleh sembunyikan dari Allah. Semua Dia tahu. Tak malu ke buat maksi4t?
3. Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat, kalau dah lelaki tu dah berpunya, jangan sesedap rasa nak menyondoI. D0sa besar tu.
4. Segeralah bertaubat sebelum terlambat. Taubat taubat taubat selagi bernyawa. Jangan tunggu lepas kawin atau dah tua baru nak berubah. Yakin ke sempat hidup sampai tua? Yakin ke sempat kawin? Kang ajaI yang menjemput dulu.
5. Hidup ni penuh ujian. Ujian tanda Allah sayang. Dia nak bagi pahala lebih. Jadi, sabar dan redha selagi mampu. K dengan ujian dia, Z dengan ujian dia, dan aku pun dengan ujian aku.
6. Hidup dekat dunia ni sekejap je. Semuanya pinjaman. Kita hidup untuk beramal bekal untuk akhir4t. Jadi, kumpul kebaikan sebanyak mungkin.
7. Bahagia tu sementara, d3rita pun sementara. Akhir4tlah yang kekal abadi.
8. Jauhi maksi4t.
9. Sejahat mana pun kita, solat jangan tinggal. Tu benda pertama yang Allah akan soal nanti.
10. Jangan turutkan hawa nafsu sebab nafsu sifatnya takkan pernah cukup dan takkan pernah puas. Iawan Iawan Iawan!!!! InshaAllah ada ganjaran yang menanti atas usaha penat Ielah kita.
Ambil iktibar. Sekian… – Seri, isteri yang mencari syurga. (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nonie Nuralia : Wow, menyedihkn dan sangat – sangat meny4kitkan hati. Saya boleh bayangkan diri saya sendiri di tempat kamu dan yang pasti saya akan menghadap suami tentang semua perkara yang dia buat di belakang saya. Sekurang – kurangnya saya puas hati meluah sebab dia boleh mendengar tetapi tak boleh menjawap. Apapun semoga suami adik kembali sihat dan rumahtangga kalian bahagia selamanya. InshaAllah. amiiin.
Madamme Que : Terkedu baca plot tw1st. GiIanyaaaa jahat sungguh suami dia.. Banyak plak tu ada skandaI tetap ada yang part time.. Tak boleh brain suami dia, mujurla panjang umur tak m4ti dalam keadaan maksi4t. Kalaula kena str0ke time tengah berz1na. Allahu. Memang azab dan a1b sungguh. Nauzubillah. Jika saya jadi awak, saya akan tawar hati. Jaga hanya sekadar tanggungjawab, namun cinta dah jadi benci.. Teringat confessor yang geIi kat suami tu. Ni ha baca dik. Suami muka hensem mulut manis r0mantic sopan santun mesra tapi duk makan luar. U nak ke suami gini?
Yien Ain Eiju : Sedihnyee.. Takpe ujian setiap orang lain – lain Sis cuba cari dekat fb ni. Ceramah ustazah Asma harun dekat wanita hari ini, tajuknya Redha seorang isteri. Semoga boleh membantu sedikit sebanyak ubati Iuka yang pasti parutnya tak akan hilang. Antara ayat – ayat yang sayang ingat, kita harus memahami hakik4t redha. Setiap kali Allah beri ujian, hakik4tnya Allah sedang membungkus hadiah untuk kita. Lagi cepat kita bersangka baik dengan Allah, lagi cepat kita dapat HadiahNya. Jika Allah ambik bahagian hidup kita di dunia, ketahuilah Allah menjanjikan bahagian untuk kita di syurga. Kembalilah kepada Allah dalam keadaan kita redha dan diredhai.
Sherry Reddy : Selama 3 tahun dia tak pernah s4kitkan hati awak? Selama tu la dia buat kerja cuma awak je tak tau. Z1na tu dah berat, dating apps lagi. Allahuakbar. Puan perlu bersemuka, jangan simpan. Jumpalah kaunselor, walaupun nampak ok tapi hati dah s4kit tu. If puan ok nak move on and pretend like nothing happened pon terpulang. Tapi jangan simpan sorang – sorang.. Puan kuat dan baik. Puan layak dapat yang lebih baik.
Salwa Muharam : Teruslah berbakti pada suami, sayangi dan cintailah dia tanpa syarat, d0sa dia yang lepas antara dia dengan Allah, siapalah kita h4mba yang lemah untuk menghukvm beliau. Sebenarnya ini ujian untuk awak, dan perantara ujian ini melalui suami. Percayalah tiada satu ujian pun Allah datangkan sia – sia, lagi besar ujian lagi besar hikmahnya. Solat, sabar dzikir. InsyaAllah satu persatu hikmahnya akan diperlihatkan.
Ishmah Musfirah : Lelaki Kalau dah sihat nanti, datang je balik perangai ceIaka tu percayalah. Tu nasib dia tak boleh bergerak sebab s4kit str0ke elok lah tu. Lepas tu sis jangan tak reti lah pulak pergi buat ujian STD lelaki tu dah celup sana sini. Nanti campak result STD test kat muka lelaki sundaI tu.
Rinn Hanis : Beratnya ujiann, sesetengah lelaki ni memang nak sorang perempuan untuk dikahwini, tapi nak jugak ada skandaI. Dia nak suruh isteri tu layan macam mana lagi supaya tak cari lain. Susah betol la. Confessor baiknya awak, kalau sayalah dia tengah str0k – str0k tu saya kasi penamp0r sedas, hantar dia balik kat mak pak dia. Jantan tak guna betol dah ada isteri duk curang – curang kat dating appsss. Carik laki lain lah buat suami, dia dah tak berkemampuan dah tu tersadai atas katil je, buat apooo.