7 tahun saya berhenti kerja jadi surirumah, ayah saya tuntut nafkah bulanan tertunggak. Kalau tak saya derh4ka, tuntut sampai m4ti

Dulu saya bagi abah RM 1500, sekarang RM 1 pun saya tak mampu bagi. Nak beli susu dan pampers anak – anak pun sampai kira duit syiling. Ayah nak rm1500 d4rab dengan 84 bulan tertunggak. Selagi tu saya dih4ramkan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Min.. Tolong hide profile saya ya.. Betul ke kita jadi anak derh4ka bila kita berhenti kerja demi nak jaga anak – anak sendiri. Saya dah 14 tahun berkahwin, apa masalah bapak kandung nak campur urusan hidup saya.

Kisahnya, saya ada 5 orang anak, yang paling kecik baby umur sebulan. Saya buat keputusan untuk berhenti kerja gomen sebab hati saya tak kuat untuk hantar anak pada pengasuh. Saya kira ini peng0rbanan terbesar saya buat untuk anak – anak saya.

Suami sangat support keputusan saya. suami cakap takpe kita hidup ala kadar dan kami baik – baik saja. Masalah saya sekarang adalah BAPAK KANDUNG yang menjadi t0xic berat dalam rumahtangga kami. Abah saya tiba – tiba jadi benci pada saya.

Dia tuduh suami saya dayus sebab tak halang saya berhenti kerja. Dia fitnah anak – anak kami hasil z1na semata – mata nak buat kami suami isteri bercerai. Abah saya cakap dia ada lafaz taklik dengan suami saya, kalau saya berhenti kerja jatuh talak 1.

So abah saya cakap since hari saya berhenti kerja tu talak dah jatuh. B0doh kan. Jadi anak – anak yang lahir selepas hari saya berhenti kerja, abah saya fitnah anak hasil z1na dengan suami sendiri. Kenapa abah saya k3jam sangat ya. Boleh tak netizen sekolah kan abah saya sekejap.

Hak taklik adalah hak suami isteri. Bukan antara bapa mertua dengan menantu lelaki kan. Tolong lah. Saya tak faham kenapa abah saya terlalu ego atau sengaja buat – buat b0doh. Kenapa bapak kandung sanggup nak musn4hkan rumahtangga anak menantu semata – mata tak boleh terima hakik4t anak perempuan dia berhenti kerja.

Dia tak beryukur ke menantu lelaki dia cukup baik. Dia nak menantu dia kaki pukuI kaki betina baru tu nama lelaki ke.. Saya sampai pegi pejabat agama, nak tanya betul ke ada taklik antara bapak mertua dengan menantu lelaki. Geleng kepala ustaz tu pun.

Mentalkan abah saya tu. Memang wujud ya orang macam ni dan dia sangat dihorm4ti ramai orang tapi dia sangat k3jam sangat zaIim dengan anak – anak dan bini dia. Kami benci dia.. Bapak Kandung T0XIC ni real ya kawan – kawan.

Tolong lah bagi semangat pada saya. Sekarang saya rasa benci sangat – sangat dengan abah saya. Abah saya suruh adik – adik jangan jumpa saya. Seolah – olah nak putuskan hubungan adik beradik. Abah saya mata duitan, dia marah sangat saya benti kerja sebab saya dah tak bagi duit bulanan pada dia.

Bukan tak nak bagi tapi saya belum mampu buat masa sekarang. Nak beli susu dan pampers anak – anak pun sampai kira duit syiling. Dulu saya bagi abah RM 1500, sekarang RM 1 pun saya tak bagi dia sebab tu dia marah sangat sangat. Kami adik beradik ibarat banker untuk dia.

Jujurnya dari kami kecik, abah tak pernah cakap bahasa yang baik. Dia selalu panggil kami adik beradik ANAK H4RAM, B4BI, B0DOH, MENYUSAHKAN HIDUP DIA, PERABIS BERAS, ANAK CEL4KA B4NGSAT. Dia terlalu baran, kalau kami gelak ketawa, dia akan m4ki kami semua dengan carutan di atas.

Kalau dia jeling dan kami tak faham, dia akan baling semua benda di lantai. Mungkin dia ingat kami ni tuhan boleh baca fikiran dia kot. Contoh kalau dia jeling, suruh tutup lampu, tapi kami tak faham sebab dia tak cakap. Jadi, dia akan baling MUG AIR kaca tu kat kepala kami.

Masa pergi umrah tahun 2017, abah saya sengaja turun lewat dari bilik hotel, dia sengaja membiarkan jemaah lain menunggu dalam bas. Hampir 1 jam. Dia sentiasa memaIukan mak di khalayak ramai. Dia tak bagi duit langsung pada mak waktu di Mekah.

Bila habis buat umrah, mak nak pegi makan pun takde duit. Nasib baik saya dengan suami yang temankan mak. Abah saya jahat. Masa tengah buat umrah pun dia boleh marah m4ki – m4ki mak. Dia tak nak pegi subuh di masjidil h4ram. Mulut dia 24 jam cakap s4kit – s4kit. Mungkin hukvman dari Allah.

Kami adik beradik sampai doa biar lah dia m4ti di Mekah, kami tak nak bawa dia balik dah tapi Allah pun tak ingin jemput dia lagi. Mungkin Allah nak biar dia terus buat d0sa. Abah saya suka mereka cerita yang bukan – bukan, adik kandung dia meninggaI pun dia tak pergi ziarah.

Betapa kejam zaIimnya abah saya, dia sentiasa memusuhi orang. Senang cakap DIA sangat BENCI tengok orang BAHAGIA. Dia benci tengok suami saya sayangkan saya dan anak – anak. Dia benci tengok suami saya uruskan anak – anak sebab dia tak pernah buat semua tu. Dia tak pernah urus kami waktu kecil.

Mak kami macam h4mba abdi, duit gaji mak dia pegang sepenuhnya. Betul – betul narsistik. Puas kami pujuk suruh mak cerai tapi mak kata hidup mak akan h4ncur. Dia mesti cari mak sampai dapat. Tolong lah korang rasional kan kepala otak saya.

Saya dalam tekanan yang terlalu teruk. Tolong lah ustaz ustazah bahaskan isu ni. Saya menggigil menahan marah ketika menulis luahan ni. Untuk kawan – kawan yang simpati dengan saya, tolong lah bantu jualan kecil saya.

Saya nak buktikan dengan abah saya, bukan gomen yang bagi rezeki tapi ALLAH. Dia nak duit, jadi saya kena bagi dia duit. Dia kata saya anak derh4ka. Kalau nak dia maafkan hidup saya, saya kena bagi dia duit. Kalau tak hidup saya h4ncur tak berkat.

Saya akan susah sampai m4ti. Kononnya dia tak redha saya berhenti kerja. Dia nak RM 1500 setiap bulan tu d4rab dengan 7 tahun (84 bulan) saya dah berhenti kerja sebagai baIasan duit bulanan dia yang tertunggak. Jadi saya kena kumpul RM 1500 x 84 bulan = RM 126 000..

Selagi saya tak bagi dia duit, dia akan benci saya dan suami sampai m4ti. Dia tak bagi saya balik rumah jumpa mak dan adik – adik. Tak pernah saya rasa terh1na sampai macam ni, sampai kena merayu untuk orang beli barang jualan saya.

Semata – mata untuk bagi duit pada lelaki yang tak layak disebut abah. Saya betul – betul kecewa dengan abah saya. Ikut nafsu hati nak jer viralkan semua kata – kata dia yang meny4kitkan hati. Saya dah tak mampu maafkan dia.

Saya tak nak jumpa dia kalau boleh. Saya tr4uma dari kecil dan saya benci dia sangat – sangat. Saya selalu doa dia m4ti cepat. Saya tahu saya d0sa tapi saya dizaIimi dari kecik. Takde satu pun kenangan baik yang saya ada. Ini kisah benar.

Wallahi bukan semata – mata untuk view. Saya betul – betul struggle dengan bebanan emosi ni. Geng gomen yang rapat dengan saya mesti tau siapa saya. Saya hanya nak hidup tenang tanpa d3ndam. Kawan – kawan tolong doakan saya kuat, doakan sungguh – sungguh ALLAH lancarkan rezeki saya. Doakan saya tak jadi anak derh4ka. Doakan saya jumpa jalan nak jumpa mak sendiri. Tolong rasional pemikiran saya.. Terima Kasih Semua..

Komen W4rganet :

Princess Lavender : Sis, tolong baca ni.. Awak bukan anak derh4ka dan bapa kandung awak takde kuasa nak jatuhkan hukvm derh4ka tu kepada awak, sebab tanggungjawab dia kepada awak dah lepas sejak hari pertama awak jadi isteri orang, tanggungjawab awak kepada bapa kandung dan adik beradik awak juga dah lepas pada hari pertama awak jadi isteri orang.

Yang berkuasa atas syurga ner4ka awak sekarang ialah suami awak. Saya faham sebab saya pun berhenti kerja gomen selepas saya lahirkan anak bongsu saya 2 tahun lepas. Ibu bapa saya pun pada awalnya marah sebab sebelum ni saya yang provide semua tapi saya bertegas sebab itu demi keluarga kecil saya sendiri.

Ingatlah, time anak kita s4kit hanya kita sendiri yang boleh tolong anak, takde orang lain akan kisah. Jadi jangan str3ss, jauhkan diri dari keluarga awak sementara waktu. Selamat berpantang dan sihat cepat – cepat.

Maizom Hassan : Firstly.. taklik bukannya atas mertua lelaki keatas menantu lelaki. Mana ntah hukvm ni. Kedua. Buat derk aje Puan… Kalau boleh block number.. silakan block. Jaga mental Puan. Ketiga.. Dari cerita puan sendiri, dah boleh dinilai perbuatan dan sifat Ayah Puan. So…tak perlu lagi untuk menyantuni orang t0xic seperti ini.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.