Suami ada hati nak madukan saya dengan janda anak 2, sebelum kena poligami saya ajar suami cukup2

Selama 16 tahun saya banyak menyumbang dalam ekonomi keluarga dan itu menyebabkan saya kurang hormat dengan suami. Jadi suami gunakan alasan nak cari perempuan yang lemah lembut untuk jadi pelengkap hidupnya. Jadi sebelum saya kena hidup bermadu, saya nekad ajar suami cukup – cukup…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Harap hide nama saya. Nak bertanya pendapat dengan semua pembaca di FB, tak kisahlah kalau ada pembaca nak kata saya ni kej4m, tapi saya nak tau juga adakah tindakan saya ini benar – benar kej4m.

Cerita ini tidaklah kisah penuh, beberapa kejadian saya sembunyikan konon menjaga a1b Iah, (takut ada pulak yang dapat tahu kisah saya nih). Saya sudah 17 tahun berumahtangga. Ada anak 6 orang. Selama 16 tahun berumahtangga, saya akui kurangnya komunikasi dengan suami, banyak memend4m rasa, saya banyak menyumbang dalam ekonomi rumahtangga maka disebabkan itu kurangnya hormat pada suami.

Selama 16 tahun berumahtangga asal cuti sahaja kami sekeluarga akan sama – sama balik kampung kami (contoh kalau 5 hari cuti maka 2.5 hari di kampung suami dan 2.5 hari lagi di kampung saya pula). Dipendekkan cerita, setahun yang lalu, suami saya tertangkap curang di belakang saya dengan janda anak 2, memang dia berhajat nak ambil janda tuh bini dia no 2 dan kedua – dua keluarga kami tahu.

Masa saya dapat tahu, saya ambil keputvsan keluar dari rumah, emak mertua sudah tahu awal 2 bulan tapi tidaklah dinasihati anak dia betul – betul berbanding ibu saya bila dapat tahu siap bagi amaran pada adik – adik saya supaya jaga bini, kerana ISTERI ITU AMANAH.

Buruk – buruk isteri, kamu juga yang pilih, bukannya orang lain. Masih teringat kesomb0ngan suami saya masa nekad dia nak ambil perempuan tuh jadik bini. Oh ye lupa nak bagitahu, dalam usaha suami saya nak ambil perempuan tu jadik bini kedua, alasan dia kerana saya ni suka marah – marah, tidak hormat dia sebagai suami, tak layan dia.

Sedangkan anak dah 6 orang kot, boleh dia cakap tak layan lagi dan nak perempuan yang lemah lembut gituuuu, sebagai pelengkap hidupnya. Dia cakap saya suka menga1bkan dia dalam FB (tang mana a1b tak tahu sebab saya hanya share kisah krt).

Bila saya tanya ustazah secara umum (ustazah tak tahu kisah dalam rumahtangga saya, katanya orang yang terasa macam nih, sebab dia buat benda tuh) contoh sharing kisah suami tak bagi nafkah dan sebagainya. Dipendekkan cerita, bila saya tanya perancangan suami saya bila dah berkahwin kelak, isteri – isteri dia bekerja maka pandailah bertoIak ansur, bod0hnya kan?

Nak kahwin sampai 2, 3, 4 sepatut lengkapkan semua serba serbi tapi, ada juga part bini kena bertoIak ansur. Dalam masa yang sama, saya juga sudah standby untuk peguam dan berstatus JANDA, macam akur dengan suami untuk bermadu, perbaiki diri sendiri sudah, semua sudah tapi habuk jer dapat.

Sesuatu yang saya belajar, betullah kalau tiada yang bukakan pintu, macam mana ada yang boleh masuk dan tepuk sebeIah tangan tak akan berbunyi. Maka saya agresif NEKAD untuk ajar dahulu suami cukup – cukup.

Benda dah berlaku maka berlakulah ‘per4ng’, sebagaimana saya bagitau suami saya, TIDAK GlLA seorang isteri untuk marah – marah dalam rumahtangga kalau ada suami memberi sokongan (membantu dalam rumahtangga).

Sebelum BERSKAND4L memang ‘tersangat kurang bantuannya.’ Jadi segala keistimewaan selama 16 tahun berumahtangga saya tarik balik, saya har4mkan semua ehsan saya selama 16 tahun, itu adalah keberhutangan dia yang perlu dia bayar pada saya.

(Sekarang dia dah mula bayar lah yuran – yuran anak apa yang patut, mana yang dia MAMPU dan kemudian yang tak cukup saya pula tampung). Diteruskan lagi cerita, saya bertanya juga, bagaimana agaknya giliran raya?

Suami saya kata, kalau saya TAK NAK BALIK TAK APA, DIA BALIK SEORANG. Kalau BAKAL BINI NO 2, TAK NAK BALIK PUN TAK APA, SUAMI SAYA BALIK SEORANG. Maka bermulalah operasi saya mengajar suami (disaat masih belum bermadu nih kita dah ajar).

SAYA T0LAK UNTUK BALIK KAMPUNG DIA, yang mana tidaklah refused sangat, sebab sekarang nih, kalau dia nak bawa kami balik kampung dia, maka 100% adalah duit dia kalau dulu adalah saya menolong top up apa yang patut, tapi dah bagi kita r4cun maka sekarang TIDAKLAH lagi saya membantunya.

Kecuali memang nampak dia sesak sangat, baru saya bantu, kalau tak bantu alamat kebuIurlah anak – anak agaknya. Setahun dah berlalu, suami saya dah balik pon ke pangkal jalan rumahtangga saya kembali harmoni tapi apa yang saya kena bayar ialah KEPERCAYAAN YANG TELAH HILANG.

Masih ada curiga, tapi saya buat tak tahu saje rasa hati. Baru nih, mak dia dah sibuk tanya bila nak balik kampung sana? Dah lama tak ziarah, sejak setahun lalu baru 5 kali sahaja kami balik ke sana itu pun 2 hari sahaja, tidaklah berlama – lama.

Tak kerap kerap seperti sebelum dia MENCIPTA SKAND4L dengan perempuan. Bila saya tanya suami, nak balik tak? dia kata TIDAK BERKEMAMPUAN, duit dia dah habis. Kalau ikut hati cair saya nih nak jer menyumbang untuk membolehkan pulang, tapi memikirkan sikap mertua setahun yang lalu (kes tidak menasihat anak dia pasal berskandaI dengan perempuan), hati kembali keras semula.

Nak tau juga komen dan pendapat pembaca – pembaca semua, patut ke saya bantu suami? Atau biarkan je tapi yang buruknya nampak ke saya lah… KONON BINI TAK NAK BALIK KAMPUNG SUAMI padahal anak dia tuh yang TIADA KOS UNTUK PULANG.

Tapi kalau balik pun, tidak dihargai pun oleh suami, kalau tidak masakan R4CUN yang dia bagi pada saya. Mak mertua perasan anak dia hebat sangat dari segi kewangan padahal yang sebenar habuk pun tak ada.

Sekali pun kami balik nih, mertua tetap menyangka anak dia yang keluar duit, bukan menantu. Nak ajar suami, ajar mertua sekali… tak gitu? Jadi NAK BALIK ke TAK NAK? Supaya saya boleh timbang kiIo, langkah seterusnya.

Komen Warganet :

Dang Anum : Dah dibantu naik lemak pulak, memang patut diberi pengajaran.. Mertua pon perlu di ajar kerana menyokong kemungk4ran. Anak dia je betul, dalam rumahtangga anak, bukan dia tau ape masalah sebenar, hanya tahu tuding jari je. Tak semestinya ape yang anak dia cakap semua benda yang betul. Nak hidup zaman sekarang hati kena kering, banyak sangat spesis yang tak sedar diuntung.

Arma Wati : Saya sokong akak, tak payah bantu suami sebab semua tu memang tanggungjawab suami.. Tak balik kampug selalu pon tak apa.. Apa yang akak buat selama ni tak akan pernah mertua hargai. Jadi lebih baik akak bersikap macam tu sahaja.

En Jak Shikazikame : Sebagai seorang lelaki dan seorang suami saya sokong tindakan puan itu.. Cuma hal mak mentua ni kan kita buat baik pun bukan dia nampak pun, anak dia jugak yang dia nampak macam malaik4t.

Normala Talha : Tak payahlah nak rasa bersalah! Jangan dibantu sangat orang laki ni dari mula kawin sepatutnya. Supaya dia tahu tanggungjawab. Bukan setakat buat anak je!!! Jangan lembut hati tu nanti kena buIi lagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.