Masa aku repair kereta pun aku cakap dalam hati. Ni mesti kemaIangan sebab guna duit h4ram. Haaa betul jadi.. Aku patah kaki MC dua bulan, aku takut je boss nak mintak duit dalam peti. Aku mula pinjam duit kawan pulak..
#Foto sekadar hiasan. Hai korang. Terima kasih sudi baca luahan aku. Pernah sekali luah dah, tapi topic lain. Kali ini topic aku kena sc4m, dan ini kifarah untuk aku. Kenapa kifarah? Meh sini aku citer. Aku seorang kerani perempuan, masih bujang, gaji RM1,500 cam tu untung bersih.
Gaji tu aku bayar komitmen hp, utiliti apa semua (bagi mak) dan sepatutnya dalam tangan aku ada RM800 lah untuk surv1ve sampai hujung bulan seterusnya. Tapi citernya, memang tak cukuplah. Aku perIukan duit membeli benda yang keperluan.
Kadang – kadang pinjamkan orang. Sehinggalah aku sendiri tak ada duit. Okay sekarang company aku ni ada peti cash. Peti cash pun ada dalam 1k++ setiap bulan. Korang tahu aku buat apa? Aku pecah amanah lah. Aku guna duit peti cash tanpa pengetahuan majikan aku.
Dan hujung bulan aku ganti balik dengan gaji yang aku dapat seterusnya bulan itu. Mula – mula sikit je aku ambik untuk pecah amanah. Aku tahu perbuatan itu salah. D0sa besar. Aku tahu. Tapi niat aku, aku ganti akhirnya. Buat macam tu setiap bulan.
Sebab peticash akan ada 1k setiap bulan. Aku guna tapi kata kat majikan aku duit tu ada je, tapi padahal aku rolling – rolling balik bagi ada. Amanah yang ada aku pecahkan. SiaI tak? Ambik, guna, ganti balik. Sehingga lah bila raya tahun ni. Aku guna banyak sangat dalam 3k sekaligus.
Bayangkan gaji aku 1500 nak ganti duit tu macam mana? Tapi aku tak fikir panjang. Aku b0doh aku guna juga. Aku guna juga duit tu repair kereta aku. Aku tukar tayar, aku tukar minyak hitam. Guna duit pecah amanah kan?
Benda yang aku buat ni lama. Raya saja 3k aku ambik. Tambah lagi baru – baru ni hampir 2k so totally hampir 5k. So keseluruhan korang rasa aku nak ganti macam mana tu? Majikan ada je tanya tapi aku pandai bolak dalih. Ni per4ngai musibat satu lagi.
Satu kejadian berlaku, aku tiba – tiba eksiden dan ced3ra patah kaki. Mc dua bulan. Tak masuk kerja. Ada kerani lagi satu gantikan. Nampak tak kifarah untuk aku tu? Aku ambik pengajaran. Aku tahu Allah uji aku. Sebab aku jauh dari Dia. Tak solat. Guna wang h4ram.
Sedangkan masa aku repair kereta pun aku cakap dalam hati. Ni mesti kemaIangan sebab guna duit h4ram. Haaa betul jadi.. kemaIangan atas kecuaian diri aku. Kereta total lost. Insurance tak dapat cover sebab 3party. Nampak tak? Kifarah weh… Allah swt bagi cash.
Aku ced3ra terlantar patah kaki pun masih tak sedar – sedar. Jahat je lagi. Aku tak solat. Mengumpat – ngumpat orang. Eeee banyaknya d0sa. Okay sekarang aku dah okay.. boleh masuk kerja semula. Majikan aku memang tak tanya pasal peti cash tu. Sebab aku kata ada. Bila nak guna bagitahu.
Tapi majikan tak guna sepanjang aku s4kit. Bila aku masuk kerja. Gaji dapat macam biasa.. Cuma tiba – tiba aku sedar nak gantikan semula duit yang aku guna. Sebelum majikan aku tahu aku dah guna duit tu pecah amanah.
So aku buat personal loan. Cuba try bank tak lulus. Aeon credit tak lepas. Lain – lain tak lepas. Sebab aku dah terdesak sangat. Aku scroll website pinjaman wang berlesen. Dan aku jumpa satu website bagi pinjaman sehingga 100k dalam masa 2 jam.
Aku pun apa lagi contact lah. Bagi maklumat ic aku apa semua. Bank statement, payslip apa semua. Tiba – tiba dia kata lulus. Nampak lega di situ. Aku yakin dapat buat pinjaman 10k interest 8% per year. Bayar balik RM300 dalam satu bulan dalam masa 3 tahun. Aku decide teruskanlah bila dia call.
Tapi weh, dia minta wang pendahuluan sebagai tanda setuju agreement loan RM350. Aku pun b0doh transfer lah. Sebab aku yakin dapat. Tapi tak juga. Company mintak RM1,920 untuk pendaftaran sst & tax gov apa semua.
Aku tahu dah ni aku akan masuk dalam jangkauan sc4mmer.. Tapi offer dorang menarik. Aku nak buat loan weh. Nak ganti balik kot. Aku pun pinjam kawan aku 2k. Kata akan transfer balik malam tu. Dia tanya aku nak guna untuk apa.. Aku cakap ada lah… Nanti citer.
Dia percaya aku. So dia transfer. Aku pun transfer lah mat. RM1920 kot. Hahaha, tiba – tiba pulak kena daftar PIDM baru boleh release. Aku pun b0doh bagi lagi RM1260 kat dorang. Tu pun aku merayu kawan aku tadi balik tambah RM1260 je.. Nanti ganti. Dia bagi juga.
Dah transfer tiba tak lepas lagi weh. Kata credit score aku teruk. Transfer lagi RM1300 untuk naikkkan score. Aku pun transfer lepas minta kat member lagi satu. Cakap nanti aku ganti. B0doh tak aku? Sebab aku nak dapatkan balik duit aku, kalau aku tak ikut kehendak dorang, aku tak dapat balik.
Aku nak stop. Aku tahu dah kena sc4m. Tapi ni cara nya untuk aku dapatkan balik duit yang sudah aku transfer. Aku transfer lagi 1300 bila dia cakap credit score aku tak naik. So kiranya last lah ni aku minta kat member aku ni.
Aku hutang member RM2,600. Tiba – tiba akhirnya, credit score dah naik. Kena bayar bank negara punya surcharge pulak. Hahaha jiIakenya sc4mmer. Aku b0doh sangat. Aku rugi weh. Dorang ugvt aku tak bayar burn lah apa yang aku transfer. B0dohnya.. Aku tahu dah. Tapi aku nak buat macam mana lagi. Haprak pun tak de. Tambah hutang je lagi.
Aku buat report polis. Tapi tu jelah.. Duit tu mana nak dapat lagi. Sc4mmer tu kacau aku suh bayar loan. Loan yang aku tak dapat langsung? Wehh apa bang4ngnye aku. Habislah diri aku. Ini aku cakap kifarah untuk aku. Aku pecah amanah RM5k almost.
Then aku bagi scammer almost 5k juga dengan nak gantinya duit kawan – kawan aku. 10k aku kena ganti. Kifarah weh. BaIasan untuk aku. Dahlah eksiden, lepas tu kena sc4m. Rasa maIangnya hidup aku. Korang rasa apa patut aku buat?
Aku dah buntu kot. Rasa macam nak k*ll diri je. Tak layak hidup dah. Nak ganti duit 10k lagi. Masalah lain lagi. Aku dah takde air muka. Malu. Hutang banyak. B0doh kan. Aku cuba berg4ntung pada Allah. Aku cuba tawakal. Dah doa banyak – banyak.
Tapi kau tahulah manusia. Aku rasa nak give up. Macam mana aku nak selesaikan masalah aku ni weh. Aku buntu. Korang rasa aku dapat keluar ke dari masalah ni. Aku ni pecah amanah. Penipu, tertipu. Apa nak jadi dengan aku weh. Tolonglah bagi aku penyelesaian masalah. Terima kasih sudi baca luahan seorang manusia yang b0doh ni. Yang rasa tak layak hidup dah. – skenascam (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Zxi Bombei : Berkat ni dalam maksudnya pada kehidupan kita bila kita betul – betul faham nilai berkat. Berkat ni biar sikit tapi Allah bagi cukup. Gaji besar mana sekalipun tapi berkat tu takde kite akan sentiasa berasa tak cukup.
Hidup kena sentiasa ukur baju di badan sendiri juga. Moga baik – baik untuk kehidupan awak. Betulkan hubungan dengan Allah. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. InshaAllah Allah akan ada dekat dengan kehidupan kita. Allah uji sebab Allah sayang. Apa yang jadi teguran untuk awak, maka berubahlah.
Hani Supari : 1st. Solat taubat. 2nd. Start perbaiki solat and doa sungguh minta Allah tolong. 3rd. Kena terus terang dan minta maaf kat bos. 4th. Kena slow – slow ubah diri. Semoga dipermudahkan urusan..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.