Kalau aku s4kit jangan harap lah nak rehat macam orang s4kit rehat. Tetiba suami aku pun rasa tak sihat lah, tak sedap badanlah padahal balik kerja elok je, main game elok je. Nak demam pun rasa tak best. Kena tunggu aku m4ti dulu kot..
#Foto sekadar hiasan. Salam dan hai semua. Aku seorang isteri dan seorang ibu kepada seorang anak yang comel. Aku cuma nak meluah. S4kit rasanya pendam sendirian sebab aku seorang yang simpan sendiri masalah. Sebelum ni ok dan sentiasa rasa akan ok tapi rupanya makan diri.
Aku tak bekerja hampir 2 tahun sebab jaga anak yang w4rded icu. Punca diser4ng sawan ketika di rumah pengasuh. Luluh hati bila suami call cerita keadaan anak. Lagi h4ncur hati bila dengar rupanya anak hampir meninggaI (dah takde nafas masa tiba di kIinik berhampiran) tapi Allah bagi kami peluang kedua.
Alhamdulillah anak sekarang sihat walafiat kecuali mata sedikit juling / lazy eyes disebabkan pend4rahan dalam kepala tempoh hari. Sejak aku fully jaga dia sampai sekarang, anak aku tersangatlah manja. Pendek kata tiada perkataan rehat dalam hidup aku.
Malah tengah solat pun dia akan merengek. Kalau mood ok, dia akan duduk sebeIah. Aku ok, sayang sangat anak tapi kadang – kadang hati member0ntak. Penat sebab aku seorang yang aktif, tak boleh duduk dekat rumah untuk jangka masa lama. Kena keluar ambil angin.
Tapi tu lah aku tak berani nak keluar berdua dengan anak. Ramai orang giIa sekarang. Suami tak suka berjalan. Suami kerja. Boleh dik4takan gaji sekarang memang cukup cukup makan. Tak boleh nak makan luar, tak boleh nak order, even nak berjalan pun sentiasa kena cek balance.
Aku cemburu tengok orang keluar berjalan cari makanan sedap sedap. Aku? Str3ss ke penat ke tak boleh buat semua tu. Hadap je lah si kecik sorang tu. Jangan cakap, “sepatutnya kau bersyukur ada anak buat hilang str3ss, orang lain ramai lagi tak dapat benda tu”.
Ye, first thing first is aku bersyukur sangat. Tapi tulah, dugaan orang lain lain ye tak? S4kit hati betul dengar ayat tu. Suami aku suka bagi ayat “bersyukur k awak boleh jaga anak depan mata”. Mula – mula saya boleh terima tapi bila banyak kali, rasa macam menyampah.
Anak clingy dengan aku tapi dia takde rasa nak pujuk anak duk dengan dia. Tolonglah bagi bini kau rehat. Balik kerja, main dengan anak kejap lepas tu hadap game dekat pc. Kadang – kadang bila dia str3ss, dia akan marah kitorang.
Marah bukan fizikal tapi sekadar mulut sahaja. Bila aku tegur atau lawan balik, dia seolah – olah tersedar then diam. Tapi yang paling aku tak suka dia suka buat alasan. Cakap str3ss, penat, dan sebagainya. Walaupun pada hari cuti, anak atau aku k3jut awal sikit (tidur balik lepas subuh) kadang – kadang dia mengungkit katanya kami kacau tidur dia.
Aku k3jut bukan saja – saja tapi sebab nak masak. Anak aku jenis kalau mak dia takde dekat sebeIah auto sedar ye. Nangis pergi cari aku dekat dapur ha. Macamana nak masak kalau macamtu? Nak dukung? Berat oii. Masak satu hal.
Dulu awal kahwin boleh je cakap dekat aku nak masak itu ini. Sekarang? Aku craving masakan dia tapi dia macam mengelak tak nak masak. Lagi rela makan maggi dari masak ye. Pastu takkan aku nak suap anak aku megi?
Rumah tak payah cakap lah memang sepah. Ada budak kecik memang sepah. Awal – awal aku str3ss tengok rumah sepah. Kemas lepas tu sepah balik. Suami aku cakap biasalah sepah mainan tu. Biar je. Jadi, aku macam cool down biar je lah anak aku sepah. Kemas malam – malam.
Kemas dan sapu tu pun aku jugak. Suami aku susah ye nak volunteer tolong. Kena suruh satu satu baru buat. Tak tahu lah dia memang jenis senduk atau sengaja. Memang aku s4kit hati. Rumah kena sapu hari – hari sebab rambut gugur, habuk dan macam – macam tapi tu lah penat weh hari – hari aku je buat. Dia takde rasa nak tolong aku ke?
Kalau s4kit jangan harap lah nak rehat macam orang s4kit rehat. Tetiba dia pun rasa tak sihat lah, tak sedap badanlah padahal balik kerja elok je, main game elok je. Aku nak demam pun rasa tak best. Kena tunggu aku m4ti dulu kot baru boleh jaga anak tanpa aku.
Aku kadang – kadang fikir apa d0sa aku sampai kena hadap benda ni. Nak mengadu takde mak ayah dah. Rindu mak ayah aku. Ada masalah boleh nak share atau meluah. Adik beradik masing – masing ada keluarga sendiri. Aku takde tempat nak meluah.
Kadang – kadang tengok muka anak, mengalir air mata. Hari – hari minta maaf dekat dia sebab tak dapat nak beli toys macam orang lain. Kadang – kadang yang lagi aku sedih dan terasa hati, bila aku bagi tahu suami nak beli apa – apa, first dia tanya aku balik duit dalam bank ada berapa?
Aku tahu tak banyak tapi aku nak beli barang keperluan je. Aku takde duit. Sorry panjang pulak meluah. Banyak lagi aku nak meluah tapi cukuplah. Lega rasanya boleh tulis panjang – panjang. Doakan aku dapat kerja tau.
Tengah usaha cari kerja sekarang. Mana ada kosong bidang entry level semiconductor, boleh drop dekat komen, hehe. Thank you sudi luang masa. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. Aamiin. – Bintangputih (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Salina Gunawi : Sedihnya saya baca.. saya tahu how you feel. Saya kalau teringin nak makan apa – apa memang saya akan usaha untuk dapatkan. Kadang – kadang orang lelaki ni memang buta hati. Semoga you dapat kerja dan anak you terus sihat. Amiin..
Sherry Na : Situasi tt ni memang banyak sangat terjadi sampai macam dah jadi perkara normal. Suami sekarang memang begitulah kebanyakan per4ngainya. Nak jumpa yang sayang, tolong dan hargai isteri tu susah dah. So adik – adik yang masih single, bersedia jelah hadap situasi macam ni bila dah kahwin sok. Kena prepare mental dan fizikal hadap pe’el suami selfish anggap isteri macam bibik je.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.