
Sikap giIa perempuan itu m4kin terserlah dengan mengatakan dia akan datang pada bulan Jun tahun lepas untuk meminang suami dan jika saya menolak dia mengajak saya naik mahkamah.
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Tujuan saya menulis di page ini adalah untuk memohon doa kalian dan pendapat dari semua. Suami saya baru berkahwin lagi satu pada awal tahun ni. Saya tidak men3ntang poIigami ye wahai lelaki tetapi perlu ada kriteria yang melayakkannya.
Suami saya tidak layak dari segi pendapatan. Saya sendiri tidak faham mengapa dan apa yang menyebabkan jadi begini pada rumahtangga saya. Kisahnya bermula pada tahun lepas awal bulan 3, perempuan janda anak 1 ini menghubungi suami melalui messenger facebook.
Untuk pengetahuan perempuan ini pernah praktikaI di tempat kerja suami 7 tahun yang lalu. Ketika itu hubungan sebagai rakan sekerja. Selepas tamat praktikaI hubungan terputvs dan perempuan itu berkahwin dengan orang lain. Tetapi selepas bercerai perempuan ini mula mencari lelaki yang boleh dijadikan tempat bersandar, Mungkin.
Untuk pengetahuan, perempuan ini disahkan bip0lar dis0rder dan mempunyai surat daripada HospitaI. Menurut ceritanya pada suami, dia diceraikan kerana sering tidur akibat kesan sampingan ubat yang di ambil.
Namun saya rasa bukan itu sebab utama. Perempuan ini meraih simpati dari suami dengan pelbagai cerita sedihnya sehingga suami pun bersimpati. Saya tidak pasti janji apa yang mereka menterai tetapi perempuan itu bertekad datang ke sini dari negeri P tempat tinggalnya untuk memulakan hidup bersama suami.
Saya dapat menghidu hubungan mereka setelah saya melihat perubahan sikap suami yang tak berenggang dengan telefon sepanjang masa. Saya juga telah cuba menasihati bukan meny3rang perempuan itu melalui massenger. Perempuan itu memang berjanji tidak mengganggu.
Tetapi kejahatan mereka terserlah selepas perempuan itu mula menyebarkan a1b – a1b rumahtangga saya kepada keluarganya dan meny3rang saya bertubi – tubi sehingga a1b di atas katil. Saya sungguh kecewa dengan suami kerana mengapa perlu mencari salah isteri jika ingin bercinta lain. Sikap giIa perempuan itu m4kin terserlah dengan mengatakan dia akan datang pada bulan Jun tahun lepas untuk meminang suami dan jika saya menolak dia mengajak saya naik mahkamah. Memang kelakar.
Di sini saya ingin bertanya orang yang ada bip0lar dis0rder sikapnya bagaimana. Saya rasa bukan sebab peny4kit ini tetapi memang perempuan ini sikap begini. Sebab itu bekas suami perempuan ini serik. Dan yang pernah mer0yan dan mengganggu adalah perempuan ini sehingga sanggup meny3rang kawan perempuan bekas suaminya.
Setelah perempuan ini dapat cinta suami, dia meny3rang saya kerana menghalang. Saya memang menghalang dengan cara giIa saya. Saya cari keluarga perempuan itu, saya beritahu pada keluarga mertua dan saya laporkan pada polis atas ugvtan perempuan itu.
Permainan mental ini m4kin menjadi – jadi dengan dia pusing cerita. Perempuan itu menga1bkan saya di facebooknya dengan mengatakan saya seorang yang mentaI dan tekanan perasan. Dia tak mahu pun suami saya kerana dia muda bergetah masih muda. Perempuan itu mengatakan saya menfitnah dirinya dengan cerita – cerita a1b. Saya hanya diam kerana saya ada bukti – bukti ser4ngannya di massenger. Perempuan itu berjaya datang ke sini dengan mengaburi mata semua orang yang dia nak bekerja.
Pada ketika itu hubungan dengan suami terputvs juga. Tetapi diam – diam masih berhubung walaupun pelbagai taktik saya telah guna termasuk live location. Saya juga telah cuba berubah untuk jadi seperti yang suami nak dengan niat menjaga amanah rumahtangga. Tetapi takdir Allah, Awal tahun saya dik3jutkan dengan berita ini.
Suami telah berkahwin dengan perempuan itu. Kerana perempuan hilang pekerjaan, perempuan itu mencari suami di tempat kerja suami dan mengugvt ingin membvnvh diri serta mencipta alasan semua keluarga perempuan itu membuang dan tidak peduli pada perempuan itu.
Ceritanya meratap – ratap hiba, merayu – rayu suami dan berjanji untuk menjaga suami sekiranya saya tidak mampu memuaskan nafsu suami. Ya, itu memang kelemahan suami. Berpegang pada janji mereka dulu, mereka nekad berkahwin. Semuanya diuruskan oleh perempuan ini.
Dengan penuh keangkuhan, perempuan itu cakap, saya tidak mampu memuaskan nafsu kerana nafsu suami besar. Setelah saya tahu rahsia suami berkahwin, suami panjang langkah. Dia berkemas untuk duduk di rumah perempuan itu selama 3 hari. Tetapi disebabkan em0si saya yang tidak stabil, saya membungkus semua baju suami dan saya minta suami tinggal di sana selama 2 bulan.
Saya juga nyatakan ‘pergiIah, nikm4tilah bulan madu indah ke syurga. Lihatlah w4rna sebenar kehidupan rumahtangga’. Tetapi tidak sampai 2 minggu suami balik bergilir – gilir selang sehari kerana keluarga mertua mula campur tangan.
Em0si saya sem4kin stabil walau hati terIuka teruk. Saya tidak lagi berdoa untuk suami kerana mempermainkan waktu kerja dan 0vertime dengan menipu saya sedangkan mereka berdating waktu itu. Waktu yang suami katakan bekerja itu juga dia pergi berkahwin.
Suami juga dinaikkan gred yang diidam – idamkannya hujung tahun lepas. Saya katakan rezeki anak – anak tetapi dengan sombong dia berkata itu rezeki kahwin 2. Dengan ibu bapa saya juga suami kata mampu. Perempuan itu tahu tentang keadaan gaji suami yang tidak mampu menyara 2 rumah.
Tetapi tetap giIa mahukan suami dengan sanggup membayar sewa sendiri dan membiayai perbelanjaan di rumah mereka sendiri. Begitulah keadaan dan ketaksuban perempuan itu pada suami dan pada lelaki. Kerana dari zaman belajar memang perempuan ini fokusnya adalah lelaki. Cemerlang dalam pelajaran juga. Hidup rosak kerana lelaki.
Sekarang dia dalam fasa untuk bangkit dari hidup dan membina keluarga dengan cara memusn4hkan hidup orang lain. Pentingkan diri sendiri dengan mempergunakan kelemahan suami untuk sanggup jadi h4mba s3ks.
Tentang saya pula, memang saya ingin tamatkan perkahwinan ini. Memang semua perempuan jika kena begini memang mahu tamatkan saja. Tetapi secara w4ras saya ada misi yang perlu saya capai. Perempuan itu memang niatnya begitu.
Walau dengan suami dia cakap ingin tumpang kasih tetapi minta suami berterus terang pada saya mereka sudah berkahwin. Penuh dengan motif mahu saya bercerai. Misi saya menyimpan duit dan jika satu hari nanti, j0doh saya sampai di sini, saya terima dengan hati terbuka.
Namun kini saya banyak bermain ps1k0logi dengan suami. Saya tidak meny3rang perempuan itu kerana suami saya pun sama gatal. Saya juga tidak akan menyerah kalah pada perempuan itu kerana keperluan yang suami ada semua untuk anak – anak saya.
Suami memang baik tidak culas dari segi nafkah. Apa yang saya minta dan anak minta dia tunaikan. Tetapi soal nafsu yang buat dia begitu. Saya terima kekurangan itu. Tetapi kekurangan saya, suami cari. Allah ada. Di page ini saya mohon kawan – kawan pembaca yang budiman, doakan kekuatan buat saya dan keadilan untuk saya Allah tunjukkan secepat mungkin.
Saya tidak sempurna. Manusia biasa seorang isteri yang sentiasa cuba untuk memperbaiki kesilapan dan kekurangan. Namun tetap dis4kiti dan dikecewakan dengan kelemahan yang dik0rek. Dituduh t0mb0y kerana berambut pendek dan nafsu tidak normal.
Saya ingin membuat pertanyaan adakah tidak normal hubungan keIamin seminggu 2 kali atau sekali. Adakah normal setiap hari hubungan kelamin. Mengikut pendapat saya, mengikut keadaan kita kerana tanggungjawab urusan seharian lain yang kadang kala buat kita rasa letih dan leIah.
Untuk kaum lelaki, saya tegaskan saya tidak menentang poIigami. Tetapi cukupkan bukan sahaja duit tetapi masa, ilmu dunia dan akhir4t serta kerjasama dengan isteri. Sekiranya semua diserahkan pada isteri itu tidak adil. Dari pagi sehingga ke malam urusan tidak pernah habis adakah perlu disalahkan isteri sentiasa. Hidup hanya mengejar nafsu dan layanan manja serta rengekan perempuan pengg0da.
Buat suami, adakah seronok hidup berdua sahaja dengan perempuan itu dan berjalan sana sini mengikut rentak perempuan muda itu. Sekali lagi minta doakan saya. Tujuan page ini adalah untuk cabang saya meluahkan rasa yang sangat s4kit. Saya rasa lega sekarang. Boleh juga cadangkan kepada saya ilmu – ilmu untuk pedoman saya.
Untuk perempuan itu yang ada juga dalam page ni, saya doakan hidup anda tidak akan tenang. Hiduplah atas kemusn4han orang lain. Semoga Anda akan rasa nanti. Terima kasih semua. Allah ada. – Insan serba kekurangan (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nora Adila : Nasihat ikhlas dari saya, pergiIah cantikkan diri. Buat bukan untuk suami tetapi utk diri sendiri. And cari duit sendiri. Jujurnya kalau kita cantik, ada duit sendiri kita lebih senang nak move on. Dan selalu kena ingat. Nak cantik ke, nak duit banyak ke hanya buat sebab kita sayangkan diri sendiri. Hidup ni pun bukan lama. Jadi, tak payah nak menjeruk rasa lama – lama. Laki yang baik tak akan gunakan alasan nafsu nak kahwin lain.
Nurul Shafinaz : Kalau akak tekad tak mahu bercerai, eloklah akak anggap je suami tu dah m4ti, dan akak dekatkan diri dengan Tuhan. Kalau boleh, akak bIock sahaja perempuan mer0yan tu. Biarlah hidup dia dengan suami nak bahagia ke, nak terciduk ke, jangan ambil tahu.
Biarkan suami beri nafkah seperti biasa, akak kuat apabila Allah ada dalam hati akak. Sentiasa berdoa dan baca alquran untuk hati yang tenang itu. InsyaAllah, segala kesuIitan dan jalan yang akak nak, Allah akan beri. Semoga yang baik – baik untuk akak. Jangan bertindak ikut em0si perempuan tu, kalau dia ugvt akak, lapor je kat polis..
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.