Mak aku jenis suka meminta. Duit aku tinggal RM50 je, hari ni mak minta aku RM50 buat isi minyak. Dalam bank aku ada RM15

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak cari aku bila susah je. Bila aku susah, minta jaga anak sejam pun, dia akan caj. Hari ini pun duit dalam tangan ngam – ngam untuk makan sampai esok. Tiba – tiba hari ini mak aku mesej minta duit RM50. Esok anak – anak nak sekolah…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi korang. Aku ni dengan suami bukan ada kerja tetap. Kami berniaga, kadang – kadang ada untung, kadang – kadang tak ada untung. Isunya sekarang, keluarga aku selalu ingat suami aku ni berduit dan selalu minta tolong dekat dia. Kalau tak tolong, disangka suami kedekut. Suami aku bukan jenis kedekut..

Aku sekolah tingkatan lima, dia yang tanggung duit sekolah, bayar yuran semua. Sebab masa aku tingkatan lima, mak ayah aku berpisah, jadi aku terumbang – ambing, tak ada yang nak uruskan aku sekolah.

Mak tak sekolahkan sebab tak ada duit katanya… Rezeki aku kenal suami aku masa ni. Jadi, dia memang pemurah… Walaupun waktu tu gaji dia sebulan RM450 je, tahun 2009. Aku kenal dia dari tak ada motor, tak ada kereta semua.

Pergi mana – mana naik bas. Aku okay sebab aku tahu dia jenis rajin. Lagipun, masa aku kenal dia, umur baru 19 tahun, aku 16 tahun. Dari sebelum kahwin, mak aku suka minta belanja itu ini… Jadi, suami aku ni jenis melayan. Sampai tahun 2022.

Kenapa stop sampai 2022? Sebab aku rasa cukup dah suami aku bantu, sampai kadang – kadang dia tak ada duit dalam tangan pun tetap bantu. Aku tak pernah cakap suami aku susah sebab aku jaga aib dia.

Yelah, sebab berniaga kan? Jadi, mak aku memang ingat kami ni berduit je. Lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memang bisnes suami aku jatuh 90%. Hari ini pun duit dalam tangan ngam – ngam untuk urus anak – anak sekolah dan makan.

Aku ada income lain juga dari online, jadi sehari adalah RM50 macam tu. Jadi, aku boleh support suami aku sementara dia ada customer. Bab bayaran bil ke rumah ke, komitmen, aku memang tak sentuh sebab suami aku yang uruskan. Dia akan usahakan untuk bayar walaupun kadang – kadang tertunggak.

Tiba – tiba hari ini mak aku mesej minta duit RM50 untuk isi minyak kereta pergi urus bapak tiri aku masuk hospitaI. Hmm… Aku bukan tak nak tolong, dalam akaun bank aku ada RM15, esok anak – anak kat sekolah adalah duit dalam tangan.

Nak cakap kat mak tak ada duit, tak sampai hati. Jadi, aku diam je. Tadi aku dah bagitahu belum ada, tapi mak aku mesej lagi, jadi aku diam. Suami aku bukan peniaga kecil – kecilan tapi bisnes yang sekali job boleh untung empat ke lima angka.

Tapi disebabkan job tu ada sebulan sekali dan dia pun abang sulung dalam keluarga yang ada adik beradik ramai, jadi aku faham situasi dia. Sepanjang kahwin, memang suami aku tak tetap bagi nafkah bulanan sebab aku okay.

Asalkan ada tempat tinggal semua sebab suami aku ni kalau ada duit, memang jenis bawa je aku dan anak – anak ke mana – mana, tak kedekut. Tapi dari segi pengurusan kewangan dia kurang, kecuali kalau aku yang atur.

Tapi selalunya bila aku atur, akan ada g4duh kecil. Jadi, malas nak g4duh, aku biar dia urus. Settled la bab tu. Dulu aku malu nak beritahu yang kami pun cukup – cukup makan sebab aku jaga aib suami.

Tapi kadang – kadang aku terp4ksa beritahu, tapi mak macam tak percaya sebenarnya. Jadi, bukan setakat mak aku sahaja. Kadang – kadang keluarga dia sendiri pun tak percaya. Sampaikan dulu mereka ingat aku yang kawal duit suami.

S4kit hati juga sebab aku berhabis tolong suami aku untuk urus perniagaan dan sendiri urus anak empat orang. Kadang – kadang orang tak faham apa yang ada dalam isi rumah. Suami aku pula kalau keluarga minta duit, dia boleh cakap nanti tanya aku dulu.

Nampak dekat situ macam aku yang urus duit. Padahal dia ketua keluarga. Benda ini mudah sahaja sebenarnya. Awal – awal suami kena tahu tanggungjawab, jangan bebankan isteri. Isteri dah tolong macam – macam. Tolonglah…

Aku di tahap yang penat nak fikir sebenarnya. Lima belas tahun bukan tempoh masa yang sekejap untuk aku bersabar. Takut juga kadang – kadang cuba nak jadi yang terbaik, tapi bila dah penat, takut tak boleh nak kawal.

Mak aku ini sebenarnya tak pernah pedulikan aku. Bila susah, minta tolong… Tapi bila aku susah, nak tolong aku pun susah. Jaga anak aku sekejap tak sampai satu jam pun nak dicaj. Dibandingkan pula dengan anak orang lain, bagi maknya duit.

Mak aku kalau jenis tak berkira, aku rasa mudah untuk aku bantu mak aku. Tapi jenis macam suami aku juga, suka bebankan aku. Jadi, aku nak tolong itu jadi susah. Sekarang aku utamakan anak – anak aku empat orang. Harapkan suami… Suami pun harapkan aku sekarang ini. Jadi kalau korang jadi aku, yang mana jadi keutamaan?

Sekarang aku dilema dengan mak aku ni… Sebabnya, mak aku ni dengan suami aku dia selalu berkira. Kalau boleh, semua nak dikira. Kadang – kadang aku teringat, bila suami aku susah, tak ada pun yang tolong.

Kalau tolong pun mesti kena bayar. Anak – anak aku pun mak aku tak pernah nak jaga sebab mak aku jenis merata berjalan. Sekarang mak aku dah berumur sikit, dah tak berapa sihat, baru la nak ingat anak – anak.

Aku bukan tak sayang mak aku… Tapi itulah, mak aku selalu tak kesiankan suami aku. Susah dia je kita kena tahu. Dulu minta hantarkan ikan ke rumah la. Aku waktu tu makan mi goreng je kat rumah, tak ada duit beli beras. Entahlah aku pun… Aku selalu terhimpit antara suami dan mak ni… Kahwin dah 15 tahun.

Komen Netizen :

Anonymous member 193 : Sebagai seorang anak, memang akan rasa tersepit camni. Tapi sesekala kita kena belajar cakap tidak pada orang sekeliling kita. Sebab ada masanya kita tak dipedulikan oleh mereka.

Andai kata orang sekeliling tu sejenis tak berkira jugak. Mungkin kita tidak akan berkira. Macam saya tengok orang jugak. Sekali 2, nampak ok takpe. Kalau berkira kemain dengan saya. No more kali ketiga lagi dah. Maaf cakap jelah. Hadap dia punya kutuk tu kejap je.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5170 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.