
Aku terjumpa tiga video dengan tarikh dan aku buka. Alangkah terk3jutnya aku! Aku tengok video itu. Aku tahu macam mana keadaan bilik aku. Lelaki memang tak boleh kawal nafsu, mentang – mentanglah aku tengah dalam pantang…
#Foto sekadar hiasan / AI. Hai… Aku nak cerita kisah aku ini dan nak tanya pendapat semua yang ada di sini. Suami aku seorang mualaf dan aku ada bayi sudah 4 bulan. Pertama kali aku tahu yang suami curang adalah selepas 7 bulan kami berkahwin.
Aku terjumpa mesej perempuan itu yang menyatakan dia sayang suami aku dan bla bla… Biasanya suami akan padam mesej yang dia sudah baca, jadi masa tu meseh tersebut masuk dan suami belum sempat baca lagi. Kemudian, selepas aku baca, aku ambil nombor perempuan tu dan keesokan harinya aku hubungi dia.
Dia kata dia tiada apa – apa dengan suami aku dan dia juga mengatakan dia sudah berkahwin serta sedang mengandung. Jadi, aku fikir memang takde apa – apa dan cuba tanya suami juga. Suami pun cakap perkara yang sama, bahawa perempuan itu sudah berkahwin dan sedang mengandung.
Aku tanya dia, kalau takde apa – apa, takkanlah perempuan itu boleh hantar mesej dan siap cakap dia cintakan suami aku? Suami pun kata perempuan itu memang sengaja buat begitu sebab dari dulu dia memang suka suami aku tapi suami aku malas nak layan. Jadi, aku fikir semuanya sudah selesai.
Kemudian, selepas habis pantang, aku dapat rasa perubahan pada suami. Kadang – kadang, seorang isteri ada naluri dan tahu bila suami melakukan sesuatu yang salah. Suami memang selalu padam mesej dan apabila tidur, dia akan m4tikan telefon. Jadi, aku cuba cari bukti masa dia tidur.
Aku periksa mesej, tetapi tiada apa – apa. Aku rasa tak puas hati, keesokan malamnya aku periksa lagi tetap takde apa – apa. Tiba – tiba, aku tergerak hati nak tengok foto dan video. Aku terjumpa tiga video dengan tarikh dan aku buka. Alangkah terk3jutnya aku!
Aku tengok video itu… Memang tak nampak muka, cuma badan, tetapi aku tahu macam mana keadaan bilik aku. Aku terus k3jutkan suami dan tanya dia masa itu juga. Pada mulanya, dia menafikan, dia kata itu bukan dia dalam video tersebut.
Dia cuba menafikan sehabis boleh, tetapi aku cakap padanya yang aku bukan b0doh, aku tahu bagaimana rupa bilik aku sendiri. Selepas aku desak berkali – kali, barulah dia mengaku. Aku tanya siapa perempuan itu. Masa itu, dia menangis dan rasa sangat bersalah terhadap aku.
Aku terus mengingatkan dia tentang anak kami. Dia memang sangat – sangat rasa bersalah. Aku tanya siapa perempuan itu, dan dia jawab “peIacur”. Masa itu, aku rasa macam tak percaya. Dia kata itu peIacur, tetapi ada satu mesej yang berunsur ugvtan dihantar kepada suami aku.
Aku tanya dia siapa yang hantar mesej tu, dan dia kata itu adalah suami perempuan itu. (Okeylah, aku letakkan nama perempuan itu sebagai Ms L). Tetapi, memang jelas kelihatan suami aku betul – betul menyesal dengan apa yang dia lakukan pada aku.
Jadi, aku fikir, okeylah, lelaki memang susah tahan nafsu. Yelah, aku berpantang di rumah mak selama dua bulan. Jadi, aku fikir, tak salahkan dia juga kalau dia sudah terdesak, nak buat macam mana. Aku memang sangat sayang suami aku dan rasa susah sangat nak tinggalkan dia.
Jadi, aku cuba lupakan semuanya dan mulakan hidup baru dengan bayi kami. Tiga hari selepas aku dapat tahu tentang video itu, tiba – tiba datang pula penyiasat persendirian bersama suami Ms L ke rumah untuk berjumpa aku. Jadi, kami berbual dan barulah aku tahu siapa perempuan yang aku nampak dalam video itu.
Masa itu, memang rasa marah tahap maksimum! Rupanya, perempuan dalam video tu adalah Ms L! (Oh ya, aku lupa nak cakap, Ms L ni bukan melayu). Sebaik saja aku tahu semua ni, apa lagi… Kena lah suami aku dengan segala kekuatan yang ada aku gunakan!
Memang kalau kena, s4kit betul rasanya. Aku memang mer0yan juga masa itu. Perempuan itu pun satu hal, sudah ada suami dan anak pun masih nak menggatal dengan suami orang! Geram betul! Masa itu, aku tanya juga suami Ms L, apa yang dia akan buat selepas ini?
Dia kata dia akan ceraikan perempuan itu. Dalam hati aku berkata, “Padan muka kau, sekarang kau tak ada apa – apa!” Selepas tu, aku tanya suami aku, kenapa buat aku macam ini? Tak fikir ke tentang anak kita? Selepas semuanya terbongkar, barulah dia cerita kisah sebenar kepada aku.
Dia kata dia memang sangat menyesal dengan apa yang dia lakukan. Masa aku mengandung, setiap malam dia tengok aku tidur dan dia rasa bersalah sangat kerana telah buat aku macam iu. Baru aku perasan, sebelum ni pun dia selalu nampak susah hati saja.
Suami aku cakap, selepas Ms L mengandung, dia fikir semuanya sudah tamat tapi selepas perempuan tu habis berpantang, dia mula menghantar mesej kepada suami aku dan mengadu keburukan suaminya. Jadi, dari situlah hubungan mereka bermula.
Tetapi, suami aku memang rasa bersalah sangat – sangat. Dia cakap dia tak layak untuk aku. Kalau boleh, dia nak lepaskan aku sebab dia kata dia tak sanggup nak tengok muka aku lagi. Dia rasa sangat bersalah, dan walaupun aku dah tahu perkara ini, aku masih maafkan dia.
Dia pernah beritahu Ms L bahawa dia tak patut buat aku macam ni dan dia sangat menyesal. Dia kata lagi, masa aku bersalin, dia sangat tersentuh hati sebab semua orang cakap muka bayi kami sebiji macam muka dia. Tak ada seorang pun kata muka bayi kami macam aku.
Aku ada telefon juga Ms L untuk bertanya dan dia pun sudah meminta maaf kepada aku. Dia kata selepas semua ni berlaku, dia sudah takde sesiapa lagi, hanya ada keluarganya sahaja. Dia juga beritahu aku bahawa suami aku memang mencintai aku.
Dia kata, walaupun dia meminta maaf, perkara ni bukanlah sesuatu yang boleh dimaafkan begitu sahaja. Tapi, dia kata ini adalah kenyataan yang suami aku masih sayang dan cinta pada aku. Masalahnya sekarang, suami aku tiba – tiba kata dia tak mencintai aku.
Aku tak tahu sama ada dia cakap macam tu sebab dia nak aku lepaskan dia atau dia memang betul – betul maksudkan apa yang dia cakap. Tapi aku dapat rasakan dia masih cinta aku. Mungkin dia cakap macam itu sebab dia rasa terlalu bersalah dan dia tak boleh tengok muka aku lagi.
Sebab dia pernah cakap yang dia tak tahu macam mana nak berhadapan dengan aku dan rasa bersalah sangat – sangat bila tengok aku. Dia nak aku bahagia dengan orang lain dan dia mahu aku dengan lelaki yang lebih baik daripada dia – lelaki yang sepatutnya aku dapat.
Mungkin salah aku juga sebab masa aku tengah marah, aku ungkit balik perkara ini dan panggil dia macam – macam. Cakap pasal suami aku, dia seorang yang sangat pembersih. Semua kerja rumah dia yang buat. Masa aku marah dan panggil dia macam – macam, dia tak pernah naik tangan pada aku.
Masa aku pukuI dan men4mpar dia pun, dia diam sahaja. Semasa aku mengandung, dia jaga aku dengan sangat baik. Apa yang aku nak, semua dia belikan. Masa aku dalam pantang, setiap hari dia datang ke rumah mak aku, tengok aku, urut aku dan letakkan ubat di perut aku. Masalahnya sekarang, aku tak boleh tinggalkan dia. Aku sayang dia sangat – sangat, dan demi anak aku juga yang masih kecil. Jadi, apa pendapat korang semua?
Komen Netizen :
Fahrin : Kalau masih ada rasa sayang, maafkanlah dia. Mungkin mulutnya cakap nak lepaskan ko tapi ko pun dapat baca air muka, gerak lakunya jika masih sayangkan ko dan anak ko. Sayang kalo ko kehilangan seorang suami yang baik layanannya pada isteri, cuma dia tersasar sedikit.
Orang melayu Islam yang lebih teruk dari kes ko ni pon ada. Tak salah memaafkan dia dan ko pon masih sayangkan dia. Yakinkan laki ko yang ko masih lagi sayangkan dia, minta dia benar – benar bertaubat dan takkan ulangi lagi perkara macam ni. Sedarkan dia d0sa z1na coz maybe dia pon tak berapa faham lagi. Tak salah rasanya ko bawak dia pergi majlis – majlis ilmu coz besar tanggungjawab ko bila kahwin golongan muallaf ni.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.