Kawan aku wanita melayu terakhir, isteri mithali. Baru ni dia mengadu mengandung anak lelaki lain. Dia nak gugurkan anak tu..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku ada dua orang kawan baik, masing – masing sudah ada suami dan anak. Aku jadi tr4uma sebab masing – masing mengadu ada kekasih gelap, siap mengandung anak lelaki lain. Aku tr4uma. Aku nak lari dari dorang..

#Foto sekadar hiasan / AI. Tujuan aku coretkan cerita ni bukanlah untuk menambahkan beban kat sini yang memang dah terbeban dengan macam – macam cerita. sekadar berkongsi cerita. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Aku ada kawan. Aku namakan dia Yani. Dia ni memang baik dengan aku. Orangnya amat menyenangkan, penuh dengan ciri – ciri kewanitaan. Isteri dan ibu kepada dua orang anak comel tapi baru – baru ni dia datang pada aku. Mengadu. Ada masalah berat.

Dan ceritanya, dia mengandung. Masalahnya, dia mengandung anak yang bukan dari benih suami. Aku beristighfar berkali – kali. Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. Nak marah ada, terk3jut ada, sedih ada, aku jadi kesian pun ada. Tak kurang juga rasa jijik.

Tapi kerana kami adalah kawan baik sejak belajar lagi, sentiasa mengikuti perkembangan masing – masing, dan aku juga maklum akan perjalanan rumah tangga dia yang kurang membahagiakan. Jadi aku buat apa yang termampu. Memberikan nasihat yang aku rasakan dia tak perIukan pada ketika itu.

Dan jalan terakhir dia adalah menggugurkan kandungan tanpa pengetahuan aku kerana aku lebih suka jika dia melahirkan zuriat itu. Untuk tidak menambahkan d0sa yang sedia ada. Selain aku, ada seorang lagi kawan baik kami yang mengetahui cerita ini.

Aku namakan dia Siti. Dia langsung tak boleh terima kenyataan yang kawan aku si Yani mengandung anak benih kekasih gelap. Dia putuskan persahabatan pada saat dia tahu cerita dari mulut Yani sendiri. Aku kurang pasti kenapa mesti Yani bercerita pada Siti sedangkan aku rasa aib itu cukuplah sekadar aku yang tahu.

Mungkin sekadar berkongsi masalah tapi reaksi Siti amat agresif berbanding aku. Sebab aku penakut dan aku amat lembut hati. Sehingga sekarang, Yani masih meneruskan hubungan dengan kekasih gelapnya yang merupakan suami orang beranak empat.

Dan ini memang menaikkan kemarahan Siti. Pada Siti, Yani memang isteri yang patut masuk ner4ka kerana curang. Dia mengutuk habis Yani. Bagi aku, aku pun sebenarnya marahkan Yani, tapi siapalah aku untuk menghukvm. Pasti Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui mengapa perkara ini berlaku, apatah lagi memandangkan Yani adalah seorang yang mempunyai ciri – ciri wanita Melayu terakhir yang hampir sempurna tapi akhirnya kecundang jua.

Mengenali Yani membuatkan aku terfikir, tak must4hil satu hari nanti aku mungkin menjadi seperti dia, tiada yang must4hil sekarang ini. Jadi cerita Yani memang aku jadikan tauladan dan aku sentiasa berdoa supaya aku dijauhkan dari perkara tersebut.

Memandangkan aku juga isteri dan ibu kepada empat orang anak dan bidang kerja aku amat menc4bar, aku bersyukur setakat ini aku masih mampu mempert4hankan cinta aku hanya untuk suami. Tapi pengalaman Yani sedikit sebanyak membuatkan aku sedar tiada yang must4hil dalam dunia ni.

Berbalik kepada Siti, dia memang membuang Yani terus dari senarai sahabat yang ada kerana bagi Siti, Yani tidak layak menjadi sahabat. Lima bulan berlalu. Semalam, aku terima satu lagi berita meng3jutkan. Siti jatuh cinta kali kedua, dia yang juga isteri dan ibu kepada tiga orang anak itu JATUH CINTA pada seseorang yang bukan suami dia.

Semalam, Siti bagitahu, dia mengenali seseorang ini. Aku namakan dia K, bekerja di bank, berkenalan secara tak sengaja, tersalah nombor, kemudian terus menjadi kawan. Tak disangka, lepas dua bulan mereka menjadi pasangan kekasih. K suami orang, anak dua. Masing – masing saling jatuh cinta dan kini Siti minta nasihat aku.

Adakah kerana dulu (lima bulan yang lepas) dia terlalu mengh1na Yani menyebabkan Tuhan memberikan dia dugaan sebegini. Baru kini dia tahu bahawa tiada siapa yang ingin mengundang episod duka dalam hidup, tapi dugaan datang sendiri.

Aku sebagai orang tengah, aku hanya pendengar setia tapi implikasi dari cerita sahabat – sahabat membuatkan aku menjadi tr4uma, f0bia, dan rasa takut pada masa depan. apakah aku pula akan menjadi subjek cerita seterusnya? Aku betul – betul takut, takut nak menghadapi hari – hari yang mendatang.

Takut dengan mereka yang berlawanan jantina. Semestinya bila berkawan mesti ada cinta atau? Aku sungguh – sungguh takut dengan dugaan Tuhan. Apa yang mampu aku buat hanyalah berdoa untuk kawan – kawan dan diri sendiri. Secara peribadi, aku takut aku akan menuruti jejak langkah mereka.

PerIukan cinta kedua? Entahlah. Aku tak berani nak komen lebih – lebih, takut badinya melekat pada aku. Untuk pengetahuan pembaca semua, kawan – kawan aku, Yani dan Siti memang rasa bersalah. rasa bersalah pada suami dan keluarga masing – masing, rasa bersalah pada pasangan masing – masing.

Mereka berkeluh kesah pada aku. Waktu definitely berlainan. Aku kan kononnya pendengar yang baik, sebenarnya tr4uma dan takut. Tapi aku tak tahu apa yang harus aku nasihatkan, hanya mendengar dan mendengar. Habis – habis suruh mereka pergi jumpa ustaz.

Baru – baru ni, aku pergi ke ceramah agama petang – petang, penceramah petang tu adalah Dr. Harlina dari Jemaah Islah Malaysia (JIM). Dia bagitahu yang dia sedang mengendalikan kes – kes isteri curang ni. Mereka ada kaunselor atau ustazah yang boleh membantu.

Kes yang datang kepadanya ada yang kritikal (sampai dah bersalinkan anak kekasih gelap), ada yang baru di peringkat awal. Jadi aku sarankan kawan – kawan aku, Yani dan Siti ke sana, minta bantuan. Tapi itulah, benda h4ram ni sedapnya sehingga menjilat jari (alamak, teremosi la pulak. sorrrriiiiii).

Jadi mereka masih bertangguh sampai sekarang. Aku bukan apa, takut nanti mereka asyik cerita masalah mereka pada aku. Aku yang jadi sem4kin tr4uma. Lagi -l agi bila dengar cerita Siti dia pergi gugurkan kandungan. Memang ngeri. tolong. tolong. Aku rasa terd3ra…

Moral of the story, renung – renungkanlah kawan – kawan di luar sana. Janganlah kita cepat menghukvm dan jagalah diri kita masing – masing sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku kelak. Tuhan jua yang Mengetahuinya… Sekadar coretan untuk pedoman dan tauladan.

Bagi aku, ianya memberikan kesan yang amat mendalam. Aku tr4uma. Persepisi aku pada kehidupan totally berubah 360 darjah. Prinsipnya, tiada apa yang must4hil. Hari ini hari orang, entah esok lusa hari kita. Yang mampu dibuat. tebalkan benteng iman dan bertawakallah. amin…

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.