Sebulan kahwin, kekasih suami mesej aku. Dia siap karangkan ayat untuk suami ceraikan aku. Bukti dashcam, dia ajak tidur

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Awal perkahwinan suami tak bekerja, aku yang sara suami. Selepas 6 bulan, dia dapat kerja pensyarah, terus dia berhubung dengan kekasih lama dan anggap aku beban. Diam – diam suami failkan perceraian..

#Foto sekadar hiasan / AI. Saya Bunga. Bekas suami saya namakan sebagai “Naim”, penyondol saya namakan sebagai “Ayu”. Naim adalah pekerja sambilan di tempat saya bekerja. Saya bekerja di kedai kakak saya. Selama ini saya dan Naim tidak pernah pun rapat, tiba – tiba kebelakangan ini Naim cuba rapat dengan saya.

Saya jenis tidak berkawan dengan lelaki, jadi bila Naim cuba rapat, saya cuba elakkan. Setelah banyak kali bekerjasama, akhirnya saya m4kin selesa dengannya. Saya minta Naim kalau nak kenal dengan lebih rapat, jumpa mak ayah saya dan Naim setuju.

Bila nampak kesungguhan dia, mak ayah saya pun sukakan caranya. Kami ambil keputusan untuk pergi ke peringkat yang lebih lanjut. Oh ya, Naim ini seorang duda dan mempunyai dua orang anak perempuan. Saya perlu mengambil hati anak – anaknya kerana keluarga saya selalu berkata, “nak kahwin mesti kena ada restu anak – anaknya”. Alhamdulillah anak – anaknya suka dan setuju.

Dipendekkan cerita, kami pun bertunang. Dalam fasa pertunangan, Naim bercerita bahawa sebenarnya tahap pendidikan dia hanyalah sekadar sarjana sahaja. Saya mulanya terk3jut kerana selama lima tahun berkawan, semua orang sekeliling tahu yang dia mempunyai tahap pendidikan PhD dan bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti.

Tapi saya tidak kisah kerana saya kahwin dengan dia bukan kerana tahap pendidikan dia tetapi kerana diri dia sendiri. Di fasa ini juga dia kantoi ada perempuan lain. Tapi maIangnya dia menafikan dan berkata hanya kawan dan perempuan itu memang jenis perempuan yang mudah disentuh lelaki. Jadi saya terima alasannya.

Kami berkahwin pada bulan Februari 2024. Pada bulan Mac, dia kantoi dengan perempuan yang sama selepas saya terbuka mesej perempuan itu memanggilnya “sayang” dan menghantar gambar dia tidak bertudung. Dan akhirnya Naim mengaku.

Ayu telefon Naim dan nak cakap dengan saya. Ayu mengaku yang dia kekasih Naim. Luluh hati saya sebagai seorang isteri dan Naim janji akan putuskan hubungan dengan Ayu. Kami hidup bahagia selepas kejadian itu. Lupa pula, rupanya Naim menipu saya.

Naim sudah ditamatkan perkhidmatan dia di universiti dan sekarang dia hanyalah bekerja sambilan sebagai jurugambar. Setiap bulan saya terp4ksa bagi Naim duit sebab dia mempunyai hutang keliling pinggang. Naim memaksa saya membuat perniagaan.

Tapi apabila saya cari kedai yang kecil, dia tidak mahu. Dia nak kedai yang besar tapi modal tidak ada dan hanya harapkan duit saya semata – mata. Selepas enam bulan hidup tidak menentu, akhirnya Naim mendapat pekerjaan sebagai pensyarah di sebuah akademi.

Saya sangat bersyukur kerana Naim sudah ada pendapatan sendiri. Tapi itulah permulaan perselingkuhan bermula. Naim mula mencari kekasih lamanya semula. Dan hubungan mereka bukan hanya sekadar rapat tetapi sudah tinggal bersama.

Apabila kantoi dengan saya, Naim tidak lagi memujuk malah minta saya failkan cerai. Sehinggalah dia berkata yang dia berkahwin kerana perniagaan sahaja. Kecewanya hati saya apabila mendengar kata – katanya dan berfikiran ianya hanya kata – kata semata.

Rupanya beberapa kawan kami sudah mengetahuinya kerana Naim pernah bercerita yang dia hanya berkahwin kerana perniagaan. Sejak dia berkawan dengan Ayu semula, Naim kerap tidak pulang ke rumah. Bila saya semak dash cam, Naim berbual mesra dengan Ayu.

Ada perbualan Ayu mengajak Naim tidur di rumahnya semasa ayah Naim masuk hospital. Hati isteri mana yang boleh terima bila suami sendiri tidur dengan wanita lain. Sejak dari itu, Naim senyap – senyap menfailkan penceraian tanpa berbincang.

Bila naik mahkamah, saya tidak bersetuju dan mahkamah arahkan untuk bawa ke jawatankuasa pendamai iaitu perbincangan antara dua keluarga. Naim tidak mahu keluarganya tahu lalu dia mentaklikkan saya beberapa hari sebelum raya dan jatuh pada talak pada hari raya pertama.

Saya menuntut Naim untuk menjelaskan segala hutang yang dia pernah pinjam saya dahulu berjumlah RM30,000. Tetapi Naim tidak mahu bayar satu sen pun lalu dia menfailkan nusyuz dan injunksi untuk tidak menceritakan kecurangan dia.

Walaupun saya tahu, kedua – dua kes ini saya boleh menang. Saya minta Naim pulangkan saya dengan baik. Jumpa mak ayah saya, tapi maIangnya dia ceraikan saya tanpa diketahui mak ayah saya mahupun mentua. Malah Ayu juga pernah menghantar mesej kepada Naim ayat untuk penceraian dengan saya.

Saya pernah mesej Ayu supaya jangan ganggu suami saya lagi, malah Ayu dengan egonya menjawab yang dia tidak mahu layan drama saya dan minta saya selesaikan sendiri dengan Naim. Akhirnya hubungan saya dengan Naim berakhir selepas 13 bulan bersama.

Terima kasih Ayu. Terima kasih Naim. Ini adalah pengajaran yang paling bermakna buat saya. Dibuang begitu saja sedangkan saya isteri yang sah. Hanya kerana gagal memberikan perniagaan seperti yang diminta, saya diceraikan. Setelah Naim mendapat pekerjaan, saya dik4takan membebankannya.

Tidak percaya pada rezeki dan hanya harapkan Ayu untuk memberinya pekerjaan sahaja. Sekarang Ayu pun sudah kena turun pangkat kerana salah lakunya. Naim juga bakal ditamatkan kontrak kerana menipu majikan. Kifarah itu benar. Naim buang isterinya yang halal dan memilih yang h4ram.

Mendapat pekerjaan semasa tempoh perkahwinan dan apabila bercerai, hilang segala kerjaya. Saya pula terp4ksa menjalani sesi kaunseling kerana perbuatan Naim. Perkahwinan yang mengubah segalanya dengan begitu cepat. Doakan saya pulih dan hidup seperti dulu semula.

Untuk Naim, semoga Allah membalas segala kezaIiman yang kau sudah lakukan. Perkahwinan yang suci, perjanjian dengan Allah kau cemarkan hanya kerana terlalu mahukan perniagaan. Untuk Ayu, kau tahu Naim sudah kahwin dan dia pernah buang kau dulu tapi kau tetap nak jadi penyondol dan sanggup kutip dia semula. Harap kamu berdua bahagia dengan pilihan kamu. Allah Maha Besar.  – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Zelzana Azmi : Bunga.. bunga.. Naim sendiri pun sudah beriya nak ceraikan awak, bermakna awak memang tiada dalam hati dia. Buat apa la awak berkeras nak perjuangkan rumah tangga yang bertepuk sebelah tangan saja Move on Bunga, kebahagiaan sebenar awak ada di tempat lain, bersama orang – orang yang lain.

Naim dan Ayu tu, biarlah jadi urusan Allah untuk membalasnya. Tapi hak awak, tuntut juga sampai dapat. Jangan mengalah atau berlembut hati. Semoga awak kuat dan temui bahagia yang sebenar.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.