Mak ayah p4ksa ambik kos yang mereka nak, aku ikut. Mereka p4ksa aku kahwin dengan lelaki pilihan, aku ikut. Akhirnya hidup aku dalam ner4ka dunia

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Hari – hari selepas kemaIangan, aku cuba sembunyi. Aku kecilkan kepala bila keluar rumah, letakkan rambut menutup pipi, pipi yang ada parut kemaIangan. Aku rasa kalau ayah belikan aku kereta, semua ni takkan jadi. Aku takkan kemaIangan..

#Foto sekadar hiasan / AI. Kadang – kadang hidup ni macam drama yang kita tak pernah pilih skripnya. Kita cuma pelakon tambahan dalam jalan cerita yang orang lain tentukan. Kita ikut je rentak, sebab nak meIawan tu perIukan keberanian yang bukan semua orang ada.

Nama aku Bunga. Anak kedua dalam keluarga biasa – biasa. Dari luar nampak macam normal family, Aku membesar ada ayah, ada mama, ada kakak, adik – adik. Tak ada drama besar macam cerita TV. Kini, aku ada suami, ada anak – anak.

Normal….. Tapi kalau buka helaian hati aku, banyak benda yang orang tak nampak. Aku selalu jawab ringkas bila orang tanya, “Macam mana hidup?” Aku senyum dan balas, “Alhamdulillah.” Itu jawapan paling mudah. Padahal, dalam hati aku ada banyak Iuka kecil, peng0rbanan yang aku sendiri kadang – kadang terlupa, dan harapan yang aku simpan kemas sebab terlalu takut kalau aku cerita, orang kata aku mengeluh, tak bersyukur.

Dalam keluarga kami, aku sorang je yang berjaya masuk universiti. Kakak sulung dulu tak dapat result SPM yang baik, jadi dia kerja awal. Sejak tu, aku jadi harapan keluarga. Semua harapan tertumpu pada aku. They wanted the best for me. Tapi “the best” ikut tafsiran mereka, bukan aku.

Aku belajar sungguh – sungguh. Aku ingat lagi, bangun awal sebelum subuh, duduk kat dapur sambil tunggu air panas untuk mandi, aku study dengan mata separuh ngantuk. Buku jadi kawan baik aku. Pada ketika itu, aku rasa macam hidup aku hanya ada dua benda: doa dan buku.

Dan hasilnya, alhamdulillah, aku dapat result SPM yang cemerlang. Semua orang happy. Pujian datang macam hujan. Saat tu aku rasa keputusan dan pujian itu terasa seperti upah atas malam – malam yang aku k0rbankan bersama buku – buku.

Tapi kegembiraan tu sekejap saja. Masalah baru muncul – bidang pengajian. Mama dan ayah suruh aku ambil bidang Sains. Katanya bidang tu “stabil,” senang dapat kerja, ada masa depan, yang “orang” kata boleh bagi masa depan yang terjamin.

Aku? Aku nak jadi cikgu. Aku minat bidang pendidikan. Aku nak masuk kelas, ajar generasi masa depan. Tapi suara aku kalah dengan suara mereka. Dalam keluarga, keputusan besar selalu dibuat atas nama tanggungjawab. Aku masih muda, belum pandai Iawan. So I said yes. Dalam hati, aku bisik: “Kes4kitan hari ini mungkin jadi kekuatan aku esok.”

Satu malam aku menangis dalam selimut. Bukan kerana takut gagal, tetapi kerana takut selepas bertahun bertungkus lumus, aku menyesal seumur hidup. Tapi aku kemudian ingat: ujian itu tanda kasih sayang Allah, kata mama. Aku cuba tampal kata itu di dinding hati.

Masa masuk universiti, tahun pertama aku duduk asrama. Lepas tu kena cari rumah sewa. Rumah jauh dari kampus, perjalanan susah. Aku try minta tolong ayah. “Ayah, kalau boleh belikan kereta secondhand pun cukup. Susah nak tumpang motor kawan, jauh sangat.”

Ayah diam lama. Akhirnya dia cakap, “Tumpang motor kawan sudah lah, Bunga. Adik – adik pun nak sekolah.” Aku terdiam. Ada kepahitan yang aku telan bulat – bulat. Aku tahu ayah bukan tak sayang, cuma dia ada banyak prioriti. Jadi aku diam. Aku ulang ayat dalam hati: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Beberapa minggu selepas itu, aku terlibat dalam kemaIangan jalan raya. Waktu itu sedang hujan, jalan licin, dan motor yang ditunggang classmate bersama aku tergelincir. Kepala aku terhentak, muka aku terseret sedikit di atas jalan. Di hospital, doktor cakap aku bernasib baik tak ada patah tulang, cuma parut di pipi dan dahi.

Mereka jahit, rawat. Aku pandang cermin, ada Iuka yang aku tahu tak akan hilang parutnya. Parut yang besar di pipi seperti penanda, orang akan pandang, akan tanya, atau tidak langsung melihat aku. Hari – hari selepas kemaIangan, aku cuba sembunyi.

Aku kecilkan kepala bila keluar rumah, letakkan rambut menutup pipi. Tapi pada waktu malam, bila lampu dim4tikan. Aku sedih. Papa pujuk, “Musibah yang menimpa seorang mukmin akan menggugurkan d0sa – d0sanya.” Kata – kata itu menghiburkan, tetapi tak menanggalkan getir di d4da.

Aku tahu menyesal tak ada gunanya, tapi fikiran aku tetap berlari ke arah yang sama. Ayah sanggup peruntukkan banyak untuk adik – adik, kononnya supaya mereka belajar rajin – rajin. Tapi akhirnya mereka pun ambil sambil lewa, keputusan tak seberapa. Jadi berbaloi ke semua tu?

Mama dan ayah yang dulu keras mahu aku capai yang terbaik kini dah tak sekuat dulu. Mungkin faktor usia? Atau sebab bagi mereka, aku dah cukup jadi impian mereka dah terlaksana. Selepas tamat belajar, aku rasa bangga kerana berjaya menunaikan impian ayah dan mama. Namun dalam hati, aku masih menyimpan cita – cita untuk sambung kursus perguruan.

MaIangnya, hasrat itu terhenti bila mereka suruh aku segera bekerja, bantu keluarga. Katanya “Peng0rbanan akan dibalas dengan kebaikan,” dan aku pun akhirnya akur. Aku ingatkan dunia kerja akan buka pintu luas. Tapi no, reality check. Aku harap boleh bekerja dalam bidang yang aku belajar. Tapi realiti tidak semanis jangkaan. Bidang aku kurang permintaan.

Aku hantar banyak permohonan, pergi temuduga, tunggu panggiIan. Hampir semua berakhir dengan kecewa. Akhirnya aku terp4ksa ambil apa saja kerja yang ada. Aku terp4ksa bermula dari bawah. Bawah kelayakan aku, dengan gaji kecil. Aku pasrah.

Tempat kerja baru pun bukan syurga. Aku junior, muda, naif. Senior – senior ramai yang suka tekan. Tugasan berat, silap kecil pun kena ejek. Dalam mesyuarat, kadang – kadang aku dipinggirkan. Mereka seolah – olah nak test kesabaran aku. Aku simpan semua, cuba belajar dari setiap kritikan. Dalam hati aku ulang: orang sabar akan dapat ganjaran.

Aku percaya, seperti yang diajarkan sejak kecil: Orang yang sabar akan mendapat ganjaran di kemudian hari. Maka aku tahan. Aku bangkit awal, kerja lebih lama, dan cuba buktikan kemampuan. Kadangkala aku tanya pada diri: adakah ini jalan yang Allah aturkan supaya aku jadi lebih kuat? Mungkin.

Masa berlalu. Then datang soalan popular: “Bila nak kahwin?” Aku ada pilihan hati sendiri, tapi dia baru kerja, belum stabil. Keluarga pula cadangkan orang lain. Lama – lama, pilihan keluarga jadi nyata. Aku ikut. Aku dipujuk, keluarga mahukan pilihan yang lebih “sesuai”. Cinta?, kata mereka, boleh dipupuk. Aku cuba yakinkan diri: Redha adalah kunci kebahagiaan.

Hari majlis nikah, aku mengenakan senyuman. Aku terima dengan hati penuh harapan walau ada sedikit kosong di sudut. Suami aku, di hadapan ramai orang, baik. Dia seorang yang sopan dan w4rak. Dalam solat, dia khusyuk, bacaan juga baik. Semasa pertemuan dengan keluarga, dia menghorm4ti parents aku. Aku terima sahaja.

Tapi selepas kahwin, lain pula ceritanya. Suami aku baran, kadang – kadang jadi kaki pukuI. Aku cuba bincang, aku merajuk, aku menangis. Dia berubah sementara, kemudian kembali. Kitaran. Aku cerita pada mama, tapi nasihatnya ringkas: “Syurga isteri pada suaminya.” Aku m4ti langkah.

Lebih menyedihkan, sokongan kewangan dari suami tidak seperti yang aku harapkan. Aku terp4ksa menanggung banyak tanggungjawab sendiri, bil bulanan, kos persekolahan anak, dan keperluan harian yang kadang – kadang melebihi pendapatan.

Aku bekerja siang malam, melihat adik beradik lain yang nampak dipermudahkan membuatkan hati kadang – kadang terbit rasa iri, kadang – kadang pula resign pada takdir. Kadangkala aku bertanya pada diri apakah peng0rbanan selama ini berbaloi, atau aku terper4ngkap dalam harapan orang lain. Sungguh terasa pedih.

Aku ikut sahaja pilihan keluarga, dari jurusan di universiti sampai keputusan berkahwin dengan orang yang mereka anggap sesuai. Jalan yang aku lalui terasa seperti ditanda;, keputusan yang bukan sepenuhnya milik aku. Bertahun aku menabung. Akhirnya, aku berjaya beli kereta sendiri.

Rasa lega sangat. Kereta tu jadi simbol kemandirian aku, something yang aku capai sendiri tanpa harapan orang lain. Tapi belum lama aku rasa gembira, ujian datang lagi. Dua minggu lepas kereta keluar showroom, satu panggiIan masuk: “Puan, kereta puan kena Ianggar di parking.” Hujan, lori lambat brek, kereta aku remuk.

Aku rasa kosong. Insurance cover repair, bukan total loss. Logiknya, kereta tu masih ada. Tapi perasaan? H4ncur. Aku rasa macam segala penat aku saving bertahun, hilang sekelip mata. Dalam masa yang sama, per4ngai suami m4kin teruk. Ego, marah tanpa sebab, kadang – kadang pukuI aku dan anak. Orang tanya kenapa aku bertahan. Aku sendiri tak tahu.

Aku pegang kata – kata mama: “Allah bersama orang sabar.” Tapi sabar ni ada limit. Malam – malam, aku menangis sampai kering air mata. Aku penat. Aku letih. Sekarang, bila aku duduk sendiri, aku selalu fikir: apa semua peng0rbanan ni berbaloi?

Aku belajar tinggi, tapi aku tak mampu bantu parents macam aku impikan. Adik – adik aku nampak lebih senang jalannya. Aku pula asyik diuji. Kadangkala aku membayangkan ‘what if’, kalau dulu aku Iawan, jika aku degil, ambil jurusan yang aku minat, calon yang aku suka, mungkin aku sudah bahagia kini, boleh bantu ibu bapa tanpa risau.

Namun menoleh ke belakang hanya buat hati pedih. At least aku boleh jadi penjawat awam, ada gaji kenaikan tetap, boleh bantu family. Tapi itu semua “what if.” Tak akan jadi realiti. Aku kecewa. Kecewa bukan sebab aku tak ada apa – apa, tapi sebab peng0rbanan aku macam tak dihargai dunia.

Aku tahu, akhirat ada balasan. Tapi manusia tetap perIukan rasa bahagia di dunia juga. Redha memang indah kalau hati boleh terima tanpa ragu. Tapi bila redha tu datang dengan harga kehilangan hak dan keselamatan, ia jadi pahit. Sekarang aku masih bertahan.

Kadang – kadang aku menangis, kadang – kadang aku doa lama di tengah malam. Aku yang selalu menurut, akur, patuh, berk0rban untuk impian keluargam. Tapi impian aku? kenapa aku tak dapat capai apa yang aku impikan? Aku harap, satu hari nanti aku akan pandang ke belakang dan kata: “Terima kasih, aku jadi kuat sebab semua ni.” Mungkin hari tu akan datang. Aku tak tahu bila.

Untuk sekarang, aku masih teruskan hidup. Doakan aku. Doakan aku terus kuat. Dan untuk sesiapa yang baca ni. Remember this: you are the painter of your own life. Lukis ikut w4rna yang kau nak. Jangan biar orang lain tentukan kanvas kau, sebab bila kau dah sampai hujung, tak ada siapa pun yang akan rasa penyesalan tu, selain diri kau sendiri. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Zetty Azura : Adik belum terlambat lagi nak penuhi Impian sendiri.. Boleh ambik diploma pendidikan di open university atau ipta yang ada taw4rkan selama setahun untuk jadi guru. Kalau di open university sem 1 kuliah online. Sambil tu boleh buat kerja part time juga. Akak doakan Impian adik tercapai. Terus kuat ye.

Anie Alja : V1ctim Mentality camni, hidup setakat hidup sajaIah. Semua benda yang kau mengalah, kau selimut dengan kata – kata pujukan agama. Padahal, ada ja kata – kata semangat yang kau boleh pilih dan masih dalam peIukan agama. TT… Tuhan takkan ubah nasib sesiapa pun, kalau bukan manusia itu sendiri yang bangkit – kenapa kata-kata semangat ini tak wujud dalam skrip inner talk.

Ya, sebab kau sentiasa pilih nak jadi M4NGSA. Senang jadi m4ngsa, takyah Iawan, tak perlu g4duh, tak perlu bising – bising. Pastu kau olah skrip yang kau redha dan sabar, pasti akan ada kebaikan, bla bla bla. Kau terlalu selesa jadi m4ngsa… and no one can help you.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.