Bertahun kahwin masih takde anak. Mertua layan biras aku macam raja sebab mengandung dulu. Mentua sorok makanan sedap khas untuk ibu mengandung

Aku kahwin dah dua tahun, tapi biras aku yang dapat anak dulu. Mertua layan dia macam raja. Dalam WhatsApp keluarga mentua, semua ucap tahniah. Siap sindir – sindir aku, katanya akhirnya dapat juga anak saud4ra. Aku curi – curi pandang masa biras civm dahi anak dia, terus terbayang…

#Foto sekadar hiasan, Assalamualaikum admin yang baik hati. Tolong sembunyikan profil aku ya. Aku gelarkan diri aku Iza. Aku dah kahwin empat tahun. Aku tak ada masalah apa pun dengan suami, cuma kami masih tiada zuriat. Sunyi betul rasa, maklumlah dulu – dulu sebelum aku kahwin, aku dengan suami dah berpakat nak anak ramai sebab kami memang suka budak – budak.

Setiap bulan kami tunggu bila dah lewat haid, terus rasa berdebar – debar. Bila buat ujian kehamilan, asyik keluar keputusan negatif saja. H4ncur sangat hati ni. Memang h4ncur bila tengok cuma satu garis saja. Dibiarkan lama – lama dalam bilik air, sekejap – sekejap pergi tengok, berharap sangat ia jadi dua garis. Urmm… tetap sama, satu garis saja.

Tahun pertama pun aku masih tak mengandung, sedihnya masih tak berjaya. Masuk tahun kedua, keinginan nak ada anak m4kin kuat. Aku usaha macam – macam. Tahun tu aku elakkan makan makanan segera, air bergas, makanan tajam macam nenas dan tebu, semua aku elakkan.

Berurut pun aku buat, jumpa doktor pakar pun aku dah pergi. Tak ada apa – apa masalah. Namun betullah, kalau Allah masih kata tak ada, maka tak adalah. Usaha lah sebanyak mana pun. Tahun kedua tu juga, adik kepada suami aku kahwin.

Kiranya aku dapat biras perempuan yang pertama sebab suami aku anak sulung. Terdetik juga dalam hati aku, semoga aku berjaya mengandung dulu daripada dia. Aku minta sangat – sangat dekat Allah makbulkan doa aku. Namun sudah tertulis, sebulan kahwin dia dah mengandung. Sedih teramat aku rasa. Tapi apakan daya, kita hanya merancang, Dia yang menentukan.

Saat – saat indah biras aku pun bermula. Dia dilayan bagai raja. Aku memang menumpang rumah mertua. Mentua gembira sangat, yalah nak dapat cucu kan. Semua kerja rumah aku yang kena buat. Masa kenduri, pinggan yang berat – berat pun aku kena angkat.

PukuI sepuluh malam masih duduk basuh pinggan, biras dah lama tidur. Maklumlah dia mengandung, dia kena rehat. Masa tengah basuh pinggan tu, jatuh air mata aku. Sedih. Adik – adik ipar dah tak mesra dengan aku. Aku sedar siapa diri aku. Mentua pergi kedai beli makanan sedap – sedap, sorok dalam almari, katanya “ini untuk ibu mengandung.” Aku jadi sedar siapa diri aku. Yalah, orang tak mengandung nak harapkan layanan baik memang tak lah.

Masa pun berlalu, biras aku selamat lahirkan bayi lelaki yang comel sangat. Dalam kumpulan WhatsApp keluarga mentua, semua ahli ucap tahniah. Siap sindir – sindir aku, katanya akhirnya dapat juga anak saud4ra. Mentua pun nampak sayang sangat dekat biras aku.

Tapi sedikit pun aku tak benci dia. Masa dia buat majlis cukur jambul, aku belikan baju bayi untuk dia. Aku rasa gembira tengok biras pegang bayi. Aku curi – curi pandang masa dia civm dahi anak dia, terus terbayang… mungkinkah sempat untuk aku rasa semua tu?

Ada ke peluang aku nak rasa macam tu? Atau aku hanya layak bermimpi di siang hari? Aku tengok suami suka sangat main dengan anak saud4ra dia. Kadang – kadang suami ketawa, bahagianya dia. Maafkan aku abang, aku tak sempurna, tak mampu beri abang zuriat. Mainlah abang dengan anak saud4ra abang, sekurang – kurangnya hilang sikit kesunyian abang.

Tahun berganti tahun. Adik suami yang lelaki kahwin pula. Bertuah sungguh isteri dia, bunting pelamin. Selang sebulan, adik suami yang nombor tiga kahwin juga. Mereka buat majlis sambut menantu sekali. Bertuah sangat isteri dia pun mengandung juga, selang dua bulan kahwin. Mudahnya ya Allah rezeki mereka.

Aku tak mampu nak kata apa – apa. Aku tahu aku tak layak untuk ada zuriat. Masa raya, aku paling sedih. Dua – dua biras aku bawa perut, seorang lagi dukung bayi. Hanya aku sendirian. Betul rasa tak kuat aku nak hadapi. Kadang – kadang di atas sejadah, air mata ni mengalir.

Bila suami tanya kenapa aku membisu, aku cuma cakap, “Abang, kalau aku tak mampu berikan zuriat untuk abang, mungkin abang boleh cari orang yang mampu. Abang pun dah nak masuk umur empat puluh. Aku tahu abang nak sangat zuriat kan. Abang jangan tipu aku ya.”

Tiba – tiba air mata suami aku mengalir. Kali pertama aku tengok suami aku menangis. “Abang, kalau dah jumpa yang baik, kahwinlah. Saya izinkan. Cuma satu saja saya minta, tolong jangan buang saya . Biarpun orang kampung asyik cakap saya ni tak ubah macam kain buruk yang disimpan tak ada gunanya, tolong abang, izin kan saya menumpang di hati abang, izin kan saya  menumpang kasih sayang abang sebelum saya menutup mata.

Saya rela, biarlah orang mengh1na saya mandul sekali pun, abang. Saya rela. Carilah yang lebih baik.” Suami aku peIuk aku malam tu. Sama – sama kami menangis. Suami aku kata dia tak pernah terfikir pun nak cari yang lain. Ya Allah, kami kuat, tapi kami harus kuat untuk lalui ujian ni.

Kini sudah empat tahun aku menanti saat itu. Bagi orang mungkin sekejap, tapi untuk orang yang berusaha nak dapat anak macam aku ni, nak lalui sebulan pun rasa begitu lama. Maklumlah kami sunyi sebab tak ada cahaya mata. Menanti dan terus menanti… Jika bukan di dunia, mungkin di syurga.

Komen Netizen :

Eima Rasharieza : Jangan salahkan diri sendiri, semua yang berlaku hanya Allah yang tahu. Aku ada kawan, dia kahwin dah lama, lebih lima belas tahun tak ada zuriat. Setiap tahun dia dih1na, dikecam dan disindir. Sampai satu hari dia minta suami dia kahwin lain. Suami dia sangat gembira dapat kahwin lain, tapi dengan syarat lepas kahwin mesti tinggalkan dia. Dia takut hati dia s4kit.

Bila kenduri dah dekat dalam dua atau tiga bulan macam tu, kawan aku tiba – tiba ajak suami dia pergi buat pemeriksaan. Kemudian sesuatu yang meng3jutkan mereka berlaku. Suami dia ada air mani tapi tiada benih. Ya, dalam air mani tu tiada sperma.

Bila keluarga mertua dia tahu, semua malu sebab selama ni mengh1na tanpa rasa simpati. Suami dia tak jadi kahwin. Dia seorang isteri yang baik sebab masih boleh menerima kekurangan suami. Mereka masih dalam proses menjalani rawatan.

Jadi jangan pernah salahkan diri sendiri. Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah dan sebabnya. Sekarang suami dia sangat – sangat menghargai dia selepas kejadian tu, termasuk keluarga mertua yang dulu pernah mengh1na.

Hidayu Nazree II : Ya Allah, sedih baca kisah kau. Aku pun berusaha untuk dapat zuriat dah nak masuk empat tahun. Aku faham perasaan kau tu, sunyi, sedih bila orang yang baru kahwin terus lekat. Mudahnya mereka, sedangkan kita yang dah lama kahwin masih belum ada rezeki.

Aku pun mungkin akan kena macam kau. Adik ipar aku nak kahwin hujung bulan ni. Aku selalu berdoa supaya aku dulu yang mengandung sebelum mereka kahwin, tapi apakan daya, bila buat ujian kehamilan masih negatif. Aku tetap berharap ada rezeki. Tak apa, kau, kita sama – sama kuat ya. Kalau dapat rezeki suami sayang pun aku dah sangat bersyukur.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :