
Dari umur 14 tahun, abang aku pasang impian nak kahwin dengan doktor. Sekarang abang dah 38 tahun, abang sanggup tipu s4kit semata – mata nak pergi klinik cari doktor bujang..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku baru nak relax – relax lepas buat kerja rumah, tiba – tiba dengar suara Abang Ramzur dok bercakap dengan mak. Abang Ramzur ni best friend abang sulung aku, nama Akmal. Dari kecik depa berkawan sampai sekarang. Abang Ramzur dah macam anak angkat dalam family kami.
Dia dah kahwin, tapi abang aku si Akmal belum kahwin lagi walaupun umur dah masuk 38. Sebabnya, dia memilih nak kahwin dengan doktor. Mana nak cari isteri doktor, dia bukan kerja bidang perubatan kot nak kenal orang kat sana. “Akmal dah giIa, mak. Dia banyak masa sangat la ni, dok pi klinik kerajaan semata nak pi cari doktor bujang dalam tu.”
Aku terus keluar bilik nak tau cerita hot ni. Noh, abang Akmal ada ja kat situ dok tengok telefon. Ingatkan dia tak ada. Memang dia ni jenis tak ada perasaan langsung. “Malu kat orang, mak, kalau orang tau pasal ni. Dah la sekarang zaman viral. Dah macam terdesak sangat dia ni.”
Aku dengar ja Abang Ramzur beletiaq. “Terdesak apanya, ni usaha kan… Allah suruh doa, usaha, tawakal. So ni cara aku usaha. Kalau tak macam mana nak dapat. Kalau lalu tepi jalan kita bukan tau dia doktor ka apa, dalam hospital ja boleh tau,” Abang Akmal baru berani nak buka mulut.
“Bukan usaha cara macam tu. Klinik kerajaan pes4kit ramai. H4ng tu tak s4kit… sengaja pi klinik semata nak kacau orang kerja. Kalau orang report baru tau,” – Abang Ramzur. Abang Akmal sambung tengok fon, mak aku pulak sambung beletiaq. Dok marah Abang Akmal. Semua orang tak setuju dengan cara abang aku. Abang Akmal macam biasa la, tak ada perasaan.
Aku tanya Abang Akmal, abang cakap macam mana kat doktor tu. Abang aku kata, kalau doktor perempuan abang tanya la. Kalau dapat doktor laki abang kata la pening ka apa ka. Sambil – sambil tu selit kalau ada kawan doktor perempuan bujang, bagi nombor saya.
Kalau doktor perempuan, abang tanya doktor dah kahwin ka. Tapi dia kata doktor banyak sombong – sombong. Doktor tanya kenapa tanya. Dia terus terang tengah cari jodoh, nak kahwin dengan doktor jugak. Lepas tu klinik kerajaan kan open. Mana bilik semua dia masuk tanya sorang – sorang doktor kat situ.
Patut la Abang Ramzur marah… betul – betul memaIukan. Aku pun marah. Satgi orang kata anak Pak Puad dah giIa. Tebal betul muka dia ni. Risau hospital call Tanjung Rambutan. Abang aku cuma kata, lantak la orang nak kata apa pun, tak kan nak mengalah sebelum bermula. Ni salah satu ikhtiar.
Dulu masa umur dia 14 tahun, tak tau la macam mana dia bagitau kat mak aku, kalau dia nak kahwin, dia nak bini doktor. Kalau tak dapat doktor dia tak mau kahwin. Mula kami ingat dia main – main, tapi sampai sekarang tetap dengan keputusan dia. Kami pun tak tau kenapa. Bila tanya tak mau jawab.
Ramai dah nasihat tukar la cita – cita tu, doktor selalu sibuk… bukan boleh jaga keluarga… dia tak mau dengar pun. Abang aku tak ada kurang apa pun. Orangnya handsome ja, kulit cerah, tinggi, kurus. Tak mer0kok, tak ada habit yang bukan – bukan. Bertanggungjawab pada keluarga.
Berpelajaran tinggi dan kerja bagus. Dia belajar engineering dekat Jepun. Lepas tu kerja engineer kat kilang elektronik beberapa tahun. Sekarang dia ada kedai sendiri. Dia buat kedai untuk program robotic untuk student engineering. Barang – barang komponen tu semua dia ada jual.
Banyak la dia pergi kat kolej – kolej, U tempatan. Depa ada ambik apa tak tau dengan dia. Nak cerita details tak reti la kerja dia tu. Tapi lebih kurang macam tu la. Repair – repair barang elektronik pun dia pandai, selalu jugak customer hantar.
Jadi bila orang pertikai pasal nak bini doktor, dia pertikai balik la. Dia rasa dia layak ja, sebab dia equal dengan doktor walaupun tak belajar perubatan. Banyak ja calon elok – elok datang, semua dia tolak sebab tak kerja doktor. Mak dengan abah pun dah runsing.
Ya la, umur m4kin meningkat. Ada sekali tu pakcik kami cari la satu doktor ni, dia reject sebab janda pulak. Katanya dia teruna, nak anak d4ra jugak. Lepas tu semua orang nasihat la, doktor dah payah dapat. Yang dapat ni h4ng tolak, pakat tak ada dah.
Family pujuk la, kahwin dengan janda sunnah Nabi, dan doktor tu pun tua sikit la pada dia. Lama – lama dia macam ok. Pastu tak tahu kenapa, doktor tu pulak tak mau dia… ni kira guna orang ketiga. Doktor tu bagi alasan, dia tak sesuai berkeluarga.
Dan abang aku, masih dengan misi dia nak cari bini doktor sampai sekarang. Orang nasihat apa pun tak dengar dah. Harapnya dia berubah hati, ataupun impian dia tercapai. – Sawi (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Farah Ramli : Yang bagusnya abang kamu ni, sebab dia t4rget doktor sejak sekolah lagi, maka dia upgrade diri dia jadi engineer, kemudian ada bisnes sendiri. Maksudnya dia bukan kosong dan orang takkan pertikai laki hauk dapat doktor. Tak yah cerita pasal bini doktor bz ke apa, dia dah study semua tu, mental dia dah ready. Doakan saja cita – cita dia tercapai. Cuma, silap taktik la cari kat klinik kerajaan. Pi hospital nun, rajin – rajin jaga orang s4kit, biasa ramai doktor pelatih kat sana.
Norlaila Mohd Din : Saya ada terjumpa kes cam nak serupa… tapi ni kes bapa nak calon menantu perempuan yang graduate uni dengan cgpa 3.5 keatas pasal anak dia graduate cemerlang, ditakdirkan rezeki dapat la menantu cgpa 3.5 tu. Menantu ni bukan sahaja pintar study tapi pintar juga control suami tak boleh balik jumpa family.
Maka terputus lah terus hubungan dengan satu – satunya anak lelaki mereka, bersedih la si ibu terpisah dengan si anak. Selepas bertahun keadaan tak berubah, bercerai lah si anak dan dapat lah kembali ke sisi keluarga yang dicintai. Islam dah beri ciri – ciri calon yang sepatutnya dicari. Bila kita sombong dengan pilihan Tuhan…. terima lah padahnya.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.