
Masa umur aku lima belas tahun, ayah dah mula tak sihat. Tahun 2020, ayah ulang-alik hospital dan kadang – kadang kena tahan wad. Bila aku balik dari asrama, bukan lagi ayah yang jemput, tapi kakak aku. Satu hari, hari Selasa, kakak aku tarik satu – satu tangan adik – adiknya masuk ke bilik. Kakak aku kata..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, nama aku Gadis Kecil. Kat sini aku nak kongsi tentang Raja yang selalu bertahta dalam hati kami sekeluarga. Lepas baca kisah “Wahai Ayah” tadi, aku terus teringat segala kenangan yang ayah tinggalkan untuk kami.
Ayah aku bukanlah seorang yang bising atau banyak mulut, tapi ayah aku sangat romantik. Aku anak bongsu daripada dua belas beradik, sebelas perempuan dan seorang lelaki. Romantik macam mana? Meh aku cerita. Ayah aku seorang penjaja ikan yang masuk ke kampung – kampung dengan bahan basah, menaiki motor yang ada tong di belakang.
Keluarga kami hidup sangat sederhana, kami tak mewah tapi cukup bahagia. Mak aku seorang guru al-Quran yang tak meminta upah. Alhamdulillah, sampai sekarang mak aku masih mengajar orang mengaji, dari kanak – kanak sampai yang dah berusia.
Ayah aku juga merupakan seorang bilal di surau kampung kami. Suara ayah sangat merdu. Kadang – kadang lepas habis kerja, ayah akan menyanyikan lagu P. Ramlee untuk bonda. Dah tua pun masih romantik. Aku teringat kisah waktu aku berumur lima tahun.
Aku pernah menangis tengah malam sebab mimpi buruk. Masa tu ayah dan bonda belum tidur, masih menyiapkan masakan untuk jualan esok hari. Bonda jual nasi minyak dengan motor ayah, jadi masa tu masih ada bahan – bahan yang nak disediakan.
Ayah nampak aku menangis, dia terus angkut aku naik motor pergi beli bahan untuk bonda. Dalam masa yang sama, ayah ambilkan gula – gula untuk aku supaya aku berhenti menangis. Sampai di rumah, ayah suruh aku bagi bahan masakan tu pada bonda.
Lepas tu dia dodoi aku tidur dengan alunan bacaan al-Quran yang merdu. Wallahi, tiada suara yang sama seperti suara ayah. Setiap malam sebelum kami masuk tidur, itulah rutin ayah. Mengaji untuk anak – anak sambil usap cuping telinga kami supaya lena.
Sampailah aku darjah dua, aku mula tidur dengan kakak. Setiap pukuI sembilan malam, ayah dan bonda mesti tunggu kami di ruang tamu untuk bersalam sebelum tidur. Sampai umur aku darjah enam, aku dimasukkan ke maahad berasrama penuh.
Setiap hari Jumaat, ayah pasti datang dengan bonda untuk dengar kuliah dhuha di situ. Setiap minggu maahad itulah tempat keluarga kami berkumpul. Ada satu hari aku merajuk dengan ayah sebab dia ambil aku lambat. Macam aku cakap, ayah tak pandai memujuk. Lepas aku masuk kereta dan bersalam, aku diam je.
Ayah hentikan kereta tepi kedai, lepas tu dia masuk balik ke kereta sambil bawak setangkai bunga maw4r untuk aku. Ya, inilah cara ayah memujuk kami. Kenapa aku merajuk? Sebab ayah aku ni jenis yang tak pernah biar anak dia menunggu.
Ayah ada satu prinsip, “biar ayah yang tunggu kamu, bukan kamu yang tunggu ayah.” Itulah ayah aku. Waktu kakak – kakak aku balik dari kolej, ayah akan tunggu di stesen bas sebelum mereka sampai. Setiap tiga puluh minit ayah akan telefon, “dah sampai mana?”
Walaupun kakak aku cakap, “bas lambat sikit ni ayah, kena tunggu,” ayah tetap akan tunggu juga sampai dia nampak muka anak dia depan mata. Bonda aku kata, bonda pun tak dapat cam anak dari jauh. Tapi ayah, dari jauh pun dia dah tahu itu anak dia. Dari cara berjalan pun dia kenal.
Sampailah umur aku lima belas tahun, ayah dah mula tak sihat. Tahun 2020, ayah ulang-alik hospital dan kadang – kadang kena tahan wad. Ayah ada masalah jantung. Bila aku balik dari maahad, bukan lagi ayah yang jemput, tapi kakak aku.
Sampailah satu hari aku diminta balik sebab s4kit ayah m4kin teruk. Ayah yang dulu selalu menunggu kepulangan anak di kerusi luar rumah, kini terbaring di katil tanpa kudrat. Suara ayah yang dulu selalu memanggil nama aku, kini diganti dengan sunyi yang meny4kitkan.
Aku duduk di sisi ayah, pandang wajahnya yang tenang dengan oksigen di muka. Hanya mampu menatap tanpa kata. Semua adik beradik yang jauh pun dah balik. Anak – anak buah semua ditinggalkan di rumah kakak sulung. Kami bergilir – gilir jaga ayah.
Tak pernah sekalipun kami biarkan ayah tanpa bacaan al-Quran. Kami dua belas beradik baca al-Quran bergilir – gilir. Kami mandikan ayah, bersihkan badan ayah, ambilkan wuduk untuk ayah solat, dan setiap kali masuk waktu, azan tetap berkumandang.
Satu hari, hari Selasa, kakak aku tarik satu – satu tangan adik – adiknya masuk ke bilik. Kakak aku kata, “ayah pernah doa nak meninggaI hari Jumaat, waktu semua anak – anak ada di sisi.” Kami pun mula buat persiapan untuk ayah. Dari kain kafan sampai semua keperluan.
Malam Khamis, suasana tenang sangat. Mengantuk pun lain macam. Betullah orang kata, kalau mengantuk sangat – sangat, mungkin ada orang terdekat yang akan pergi. Hari Jumaat, 14 Ogos 2020, jam dua belas tengah hari, ayah dijemput Ilahi.
Hari tu cuaca redup je, seolah – olah bumi pun faham perasaan kami waktu tu. PergiIah ayah, Raja hati kami. Sungguh tiada pengganti. Kau buat aku tak ingin mengenal mana – mana lelaki lain, sebab bagi aku, ayah ialah satu – satunya lelaki sejati dalam hidup kami sekeluarga. Wallahi, wahai Allah, aku bersyukur kerana Kau berikan aku seorang ayah yang baik. Terima kasih Ya Allah. – Gadis Kecil (bukan nama sebenar)
Komen Netizen:
Lily Shereena : Wallahi sis, aku sangat cemburu dengan kau sebab mempunyai ayah yang sangat luar biasa. Ketahuilah, tak semua orang beruntung ada ayah macam kau. Semoga roh arw4h ayah kau dicucuri rahmat Ilahi. Aamiin ya rabbal ‘alamin.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.