Suami tak pernah puji aku, dia tak letak gambar aku dekat FB. Dulu dengan bekas kekasih dia yang cantik, suami siap post dan puji macam-macam

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku beli mekap murah, fake je dekat pasar malam. Aku mekap cantik cantik untuk tatapan suami. Banyak orang puji cakap aku mekap macam MUA padahal aku takde basic pun. Tapi, aku tak happy. Aku harapkan suami untuk cakap aku cantik. Tapi tak pernah….

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Thanks admin kalau siarkan post ni. Mohon hide profile aku ya. Bukan nak cerita masalah aku, aku nak meluahkan perasaan sebenarnya. Boleh kan? Jadi aku harap admin sudi postkan luahan hati aku ni sebab aku nak sedarkan suami aku, dan suami orang lain sekali tentang benda yang mungkin diorang dah terlepas pandang. Terutama sekali untuk suami aku, sebab suami aku ni walau ditegur berkali – kali, tetap tak nak berubah.

Suami aku, bila dah dapat anak, selalu belai peIuk civm anak je. Isteri ni, dah lama tak merasa dibelai pipi, diusap rambut. Memang semua lelaki macam ni ke atau suami aku je macam ni? Pernah aku tanya, “Abang sekarang dah lama tak main rambut saya.”

Pastu jawapan dia, “Dah selalu awak sanggulkan je rambut tu.” Ok. Pastu aku lepaskan rambut aku tanya lagi soalan sama, jawabnya pulak, “Ish, rimas lah rambut awak panjang – panjang macam ni. P0tong lah.” Ok. Pergi p0tong rambut, sampai sekarang tak pernah lagi dia usap rambut aku ni. Aku perhati je abang selalu usap rambut anak. Civm anak, peIuk anak.

Bila peIuk aku, ada je, panas lah, apa lah. Aku rindu kasih sayang dia. Dulu dia ada ex girlfriend, ex girlfriend dia tu freehair, pandai makeup, time makeup memang cantik. Kurus pulak. Aku ni bukanlah tak cantik, aku takde barang mekap macam ex girlfriend dia tu.

Aku mintak duit kat suami, dia cakap bazir. Ok. So aku usahakan duit aku sendiri, kumpul sikit – sikit hasil dropship online bisnes. Sikit – sikit, satu – satu. Beli mekap murah, mekap fake – fake quality pasar malam je mampu. Ex girlfriend abang dia pakai mekap Sephora. Dia bolehlah beli, dia kerja, aku ni kena duduk rumah jaga anak – anak.

Kalau dia tak beli sendiri pun, suami dia yang belikan. Tapi walau mekap pasar malam pun, berjaya jugak aku mekap cantik – cantik untuk tatapan suami. Banyak orang puji cakap aku mekap macam MUA padahal aku takde basic pun. Tapi, aku tak happy.

Bukan apa, aku harapkan suami untuk cakap aku cantik. Tapi tak pernah. “Saya ni buruk sangat ke bagi mata abang? Saya buat macam – macam untuk tarik perhatian abang. Kadang – kadang aku sedih, aku nak kena angkat bakul puji diri sendiri cantik comel, baru suami cakap, “Ya.”

Aku sedih. Pujian daripada beribu orang lain tu memang membina, tapi aku mengharapkan satu pujian ikhlas dari lelaki bernama suami. Mungkin orang yang baca ni anggap aku ni mengadalah mintak pujian konon cantik. Tapi, aku just nak dilihat sebagai wanita yang cantik bagi mata suami aku.

Salah ke? Jauh di sudut hati aku, aku fikir mungkin bagi suami aku, yang paling cantik tu ex dia. Bukan aku. Sedih sungguh bila fikirkan hakikat bahawa perempuan lain yang tak pernah lahirkan zuriat abang, yang pernah patahkan hati suami berkali – kali tu, perempuan tu yang menjadi definisi wanita tercantik bagi dia.

Sungguh aku sedih. Susah sangat ke nak cakap something yang boleh tolong boost up confidence level aku ni? Sumpah bila aku berada di sisi suami, aku rasa diri ni hodoh sangat. Suami aku tak pernah post gambar aku kat Facebook dia. Account WhatsApp dia pun aku sendiri yang setting display picture gambar kami anak beranak.

Aku pernah tengok Facebook dia masa zaman bujangnya, dia selalu post gambar ex girlfriend dia, dengan caption “buah hati tercantik, senyuman manis, yang indah belaka”. Aku cemburu. Aku sedih. Aku ni hodoh sangat ke bagi mata suami sampai dia tak pernah upload picture aku.

Sampaikan kawan – kawan suami aku tak pernah tahu pun yang dia ni dah berumah tangga. Aku ni isteri yang tak diiktiraf ke? Tak layak untuk dibanggakan ke? Apa kurangnya aku ni? Sebab aku berisi ke? Sebab aku chubby ke? Ya, ex dia dulu tu kurus.

Abang, ex abang tu suami dia siap daftarkan dia masuk gym. Saya pernah mintak abang masuk gym, tapi abang tak bagi. Sebab bazir abang kata. Bila saya cuba cuba zumba di rumah sorang – sorang, abang ketawakan saya sebab abang kata saya tak pandai, menari tak sama choreography.

Dah tu, aku malu, aku stop terus. Pedih lah diketawakan dengan suami sendiri. Banyak lagi benda yang suami buat aku sedih, tapi aku pendam je. Belum lagi masuk cerita hal hubungan kelamin yang dia selalu pentingkan diri sendiri biarkan aku terg4ntung selalu.

Kenapa ya pentingkan diri sendiri macam tu? Aku pun ada nafsu batin, setiap tiga minit berlalu lepas dia dah lepas, aku selalu rasa nak nangis. Dia cuma pentingkan rasa dia je, macam aku ni tak layak untuk rasa nikmat hubungan suami isteri yang aku sepatutnya dapat macam pasangan suami isteri lain.

Dah berkali – kali suruh suami berubat, tapi dia ego. Dia cakap takpelah kita game tiga minit je seminggu cukuplah. Baik dia puaskan je sendiri daripada s4kitkan aku. Aku tak sanggup lagi. Aku selalu masak sedap – sedap untuk dia pun, tak pernah dia hargai usaha aku. Terima kasih pun tak pernah diucap. Bila aku tanya sedap tak, dia cakap, “Ok je.” Aku kecik hati.

Apa pun yang aku buat, semuanya tak sempurna di mata suami. Aku mekap, dia cakap ok je. Aku masak special, dia cakap ok je. Apa pun aku buat untuk dia, apa pun usaha aku untuk dia, langsung tak pernah hargai! Aku ni ada perasaan sekali sekala nak dibelai, sekali sekali nak rasa diingini, kadang – kadang nak dipuji, nak juga disokong. Tapi suami tak faham langsung. Dia cuma pentingkan diri sendiri.

Kadang – kadang aku stalk ex girlfriend suami aku, aku fikir, perempuan tu memang dah buat langkah yang bijak sebab tinggalkan suami aku ni. Sebab kalau dia stay, confirm dia tersiksa macam mana yang aku rasa ni. Tapi masalahnya, aku ni yang tersiksa. Aku yang kena. Aku yang malang. Aku yang s4kit. Aku yang menangis malam – malam. Kadang – kadag aku rasa macam dah tak nak hidup. Tapi aku sayang anak – anak aku. Allah kuatkan aku!

Komen netizen :

Aziha Nuril : Orang lelaki paling susah nak puji isteri sendiri. Paling susah nak cakap terima kasih kat isteri sendiri. Paling susah nak pujuk dan cakap maaf pada isteri sendiri. Paling susah nak dengar suara hati isteri sendiri. TAPI paling senang nak puji perempuan lain.

Lalu depan mata siap senyum meleret dan boleh cerita pulak kat kita. Paling senang nak cakap terima kasih kat perempuan lain. Paling senang nak pujuk dan cakap maaf pada perempuan lain. Paling senang dan sudi nak dengar luahan hati perempuan lain. Kenapa? Sebab dia lelaki ego. Simple. Yang dah dapat dah tak kisah. Yang di luar rasa teruja.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.