
Aku terp4ksa buka cerita aib aku dengan 3 lelaki sebelum ni pada dia. Dengan harapan, dia menjauh. Bila dia dengar je cerita aku, dia tersentak. Dia kata hampir tak percaya. Bekas kekasih aku pun ada mesej dia, cerita kisah buruk aku. Tapi dia tetap nak kahwin dengan aku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, admin. Aku mohon hide Facebook aku. Aku tak nak suami aku tahu aku cerita benda ni pada umum. Aku dah berumur hampir 28 tahun. Baru je kahwin. Suami aku duda, anak 3. Tak hensem, badan besar gempal gempal. Tapi penyayang. Kami cuma kenal 6 bulan aje. Dia terus ajak aku kahwin.
Sebelum kahwin, aku kurang sikit dengan suami aku. Sebab aku ada masalah pasal lelaki. Pasal 3 kali, 3 orang lelaki tipu aku hidup – hidup admin. Tiga – tiga tu jugak ambil kesempatan terhadap diri aku. Aku tahu aku b0doh admin. Tapi itulah aku.
Bila aku mula sayangkan seseorang, aku akan jadi lemah selemah lemahnya dengan orang yang aku sayang. Malangnya tiga – tiga jantan tu per4ngai serupa. Semuanya jenis manis di bibir tapi janji tak pernah ditepati. Yang menanggungnya aku. Yang pertama kawan makan kawan, jadikan keakraban kami sebagai batu loncatan untuk dia mer4gut d4ra aku.
Yang kedua, jadikan aku skandal dia dalam diam padahal dia masih lagi bersama makwe dia yang dia declare sejak di bangku sekolah lagi. Dia mengaku dia single masa kenal aku padahal masa tu dan makwe dia, dia kata ex dia yang selalu kacau dia, padahal perempuan tu insecure sebab dapat agak pakwe dia curang dengan aku masa di universiti.
Yang ketiga, tunang orang. Pun jadikan aku skandal. Disebabkan 3 orang nilah, aku mula benci dengan lelaki. Sampaikan aku berazam, aku nak balas d3ndam nak hapuskan mereka kalau aku jumpa mereka . Tapi hidup aku berubah bila aku jumpa S, suami aku.
Seorang duda umur 32 tahun yang isterinya dah hampir 3 tahun meninggal. Anak ada 3, yang paling sulung sekali dah nak masuk 8 tahun. Beza umur adik beradik setahun je. Mulanya aku kenal S dan dapat agak dia ada perasaan terhadap aku.
Dia mengaku duda cerai m4ti tapi aku kurang percaya admin. Aku rasa bini dia hidup lagi. Aku layankan aje dia masa tu sebab aku nak tengok sejauh mana dia bertahan dengan per4ngai aku. Dia seorang yang sangat jujur. S nampak peramah dan romantik.
Tapi S ni seorang yang agak panas baran dan sensitif. Per0kok tegar pula tu. Aku paling benci per0kok. Aku cuba dan cuba s4kitkan hati dia bila dapat tahu dia menaruh hati terhadap aku. Aku rasa banyak kali aku s4kitkan hati dia. Aku buat dia cemburu bila aku berkawan dengan ramai lelaki. Aku buat acuh tak acuh kalau dia mesej.
Aku sengaja bagi dia panas tapi panas dia tak lama. Dia hampir putus asa. Tapi dia kata semangat dia terhadap aku kuat. Dia baran tapi mengalah pada aku. Dia kawal diri dia sebab dia sayang aku. Dia cuba berubah sebab aku. Sehinggakan dia sanggup block semua perempuan yang cuba dekat padanya. Aku buntu admin.
Makin aku bersikap mengelak, makin dia mendekat. Kawan dia pun ada beritahu aku, S tak pernah macam tu dengan mana – mana perempuan. Dia memang betul – betul serius dengan aku. Bila dia terus buat macam tu, aku jadi tak sampai hati nak permainkan hati dia. Aku rasa aku terlampau jahat. Tahu, aku buat apa?
Aku terp4ksa buka cerita aib aku mengenai 3 lelaki ceIaka sebelum ni pada dia. Dengan harapan, dia menjauh. Bila dia dengar aje cerita aku, dia tersentak. Dia kata hampir tak percaya. Dia kata dia cuba untuk butakan mata pekakkan telinga bila dengar cerita aku.
Ditambah pula dengan ex aku yang nombor 2 WhatsApp dia seminggu selepas tu, dapat nombor contact dari Facebook S, dan bagitahu dia aku perempuan yang dah rosak. Ex aku kata dia tak boleh lepaskan aku sebab sayangkan aku dan dah tinggalkan makwe dia.
Korang boleh bayangkan rasa h4ncur hati S bila ada lelaki lain muncul dan mengaku pernah terlanjur dengan aku, nampak tubuh badan aku tanpa seurat benang pun. Aku tak dapat nak menafikan dakwaan ex aku ketika tu kerana aku memang bernekad nak S jauhkan diri dari aku. Waktu tu, aku dah mula down. Rasa malu pun ada dekat S.
Aku memang dah tak nak terima ex aku walaupun dia cakap macam tu. Tapi satu je. Aku tak pasti perasaan aku bila S nampak slow dah dengan aku. Aku rasa seperti kehilangan sesuatu. Tapi untuk sehari dua je. Esoknya, S mesej aku. Dia hantar voice chat. Suara dia tersekat – sekat menahan sebak.
Aku tahu dia tengah nangis admin. Pertama kali seumur hidup aku, lelaki menangis kerana aku. Sebelum ni aku yang menangis kerana lelaki. Padahal sepanjang kenal S, setitik air mata pun tak keluar untuk dia bila tengok dia selalu terIuka kerana aku.
Dia kata, sebelum ni dia ambil masa nak hadam semua yang berlaku. Perasaan dia terhadap aku tak pernah kurang. Dia kata dia betul – betul sayangkan aku, dan kisah silam aku sikit pun tak dapat kikis perasaan tu. Dia masih lagi terima siapa aku.
Mulai hari tu, dia anggap aku tunang dia, dan ajak aku kahwin dengan niat dia nak jaga aku nak bimbing aku. Aku sangat bersyukur sebab pertama kali jumpa lelaki seperti S, yang betul – betul nakkan aku tanpa ‘sentuh’ aku. Timbul pula masalah lain bila mak aku, ibu tunggal, tak nak kami kahwin simple – simple.
S seorang yang mempunyai banyak tanggungan dan belanja kahwin yang tinggi mengambil masa yang lama untuk dikumpul. Di sini, aku boleh katakan S dari keluarga yang sederhana dan kurang berduit. Sebolehnya dia nak percepatkan pernikahan kami.
Aku pula jenis tak kisah sebab S dah terima siapa aku. Aku kesiankan S bila sentuh pasal duit, dia mula down sebab gaji dia kecil. Bukan bermakna dia tak nak buat majlis, tapi mungkin makan masa untuk dapat RM10k dalam masa yang singkat.
Mak aku tak tahu kisah silam aku. Aku g4duh dengan mak sebab isu ni. Aku tak nak terus menyusahkan S. Aku ada support S dari segi kewangan dan kami berusaha untuk dapatkan ikatan yang halal. Akhirnya kami sah nikah dengan bantuan adik aku sebagai wali, arw4h ayah Cina mualaf dan semua saud4ra mara sebelah arw4h bukan beragama Islam.
Nikah di pejabat agama, manakala kenduri nikah kami berlangsung di rumah S, secara kecil – kecilan. Lepas nikah, aku langsung tak balik Sarawak, aku orang Sarawak. Dan S sebagai wakil aku, katakan pada mak, majlis kami akan berlangsung tahun depan, mak lebih pentingkan majlis berbanding nikah.
Aku mintak S rahsiakan pernikahan kami terlebih dahulu. Pada pandangan pembaca sekalian, adakah wajar apa yang keputusan aku untuk nikah senyap – senyap dulu tanpa maklumkan kepada saud4ra mara aku? Kalau aku beritahu mereka aku dah nikah awal, aku jamin mereka akan persoalkan kenapa.
Aku nak je cerita kisah silam aku kepada mak supaya mak terima kami sudah bernikah terlebih dahulu sebelum majlis tapi S melarang kerana tu aib aku. Dia sebolehnya tak nak sesiapa lagi tahu cerita tu selain dia. Aku buntu kerana mak dah labelkan aku anak derh4ka hanya kerana tak menurut permintaannya.
Tapi aku nak dia bersyukur, S telah menjadi penyelamat kepada anaknya yang dah rosak ni. Aku kesiankan S. Masih lagi cuba kumpulkan duit majlis tahun depan sampai sehari makan sekali je nak kawal perbelanjaan. Sekarang pun dia dah jarang keluar rumah sebab nak jimat minyak kereta. Aku kalau boleh tak nak majlis tu berjalan tapi kami nak ambil hati mak. Tolong aku. Apa yang perlu aku buat?
Komen netizen :
Sin Ha Ca : Beruntung awak sis, dapat suami sebaik S. Wajar tak wajar sis dah pun nikah cuma sis kena slow talk la dari hati ke hati. Orang tua kita sis, kita mesti tahu cara nak pujuk. Cari masa yang sesuai, kata kata yang sesuai. Berdoa juga sis semoga mak berlapang dada, lembut hatinya. Aku doakan yang terbaik buat sis. Jaga suami baik – baik bukan senang orang nak terima dan sayang kita seadanya.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.