Aku alami s4kit misteri. Pergi hospital, doktor tak dapat detect. Bila aku pergi rawatan islam, aku terbayang, mak mertua tabur serbuk putih dalam makanan

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Selepas balik ke rumah, aku masih teringat yang anak – anak aku selalu bercerita nenek (mak mertua) diorang curi – curi masuk bilik tidur kitorang. Yang pastinya, selepas setiap kali mak mertua aku datang rumah, aku dan suami akan berg4duh dan tidur asing – asing.

#Foto sekadar hiasan / AI. Kisahnya begini. Mohon admin hidekan profile aku. Aku berkahwin dengan suami yang dari keluarga susah. Aku berpendapatan yang agak tinggi berbanding suami yang kurang 2 kali ganda dari aku. Tapi tu tak menjadi masalah, duit bukan segalanya.

Tapi dalam kehidupan duit tu satu keperluan. Ni bukanlah masalah. Ni satu luahan yang aku tak tahu ke mana ingin aku salurkan luahan aku ni. Mak mertua aku ni terlalu berg4ntung pada suami. Barang rosak pun call anak suruh ganti baru, kalau rumah sekangkang kera takpelah juga kan. Ni jauh kot utara dan selatan. Ni pun tak menjadi hal, yang mengguris hati aku, aku ni ibarat ATM machine.

Aku tanggung hampir 80% keperluan rumah dan anak. Suami hanya bagi 20%. Aku tak kisah kalau dia betul – betul adil. Masalahnya, ada duit lebih, bukan nak tambah duit nafkah bulan – bulan. Eh, silap. Bukan nafkah. Tu memang tanggungjawab dia bayar sewa, bil – bil dan sekolah anak. Isteri ni membantu.

Tapi bila sejak dari awal macam ni, akulah macam tulang belakang. Anak – anak nak beli barang sekolah, aku. Nak makan apa – apa, diorang mintak dengan aku. Aku tak sampai hati nak tolak keinginan anak kalau setakat makan dan barang sekolah. Tapi, dia kalau keluar dengan anak – anak, berkira nak m4mpus!

Berlainan pulak kalau dia keluar dengan family dan mak ayah dia. Apa mak ayah nak, adik beradik nak, semua dibelikan. Katanya tu memang tanggungjawab dia dan aku sebagai isteri tak berhak untuk persoalkan. Katanya, sebagai anak lelaki dia bertanggungjawab jaga mak ayah dan adik – adik.

Bertahun – tahun hak aku dinafikan atas alasan tu. Bila ada duit lebih, dibaginya mak ayah sampai 500. Aku ni, pakaian, makanan, pakaian anak – anak, aku yang belikan. Ni kisah mertua pulak, nak dijadikan cerita aku mengalami s4kit misteri.

Puas aku ke hospital. Sehinggalah kawan aku membawa aku ke pusat rawatan Islam. Masa kali pertama, selepas sesi rawatan aku balik dan bawa barang – barang yang ustaz minta seperti daun bid4ra dan limau. Masa sesi kedua, aku meracau – racau dan dalam keadaan separuh sedar aku tersasul nama ibu mertua aku.

Dan aku terbayangkan apa yang dibuat di rumah aku. Aku ternampak – nampak mak mertua aku menabur serbuk putih seluruh rumah aku. Termasuk dalam bahan makanan. Tujuannya supaya anak dia sayang dia. Ustaz menasihati aku supaya banyak – banyak bersolat dan jangan terpengaruh dengan petunjuk semasa sesi rawatan.

Kadang – kadang syaitan memang menipu. Mungkin ustaz tak nak aku berd3ndam dan ingin menjaga hubungan aku dan suami. Selepas balik ke rumah, aku masih teringat yang anak – anak selalu bercerita nenek diorang curi – curi masuk bilik tidur kitorang.

Yang pastinya, selepas setiap kali mak mertua aku datang rumah, aku dan suami akan berg4duh dan tidur asing – asing. Aku terlalu benci tengok muka suami dan ingin bercerai. Aku rasa sangat menyampah, tak guna dan rasa nak bvnvh dia pun ada.

Astaghfirullahazim. Aku bertahan sebab anak – anak. Walaupun dia kedekut dengan anak – anak, tetapi dia layan anak – anak baik. Aku buntu. Ikutkan hati, aku memang taw4r hati. Balik kerja, aku nak kena buat kerja rumah sorang – sorang. Dia balik kerja mengadap handphone dan TV. Katanya, tugas seorang isteri memasak dan anak – anak.

Aku penat. Kadang – kadang aku kena bawa balik kerja – kerja pejabat memandangkan aku berjawatan di agensi swasta. PukuI 2 – 3 pagi baru tidur. Seawal 5 pagi dah bangun siapkan anak – anak ke sekolah dan hantar ke rumah pengasuh. Aku buat sorang – sorang.

Bila minta tolong, macam – macam alasan. Kadang – kadang rasa dipergunakan. Dia bukan nak kat aku, dia nak hidup senang, nak senangkan mak ayah dan adik beradik dia aja. Dia cari isteri bekerja supaya dia lepas tanggungjawab pada isteri. Setakat bagi sikit – sikit je topup belanja rumah. Bila macam ni, aku dah bad perception pada orang miskin. Minta maaflah.

Aku juga orang miskin, tapi aku sedar diri. Aku berbelanja ikut keperluan. Tapi family suami, berbelanja ikut kehendak. Makan sedap – sedap, pergi melancong. Kalau nak pergi bercuti, call suami minta duit hotel. Aku ni sepanjang 12 tahun kahwin, tak pernah dia bawa aku pergi bercuti.

Kalau aku ajak pergi mana – mana, aku yang kena support 100%. Baik aku dok rumah je, duit pun tak habis. Begitulah kisah aku admin. Semoga jadi pengajaran. Mana yang elok jadikan teladan, yang buruk tak payahlah ambik. Hati – hati mencari suami. Jangan mencari suami yang buta agama. Penunggang agama, menggunakan agama untuk lari dari tanggungjawab. Kepada mak mertua yang dikasihi, jika benar anda berbuat demikian, kita jumpa di padang mahsyar. Sekian.

Komen netizen :

AsHra Babeh : Bukan nak jadi batu api. Kalau macam nilah gaya, hidup sendiri lebih baik. Kau bekerja dan mampu sara anak – anak pun kan. Laki macam ni takde pun tak apa, haihh.

Are peace E jump : Teruknya agama laki sis. Maaf ya. Salah didikan tu. Nafkah dan tanggungjawab tak sama. Nafkah untuk keluarga kecik sendiri, isteri dan anak – anak yang paling utama tapi suami sis abaikan. Teruk dia menjawab dalam kubvr nanti. Kalau sayang dia, sedarkan dia.

Masalah mak mertua pula, sis kena bawak suami berubat sama. Takut suami tu jadi b0doh sebab mak sendiri yang buat. Pelik – pelik mak mentua zaman sekarang. Anak laki dah beruntung dapat isteri bekerjaya tolong serba serbi, sepatutnya hargai menantu tu, bukan h4ncurkan, giIa!!

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.