Aku dah ada kekasih tapi keluarga p4ksa kahwin dengan wanita lain. Masa isteri mengandung, aku check in dengan kekasih lama. Ayah bawa Ustaz tangkap aku dekat hotel

Pertama kali kantoi, isteri bagi aku peluang walaupun dia hampir keguguran. Kali kedua, isteri, bapa aku dan juga ustaz yang menangkap aku di bilik hotel. Malu yang teramat waktu tu. Isteri aku tenang, dia langsung tak minta cerai atau faskah. Sehinggalah..

#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya, aku sekadar berkongsi rahsia hati dan pengalaman. Aku seorang suami curang yang kini menerima kifarah Allah setelah aku benar benar bertaubat. Aku bernikah ketika berusia 20 tahun manakala isteri aku berumur 17 tahun.

Isteri aku adalah pilihan keluarga aku. Dan aku waktu tu, aku telah mempunyai pilihan hati sendiri. Aku tahu kenapa ibu aku mahu aku berkahwin cepat. Ibu aku tak suka pilihan aku kerana teman wanita aku sosiaI orangnya. Dipendekkan cerita, akhirnya dalam keterpaksaan aku bernikah juga.

Aku cuba lupakan teman wanita aku namun aku gagal. Maka aku mengambil keputusan berpindah ke kampung nenek isteri aku kerana tak mahu bersua wajah dengan bekas teman wanita aku. Hampir setahun rumah tangga kami, isteri aku mengandung.

Waktu tu jujurnya aku langsung tak rasa teruja nak menimang anak kembar. Isteri pula mengalami alahan yang teruk sehingga aku terp4ksa bawa isteri pulang ke kampung. Aku mula rasa terabai waktu tu. Rasa sepi. Lalu aku hubungi kembali teman wanita aku.

Bermula di Facebook dan akhirnya berhubung di telefon. Kami kembali menjalin kasih sehingga berjumpa di hotel. Tapi Allah Maha Mengetahui. Per4ngai aku terbongkar. Isteri aku tertekan sehingga mengalami tumpah d4rah. Aku cukup rasa bersalah.

Dan atas desakan dan pujukan keluarga aku, isteri aku memaafkan aku dan beri peluang pada aku. Tapi aku tak setia lagi ketika usia anak kembar aku setahun. Kali ni, isteri aku bersama bapa aku juga ustaz yang menangkap aku di bilik hotel. Malu yang teramat waktu tu.

Tapi aku pelik kenapa isteri aku langsung tak mohon fasakh walaupun ibu aku sendiri yang suruh. Waktu tu aku fikirkan mungkin isteri aku memikirkan anak – anak yang masih kecil. Aku bertaubat dan bersungguh – sungguh berubah. Aku tumpukan perhatian pada kerjaya dan anak – anak.

Bila isteri menyuarakan niat nak sambung belajar, aku sokong dari segi kewangan. Dia mempunyai keputusan SPM yang cemerlang, tapi terp4ksa berhenti belajar kerana desakan keluarga untuk bernikah dengan aku dan sebab itulah aku menyokong dia kini.

Rumah tangga kami ok saja dan aku berusaha menjadi ayah juga suami yang terbaik. Namun hubungan kami suami isteri tercalar bila aku terbaca Whatsapp dia dengan seorang lelaki ketika dia di tahun akhir PJJ. Aku tanya dia dan jawapan dia buat aku terkedu.

Dia kata s4kitkan bila tak setia dan dia tanggung seribu kali ganda s4kit tu bila dia baca segala Whatsapp aku lalu memberitahu bapa aku. Aku menangis dan meminta agar dia lupakan perkara lalu kerana aku benar – benar sayangkan dia dan aku dah berubah. Tapi dia cuma senyum sinis dan kata dia akan balas setiap titis air mata dia yang aku perah.

Mulai detik tu, aku mula bimbang dia tak setia sehingga ke katil hotel seperti aku dahulu. Aku mula ekori dia, tapi dia tak pernah tak balik bermalam di rumah. Habis kerja jam 5.30 petang, sejam selepas tu dia mesti dah sampai di rumah.

Maka aku tepiskan perasaan tersebut. Aku berusaha saban detik membuktikan kejujuran dan kasih sayang aku padanya. Sudah bertahun berlalu, tapi renungan dia tak pernah berubah. Dia masih tak lupakan kecurangan aku. Dia cukup pandai berlakon di depan keluarga dan anak – anak.

Tapi bila dengan aku, muncullah dirinya yang sebenar. Lama aku pendam semua ni kerana kes4kitan ni bermula dari perbuatan aku. Tapi sekarang aku mula takut kehilangan isteri aku kerana aku membaca Whatsapp isteri aku minggu lepas dan lelaki yang bersembang dengan isteri aku mendesak isteri aku supaya minta untuk berpisah daripada aku.

Aku buntu. Keluarga aku tak percaya lagi pada aku dan mana mungkin aku meminta bantuan mereka. Lagipun isteri aku menantu kesayangan ibu aku. Aku berdoa saban waktu agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah. Pada suami – suami yang membaca, jangan sesekali mencuba untuk tak setia, kerana bila kita kena macam tu, waktu tu kita cuma mampu berharap agar kita mampu mengubah waktu silam.

Wanita memang lembut, tapi bila peluang diberi tak dimanfaatkan, lalu kembali mencalar kepercayaan, maka itulah detik paling payah dan sukar untuk lelaki kembali meraih kepercayaan tu. Aku amat terkesan dengan balasan yang diberikan oleh isteri.

Rupanya amat s4kit bila kifarah datang daripada pasangan sendiri sehingga kantoi pula dengan pasangan sendiri. Itulah sedikit sebanyak luahan daripada aku. Kepada pasangan suami isteri di luar sana. Ambillah cerita aku ni sebagai satu pengajaran.

Janganlah jadi pasangan yang tak setia. Kerana ni akan membawa permasalahan besar dalam rumah tangga kita. Kenikmatan kepada yang h4ram adalah seketika. Buat apa kita mencari yang h4ram sedangkan yang halal kita tak selami habis – habisan. Sekian terima kasih. Suami tak setia.

Ulasan pembaca :

Bella Nabila : Curang sekadar mesej tu ok lagi tapi kalau dah tahap kat hotel, ibarat kau mesej nak langgan peIacur. Hati isteri mana tak retak wei. Kalau aku pun aku taw4r hati, benci, tiada maaf dan d3ndam tapi untuk balas curang macam yang kau buat tu tak akan pernah sama sekali sebab orang yang murahan je curang.

Intan Senawi : Seorang isteri sanggup bersusah senang bersama suami selagi suami tak mengkhianatinya. Sekali dikhianati dan hatinya mula taw4r dengan suami, sampai m4ti ia tak akan memaafkan dan hanya bersama kerana d3ndam.

NHassan Ishak : Buat apa nak balas d3ndam, d0sa pun dapat. Kalau sabar tak balaskan bagus dapat pahala. Pelik betul zaman sekarang ni, kalut nak balas d3ndam konon. Tak takut d0sa ke? Yang lakinya dah bertaubat, bini pula buat hal.

Dah baca, tinggalkan komen dan kongsi ya. Terima kasih. Hantar kisah anda di sini https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :