Isteri aku mengandung asyik nak peIuk. Aku tengking dia sebab rimas. 2 minggu kami tak bercakap. Satu malam aku nampak dia pucat, sesak nafas..

Malam tu aku tiba – tiba rasa haus. Aku bangun nak ke dapur then aku tengok isteri aku tengah duduk urut d4da sambil menangis. Aku tengok ada pinggan nasi jadi aku ingatkan dia tercekik masa makan. Terk3jut nampak muka dia pucat..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku nak share sikit kisah aku kat sini. Aku dah betul – betul buntu jadi aku cuba nasib confess kat sini untuk dapatkan pendapat pembaca. Nama aku Jack (bukan nama sebenar) dan aku dah berkahwin. Sedikit intro isteri aku. Dia anak yatim piatu.

Dia ada satu adik perempuan. Isteri dan adik dia uruskan diri sendiri selepas kem4tian mak ayah diorang. Ada pakcik beIah ayah dia tolong – tolong tengokkan tapi tak berapa rapat sangat. Sed4ra mara lain memang tak ada. Mak aku yang aturkan perkahwinan kami.

Aku sebenarnya putus tunang lagi beberapa minggu nak kahwin dan selepas dari itu aku fokus kerja terus. Time tu memang aku down. Makcik aku satu tempat kerja dengan isteri aku jadi makcik aku yang kenalkan isteri aku dekat mak aku.

First impression aku rasa isteri aku bijak dan matang tapi pendiam sikit. Masa awal perkenalan memang aku nampak isteri aku sangat rapat dengan adik dia, very protective. Adik perempuan isteri aku pun baik dan jenis pendiam jugak. Dia duduk asrama tengah sambung belajar.

Isteri aku jarang sangat sebut pasal mak ayah dia. Aku pun tak tanya lebih. Aku dan isteri memang dua – dua bekerja. Isteri aku memang tip top uruskan rumah. Makan minum, kemas rumah, pakaian semua dia uruskan. Aku perasan isteri aku masa awal – awal kahwin agak pendiam dan sensitif.

Memang bukan jenis romantik. Tapi yang peliknya dia suka pulak peIuk aku especially time tidur. Lama kelamaan tu isteri aku dah mula buat lawak, bergurau dan main cubit – cubit. Dah macam masuk air dah aku tengok. Manja dia lain macam.

Masuk second year marriage, aku ada masalah kat tempat kerja. Aku selalu balik lambat dengan str3ss bagai sampai terbawa ke rumah. Ada satu projek yang company aku tengah handle based dekat Singapura. Alih – alih aku kena cover sebab staff in charge resign tiba – tiba.

Aku memang beng4ng tapi company aku cakap boleh pertimbangkan aku naik pangkat kalau projek goes well. So aku kena telan lah. Aku inform isteri aku dan gerak kat sana. Aku balik selang 2 – 3 minggu dan jarang cuti. Memang aku tekanan jiwa habis sebab kena start dari zero.

Masa ni, aku memang fokus kerja kaw – kaw. Kalau aku balik pun memang aku teramat penat jadi aku bantai tidur kat rumah. Time ni, aku dapat tau yang isteri aku mengandung. Isteri aku jenis strong, jadi dia cakap jangan risau dia boleh handle.

Parents aku pulak tengah jaga adik aku tengah berpantang jadi kurang spend masa dengan isteri aku. Bila aku balik rumah adalah isteri aku bagitau mengidam nak makan itu ini. Sometimes dia nak hug lah apa. Aku penat kerja dengan travel bagai tapi sometimes aku layan jelah.

Ada satu masa tu, aku betul – betul bad mood sebab hal kerja. Aku sampai semput nak ke company aku kat KL untuk urgent meeting dan lepas tu balik Singapura sebab ada masalah sistem dengan projek baru. Aku tak bagitau isteri aku yang aku balik KL.

Aku terus balik rumah dan naik bilik kerja aku. Masa ni isteri aku dah kemas bilik tu. Aku terus rasa marah sebab barang aku semua dia alihkan. Tengah aku cari fail kerja, tiba – tiba isteri aku masuk bilik. Dia sangkakan aku balik cuti. Dia terus peluk aku dan mula nak bermanja bagai.

Time ni aku terus meIetup. Demi Allah, aku lupa dia mengandung. Aku naikkan suara kat dia lebih kurang camni. ‘Kau boleh tak duduk diam kejap, tak habis – habis nak hug. Ann0ying betul. Aku dahlah str3ss kerja ingat ada masa nak layan ke per4ngai kau. Orang lain mengandung elok jea.’ Aku marah dia sebab alihkan fail – fail kerja aku.

Aku dengar dia cakap sorry then dia keluar bilik. Aku terlalu marah jadi aku ignore dia. 2 minggu aku kat Singapura kitorang langsung takde komunikasi. Aku terlampau busy dan isteri aku pun senyap je. Bila aku balik, isteri aku macam biasa masak, uruskan hal rumah tapi dia masih senyap. Langsung tak bukak mulut ke apa.

Dia buat – buat busy kemas rumah dan masuk tidur awal. Kali ni aku cuti lama sikit jadi aku memang plan nak spend masa dengan isteri aku. Malam tu aku tiba – tiba rasa haus. Aku bangun nak ke dapur then aku tengok isteri aku tengah duduk kat dapur, urut d4da dia sambil menangis.

Aku tengok ada pinggan nasi jadi aku ingatkan dia tercekik masa makan. Tapi aku tengok muka dia dah pucat semacam so aku dah takut. Aku terus bawak dia ke hospitaI. Doktor cakap isteri aku kena panik att4ck. Aku punyalah terk3jut time tu. Isteri aku tengah mengandung nak masuk 6 bulan.

Aku terus call adik ipar aku. Adik ipar aku yang banyak jawab soalan doktor. Masa ni aku dapat tahu yang isteri aku memang pernah kena panik att4ck masa dia bujang dulu. Sumpah aku tak tahu pasal benda ni. Esoknya isteri aku sedar tapi keadaan dia lemah jadi kena tahan wad lagi few days.

First thing dia cakap dengan aku sorry. Dia tahu aku kali ni jea dapat cuti lama. Dia suruh aku balik rumah, takpe adik dia ada nak uruskan. Aku macam… aikk takkan aku nak tinggalkan dia kan dalam keadaan camni. Dia jawab takpe dah biasa dah.

Masa ni aku rasa macam kena electric shock. Aku betul – betul reflect diri aku time ni. Aku terlampau busy kerja sampai tak tahu condition isteri aku. Isteri aku tenang je dan banyak mendiamkan diri. Aku jumpa adik ipar aku kat luar dan mintak dia cerita. Pujuk punya pujuk, akhirnya adik ipar aku open up.

Rupanya isteri dan adik ipar aku ni m4ngsa d3ra ayah dorang. Ayah dia selalu pukuI mak dia. Bila mak dia dah meninggaI masa umur isteri aku 11 tahun, ayah dia pukuI adik dia pulak. Sometimes mak dia suruh dia masuk bilik kunci pintu jaga adik bila ayah dia meng4muk.

Jadi isteri aku akan peIuk adik dia dalam bilik sambil menangis. Ayah dia memang jenis baran dan selalu berhenti kerja jadi duit selalu tak cukup kat rumah. Pakcik dia tahu pasal benda ni tapi dia diam jea tak masuk campur. Mak isteri aku meninggaI sebab asma.

Ayah dia tak ambik port masa mak dia sakit. Pakcik isteri aku yang tolong uruskan semua hal. Ditakdirkan, ayah isteri aku meninggaI disebabkan kemaIangan motor. Adik ipar aku bagitau, dorang tak rasa apa pun bila ayah dia meninggaI masa tu isteri aku umur 19 tahun.

Dia lagi rasa lega sebab tak kena pukuI dah lepas ni. Isteri aku dan adik dia memang tak pernah ceritakan isu ini kepada sesiapa. Effect dari itu, kakak dia first kena panik att4ck masa time nak ambik SPM. Tapi masa tu tak ada ke hospitaI ke atau buat rawatan. Hanya adik dia je yang tahu benda ni.

Adik ipar bagitau yang ayah dia sebenarnya tak berapa nak pukuI sangat isteri aku tapi benci kat dia. Puncanya dia pun tak tahu. Ada je benda tak betul depan mata ayah dia. Tapi isteri aku selalu protect dia masa kena dan kena tempias. Dia rasa bersalah sangat dekat isteri aku.

Pasal tu isteri aku sangat matang kalau nak bandingkan dengan usia dia. Dia pendiam dan tak banyak cakap. Adik ipar aku ingatkan dia dah elok tapi tak sangka dia kena balik. Memang tergamam aku kat situ. Demi Allah, sekali tu jea aku terkasar dengan dia itupun tak sengaja.

Aku tak sangka effect perbuatan aku tu boleh trigger balik panik att4ck isteri aku. Adik ipar aku menangis sampai merayu dekat aku jangan ulang balik apa yang ayah dia buat. Aku minta adik ipar aku jangan bagitau yang aku tahu benda ni kat isteri aku dulu. Aku janji kat dia aku takkan sesekali pukuI atau s4kitkan kakak dia.

Aku tak tahu macam mana nak hadap isteri aku masa ni. Isteri aku memang tak pernah cerita dan aku pun tak terfikir nak tanya kisah silam diam. Aku surf kat internet pasal panik att4ck ni. Aku jumpa doktor dan mintak nasihat dia. Kesan tr4uma dia memang susah nak hilang cuma apa yang aku boleh buat adalah jangan trigger dan support dia terutamanya emosi dia.

Doktor tu cakap isteri aku banyak pendam perasaan dan hide true personaliti dia. Dia takde any support dari lelaki masa dia grow up jadi dia dah biasa keraskan hati dia dan buat semua sendiri. Luarnya nampak macam dia strong tapi dalam dia memang fragile.

Bila aku inform doktor yang dia dengan aku manja dan selalu nak hug, doktor cakap itu tanda dia dah slowly open up dengan aku. Dia dah selesa dan trust aku jadi dia mula tunjuk per4ngai dia sebenar. Hug tu mungkin cara dia nak tenangkan diri.

Aku terlalu busy kerja dan kejar hal duniawi sampai abaikan isteri sendiri. Aku duduk dalam kereta berjam – jam reflect diri aku. Terasa diri ni tak guna. Aku dilahirkan dengan keluarga yang alhamdulillah sempurna semua jadi aku ignorant dengan keadaan isteri aku.

Selepas isteri aku keluar hospitaI, aku minta maaf kat isteri. Aku cakap memang aku tak sengaja terkasar dengan dia lepas tu tak hiraukan dia. Isteri aku cakap is ok, dia tak simpan apa dalam hati. Aku kira dah settle isu tu. Boss aku dah suruh aku report masuk kerja sebab dah lama cuti.

Aku minta adik ipar aku tolong tengokkan isteri aku. Aku cuba balik rumah sekerap yang boleh. Isteri aku mula berubah jadi pendiam semula. No more per4ngai dia yang manja, nak hug or sembang – sembang. Semua benda dia buat sendiri. Kalau nak makan apa dia order je online. M4kin lama aku rasa ada jurang antara kami.

Sampai satu tahap aku cerita semua dengan mak aku. Mengucap panjang mak aku. Mak aku memang marah sebab aku pendam benda ni lama. Mak aku offer nak jaga isteri aku time pantang dan anak aku lepas isteri aku bekerja semula. Mak aku pun tak dapat nak break wall yang isteri aku bina.

Mostly dia diam dan memang dia tak banyak respond. Tapi mak dan adik aku try jugak time to time ajak isteri aku sembang, shopping dan jalan – jalan. Lepas habis projek kat Singapura alhamdulillah mungkin rezeki anak bini, aku dapat naik pangkat.

Tapi kali ni memang aku plan hal kerja aku sebab nak spend masa dengan anak bini aku. Aku mula tolong kemas rumah jaga anak. Aku bagi isteri aku masa rehat dan buat apa dia suka. Anak aku dah 6 bulan tapi aku masih rasa wall tu ada. Isteri aku buat tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu. Tapi aku tahu dia dah lain.

Sekarang dia hug anak je. Banyak spend masa dengan anak. Aku pernah nampak dia menangis diam – diam masa tengah susukan anak tengah malam. Aku takut kalau benda ni lama kelamaan akan buatkan dia taw4r hati dan tinggalkan aku.

Aku mintak tolong kat korang macam mana aku nak buat isteri aku totally open up dengan aku. Sampai sekarang aku tak berani nak tanya pasal isu d3ra ayah dia sebab aku rasa dia memang mengelak pasal benda tu. Aku macam ada bagi hint – hint yang aku tahu pasal isu ayah dia d3ra dia tapi isteri aku memang tak akan respond. Dia akan diam atau tukar topik.

Adik ipar aku bagitau isteri aku memang tak nak ingat balik pasal kisah silam dia. Dia suruh adik dia move on dan jangan sebut lagi pasal isu itu. Aku ada terfikir nak suruh dia jadi suri rumah je tapi risau dia m4kin str3ss. Ada tak korang kat sini pernah alami situasi sama? Aku nak balik isteri aku yang dulu. Tolong aku guyysss… – Jack (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nurul Mohd : Alhamdullilah.. Adik cuba nak tolong isteri. cakap la awak rindu isteri yang manja. Hari – hari la peluk dia. Hari – hari manjakan dia. Betul la apa awak cakap. Hidup awak sempurna… sebab tu tak rasa “kasihan” / peduli akan statusnya sebagai yatim piatu (sebelum adik ipar opened up).

Apa pun.. Cuba lah ye. Abaikan komen – komen yang duk marah – marah. Mereka tak nampak kot awak ni sedang mencari jalan untuk menolong isteri. Tak paham dengan netijen – netijen ni.

Eifa Aisha : Trust me. Awak pulak yang kena banyak hug dia. Pujuk dengan kata – kata takkan jadi dah. Kalau takde hug, tak jadi.. sebab akan rasa kekosongan jugak. Jadi macam empty je.. kemaafan awak tu akan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri dia je.

Awak kena jadi macam dia yang dulu, sikit – sikit hug, cakap manja – manja gurau – gurau dengan dia. Jangan tunjuk awak str3ss jugak, awak kena senyum, sengih, usik – usik dia. Jangan setakat bagi dia rehat, bercuti, bagi hadiah. Haish memang tak berkesanlah.. Sebab itu bukan pokok pangkalnya. Sekarang nak kena create trust balik bukan tu cara ya untuk create connection balik, emotionally dan physically. Go hug her!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :