Aku menerima panggiIan telefon dari seorang anggota poIis untuk buat pengecaman may4t seorang perempuan

Aku bahagia dengan Izzah dan anak – anak kami. Sepanjang perkahwinan langsung tak pernah bertengkar hingga buatkan ramai kawan – kawan yang cemburu. Namun, aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Aku masih ingat tarikh itu…

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Aku selalu membaca luahan pembaca dalam ruangan ni. Ada sedih, ada gembira. Entah mengapa baru sekarang aku berani untuk meluahkan apa yang aku rasa. Satu rasa yang aku pend4m selama ini.
Aku hanya ingin meluahkan. Ingin berkongsi kisah suka duka bersama pembaca di sini. Terima kasih kerana sudi membaca dan memahami perasaan yang aku rasa selama ini.

Tahun 2021 aku bakal menginjak usia 33 tahun. Tahun ini juga bakal menyaksikan aku ditinggalkan isteri tercinta selama hampir 3 tahun. Ini kisah aku dan arw4h isteriku.

Selepas SPM, aku menyambung pengajian di sebuah pusat matrikulasi dan setahun kemudian aku memasuki sebuah universiti di Lembah Klang. Keputvsan matrikuIasi aku agak baik dan terpilih untuk memasuki universiti berkenaan. Di situlah bermula segala – galanya.

Aku mempunyai seorang kawan baik perempuan yang bernama Nurul Izzah. Namanya sama seperti seorang ahli politik yang agak terkenal. Bukan nama sahaja, dia juga memiliki kecantikan yang sama seperti ahli politik berkenaan. Saling tak tumpah.

Izzah adalah rakan seprogram dan sekuliah dengan aku. Aku mula mengenali Izzah ketika kuliah pertama. Dari situ kami mula berkenalan dan akhirnya menjadi kawan baik. Ketika tahun pertama, aku jatuh hati dengan seorang pelajar perempuan yang berlainan program dengan aku. Namanya Aida. Aku berkenalan dengan Aida ketika kami menyertai persatuan yang sama.

Aida cantik orangnya, seperti juga Izzah. Dengan Izzah aku ceritakan segalanya tentang Aida, begitu juga dengan Aida. Dia tahu tentang siapa Izzah di dalam hidup aku. Dalam sesebuah perhubungan, tentu ada pasang surutnya. Aku kerap kali berg4duh dengan Aida. Ada sahaja yang aku buat, tak kena di matanya.

Ketika aku rasa sedih dengan Aida, Izzah sentiasa ada menenangkan aku. Mendengar segala cerita aku. Memberikan aku semangat untuk berbaik semula dengan Aida. Memberikan tips bagaimana untuk memujuk Aida. Besar peranan Izzah dalam perhubungan aku dengan Aida. Apabila aku berg4duh dengan Aida, kemudian kami akan berbaik semula. Dan berg4duh kembali, kemudian baik semula. Begitulah cerita cinta aku dengan Aida.

Dan antara punca yang menyebabkan kami berg4duh adalah Izzah. Aida seorang yang sangat cemburu, apatah lagi bila aku sering berbicara tentang Izzah apabila bersama dengan Aida. Sudah puas aku ungkapkan yang aku hanya berkawan baik dengan Izzah dan tidak langsung mempunyai rasa cinta dengannya walaupun sekeIumit.

Adakalanya Aida boleh menerima apa yang aku jelaskan tapi dalam banyak keadaan, dia mencurigainya. Aku tidak pernah berbicara dengan Izzah berkenaan hal perg4duhan kami ini, yang berkaitan dengan dirinya. Aku tidak mahu Izzah mengundur diri dari hidup aku. Aku perIukan Izzah sebagai sahabat baik aku. Berkenaan Izzah, ada ramai lelaki lain yang cuba untuk mendekati, cuba untuk rapat dengannya. Ada di antaranya adalah kawan lelaki aku sendiri.

Aku sudah puas rekemenkan kawan – kawan aku kepada Izzah, tapi dia menolak dengan memberikan alasan belum bersedia untuk bercinta dan mahu fokus dengan pelajaran. Ramai lelaki yang Izzah kecewakan. Namun Izzah tidak pernah berbicara dengan aku tentang hati dan perasaannya. Dalam perhubungan kami, aku yang banyak berbicara, berkongsi masalah dalam pelajaran dan kisah cinta aku dengan Aida.

Izzah seorang pendengar yang setia dan pandai memberikan nasihat. Izzah juga pandai dalam kelas dan sentiasa mendapat pujian dari pensyarah. Aku banyak belajar dari Izzah jika aku tak faham dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah ketika kuliah. Penghujung tahun kedua, perg4duhan aku dengan Aida sampai ke kemuncaknya. Kali terakhir kami berg4duh, aku tidak menghubunginya selama beberapa hari. Aku sudah bosan dengan perangai Aida yang cemburu buta.

Izzah berkali – kali menasihati aku untuk memujuk Aida namun kali ini aku keraskan hati dan aku ingin Aida sedar dia silap dan dia yang perlu mencari aku. Sehinggalah pada satu hari aku terserempak dengan Aida bersama seorang senior, sedang makan di kafe dalam kampus. Aku melihatnya dari jauh. Aku bersangka baik, mungkin itu kenalannya sahaja.

Dan aku cuba untuk menghubungi Aida, namun aku kecewa apabila panggiIan dan mesej aku tidak berjawab. Aku terserempak lagi Aida bersama senior itu dan kali ini aku melihat sendiri mereka berpegangan tangan dan kelihatan cukup mesra. Ketika itu aku bersama kawan – kawan aku sedang makan di sebuah kafe di luar kampus. Melihat Aida dan lelaki itu, membuat aku berani untuk berdepan dengan mereka. Aida kelihatan tidak terk3jut, dan memberitahu aku bahawa antara dia dan aku sudah tidak punya apa – apa. Aku tidak mampu berkata apa – apa.

Hanya mampu mengalirkan air mata. Air mata duka. Air mata kecewa. Kepada Izzah aku luahkan segalanya. Dia juga mengalirkan air mata bila melihat aku bersedih dan menangis. Dia hadiahkan padaku senaskah Al-Quran miliknya untuk aku baca. Aku sangat terharu. Tiga minggu lamanya aku bersedih dan hasilnya aku hilang berat badan yang agak ketara.

Kawan – kawan aku semuanya risau melihat aku lebih – lebih lagi Izzah. Sudah banyak nasihat dan kata – kata semangat yang Izzah katakan pada aku, namun semuanya ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sehinggalah pada suatu hari aku tersedar dari lamunan panjang.

Aku menyesal mengabaikan kawan – kawan aku, abaikan pelajaran dan paling aku kesal, aku abaikan Izzah. Aku berjumpa Izzah dengan suatu semangat baru dan nyata Izzah sangat gembira melihat aku sudah berubah. Terpancar sinar di wajahnya. Cantik senyumannya. Aku tidak menoleh kebelakang lagi.

Aku fokus pada pelajaran kerana hanya itulah yang menjanjikan kehidupan yang baik. Juga demi ibubapa aku yang mengharap agar aku berjaya di universiti. Izzah dan aku masih menjadi kawan baik. Ada juga perempuan yang cuba untuk mendekati aku, namun aku tolak secara baik. Aku menjadi seperti Izzah yang ingin fokus kepada pelajaran.

Tahun ketiga pun ber4khir dan Alhamdulillah kami berjaya menamatkan pengajian. Izzah penerima Ijazah Kelas Pertama seperti yang dijangka. Aku hanya mampu menamatkan pengajian dengan Kelas Kedua Tinggi. Pada ketika ini, kami terp4ksa berpisah kerana akan membawa haluan masing – masing. Aku sedih. Lebih sedih daripada ketika aku berpisah dengan Aida.

Aku melihat Izzah mengalirkan air mata. Aku berjanji pada Izzah untuk sentiasa menghubunginya. Izzah juga berjanji untuk selalu menelefon aku. Tamat konv0kesyen, kami tidak lagi berjumpa. Aku mendapat kerja di Damansara. Begitu juga Izzah. Rupanya pejabat kami berdekatan sahaja. Aku membuat temujanji dengan Izzah untuk makan tengahari bersama. Izzah setuju. Rindu pada aku dah lama tak berjumpa, katanya. Aku juga merindui Izzah.

Hampir 6 bulan juga kami tak berjumpa. Hanya bertanya khabar di telefon, itu pun jarang – jarang. Tepat jam 1.00 petang seperti yang dijanjikan, Izzah datang menemui aku. Aku terk3jut melihat Izzah yang bagi aku, sangat cantik. Lebih cantik dari zaman kami belajar. Barangkali dia dah belajar menggunakan mekap. C3tus hatiku.

Aku kaku untuk menegur Izzah pada mulanya. Namun ku gagahi jua menyapa Izzah. Kami tersenyum. Masih manis senyuman Izzah. Kami berbual rancak tanpa kami sedari waktu hampir menunjukkan jam 2.00 petang. Sebelum kami berpisah, aku beritahu Izzah yang aku masih single dan aku bertanya pada Izzah, adakah dia sudah mempunyai teman lelaki.

Dia memandang tepat ke mataku sambal menjawab dia menunggu aku. Lantas Izzah berlalu pergi. Aku berdiri kaku. Tidak mampu melangkah. Tidak mampu berkata – kata. Lantas aku menelefon Izzah dan ingin dia menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kata – katanya itu.

Izzah terdiam. Namun aku tahu dia sedang mengalirkan air mata. Izzah meluahkan isi hatinya. Dia jatuh hati pada aku pada kali pertama kami berjumpa di universiti dulu. Dia tidak pernah bercinta dan tidak tahu untuk meluahkan isi hatinya. Dia juga takut untuk kecewa jika aku tidak dapat membaIas rasa cintanya tambahan pula aku sedang mengejar Aida pada waktu itu.

Izzah memend4m rasa. Dia sebenarnya takut untuk kehilangan aku. Sebab itulah dia menjadi kawan baik aku agar aku selalu bersama dengannya. Dia sanggup menolak cinta dari lelaki lain semata – mata mengejar cinta aku. Akulah lelaki pertama yang dia cintai. Dia sanggup menunggu aku sehingga aku dapat menerima dia.

Aku menangis mendengar luahan hati Izzah. Terasa selama ini aku bod0h dan buta untuk melihat. Aku buta untuk melihat sebuah permata indah di depan mata aku, sedangkan aku selama ini hanya mengejar kaca yang tidak bernilai. Aku terima cinta Izzah dan aku luahkan untuk memperisterikan dia. Dia menangis kegembiraan. Kami menangis kegembiraan. Aku tidak menunggu lama untuk memperisterikan Izzah. Aku beritahu ibubapa aku yang aku sudah sedia untuk berkahwin.

Mereka pada mulanya terk3jut sebab mereka tahu yang aku tidak bercinta dengan sesiapa. Mereka juga tahu tentang aku dan Aida, tentang aku dengan Izzah ketika di universiti. Mereka tahu sebab aku memang sentiasa akan bercerita dan berkongsi apa jua cerita kehidupan aku dengan mereka. Dan mereka sangat gembira apabila aku memberitahu yang Izzah adalah bakal isteriku.

3 bulan selepas kami berjumpa tempoh hari, kami selamat dinikahkan. Aku menangis apabila selesai melafazkan akad nikah aku dengan Izzah. 23 Februari 2013 hari Sabtu adalah tarikh pernikahan kami. Majlis kami sederhana kerana itu yang diminta oleh Izzah.

Dalam kesederhanaan itu, kami dan ahli keluarga tetap gembira. Dan dalam kesederhanaan itu juga, Izzah tetap cantik mengenakan busana pengantin. Aku berjanji pada Izzah yang aku takkan sia – siakan segala peng0rbanan dia menunggu aku dan aku akan selalu membahagiakan dia. Aku akan selalu berada di sisi dia dalam apa jua keadaan. Ini janji aku pada Izzah.

Dengan rezeki dari-Nya, kami dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan yang sangat comel dan cantik persis Izzah. Tahun 2021 ini mereka akan berusia 7 dan 5 tahun. Sepanjang perkahwinan aku dengan Izzah, kami tidak pernah bertengk4r. Ini kerana kami akan saling memohon maaf dan memaafkan jika berbuat salah atau ada meIukakan hati masing – masing.

Aku bahagia dengan Izzah dan anak – anak kami. Kami akan pergi kerja bersama – sama dan mencari peluang untuk makan tengahari bersama. Sehingga ada antara kawan – kawan kami yang cemburu melihat aku dan Izzah seperti pasangan kekasih yang bercinta. Sememangnya Izzahlah kekasih dan isteri aku dunia akhir4t.

Aku sangkakan panas sehingga petang, rupanya hujan di tengahari. Tanggal 14 Mac 2018 hari Rabu, tarikh yang takkan aku lupakan. Aku demam dan mendapat MC pada hari itu. Izzah terp4ksa memandu sendirian ke tempat kerja kerana aku tak larat untuk menghantarnya seperti biasa. Izzah menghantar anak – anak ke pengasuh dan terus ke tempat kerja.

Aku hanya mampu tidur di rumah setelah makan ub4t yang diberikan dokt0r. Aku hanya bangun dari tidur untuk solat Zohor dan Asar. Jam 5.40 petang aku menerima panggiIan telefon dari seorang anggota PoIis di HospitaI Kuala Lumpur. Beliau memaklumkan untuk segera datang ke HKL bagi membuat pengecaman may4t seorang perempuan yang meninggaI dunia akibat kemaIangan jalanraya.

Aku kaku. Aku merasakan seluruh hidup aku gelap. Aku buntu. Aku cuba hubungi Izzah. Namun telefonnya tak dapat dihubungi. Baru aku perasan ada beberapa miss call di telefon aku dari Izzah. Aku tidak menyedarinya sebab aku tertidur. Aku menangis semahunya. Aku menjerit semahunya.

Aku menelefon keluarga aku dan keluarga mertua aku. Aku lantas mengambil kedua anak aku dari pengasuh dan bergegas ke HKL. Demam aku bukan lagi penghaIang. Aku menangis sepanjang jalan. Anak sulung aku bertanya mengapa aku menangis. Aku tidak dapat memberikan jawapan kepadanya.

Sampai di HKL aku bergegas ke Kec3masan dan dibawa ke satu ruang untuk pengecaman may4t. Sebatang tubuh terbujur kaku di hadapan aku, ditutupi kain putih dengan kesan dar4h. Aku berdoa pada Allah SWT agar jenaz4h depan mata aku ini bukanlah Izzah. Dengan berat hati aku membuka lembaran kain putih itu dan benarlah Izzah yang terbujur kaku di depan aku. Aku hampir pitam melihat Izzah. Aku lemah.

Aku rasa dunia aku gelap. Aku terasa seperti mahu menjerit. Anak – anak aku sudah mula menangis bila melihat ibu mereka terbujur kaku depan mata mereka. Aku dipapah ke tempat duduk oleh petugas HKL apabila mereka melihat aku sem4kin lemah. Anak – anak aku tidak henti – henti menangis sambil memanggil – manggil ibu mereka. Tidak lama kemudian, keluarga aku dan mertua sampai dan aku terus pitam.

Aku hanya sedar sejam kemudian. Keadaan demam aku sem4kin buruk kerana aku skip makan ub4t. Mengikut ayah aku, Izzah terbab4s ke longkang di tepi NKVE. PoIis mengesyaki Izzah mungkin terlelap ketika memandu. Aku menangis dan rasa bersalah kerana akulah yang sepatutnya memandu pada waktu itu. Kalau aku mengantuk waktu memandu bila balik kerja, Izzah akan sentiasa ada untuk memastikan aku memandu dengan selamat.

Tapi Izzah keseorangan pada waktu itu. Yang lebih membuatkan aku ralat adalah Izzah telefon aku mungkin nak tahu keadaan aku di rumah, nak tanya aku makan ub4t atau tidak, nak tanya aku dah lunch atau belum.. tapi aku tak jawab panggiIannya. Ya Allah, berat ujianMu padaku… Aku tak mampu Ya Allah.

Jenaz4h Izzah dikebvmikan pada waktu malam selepas selesai p0st m0rtem dijalankan. Ahli keluarga aku dan Izzah, kawan – kawan sekerja, kawan – kawan universiti hadir bagi melihat Izzah buat kali terakhir. Aku terasa sangat lemah. Lebih lemah bila memikirkan nasib anak – anak aku yang kehilangan ibu mereka.

Yang bongsu tertidur akibat penat menangis, manakala kakaknya masih lagi menangis memanggil ibunya. Aku hanya mampu melihat. Aku mencivm dahi Izzah buat kali terakhir sebelum kain kap4nnya ditutup. Aku hanya mampu menangis. Menangis dan terus menangis. Aku kehilangan cinta hati aku pada hari itu.

Pengebvmian selesai jam 12.00 tengah malam. Hampir 3 tahun telah berlalu. Tiada satu malam pun yang aku lalui tanpa terkenang Nurul Izzah. Setiap malam aku akan bercerita kepada anak – anakku, Dhia IzratuI dan Dhia NazratuI. Cerita tentang aku dan Izzah.

Aku membesarkan anak – anakku berseorangan. Segala apa yang ada di dalam rumah aku, pasti akan mengingatkan aku kepada Izzah. Jujur aku katakan bahawa ada perempuan yang cuba meng3tuk pintu hati aku. Namun, aku tidak pernah cuba untuk membaIas cinta mereka. Aku tidak dapat melupakan Izzah walaupun Izzah sudah tiada lagi di dunia ini.

Keluarga aku dan mertua menasihati aku untuk berkahwin lain namun aku tetap dengan keputvsan aku. Biarlah aku berseorangan sahaja tanpa pasangan di dunia ini. Aku masih ada 2 orang anak yang akan sentiasa menemani aku dan akan aku besarkan mereka dengan penuh kasih sayang sebagai seorang bapa dan seorang ibu.

Aku tidak mahu adanya orang ketiga di antara kami. Aku ingin berjumpa Nurul Izzah di syurga yang abadi kerana dialah Bidad4ri Syurga aku. Aku mohon agar pembaca semua mendoakan agar aku tetap tenang dan tabah dalam membesarkan anak – anak aku dan Izzah.

Akhir kata dari aku.. Nurul Izzah binti Ahmad Nazri, Abang cintakan Sayang sepenuh hati Abang. Tenanglah dikau di sana. Sayang tunggu Abang dan anak – anak kita ya…. – Imran (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dheo Khai : Ya Allah fisrt time baca luahan paling sedih aku rasa . Aku tahan je mata ni supaya tak berair nanti ade pulak yang perasan tetiba aku nangis. Semoga confessor bertemu kembali bidad4ri yang paling dirindui di syurga nanti dan semoga anak – anak confessor menjadi seorang anak yang solehah seperti ibunya dan berjaya dunia dan akhir4t, Aamiin

Mira Zulyana : Part dapat call dari poIis tu aku dah start nangis. Sebab sama macam apa yang aku lalui. Waktu lebih kurang sama waktu balik keje, eks1den dekat jalan istana KL, tunggu suami ambik dekat opis tak sampai – sampai. Yang dapat panggiIan dari poIis suruh datang HUKM untuk buat pengecaman. Memang sebijik apa yang abang ni lalui, macam tu la aku lalui. S4kit dia, s4kit sangat – sangat. Kecuaian sebab orang lain. Orang Ianggar suami waktu suami balik kerja otw ambik aku kat opis. Saya rindu awak sayang dan akan sentiasa merindui awak. Semoga awak tenang kat sana ya. Alfatihah – 24/6/2020

Najwa Othman : Kisah confessor ni mengingatkan aku kat ayah di kampung. Tahun ni tahun ke 16 ayah menduda, membesarkan anak 5 orang seorang diri (kakak sulung dah kahwin time tu). Sangat kasih dan cinta kat arw4h mak. Al-Fatihah untuk kedua arw4h. Semoga arw4h ditempatkan di kalangan orang beriman… Amin

Wawa Azzahra : Alhamdulillah. Setidaknya tuan tanah tak pernah rugi punya isteri sebaik Izzah. Setianya bagi seorang Izzah sanggup tunggu sahabat baik bertahun – tahun lamanya. Lagi p3rit bila orang yang kita suka menceritakan perasaan sukanya pada orang lain. Allah sebaik – baik perancang. Penungguan Izzah berhikmah. Setia dan keberanian Izzah payah nak cari. Bertuahnya saud4ra. Moga cinta kalian hingga ke syurga.

NurAz Wan : Awak membuatkan saya kembali percaya, ada cinta Iuhur yang tidak mampu dibataskan oleh waktu dan tempat di dunia ini.. Saya sudah lama hilang percaya pada cinta, kerana yang selalu saya jumpa, orang yang mengaku cinta separuh nyawa, tapi tetap cari yang lain selepas beberapa waktu, walau ada yang tunggu sepuluh tahun, tapi tetap mencari ganti… Saya doakan awak dan anak – anak mencipta bahagia dengan cara kalian sendiri… SoIute untuk cinta sejati, yang sudah hampir pupvs dari dunia ini…