Aku nampak ayah taip password dia. Jadi aku pun boleh la buka telefon ayah diam-diam. Makcik tu desak ajak ayah kahwin, sanggup jadi bini kedua

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Dulu, aku ternampak ayah tengah berbalas mesej dengan seorang perempuan. “Sayang, I love you,” Lepas tu aku buka telefon ayah senyap – senyap baca satu – satu perbualan diorang. Tadi petang ayah kata dekat mak nak pergi airport ambil bos dia. Hurmmm pelik. Aku taip password dan baca perbualan ayah. Oh ya aku dah agak dah. Rupanya ayah nak pergi jumpa ‘sayang’ dia..

#Foto sekadar hiasan / AI. Ayah Oh Ayah. Lagi – lagi kisah ayah atau mak yang curang. Maaflah kalau orang dah muak baca cerita macam ni. Tapi aku cuma nak minta pandangan. Aku betul – betul tak tahu nak buat macam mana lagi. Tadi petang ayah kata dekat mak nak pergi airport ambil bos dia. Hurmmm pelik. Bagi aku memang pelik.

Aku bukan sengaja nak buka telefon ayah tapi entah macam mana tangan ni gatal sangat. Aku taip password dan baca perbualan ayah. Oh ya aku dah agak dah. Rupanya ayah nak pergi jumpa ‘sayang’ dia, berdasarkan mesej dalam telefon tu.

Diorang siap berjanji nak jumpa macam biasa pukuI 9 malam. Macam biasa? Whattt? Maksudnya dah selalu jumpa la tu. Okay relaks. Bagi aku cerita dari awal. Satu hari dulu, aku ternampak ayah tengah berbalas mesej dengan seorang perempuan. “Sayang, I love you,” bagai. Allah waktu tu remuk hati aku.

Lepas tu aku buka telefon ayah senyap – senyap baca satu – satu perbualan diorang. Sedih hanya Tuhan yang tahu. Aku sempat tangkap gambar perbualan tu guna telefon aku sebab aku memang dah rasa nak berbincang dengan ayah tapi aku tak mampu. Aku tak sanggup nak pandang muka ayah dan tanya hal tu.

Setiap kali aku nak taip mesej untuk luahkan rasa kecewa setiap kali tu juga aku padam balik. Berat sangat nak tekan butang send. Nak cakap depan – depan lagi la tak mampu. Setiap kali aku cuba setiap kali tu air mata keluar dulu. Dah berbulan – bulan aku pendam. Kecewa? Ya memang kecewa.

Tak sangka sangat orang yang kita percaya dan kita sayang boleh buat macam tu belakang kita. Menangis? Allah penat dah aku menangis. Aku perempuan lagi la hati ni sensitif. Bab – bab curang ni memang susah nak hadap. Satu hari telefon aku rosak. Total blank. Terp4ksa format dan semua gambar perbualan diorang hilang. Termasuk nombor makcik tu pun hilang. Habis semua bukti aku.

Bila balik rumah masa cuti semester aku ingat nak periksa telefon ayah lagi sekali. Tapi rupanya ayah dah letak password baru. Adik aku yang tolong buatkan katanya. Aishh masa tu aku marah betul tapi aku tenangkan diri. Tak lama lepas tu entah macam mana aku nampak ayah taip password dia. Jadi aku pun boleh la buka telefon ayah diam – diam.

Ya Allah masa tu hati aku betul – betul luluh. Rupanya bukan sekadar mesej ayah dah mula jumpa makcik tu. Jumpa dalam kereta pula tu. Berdasarkan mesej memang nampak ada benda tak elok berlaku. Aku terus menangis sampai terduduk. Tak sangka ayah sanggup buat macam tu.

Aku tengok ayah setiap hari solat baca Al-Quran pergi surau sebab rumah kami tepi surau je. Tapi bila baca mesej macam tu aku betul – betul terk3jut. Makcik tu satu hal bukan main lagi ajak kahwin. Dalam mesej pun siap tulis sanggup tunggu ayah sanggup jadi isteri kedua. Tapi respon ayah cuma “Okay insyaAllah.”

Aku tak nampak pun ayah sungguh – sungguh nak kahwin dengan dia. Entahlah. Aku sendiri pun tak nak ayah kahwin lain. Aku tahu keadaan ekonomi keluarga aku sekarang macam mana. Hari – hari ayah s4kit kepala fikir nak bayar itu ini tapi masih ada masa nak menggatal.

Aku tengok mak pun dah tua. Sama macam ayah malah lebih penat. Mak suri rumah buat semua kerja dari pagi sampai malam. Angkat tong gas pun mak boleh buat walaupun s4kit lutut. Tapi mak tetap urus makan minum pakaian dan semua benda dari A sampai Z. Tak pernah mengeluh tak pernah culas. Sampai hati ayah tipu mak macam ni. Aku tahu mak tak sempurna tapi mak dah buat segalanya untuk ayah.

Ayah kerja kerajaan. Dalam masa yang sama ayah ada berniaga kecil – kecilan. Aku tahu ayah memang penat. Dia bukan jenis kedekut semua benda anak nak dia cuba bagi. Hutang abang sulung pun ayah masih bayar walaupun abang dah kahwin dan ada anak.

Baru – baru ni ayah belikan aku kereta baru sebab nak bagi semangat aku berani bawa kereta. Aku ni penakut sikit nak drive. Baiknya ayah tapi kenapa dalam masa yang sama ayah buat benda yang boleh h4ncurkan hati kami. Aku nak tegur ayah. Aku nak selamatkan dia. Aku nak selamatkan rumah tangga ayah yang dah dibina lebih 30 tahun tu. Tapi aku tak beritahu mak.

Aku tak sanggup. Aku tak boleh bayang macam mana reaksi mak kalau dia tahu. Mak pun jenis garang aku takut kalau mak tahu nanti lain jadinya. Aku nak tegur ayah tapi aku takut. Aku takut ayah marah aku takut ayah kata aku anak tak kenang budi.

Aku takut ayah dah tak sayang aku. Serius aku takut semuanya. Ayah pun ego tinggi. Tapi aku tahu satu je kelemahan ayah adalah anak – anak dia. Kadang – kadang bila aku tengok ayah termenung depan surau lepas Isyak aku terfikir mungkin dia pun rasa bersalah tapi tak tahu nak berhenti.

Beberapa malam lepas aku terdengar ayah bercakap telefon dengan seseorang dalam bilik. Aku sengaja intai dari luar dan ya itu suara makcik tu. Aku dengar ayah cakap nak jumpa esok lepas kerja. Aku terus masuk bilik dan menangis dalam diam. Hati aku s4kit sangat.

Aku nak jerit tapi tak boleh. Aku cuma mampu sujud dan doa semoga Allah jauhkan ayah dari perkara h4ram. Dan malam ni ayah keluar lagi. Katanya nak jumpa kawan kerja tapi aku tahu dia jumpa makcik tu. Aku duduk depan tingkap pandang luar rumah sambil doa kuat – kuat dalam hati. Aku takut sesuatu yang buruk berlaku. Aku takut mereka terlanjur.

Aku cuma berharap Allah lindungi ayah daripada d0sa. Aku harap ayah sedar dan insaf. Aku harap Allah lembutkan hati ayah dan bagi kekuatan pada aku untuk menasihati dia suatu hari nanti. Beberapa hari lepas mak tiba – tiba cakap suara ayah lain masa telefon.

Mak tanya aku ada perasan tak perubahan ayah. Aku hanya diam sebab aku tak tahu nak jawab. Jantung aku berdegup laju takut mak mula syak sesuatu. Malam tu aku tak boleh tidur langsung. Aku takut kalau rahsia tu terbongkar sebab aku tahu mak jenis yang tak boleh kawal marah bila kecewa. Aku hanya mampu doa agar Allah jaga mak daripada terIuka.

Sekarang aku cuma mampu berdoa. Aku tak kuat tapi aku nak percaya yang Allah akan tunjuk jalan. Aku masih sayang ayah tapi dalam masa yang sama aku takut kehilangan rasa hormat terhadap dia. Semoga satu hari nanti ayah sedar bahawa setiap perbuatan dia bukan saja Iukakan mak tapi juga anak – anak yang selama ni anggap dia sebagai hero dalam keluarga. – Anak kecewa

Komen Netizen :

Sha Ahmad : Ayah tu seorang lelaki kan… lelaki tetap lelaki… ada nafsu. Setiap manusia Allah uji dengan pelbagai cara, dan inilah mungkin cara Allah uji ayah awak. Macam nilah… orang tengah angau jangan dijentik, sebab dia tak nampak salah dia. Dia cuma nampak kenapa anak dia tuduh macam – macam. Silap – silap nanti diungkitnya pula benda yang dah berpuluh tahun lepas, lagi naya dik. Semoga terus tabah!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5153 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.