
Macam – macam rupanya adik aku tipu dia. Tipu yang dia tiap hari dari Maghrib sampai Isyak duduk di surau mengaji. Keluarga perempuan pun terima adik aku, siap puji adik aku berhenti kerja sebab nak jaga orang tua. Aku tak sanggup aniaya anak orang..
Foto sekadar hiasan / AI. Salam, aku nak minta pendapat pembaca semua. Aku ada adik lelaki usia dah 35 tahun, masih belum kahwin tapi dah bertunang. Bekas anggota beruniform tapi diberhentikan atas kes d4dah. Semasa dia berkhidmat pun macam – macam hal dia buat sebab sebelum dia dapat kerja tu dia memang nakal sikit.
Panjang tangan, kaki perempuan, t4hi d4dah, semuanya dia. Dapat kerja yang elok, dah diberhentikan. Jadi dia balik duduk kampung. Yang peliknya, ada perempuan yang nakkan dia. Dah bertunang dah pun mereka ni sebab adik aku p4ksa kami sekeluarga pergi meminang.
Berat hati kami masa nak pergi meminang, tapi abang aku cakap takpelah, mungkin lepas dah kahwin dia akan berubah dan lebih bertanggungjawab. Masa sesi peminangan pun berkali – kali kami tanya pihak perempuan, betul ke nak terima pinangan ni sebab adik kami ni tak bekerja. Dia bagi alasan tak kerja sebab nak jaga ibu dan ayah.
Memang ibu dan ayah kami dah tua dan uzur. Ibu dah tak berapa ingat, ayah alhamdulillah masih sihat, kadang – kadang s4kit sikit – sikit, biasalah orang tua. Tapi hakikatnya dia tak jaga pun. Kadang – kadang tidur berhari – hari, tak bangun makan, mandi, solat entah ke mana.
Kerja rumah pun harapkan adik beradik yang duduk dekat dengan rumah mak datang uruskan. Dia tu macam guard je kat rumah, nak minta tolong apa pun susah sebab suka menyendiri, tidur di bilik. Kadang – kadang lebih dua hari dia tidur tak bangun – bangun.
Kami syak dia masih ambil d4dah, tapi dari mana dia dapat wang sedangkan dia tak bekerja? Ayah dan adik beradik lain adalah bagi duit sekali sekala untuk dia belanja dan isi minyak motor. Kalau tak bagi langsung, kesian pula. Bila dia bangun tidur, makan macam kebulur teruk, selongkar satu dapur. Kadang – kadang takut tengok.
Jadi kami maklumkan pada pihak perempuan yang adik kami ni tak bekerja dan pernah putus tunang. Masa tu dia masih bekerja sebagai penjawat awam. Putus sebab pihak perempuan putus asa, adik kami takde usaha nak kumpul duit kahwin. Empat tahun bertunang, siapa sanggup nak tunggu lagi, kan?
Tapi pihak perempuan tetap nak juga. Kata bakal adik ipar kami tu, dia bekerja jadi dia boleh sara adik aku. Keluarga dia pun terima adik aku seadanya, siap puji adik aku berhenti kerja sebab nak jaga orang tua. Bab dia ambil d4dah dan pemalas, kami tak cerita sebab tu aib dia, lagipun kami harap sangat tunang adik aku tu sedar cepat.
Aku pernah menyamar guna Facebook palsu, berkawan dengan tunang adik aku tu nak tanya macam mana hubungan mereka. Niat aku nak bagitahu per4ngai sebenar adik aku, malah surat dia diberhentikan pun ada sebagai bukti. Tapi aku serba salah sebab tunang adik aku tu cerita dia bangga dengan adik aku. Macam – macam rupanya adik aku tipu dia.
Tipu yang dia tiap hari dari Maghrib sampai Isyak duduk di surau mengaji. Sibuk buat kerja rumah dan jaga orang tua sampai tak sempat layan tunang dia, padahal dia tidur tak sedar diri dua tiga hari. Macam – macam lagi lah. Siap menipu kata dia putus tunang dulu sebab bekas tunang dia kena tangkap basah dengan orang lain, padahal bekas tunang dia tu sangatlah baik orangnya.
Memang kami satu keluarga lega mereka putus sebab tak sampai hati nak tengok perempuan baik tu berkahwin dengan adik aku sendiri. Jadi sudahnya aku tak jadi nak cerita hal sebenar, takut dia tak percaya. Yelah, sebab dia tak tahu yang menyamar tu ialah aku. Kalau aku berterus terang, takut adik aku meng4muk kat aku.
Pada pendapat anda semua pembaca, patut tak aku bagitahu hal yang sebenar atau biarkan saja? Kalau ikut adik beradik yang lain, diorang nak biarkan je sebab diorang harap lepas berkahwin nanti adik aku ni berubah. Pada pendapat aku pula, adik aku ni kalau dia nak berubah, dari sekarang masa bertunang ni lah dia kena berubah.
Ni tak, ambil d4dah, pemalas, suka menipu, kadang – kadang cakap pun macam orang tak betul. Kami tolong bagi kerja pun dia taknak kerja, bagi alasan macam – macam. Macam mana nak kahwin? Apa perlu aku buat? Aku boleh je abaikan, tapi aku perempuan, aku sedih sebab macam aniaya kaum aku sendiri sebab aku tahu adik aku macam mana tapi aku tetap kahwinkan dia. Macam nak serahkan bala kat orang pula. Pendapat tuan – tuan, puan – puan, macam mana ye? Harap hidekan profil sebab ni akaun betul aku. Terima kasih.
Komen netizen :
چيق ڤوان سري : Pelawa tunang dia datang rumah tidur dua tiga malam kat rumah tu. Cakaplah sebelum kahwin, marilah kita kenal – kenal dulu. Biar dia tengok sendiri tunang dia macam mana, kot mahu celik mata. Kalau tak nampak juga, nak juga kahwin, biarkan jelah.
Dila Azhar DA : Kalau yang perempuan tu adik awak, awak akan rasa tertipu tak dengan pihak lelaki jika benda ni disembunyikan? Dengan cara gadaikan hidup perempuan tu semata – mata untuk kepentingan adik awak? Kalau dah kahwin ada anak, adik awak tak berubah, sanggup pula tengok bakal anak buah tu dapat bapa pen4gih atau takde bapak sebab mungkin cerai lepas tu? Takde rasa bersalah ke buat ani4ya kat orang? Ibarat kita dah tahu orang tu ada HlV, kita pergi hantar juga orang untuk dapat sekali peny4kit tu? Bukan bvnvh jasad, tapi awak dan keluarga sedang bvnvh jiwa orang yang tak bersalah! Cukuplah hidup adik awak yang rosak, jangan libatkan orang lain!
Mawar Berduri : Baiklah berterus terang dengan tunang adik tu, biar dia tahu hal yang sebetulnya. Jangan ani4ya anak dara orang sedangkan ahli keluarga pun tahu dah perangai adik tu macam mana. Nanti dah kahwin ada anak, lagilah kesian kat anak – anak tu dapat ayah yang tak bertanggungjawab.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.