
Satu hari tu, masa aku dan suami takde dekat rumah, abang kembar datang rumah kami diam – diam. Dia dapat kunci pendua tu dari suami, konon kalau ada apa – apa emergency. Dia masuk selongkar baju aku, dia ambik baju yang aku dah pakai dalam bakul baju kotor…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Rasanya dah lama sangat aku memendam. Kali ni aku kalah. Aku kalah. Aku sedih sebab kenapalah bahagia tu tak tercipta untuk aku dari dulu sampailah di saat sekarang. Aku tak rasa pun bahagia yang berpanjangan tu macam mana.
Dalam hidup aku hanya dua kali sahaja yang aku betul – betul bahagia. Iaitu pada hari konvokesyen aku pada tahun 2019 dan pada hari pertama aku menatap anugerah Allah yang aku sendiri lahirkan pada tahun 2022. Ya Allah, aku bersyukur dengan semua takdir hidup aku, tapi kenapa min? Kenapa susah sangat bahagia tu nak masuk dalam hidup aku ni?
Suami aku baik. Tak pernah memukuI aku. Nafkah zahir semua cukup. Dia juga anak yang baik. Dia ada abang kembar seiras wajah, tapi entahlah. Banyak kali kami berg4duh disebabkan abang kembarnya laki bini. Suami aku selalu membandingkan aku dengan bini abang kembarnya.
Katanya bini abangnya sanggup untuk duduk bersama mertua sekiranya abangnya susah, sedangkan aku tak boleh nak duduk dengan mertua. Korang tahu aku pernah bersembang dengan bini abang dia pasal nak tinggal di rumah mertua. Dia boleh cakap macam – macam lagi yang dia tak suka duduk rumah mertua.
Dan bila aku cakap mak mertua kan baik, dia boleh cakap, “Mak mertua orang tetap mak orang, tak akan sama dengan mak sendiri. Cukuplah tiga bulan duduk sana.” Itu ke cara yang betul – betul sanggup duduk dengan mertua? Dari aku yang memang sah sah aku tak nak duduk dengan mertua sebab aku tahu diri aku macam mana.
Aku sayang mertua aku dan sebab aku sayanglah aku tak nak duduk sekali dengan diorang. Aku tak nak diorang terasa hati, s4kit hati atau terguris hati seandainya aku tak mampu kawal per4ngai aku yang ada masa bad mood, yang ada masa cepat sangat terasa hati.
Ya, itulah satu sebab kenapa aku kalau boleh tak nak duduk dengan mertua. Terpulanglah orang nak cakap apa. Aku tahu aku bukan menantu kesayangan, tapi sekurang – kurangnya aku tak berpura – pura. Berbalik cerita abang kembarnya.
Abang kembar suami aku ni jenis yang dari awal lagi sukakan aku dalam diam. Nak dijadikan petanda, aku tahu dia sukakan aku apabila satu beg pakaian aku hilang dari kereta pada malam majlis hantar menantu aku. Kau tahu dia buat apa dengan baju aku tu?
Dia puaskan nafsu dia seorang diri dengan baju – baju aku. Dia sendiri mengaku pada suami aku, adik kembarnya ni, yang dia curi baju aku sebab tak tahan dengan aku. Bila aku dalam berpantang melahirkan anak aku yang pertama, suami aku hantar aku ke rumah mak ayah aku untuk tempoh berpantang.
Dalam masa tulah suami aku beritahu aku sendiri yang baju – baju aku yang hilang tu abang dia yang ambil sebab dia sukakan aku. Suami aku pancing dia untuk cakap semuanya tentang aku. Dia cakap dia selalu bayangkan aku bila bersama dengan bininya.
Dia curi gambar gambar aku dalam telefon suami aku. Banyak kali dia pancing laki aku min untuk dapatkan gambar – gambar aku. Dia sanggup pertaruhkan maruah isteri dia, dia siap offer isteri dia untuk suami aku. Paling yang buat aku rasa sedih, masa aku dalam berpantang dia buat laki aku macam tu.
Kadang – kadang aku rasa sedih min sebab aku dalam keadaan tak boleh lagi melayani suami masa tu. Yang aku peliknya, bini abang kembar dia tu tahu sahaja apa yang laki dia buat. Macam curi baju aku, curi gambar aku dan dia macam tak kisah asalkan suami dia puas.
Ya Allah, dah lama dah rasanya aku memendam. Suami aku melarang untuk bercerita kepada sesiapa sebab dia memang sayangkan abang kembarnya tu. Satu hari tu, masa aku dan suami takde dekat rumah, abang kembar datang rumah kami diam – diam.
Dia dapat kunci pendua tu dari suami, konon kalau ada apa – apa emergency. Dia masuk selongkar baju aku, dia ambik baju yang aku dah pakai dalam bakul baju kotor. Kau tahu apa yang aku rasa masa tu? Aku rasa nak sahaja pergi bvnvh dua beradik tu dan lari sejauh – jauhnya dengan anak aku biar semuanya lenyap dalam hidup ni.
Laki aku terlalu sayang dekat abang kembar dia sampailah apa yang aku cakap semua salah. Apa yang abang dia nasihatkan semua betul. Tapi aku takut dengan abang kembar tu sebab dah macam orang giIa. Aku takut jadi apa – apa dekat aku sebab suami tak mampu nak pertahankan aku pun.
Malam ni kami berg4duh. Kami berg4duh sebab aku larang suami aku bagi pinjam kad pengenalan dan lesen kereta dia dekat abang dia disebabkan lesen abang dia dah tamat tempoh dan esok dia nak bawa bini dia berjalan ke Cameron Highlands.
Aku marah sebab bagi aku abang dia tu tak fikir ke yang adik kembar dia ni nak pergi kerja esok macam mana kalau lesen tak ada? Dan dengan kad pengenalan yang diorang saling bertukar. Kau rasa wajar ke kalau aku meng4muk untuk melarang dia bagi pinjam? Lagipun berapa sangatlah duit nak perbaharui lesen tu daripada perlu dipinjam.
Tapi nak buat macam mana, nasiblah kau orang kembar seiras. Entahlah korang. Apa yang aku nasihatkan semuanya dia tak nampak. Apa yang abang dia cakap semua dia ikut. Dia selalu larang aku bercerita masalah rumah tangga kami kepada sesiapa, biarpun kawan baik aku sendiri.
Maka sebab tulah aku rasa makin lama aku dah tak dapat tahan dah. Aku rasa macam nak giIa dah dengan semua ni. Aku tak bahagia min. Aku tak bahagia dengan hidup aku sekarang. Suami apa kalau maruah isteri sendiri tak mampu nak jaga? Suami apa kalau bini sendiri pun dibandingkan dengan bini orang lain?
Perkahwinan ni cuma di awal sahaja manis pada aku. Tapi lepas aku bersalin semua tu tak semanis dulu. Aku bersalin dan bert4rung nyawa tanpa dia pun dia tak hargai. Katanya, “Alah, orang lain pun s4kit yang sama juga.” Lepas dari tulah hati aku dah mula rentung.
Kehadiran si kecillah tempat aku dapat bercerita. Biarpun yang dia balas cuma pandangan kecil yang masih belum memahami jerih perih ibunya ni. Tiap kali aku solat mesti dia tak akan kacau walaupun dia baru umur satu tahun empat bulan. Dia mesti akan peIuk aku tiap kali aku menangis lepas doa. Hanya dialah penyeri hidup aku.
Maaf admin, cerita aku panjang sangat dan ayat berterabur. Aku tak nak apa apa min. Aku cuma nak meluahkan dan tak pernah pun terlintas membuka aib. Kalaulah kau rasa apa yang aku rasa, pasti kau akan faham bagaimana rasa tu.
Ulasan Pembaca :
Rizal Rodzuan : Maaf cakap, seorang suami sangat sangat dayus kalau tak buat apa apa bila seorang lelaki lain dengan selamba boleh mengaku suka bininya, siap relaks cakap curi pakaian, gambar, masuk rumah dan jadi tempat lepaskan nafsu.
H4ng nak tunggu sampai ipar h4ng buat benda lagi teruk dekat h4ng ke? Bincang dengan suami elok – elok pasal ni. Kalau tak jalan, h4ng minta berpisah secara baik. Ternyata dia lagi sayang abangnya berbanding h4ng sebagai isteri yang sah. Kumpul bukti semua ni kemudian tuntut fasakh atas alasan tak selamat dalam perkahwinan ni.
Insyirah Husna : Suami awak suka banding bandingkan awak dengan bini kembar dia. Kembar suami awak pula suka dekat awak. Korang semua bercerai sahajalah. Suami awak kahwin dengan bini kembar dia. Awak kahwin dengan kembar suami. Jadi campur dan padan. Haish, tak tahu nak kata apa. Ingat bini tu tak ada maruah ke?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.