Baru 3 bulan mak Iumpuh, ayah lepaskan tanggungjawab. Dia kata tanggungjawab anak jaga mak

Masa awal – awal je ayah semangat bawa mak berubat, lepas 3 bulan dia dah putvs asa. Depan mak dia cakap mak lemah semangat, lambat nak sembuh. Dan sekarang ni yang aku berapi ayah aku kumpulkan kitorang adik beradik nak cakap satu benda penting. Dia nak kahwin lain dengan isteri arw4h kawan dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, aku ni da runsing memikirkan masalah keluarga aku. Aku sekarang tengah mengandung dan disebabkan masalah ni kesihatan aku sedikit sebanyak terjejas. Aku dah tak tau nak cerita dengan siapa, sebab tu aku luahkan kat sini.

Ceritanya camni. Hujung tahu lepas dalam pertengahan bulan 7 mak aku s4kit str0k. Dia Iumpuh sebeIah badan bahagian kanan. Sekarang ni kitorang masih cuba nak cari tempat – tempat nak sembuhkan mak aku balik.

Macam – macam dah buat, berurut, beli mesin terapi yang harga dekat 20k, hantar berubat sana sini sebab nak tengok mak sembuh. Macam – macam kitorang da ikhtiarkan, soal berhabis duit memang jangan cakap la. Ayah aku pun mula – mula ok la, ada la nampak nak teman mak aku pergi hospitaI masa buat fisio, urut dan ujian d4rah semua tapi tak lama pun.

Selepas 3 bulan ayah aku da mula putvs asa. Normal la s4kit str0k kan, bukan senang nak sembuh, ambil masa, mak aku pun kena ada sokongan dari family, kena banyak exercise. Tapi kadang – kadang ayah aku boleh cakap mak aku ni lemah semangat la, malas buat exercise la.

Dia cakap depan – depan mak aku pulak tu. Aku memang hangin giIer dengan ayah aku ni sebab kata doktor mak aku tak boleh down nanti melambatkan proses penyembuhannya. Aku terangkan keadaan mak aku dulu, mak aku ni ade masalah komunikasi effect otak dia sebab str0k tu.

Saluran kat urat ade tersumbat, tapi dia boleh paham ape kita cakap cume dia tak boleh baIas balik dan dia boleh baIas dengan perkataan yang mudah – mudah je. Masa mula – mula kena dulu anak – anak pun dia tak kenal, tapi sekarang dia da ingat dan dah boleh sebut nama kitorang walaupun kadang – kadang salah.

Mak aku ni duk atas wheelchair je, pakai pampers. Dulu mak aku kakitangan kerajaan tapi baru bersara, sama macam ayah aku. Sekarang ni ape aku nampak ayah aku kata dia dah lepaskan tanggungjawab mak aku ni kat anak – anak.

Dia kata tanggungjawab dia dah lepas.. heh!!!! Bila pulak tanggungjawab suami pada isteri dah lepas???? Mak aku hidup lagi bukan dah m4ti !! Dia kata tanggungjawab anak – anak dia sekarang jaga mak. Adik aku yang bongsu masih di sekolah menengah tahun ni ambil PMR, adik aku 2nd last perempuan belajar kat ipta dan ade lagi 2 orang adik lelaki yang belum kahwin tapi tengah bekerja.

Ayah aku ni dah 4 tahun bersara dari kerajaan. Aku pelik lak, ada ke dia leh kata camtu. Ayah aku ni tak pernah pun tolong tukarkan pampers mak aku, hatta ambik air sekali pun untuk mak aku walaupun masa tu ayah aku duk sebeIah mak aku.

Dia boleh jerit kuat – kuat panggil anak dia suh ambilkan air untuk mak. Jatuh ke maru4h seorang suami kalau ambilkan segelas air untuk isteri??? Aku tak paham langsung dengan ayah aku ni. Nak kata tak belajar agama, dia ustaz, ajar orang ngaji, imam sana sini, bagi ceramah.

Dulu pun lecturer yang mengajar agama. Jijik sangat ke tolong bini sendiri. Aku duduk rumah asing – asing dengan ayah aku tapi tiap – tiap minggu aku bawak bibik kemaskan rumah dan gosok baju ayah aku. Bukan tu je aku ni boleh dik4takan hari – hari ulang alik jenguk mak kat rumah tu, masak.

Kalau tak larat aku belikan je lauk tapi sume pakai duit mak aku la sebab aku yang uruskan keperluan mak aku beli barang – barang dia. Barang – barang dapur rumah tu pun beli pakai duit mak aku sebab???? Ayah aku macam da lepas tangan, ada ke patot???

Yang cume ayah aku bayar skang ni bil – bil rumah belanje adik sekolah menengah tu, yang adik aku 2nd last tu pun takde banyak sangat dia kuarkan belanje sebab adik aku tu dapat pinjaman ptptn. Dan sekarang ni yang aku berapi ayah aku kumpulkan kitorang adik beradik nak cakap satu benda penting.

Apa bendanya??? Dia tanya pendapat kitorang yang dia nak kahwin lain. Dia siap cakap jangan bagitahu dekat mak. Mak aku s4kit tak sampai setahun, selama ni dah lebih 30 tahun mak aku hidup dengan ayah aku, susah payah dengan ayah aku, mak aku tak pernah mengungkit, renovate rumah pun tak mintak duit ayah aku 1 sen pun sebab ayah aku takkan tolong.

Dia cakap buat ape buat rumah besar – besar, esok anak – anak kahwin pun bukan tinggal sekali. Ayah aku sambung master dulu mak aku berhempas pulas tanggung kitorang yang masih kecil – kecil, ayah aku belajar dapat biasiswa RM500 je 1 sem.

Bayangkan masa tu kitorang ada 7 beradik dengan ada yang sekolah menengah dan rendah. Bayar yuran sekolah bagai, kitorang makan ape ade je. Aku ingat lagi dulu nak beli cili api RM2 pun takde duit, puas aku tolong mak aku cari kot – kot ade duit syiling terselit – selit kat mana – mana ke.

Aku tengok bawah tikar getah kat rumah tu, jumpe duit syiling berkara t- karat tu kitorang basuh. Aku la yang pergi kedai beli, sampai macam tu sekali tapi bile ayah aku dah senang jadi lecturer pun belanje rumah bil – bil dan anak – anak semua mak aku yang banyak kuar duit.

Mana aku tau??? sebab aku yang pergi keluarkan duit mak, aku yang pergi bayar, aku yang hantar mak aku pergi pasar beli barang – barang dapur. Mak aku tak pernah mengungkit, itupun ayah aku tak bersyukur. Maka aku cukup banyak memendam rasa, memang banyak.

Kalau ada dia mengadu pun hanya kat aku, sampai bengkak – bengkak mata. Agaknya mak aku s4kit ni memang sebab ayah aku sebab masa tu mak aku memang tengah d4rah tinggi over 200 bp dia tapi malam tu ayah aku boleh m4ki adik aku kat depan mak sebab tak nak sambung belaja kat IPTA.

Adik aku pilih IPTS sebab nak kerja sambil belajar. Niat dia nak tolong mak aku sebab semua tau per4ngai ayah aku ni yang suke lepas tangan. Tapi ayah aku cakap kalau tak nak ikut cakap dia masuk IPTA, cari rumah sewa jangan duduk dalam rumah tu lagi.

Mana mak aku tak str3ss. Adik aku keluar rumah nangis – nangis kemas kain baju semua, civm tangan mak aku kemudian esoknye mak aku terus str0k. Itu yang aku hangin. Tergamak sekarang ni ayah aku boleh pikir nak kahwin lain???

Alasannya sebagai laki yang sihat (umur 62 tahun) dia masih lagi ade nafsu tapi mak aku tak dapat bagi sebab s4kit dan katanya doktor kata kalau mak aku sembuh pun hanya 70%. Doktor tu tuhan ke?? Kenapa ayah aku tak nak tolong mak aku bawak berubat semua, ni semua lepas kat anak – anak camtu je dengan alasan tanggung jawab dia dah lepas (asyik ni je ayat yang dia ulang).

Bila dia sakat – sakat kat mak aku sekarang ni nak kahwin tu, mak aku cakap, “tak nak la” sambil nangis – nangis. Mak aku paham ape kite cakap. Sekarang ni sume adik beradik aku tentang habis – habisan pasal ayah aku nak kahwin tu sebab kesian dengan mak.

Kitorang sayangkan mak sangat sebab mak la paling banyak berk0rban untuk kitorang, yang paling banyak ambil tau pasal anak – anak, semuanya mak. Ayah aku boleh nak pujuk kitorang kata ade “ustaz” tu kata dia wajib kahwin lagi sebab ade nafsu dan ustaz tu kata kat ayah aku kalau anak – anak ayah aku membantah hasrat ayah aku nak kahwin boleh jatuh derh4ka dan dia nak jumpe kitorang.

Bagi kitorang ustaz tu bukan sape pun kat kitorang, anak dia pun tak betol duk terkinja – kinja dengan jantan ade hati nak nasihat anak orang lain (anak dia aku dan suami aku kenal) dan dia takde hak pun nak masuk campur hal family kitorang sebab yang menanggung kitorang, bukan ustaz tu yang tanggung kan!

Bukan ayah aku tak boleh nak tahan nafsu, bukan tak boleh puasa. Bukan ke puasa tu boleh tahan nafsu, dapat pahala lagi. Ayah pun buka muda lagi, kubvr dah melambai – lambai dah, lutut pun s4kit, badan pun s4kit – s4kit boleh lagi nak pikir bab nafsu.

Itu ke yang orang laki ni pentingkan sangat? Tolong bagitau aku. Aku cukup – cukup menyampah nak tengok muka ayah aku sekarang. Dan untuk pengetahuan korang, calonnya dah ada. Dia nak kahwin dengan isteri arw4h kawan baik dia sendiri.

Tolong la bagitau aku, kitorang adik beradik ni jahat sangat sebab tak bagi dia kahwin lain??? Sekarang kitorang memang bagi tumpuan kat mak je. Dalam masa yang sama masih teruskan berubat moden dan alternatif. Mana je dengar orang pakar saraf sume kitorang pergi, hospitaI berulang alik pun sanggup redah.

Asalkan mak sihat tapi yang buat mak semangat down balik bila ayah cakap depan – depan mak cam ni, “ko ni malas la nak exercise, ntah bila nak sihat pun tak tau, kahwin lagi satu baru tau.” Masa tu je mak nangis. Mak cepat sensitif sekarang ni sebab dia rasa dia menyusahkan anak – anak.

Kalau kitorang nak bawak berjalan mana – mana dia tak mau. Saya bekerja sendiri jadi saya jaga mak sepenuh masa, cuma tengah cari jugak pembantu sebab nanti saya nak bersalin tak larat nak buat semua. Cuma saya monitor je nanti. Masak pun laki saya buat nanti, takkan bagi pembantu buat.

Komen Warganet :

Alisya : Salam TT.. Semoga tabah dan banyak bersabar menghadapi dugaan ni. Pasal ayah nak kahwin lagi tu saya rasa benarkan ajer ayah kahwin sebab walau dihaIang pun dia tetap akan kahwin jugak. Yang penting sekarang TT dan adik beradik lain jaga mak betul – betul. Bukan saja jaga dari segi kesihatan fizikaI tapi yang lagi penting em0si dia.

Fatin Fatana : Maknanya memang dari awal ayah TT dah ada hasrat nak berkahwin lagi lah. Jadi bila mak TT kena str0ke m4kin kuat le niat dia untuk meneruskan rancangannya itu. Rasanya buat masa ni bab niat dia nak berkahwin lagi tu tak payah le dilayan.

Demi kesihatan dan process pemulihan emak TT. Adalah lebih baik TT adik beradik beri tumpuan jaga emak sebaik mungkin. Kalau tak ada yang nak menjaga dia sewaktu TT gi kerja eloklah upah orang untuk tolong menjaganya.

Kalau tak percayakan orang luar boleh juga cuba cari keluarga emak yang susah – susah kat kampung mintak tolong dia orang jagakan tapi jangan lupa bagi upah. Kalau nak carikan pasangan lain untuk ayah dan dalam waktu yang sama boleh menjaga emak TT bukannya senang.

Bukan semua orang sanggup nak menjaga orang s4kit dengan ikhlas. Takut – takut silap haribulan kena d3ra atau dibiarkan je emak TT tampa penjagaan sewajarnya.

Syapika : Hai TT. Kes TT ney macam kes arw4h tok wan aku. Kahwin masa nenek aku terlantar s4kit tak boleh gerak. Buang anak – anak, buang keluarga. Anak – anak bini baru semua wangi, anak sendiri busuk, h1na last – last masa s4kit – s4kit, dekat nak meninggaI, merempat rumah anak – anak jugak.

Anak – anak busuk h1na lah yang kena jaga. Bini baru tak jaga pon, dit3ndang – t3ndang lagi ade la. Tokwan aku yang tak pernah basuh pinggan disuruhnya basuh pinggan.. huhu duit semua dia sapu. Tinggal telo je la last sekali.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.