Lunyai aku kena dengan suami, dia tak bawak aku ke kIinik tapi kurung dalam bilik. Hari ke-5 aku lari

20KM aku jalan kaki sorang – sorang pukuI 11 malam. Mesti orang ingat aku ni orang giIa sebenarnya aku lari jumpa mak. Mak menangis tengok keadaan aku dan dia terus bawak aku pergi rumah adik dia untuk simpan aku. Tapi dugaan datang bila makcik bawak aku pergi hospitaI..

#Foto sekadar hiasan. Hai, aku FS. Confession aku hari ni melibatkan kehidupan aku yang telah berkahwin untuk kali ke 2. Confession aku hanyalah sekadar berkongsi pengalaman kehidupan aku. Perkahwinan aku yang pertama masa tu bagi aku, aku muda lagi.

Baru nak masuk 20 tahun. Dan perkahwinan tu pun aku sebenarnya tak jangka. Ex husband aku boleh dik4takan betul kejar aku untuk aku kahwin dengan dia. Padahal masa tu aku tak di kira bercinta dengan dia. Dipendekkan cerita lepas dia p4ksa aku untuk kahwin dengan dia secara kekerasan (dia tib4i aku depan mak aku guna buluh ape tah.) mak aku jadi takut.

Mak aku yang pujuk aku untuk kahwin dengan dia. Mak aku takut aku kena tib4i lagi. Mak aku cakap, mungkin dah kahwin nanti aku akan ada rasa sayang pada dia dan dia takkan pukuI aku lagi. Aku tak ada siapa kecuali mak aku.

Kami dua beranak saja, jadi aku ikutkan kehendak mak aku. Dalam masa yang sama aku pun takut kena tib4i lagi. Aku ada buat report polis pasal kena pukuI tu tapi oleh kerana time tu b0doh dengan undang – undang dan dia pun kerja badan beruniform, jadi dia hantar kawan dia untuk elak dari aku buat report.

Macam – macam la kawan dia takutkan aku. Pendek cerita aku pun tak jadi report sebab dakyah palsu yang kawan dia bagitahu aku tu. Aku dengan ex aku kahwin tak sampai setahun kami dah tak duduk serumah. Bulan ke 2 aku jadi bini dia, dia dah ada perempuan lain dan dah start pukuI aku macam aku kain buruk.

Lepas aku tau pasal skandal dia, dia berani bawa balik skandal dia ke rumah. Sump4h time tu aku betul – betul tak tahu nak buat apa. Aku asal dari kampung yang tak ada siapa aku nak minta tolong. Bab undang – undang pun aku memang dikira b0doh sangat – sangat la.

Dah la tu pulak, Ex aku tak bagi aku kerja lepas kahwin dengan dia. Dia pun kurung aku dekat rumah. Balik nak jumpa mak pun dia tak bagi. Sampai la 1 hari, kat mana Allah buka kan jalan untuk aku lepas dari dia. Dia minta aku hantar kereta dia pergi service dan dalam perjalanan ke tempat service tu aku kena Ianggar.

Oleh kerana dia tak ada dalam daerah, dia minta kawan dia untuk selesaikan hal kemaIangan tu. Sebab kawan dia nak urus hal kemaIangan tu, dia minta no phone aku. Dan aku pun bagi. Pendek cerita lagi, 1 pagi tu, kawan ex aku mesej aku (time tu whatsapp belum ada ye) dia tanya aku dah sarapan ke belum.

Dan yang menjawab mesej tu adalah Ex aku. Dia yang dok melayan lepas tu dia b3ngang, dia ter4jang aku dan itu lah pukuIan dia paling teruk aku pernah rasa. Kepala aku k0yak hasil h3ntakkan pasu dari dia. Hidung aku berd4rah 2 hari tak berhenti, leher aku penuh 10 jari dia hasil cekikkan dia.

Dan dia tak bawa aku ke kIinik. Dia simpan aku dalam bilik selama 4 hari. Kejadian tu berlaku lepas 8 bulan aku sah jadi wife dia. Hari ke 5 aku kena simpan, aku nekad lari dari rumah. Malam pukuI 11 aku curi – curi keluar dan aku berjaya.

Aku jalan kaki balik ke rumah mak aku dekat 20km. Sepanjang jalan, orang mesti ingat aku orang giIa. Tengah – tengah malam aku berjalan sorang – sorang. Aku berjaya sampai rumah mak aku dan mak aku menangis tengok keadaan aku.

Malam tu juga, mak aku bawa aku duduk rumah adik dia dekat utara sana. Mak aku suruh adik dia simpan aku. Nak dijadikan cerita, mak sed4ra aku ni bawa aku pergi hospitaI untuk buat check up untuk buat report polis (time ni da start bijak sikit hal undang – undang).

Dan time tu la aku dapat tau aku pregnant. K0yak sangat time tu. Aku baru rasa dapat hidup, nak mulakan hidup baru. Tiba – tiba aku pregnat. Allah dugaan apa ni. Long short story, hasil bantuan mak sed4ra aku, aku dapat buat ex aku tak berani dekat dengan aku.

Tapi d3rita aku belum habis lagi. Aku dig4ntung tak bertali selama 6 tahun. Aku ditinggal (eh, aku meninggaI) secara zahir dan secara batin. Kita masuk macamana aku kahwin dengan suami aku sekarang. Sepanjang 5 tahun aku dig4ntung tak bertali, aku struggIe nak besarkan anak dan aku cari duit upah lawyer untuk tuntutan cerai aku.

(Masa jumpa lawyer dulu, lawyer minta RM6k untuk selesaikan kes. Silap aku, aku tak rajin bertanya kat banyak tempat tentang isu aku. Jenis dah jumpa sorang ni, follow saja la). Aku jumpa suami aku ni kat airport, time ni aku kerja dekat airport.

Dia duda anak 2. kisah dia dengan ex wife dia, biarlah itu antara diorang berdua. Aku jumpa dia tahun ke-3 aku dig4ntung tak bertali. Dan masa aku kenal dengan dia, aku dah jelaskan siapa dan status aku. Alhamdulillah sepanjang kami kawan, aku memang fikir masak – masak dengan apa aku nak buat.

Biasa lah, orang tengah m4buk bercinta, macam – macam kan boleh jadi. (Hikmah yang aku nampak kenapa Allah hadirkan anak untuk aku ketika aku baru lepas dari siksaan ex aku. Aku sangat – sangat sayangkan anak aku. Sebab tu aku tak nak buat benda yang akan memaIukan dia).

Kita pendek cerita, lepas setahun aku sah bercerai dengan ex, aku kahwin dengan husband aku yang sekarang. Aku namakan S. Masuk tahun ni adalah tahun ke 8 usia perkahwinan kami. Sepanjang 7 tahun perkahwinan, aku, menjadi isteri yang baik dan sentiasa cuba faham kerja dia.

Aku improve hidup aku, dari free hair ke bertudung. Dari asyik tinggal solat, aku cukupkan solat aku. Dari bukak Al-quran nak setahun sekali pun susah ke tiap hari at least aku akan baca 1 muka. Kisah perit aku jadi bila S ni mula ada nama dan pangkat.

Dia tiba – tiba angau dengan seorang janda. Aku dia ketepikan. Janda tu yang dia dok kisahkan. Macam langit dengan bumi aku dengan janda tu. Janda tu kaki hisap ice, ada anak tak sah taraf sorang. Kalau tak silap aku, anak dia baru umur setahun lebih.

Janda tu belum umur 30, tapi mungkin sebab hasil hisap ice, muka dia nampak macam dah 40an. Body pun out. Maybe sebab dia suka pakai baju tak cukup kain kot yang buat S ni giIer bayang.. hahahahaha.. Macamana aku boleh tau?

Hasil investigate aku dan hasil mulut membawang kawan – kawan dia jugak. Dan sebenarnya, aku pernah jumpa face to face dengan janda tu. Aku dah cakap dengan S, kalau dia rasa janda tu perIukan dia lebih dari aku, aku relakan S pergi pada janda tu.

Tapi untuk suruh aku bermadu dengan janda tu.. maaf la. Aku memang tak nak. Bukan nak downgrade janda tu. Tapi dah hampir setahun S cakap nak bentuk janda tu balik. Nak ubah dari ambil d4dah. Konon kesian. Hahaha.

Kesian abah dia. (Eh, pak mertua aku baik) Kesian la sangat kan. Tapi yang aku nampak, dok ulang – ulang kena pick up dengan polis sebab d4dah. Lepas tu tengok lenggang kangkong dia keluar sebab da kena jamin. Huntong la hidup dia kan.

Start dari kisah S dengan janda ni, aku mula jadi isteri yang lain. Aku start pandai tinggi suara. Aku start ignore keperluan dan kemahuan dia. (Bab anak – anak, tetap no 1 dalam diri aku. Susah la macam mana sekalipun, anak dia, anak aku, anak kami, aku tetap uruskan dengan baik).

Kadang – kadang aku tengok laki aku ni dengan pelawak lelaki tu sama saja. Da lah tak hensem, curang pulak tu. Dah bagi izin kahwin, ehhh dia pulak tak mau. Tak faham aku dengan mentality orang cam ni. Kena buatan ke?

Atau memang pilihan diri sendiri. Entah la. Bulan lepas aku ada sound S, jangan dekat dengan aku selagi janda tu ada dalam hidup dia. S pernah sound aku, dia cakap aku dah jadi isteri kurang ajar. Aku minta lepas cara baik dia tak bagi tapi dia nak aku teruskan hidup dengan dia dan biarkan apa dia nak buat.

Dia cakap kalau s4kit hati sangat tengok dia dengan janda tu, dia soh aku anggap dia tu dah tak ada, atau tak wujud. Dari start tu la aku dah buat dia tak wujud. Tiap weekend aku bawak anak – anak aku berjalan, check In hotel (guna duit dia), aku bawak anak – anak aku makan kat luar (guna duit dia),

Aku shopping apa aku nak (guna duit dia), aku treatment diri sendiri (guna duit dia). Cam ne aku dapat duit dia, aku set no acc aku ni sebagai acc favourite. Jadi, time nak guna duit. Aku amek saja la (d0sa tak ea? Hahahaha).

To be honest sepanjang 7 tahun kami kahwin, aku tak pernah guna duit dia sesen tanpa izin. Dugaan kali ni, aku pun tak tau samada aku lost ke apa. Tapi bagi aku dugaan aku hadap sekarang ni, dugaan usia perkahwinan nak cecah 10 tahun.

Aku tak tahu samada apa S buat sekarang ni sebab pilihan dia atau buatan orang. Aku sedih sebenarnya bila da masuk tahun ke 8, aku bersikap kasar dengan dia. Tapi tu la, sebab S pun tak nak lepaskan aku, aku rasa ini masanya aku merasa hasil titik peluh aku dengan dia selama ni tanpa rasa bersalah.

Ini lah yang aku nak sampaikan, sebenarnya secara batin aku da ditinggalkan, cuma zahir saja belum. Aku sedih ke dengan apa jadi? Ada la sikit, S jaga anak aku elok kot. S pesan tak perlu p4ksa ex aku bayar nafkah. (Ex memang culas pun. Padahal perintah mahkamah ada kot suruh dia bayar nafkah anak).

Apa anak – anak S dapat, S akan bagi anak aku jugak. GiIer tak sedih bila jadi cam ni. Sebab kebaikan dia pada anak aku la, aku betul – betul jaga dia dan anak – anak dia. Sampaikan kebanyakan orang tak tau anak aku dengan S ni datang dari sumber berbeza. Semoga aku dengan S ni ada pengakhiran yang baik. Tak kisah la samada secara masih suami isteri atau berpisah. – FS (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Mas Isnani : Dah set favourite acc kan? Slow – slow mulakan simpan duit untuk masa depan. Transfer ke akaun lain sebagai nafkah. Jangan dihabiskan. Kesian anak – anak s kalau awak bercerai dan dia kawen dengan kaki ice tu.

Masrurah Suhaimee : Sis, sy rasa sepanjang usia perkahwinan 8 tahun tu, sis tau baik buruk suami sis. Kalau selama ni dia baik dan kali ni ja dia buat per4ngai, cuba la ikhtiar untuk baikki hubungan. Berubat, kaunselor atau apa saja.

Tapi lepas usaha pon kalau masih tak berjaya, bawala diri sis dan anak – anak jauh dari dia sekejap. Biar masing – masing berfikir, masing – masing istikharah tentang hubungan ne. Insyallah Allah akan tunjuk jalan yang terbaik.

Nurul Amira Abdullah : Besar dugaan untuk orang yang kuat macam awak. If you don’t mind to spend, tolong masuk kelas – kelas yang mungkin akan mengubah hidup jadi lebih baik. Buatkan kita lebih berfikiran terbuka dengan setiap masalah dan lebih tenang dalam hadapi dugaan.

Cepat atau lambat, pasti ada jalan terbaik yang Allah sediakan untuk h4mba-Nya yang sentiasa berusaha dan sabar. Kami sebagai pembaca boleh bagi pendapat tapi diri awak yang tentukan jalan hidup sendiri. Setiap dugaan dalam hidup ni, kadang – kadang kita tak boleh fikir pakai akal. Sebab semua tu terjadi luar kawalan kita sebagai manusia biasa. All the best awak. Love yourself.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.