
Dia berada kat Siam, enjoy bersama kawan dan bos dia, pergi kelab malam, siap Ianggan perempuan. Group diorang masa dekat sana nama lain, bila balik Malaysia tukar lain. Lepas tu bila masing -masing nak balik rumah, tukar pula kepada nama “Ahli syurga”
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Aku hanya ingin berkongsi masalah suami aku yang suka menipu dan curang, bukan setakat curang tapi siap buat maksi4t lagi. 5 tahun perkahwinan kami, kami dikurniakan 2 orang anak, seorang puteri dan seorang putera.
Dalam tempoh ni aku cuba bersabar dan pertahankan perkahwinan kami. Aku sembunyikan per4ngai buruk suami aku daripada semua family dengan tujuan nak jaga aib dia dan tak nak orang bencikan dia. Walaupun terasa macam orang b0doh sebab masih sanggup bersama dengan suami yang per4ngai macam ni.
Suami aku tak suka aku ambil tahu hal dia, dia pergi mana, buat apa, bersama siapa. Semua tu ibarat rahsia bagi dia. Andai aku dapat tahu dan bertanya pada dia, aku akan dimaki hamun, diungkit pasal nafkah. Dia yang bagi aku makan selama ni, jadi tak perlu nak sibuk dalam urusan dia.
Baru – baru ni dia ada pergi outstation luar negara, kononnya meeting. Semua tu bos dia yang tanggung. Yang aku pelik, bila waktu malam dia diam, hantar WhatsApp tak dapat. Bila petang baru dapat, alasan dia kat sana line tak berapa okay, sekejap ada sekejap takde. Dia pergi selama seminggu.
Nak dijadikan cerita, Allah nak tunjuk kebenaran. Aku periksa telefon dia, memang h4ncur hati aku. Rasa macam tak sangka suami aku tergamak buat macam ni dekat aku. Dia berada kat Siam, enjoy bersama kawan dan bos dia, pergi kelab malam, pusat karaoke yang ada layanan daripada perempuan yang berpakaian tak senonoh.
Diorang siap buat group untuk sembang hal apa diorang buat kat sana. Apa yang menyedihkan aku, suami aku hantar gambar dia dalam group tu bersama perempuan dekat sana di atas katil. Dalam perbualan group tu, kawan dia cakap berbaloi bayar mahal – mahal.
Aku betul – betul tak sangka dia sanggup buat macam ni, sanggup h4ncurkan hati aku berkali – kali dengan perkara yang sama. Apa yang buat aku terkilan, kawan – kawan dia pun sama juga masa dekat sana. Masing – masing buat maksi4t dan d0sa. Yang bergelar dirinya ustaz pun subahat sama, bukan melarang malah menggalakkan.
Bila aku tanya kenapa bermalam di hotel yang berbeza dengan kawan, dia cakap, “Jangan nak tuduh aku. Aku takde duit nak sewa hotel dekat sana, aku sebilik dengan kawan aku.” Tapi aku tak percaya. Kalau betul dia bermalam dengan kawan dia, kenapa kawan dia telefon dia dan WhatsApp dekat dia? Takkan ada sebelah pun nak hantar WhatsApp juga.
Tapi dia lupa nak padam semua tu. Group diorang masa berada dekat sana nama lain, bila nak balik Malaysia tukar lain. Lepas tu bila masing – masing nak balik rumah, tukar pula kepada nama “Ahli syurga”. Ada di antara mereka siap pesan lagi jangan mesej pelik – pelik dekat situ.
Dan ada yang hantar berkenaan tazkirah dan ayat – ayat berkaitan hal agama. Hebat permainan diorang. Kalau yang jenis dah padam awal lagi, isteri takkan tahu dan terus ditipu. Kalau ikutkan hati aku ni, terasa macam nak bvnvh suami aku sekarang.
Terasa macam nak tangkap layar perbualan diorang dekat group tu dan sekali gambar diorang kat sana. Tapi aku masih lagi berfikir pasal perasaan orang lain. Aku tahu anak bini diorang tengok mesti h4ncur dan malu dekat orang ramai dengan perbuatan suami diorang.
Aku rasa tak sampai hati pula tengok hati seorang isteri dan perasaan anak h4ncur dengan perbuatan orang yang dia percaya pergi untuk mencari rezeki. Hakikatnya pergi mendajaIkan diri dekat sana. Biar Allah yang tunjuk kebenaran kepada isteri diorang dan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan diorang.
Jadi sebelum ni cakap kena pergi meeting berhari – hari, rupanya ni kerja diorang. Pergi enjoy dan habiskan duit dengan buat d0sa. Sampai sanggup tinggal anak bini. Tapi sebelum suami aku balik, dia ada cakap dia kena pergi Indonesia pula.
Aku saja nak gurau, cakap nak ikut. Dia cakap tak boleh sebab dia pergi dengan company, bos dia yang tanggung semua. Aku cakap takpe, biar aku pakai duit sendiri, dan tiba – tiba dia maki aku pula. Dia cakap, “Kau ingat aku pergi sana seorang diri ke? Kau ingat aku sana saja – saja ke? Aku pergi sebab urusan kerja. Kalau kau nak pergi sangat, kau pergi seorang. Tak payah ikut aku buat serabut je. Kau jangan nak masuk campur dalam urusan aku cari duit, makan minum kau selama ni aku yang suapkan.”
Ya Allah, sedih betul dengar ayat tu. Seolah aku ni macam menyusahkan hidup dia. Macam dia benci sangat – sangat dekat aku ni. Dengan apa dia buat dekat aku, aku terasa benci untuk tengok wajah dia yang tak pernah nak berterima kasih dengan apa aku buat dekat dia selama ni. Malah dibalas dengan kekecewaan pada aku.
Walaupun dia layan aku macam musvh, aku tak pernah tunjuk pada orang yang per4ngai dia tu teruk. Kadang – kadang aku rasa dah tak sanggup lagi nak teruskan hidup bersama dia. Tapi aku juga berfikir pasal anak – anak, takut anak – anak pula jadi m4ngsa keadaan. Dan aku juga berfikir aku perlu bersabar, mungkin ni ujian hidup bagi aku dan aku perlu bimbing dia dan sedarkan dia. Aku dalam keadaan buntu sekarang.
Komen netizen :
Zee Zi : Kenapa tak ambil je gambar – gambar dan mesej – mesej tu, simpan buat sebagai bukti? Apa – apa kecemasan boleh guna untuk puan keluar daripada dia. Tak m4ti kalau takde laki macam tu. Puan tahu puan tanggung d0sa, baik keluar daripada rumah tu. Tapi tak tahulah kalau puan sanggup tunggu lagi.
Remy Black : Buatlah keputusan sewajarnya sis ya. Pergi pejabat agama buat kaunseling dulu. Kalau tiada penyelesaian juga, failkan ke mahkamah. Lelaki curang simpan perempuan ni tak akan berubah sis.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.