
Bila anak aku datang nak main, bermanja dengan suami, suami aku lebih rela buat – buat tidur. Kalau tak memang kena mencarut lah anak aku dengan bapaknya. Dulu aku ingat, nak bertahan kesian anak – anak takde bapak. Tapi aku lagi kesian tengok macam mana anak aku kena..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku nak tanya lah salah ke cara aku ni. Aku sebenarnya dah tekad sangat untuk berpisah. Aku pun dah cakap dengan dia yang aku dah tak kuat lagi nak tahan kan rumah tangga ni. Bukan kerana orang ketiga.
Aku tak pernah ada orang ketiga walau hati aku dah kurang dekat suami aku. Ini kerana sikap yang tak pernah nak ubah. Yang aku dah tak kuat lagi nak bertahan. Otak aku s4kit sangat. Sampai aku dah tak boleh nak kawal setiap kata – kata aku.
Yang dulu aku banyak sangat diam dan sekarang aku mudah menjawab, aku mudah melenting, aku mudah mencarut. Perkahwinan kami dah hampir empat tahun. Kami mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Umur kami masih muda, aku 23 dan suami 26.
Dulu aku pertahankan demi anak sebab aku tak nak anak aku membesar kurang kasih sayang dari aku atau suami aku. Tapi aku rasa ini hanya sia – sia sahaja. Sebenarnya suami belum bersedia lagi nak jadi suami apa lagi ayah. Anak – anak belum membesar sepenuhnya dah penuh dengan tekanan dari bapa. Anak nak itu ini sikit sikit berkira, ini tak boleh, ini tak boleh.
Masa anak nak bermanja dengan dia, dia sibuk fokus dengan telefon. Sampai dia tengking anak tu, dia maki siaI dekat anak tu. Kadang – kadang anak sunyi kerana aku susu kan adik dia. Jadi dia nak bermanja dengan bapa dia. Bapa dia sound dia suruh tidur sampai dia pukuI budak tu.
Aku bukan tak main dengan anak. Sambil aku susu kan adik dia memang aku akan suruh yang sulung duduk depan aku sambil aku bercerita dan bawa semua mainan dia bermain. Tapi anak aku ni dia nak orang fokus dengan dia sahaja sebab tu dia main dengan bapa dia.
Aku selalu berg4duh tentang benda ni sebab dia pentingkan diri. Kadang – kadang tu sanggup tidur awal sedangkan dah biasa tidur lambat tapi dengan anak dia jadi awal nak tidur sebab tak nak layan anak. Belum lagi bila anak bini s4kit, dia langsung tak ada rasa kesian pada anak bini dia. Tak ada nak risau. Dia fokus kerja memanjang sedangkan boleh je keluar dari kerja tapi dia malas.
Masa dekat rumah pula dia lebih fokus tidur dari nak melayan anak bini s4kit. Aku ni s4kit pun tetap juga layan anak. Bila aku naik angin, masa tu lah dia nak bawa hospital tapi mulut dia memaki seranah bini. SiaI lah, menyusahkan lah. Dekat hospital pun macam tu juga.
Bila tengok anak menangis, dia maki siaI lah susah betul hidup aku ni dengan anak bini. Malangnya hidup aku. Macam tu lah dia cakap. Belum lagi bab tanggungjawab. Bila masa bayar sewa rumah apa semua, dia ungkit. Sedangkan semua tu dia yang bayar, dia yang beli sebab dia tak nak aku uruskan.
Barang dapur pun dia hanya beli berapa sahaja. Lepas tu bila duit dia tu banyak keluar dia ungkit sebab beli itu ini sedangkan itu memang kewajipan dia. Bukan tak ada lagi duit dia, dekat bank ada. Tapi dia dah biasa bujang pegang duit banyak.
Tapi bila keluarga dia, boleh pula dia bagi duit. Tak banyak bunyi, minta terus bagi. Sampai sekarang per4ngai tak ubah malah m4kin teruk. Dan sekarang pula, cuba dekat dekat dengan jvdi sebab dia rasa main benda tu dapat banyak duit seperti member dia.
Lepas tu suka menipu, sanggup bersumpah walau dia buat tapi dia sumpah cakap tak. Aku hantar video ustaz mengenai hukvm suami begitu. Langsung tak ada rasa bersalah malah dia cakap ustaz tu memanglah masa ceramah nampak baik. Masa dia dengan anak bini kau tahu ke per4ngai dia macam mana. Langsung tak boleh diterima teguran. Bila tegur melenting.
Keluarga dia memang tak suka aku. Mertua pun suka tengok aku dengan anak dia berg4duh. Dia juga suka api api kan keadaan. Pasal duit bagi ke keluarga dia tu, mak dia lah pesan walau dah kahwin jangan ingat tanggungjawab terhadap keluarga tu tak ada ya, kena sentiasa bagi duit kata mak dia.
Nak dikata dalam sebulan berkali – kali minta. Bukan dia tak ada duit, dia ada je duit sebab dia kerja, suami dia kerja, anak – anak bujang dia duduk serumah pun kerja. Sebab dia nak anak dia tu tak lupa tanggungjawab. Sebab dia tak boleh terima bila anak dia kahwin dengan aku sebab dia tengok keluarga aku hidup susah.
Dia takut aku ni kikis duit anak dia. Dia nak anak dia kahwin seperti menantu dia lagi seorang yang hidup berdikari tanpa mengharap pada anak lelaki dia. Kalau dia tahu suami ada duit, dia lah orang pertama minta. Suami aku sangat berkira dengan aku dan anak – anak. Kadang – kadang tu seringgit pun dia nak. Kau bayangkan lah. Dia pantang nampak aku ada duit, ada je dia nak alasan nak tuang minyak lah apa lah. Banyak dia hutang aku.
Malah duit anak pun dia ambil senyap – senyap. Bila dah kantoi katanya nak bayar, sampai sekarang habuk pun tak ada. Mak dia juga ada hasut suami aku suruh aku kerja cari duit. Jangan jadikan alasan anak masih susu. Sedangkan anak dia tu mampu je bayar itu ini. Suami aku ikut je apa keluarga dia cakap.
Pernah g4duh tentang ni juga. Dia suruh aku kerja cari duit bayar sama – sama. Ada niat juga nak perguna nama aku untuk buat pinjaman kend3raan. Nama dia tak boleh dah, blacklist katanya. Bila aku tak nak, dia g4duh dengan aku. Langsung tak bersyukur.
Bukan kend3raan tak ada. Ada je. Kereta yang dia pakai tu pun kereta aku sebab nak suruh dia kerja, tapi dia buat macam harta dia. Aku nak buat apa – apa dekat kereta sendiri tak boleh. Dia pernah cakap kereta yang dia pakai tu duit dia, tapi dia beli untuk aku.
Sebab tu keluarga dia pandang serong dekat aku. Dia juga pernah cakap andaikata aku kerja, anak – anak pandai lah aku bayar guna duit aku untuk pengasuh. Aku pernah luahkan tentang benda ni dekat keluarga aku sebab aku tertekan sangat.
Mak aku suruh aku balik, kerja je dekat sini. Keluarga aku pun dah mula menyampah dengan dia. Langsung tak ada tanggungjawab. Masa anak bini nak balik kampung dia biarnya balik sendiri naik bas. Pergi dan balik masa anak bini s4kit dekat kampung, desak anak bini balik naik bas. Tak ada langsung perasaan kesian nak pergi ambil ke apa.
Jadi sejak tu keluarga aku naik menyampah dengan dia. Anak masuk wad pun dia langsung tak ada nak datang tengok. Lebih pentingkan kerja. Aku lagi selesa balik kampung aku sebab keluarga aku sayang sangat dekat cucu dia. Aku rasa tenang sebab keluarga aku sentiasa ada untuk aku.
Anak – anak aku pun selesa dekat kampung sebab orang sentiasa melayan mereka. Tapi sekarang suami aku dah mula tak suka aku balik kampung. Katanya banyak guna duit belanja keluarga aku. Sedangkan dia bagi duit tu berapa sangat. Nak beli keperluan anak pun tak cukup, malah keluarga aku yang support.
Dia dengan keluarga dia sama je per4ngai. Sampai kawan dia sendiri pun cakap, kau sanggup hidup dengan dia. Kawan dia sendiri pun menyampah tengok per4ngai dia. Aku nak berpisah bukan dari keluarga aku atau ada orang ketiga, sumpah tak ada. Tapi dari diri aku sendiri.
Aku tekad sangat nak berpisah. Aku dah tak kuat. Aku nak balik kampung untuk kerja dan jaga anak – anak aku. Tapi suami aku tak nak berpisah dengan aku. Dia pun ada cakap kalau kau pergi jabatan agama pun memang tak akan mudah untuk berlaku semua tu. Kalau aku tak nak lepaskan kau.
Aku tak tahu apa yang dia nak sebenarnya dalam hidup dia. Sumpah aku tertekan. Aku benci giIa dengan dia. Hidup nak perfect je. Rumah pun nak bersih. Anak main mainan di marah. Semua benda tak kena. Aku lah hari – hari dimarah sebab biarkan anak bersepah. Dia tak tahu aku ni penat sangat dengan siang malam tak rehat buat kerja, belum lagi waktu tidur orang lain tidur aku masih tak tidur layan anak – anak.
Komen Netizen :
Fara Ardila : Kuatkan semangat sis, f1ght habis – habisan. Jangan putus asa. Kalau itu jalan terbaik, jangan takut. Teruskan. InsyaAllah akan ada hikmah dan akan ada lagi yang reti menghargai. Jangan simpan orang t0xic macam tu. Bukan menghasut.
Maizun Mastura : Pergi je failkan fasakh dekat pejabat agama. Dalam masa dah failkan fasakh tu, balik lah kampung, cari kerja. Turun naik mahkamah ikut tarikh diberi. Kalau suami tak bagi kerjasama, buka fail baru, buat permohonan cerai secara hakam. Dah ada duit, boleh lah minta konsultansi nasihat perundangan dari mana – mana peguam syariah untuk mudahkan kes bercerai. Memang ambil masa, tapi kalau tekad memang berbaloi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.