
Masa tu aku umur 7 tahun, atuk aku dalam bilik mandi tengah nak basuh barang dia. Dia ajak aku mandi sebab atuk kata aku mandi lama. Tiba – tiba ayah aku sampai, dia marah aku dekat situ. Muka atuk dah lain…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Selamat Berpuasa, Selamat Hari Raya. Aku nak cerita pasal ayah aku. Cuma luahan ni sedikit panjang. Sebab aku tak reti nak sambung – sambung so aku ambik masa 6 week nak mengarang. So thanks pada yang sudi baca.
Ayah aku seorang yang pendiam. Tak banyak cakap.. Tegas dan garang. Dia tak pukuI anak – anak, tapi aura dia dah cukup buat kami takut. Ibarat dengar dia berdehem pun kami dah senyap. Aku empat orang adik beradik. Dan aku seorang ja anak perempuan tunggal dalam tu.
Aku anak ketiga. Actually aku agak lama jugak jadi anak bongsu sebelum lahir adik lelaki aku. Aku gap 7 tahun dengan adik bongsu aku. So boleh bayangkan tak aku punya rapat dengan abang – abang aku macam mana kan. Manja aku dengan ahli keluarga macam mana.
Sebenarnya ayah aku sangat sayang aku. Dan aku sangat – sangat manja dengan ayah aku. Setiap masa nak mengendeng. Biasa la kan, orang kata anak perempuan mesti nak rapat dengan ayah. Tambah – tambah aku seorang ja perempuan. Tido pun mesti nak dengan ayah. Nak ayah peIuk.
Kadang – kadang meragam dengan mak tak nak mandi.. Nak ayah mandikan. Ayah aku pun layan ja manja aku.. Setiap kali balik kerja ada peIuk aku civm aku. Aku suka dia dukung aku. So bila dengar motor dia, aku dah excited nak pergi kat dia. Nak suruh dia dukung.
Dia akan dukung ja.. Sambil – sambil tanya dah makan ke.. Kadang – kadang bawak aku naik motor pergi kedai beli jajan. Kalau tak silap aku, masa aku tadika kot.. Ayah aku dah slow – slow dah tak berapa mesra dengan aku. PeIuk civm semua dah tak de.
Aku masuk tadika umur 5 tahun. Masa tu memang ayah dah tak dukung apa semua dah.. Ye la dah 5 tahun dukung apanya. Dan dia mula layan aku macam orang asing. Tak salah aku sejak aku 5 tahun tu la. Aku time tu selalu rasa ayah dah tak sayang aku ke.
Tapi oleh sebab abang – abang pun ayah layan macam tu jugak. So tak de la rasa cemburu ke bias ke. Budak – budak kan senang lupa. Cuma rindu pada seorang ayah tu selalu ada. Ayah pun dah tak bagi aku tidur sebeIah dia. Dia suruh tidur sebeIah mak.
Mandi pun suruh sendiri atau mandi dengan mak. Dia tak bagi mandi dengan abang – abang dah. Kadang – kadang ada jugak rasanya aku buat per4ngai. Aku menangis – nangis nak perhatian ayah. Biasa la trick budak kalau nak perhatian. Style ayah aku kalau dia pegang r0tan kami dah cuak. Tapi dia tak pernah pukuI sekali pun.
Dia akan pukuI dinding. Tapi dengan muka bengis dia tu kami memang takut la. So kalau dia pegang r0tan, auto nada suara aku kendur. Slow – slow aku pergi cari mak. Ayah aku sebenarnya takde la belajar tinggi ke apa. Kerja kilang ja. Tapi tak pasti la apa dalam fikiran dia.
Keadaan ni berlarutan sampai la aku dapat adik. Masa ni aku betul- betul rasa cemburu. Ayah memang selalu dukung adik. Ye la, dia kan baby lagi. Aku dapat adik masa aku darjah 1. Aku ingat lagi masa aku balik sekolah,ayah ada. Lepas tu nenek pun ada.
Dia cakap mai la tengok adik. Aku rasa benci kat adik aku. Aku rasa dia punca aku tak dapat kasih sayang sapa – sapa dah. Yang abang – abang aku excited dapat adik lagi. Ye la semua orang suka baby, kecuali aku. Apabila perhatian ayah dah beralih ke adik, dan kemudian ayah seolah – olah asyik cari salah aku ja.
Aku pakai skirt pendek, dia marah. Dia tengking. Dia kata kalau nampak lagi pakai macam ni, dia akan letak api. Dia tak bagi pakai pakaian nampak peha. Lepas tu dia marah – marah mak sebab tak pantau aku. Tak tengok aku pakai apa buat apa. Ada la dia bebel apa tah.
Bagi aku apa salahnya. Sebelum ni ok ja aku pakai. Lagipun bukan skirt macam cina pakai. Takde nampak peha pun. Tapi dia tak bagi dah aku pakai skirt. Tak kira la labuh ke pendek ke. Dia tak bagi. Aku kena pakai seluar ja. Sedangkan aku suka pakai skirt.
Lepas tu main dengan abang – abang, kalau ada sentuhan lebih – lebih dia marah kami semua. Katanya dah besar, main apa lagi. Pergi belajar. Asyik suruh belajar ja. Oleh kerana kami dapat adik, maka ramai la datang melawat mak dengan adik aku tu.
Masa tu suddenly aku tiba – tiba dapat perhatian orang ramai – ramai tu. Masa tu aku ingat lagi, ada orang tu cakap. Mairah ni comel la. Lepas tu cubit – cubit pipi aku. Masa tu aku memang malu – malu kucing la. Sebab orang banyak jugak sembang – sembang dengan aku. Usap – usah aku.
Lepas tu cakap mairah takde geng. Mairah sorang ja perempuan. Princess macam tu la. Anak emas anak manja. Semua benda la. Aku masa tu rasa happy. Aku sebenarnya suka kan perhatian. Tapi aku masih ingat, ayah aku hanya tenung aku ja. Then ada la saud4ra mara beIah ayah ke mak eh. Aku tak ingat la.
Ada jugak nak bawak pi kedai, ajak duduk atas riba. Masa tu aku kan 7 tahun, maybe orang rasa masih kecik. Orang fikir aku tak dapat terima aku ada adik. So kena bagi perhatian kat aku. Tapi kalau lelaki nak bawak, ayah aku tak bagi. Walaupun tu pakcik aku.
Kalau ramai – ramai tak pe. Seingat aku, aku tak dibenarkan berdua dengan sapa pun. Kalau duduk atas riba laki, ayah akan panggil aku suruh buat apa – apa. Macam tak bagi aku spend masa dengan diorang. Masa tu memang rasa sedih la. Tapi sebenarnya badan aku macam dah ada perubahan sikit – sikit walaupun baru 7 tahun. Mungkin ayah risau kot.
Masa mak aku pantang, nenek dengan atuk ada datang duduk rumah kami. Nak jaga mak. So lama la diorang stay sana. Masa tu ada sekali aku nak mandi, atuk aku tengah basuh apa tah. Dia kata mai la mandi. Ibarat macam dia tak nak keluar.
Dia nak mandikan aku ke, atau dia tunggu ke tak ingat la. Tapi yang aku ingat, dia kata aku mandi lambat. Sebab aku suka main air. Dia ada nak basuh apa tah. Masa tu aku dah nak masuk tandas, aku tak heran apa pun. Tapi tiba – tiba ayah datang marah.
Dia kata berapa kali kata kena mandi sorang – sorang. Dah besar kan. Tak malu ka. Macam tu la rasanya. Masa tu aku masih ingat, muka atuk pun macam berubah. Sedangkan aku bukan mandi b0gel. Masa kecik – kecik pun aku diajar mandi kena ada kain basah. Kami sapa – sapa pun tak pernah mandi b0gel.
Lepas tu orang – orang yang nak bawak aku naik motor ke apa kan, pun ayah tak bagi. Tapi abang – abang boleh. Aku rasa terkilan giIa. Rasa tak adil. Tapi dia ada jugak la bawak ke kedai, tapi aku sendiri rasa janggal. Last – last dah m4kin tak selesa dengan ayah. Hubungan kami pun m4kin tak rapat.
Lepas tu aku dah terbiasa apa pun sorang – sorang. Mak pun asyik bagi perhatian kat adik. Adik aku kuat meragam jugak la. Aku pun tak dibenarkan rapat dengan abang – abang sangat. Maksudnya dari segi permainan.. Yang sentuhan – sentuhan ni semua tak boleh. Ayah aku macam perhati ja.
Lepas ada adik, rasanya kami tak main sangat dah. Abang – abang pun dah besar. Banyaknya buat hal sendiri ja la. Banyaknya kami di suruh belajar. Lepas tu aku kena tidur sorang – sorang. Aku rasa bestnya jadi abang. At least abang long tidur dengan abang ngah. Mesti malam diorang sembang – sembang. Main – main. Yang penting ada teman.
Adik tidur dengan mak dan ayah. Tapi aku, kena tidur sorang – sorang. Aku takut h4ntu ke, takut lipas ke, aku kena jugak tidur sorang – sorang. Tu keputusan muktamad ayah. Lama – lama aku dah m4kin tak rapat dengan ayah. Atau dengan sapa – sapa. Aku ibarat hidup dalam dunia aku ja.
Kemuncaknya aku rasa aku m4kin tak suka ayah masa aku umur 11 tahun. Aku dah meningkat dewasa. Aku menjadi dewasa dengan aturan ayah. Pakaian pun banyaknya pilihan dia. Termasuk kawan – kawan aku pun pilihan dia. Ibarat macam dia kontrol giIa la hidup aku.
Masa tu kot aku sedar aku sememangnya sangat cantik. Bukan aku nak perasan, tapi selalu orang datang – datang rumah. Orang cakap aku ni cantik. Lepas tu aku kerap dapat surat dari peminat rahsia. Ala orang letak surat bawah meja siap pakej bedak tu.
Benda ni sampai habis belajar aku selalu dapat.Aku mula suka perhatian macam ni. Tapi tu pun tak kekal lama. Entah ayah fikir apa, satu hari dia daftar kan aku ke kelas taekwondo. Aku tak suka betul pergi kelas tu. Sebenarnya aku tak suka benda – benda macam lelaki. Aku suka semua yang keperempuanan.
Walaupun adik beradik aku semua lelaki, tapi aku bukan t0mboy ke apa. Aku memang suka benda yang soft – soft. Bukan yang lasak – lasak macam taekwondo ni. Mula – mula masa white belt, aku ok lagi. Lepas – lepas tu aku rasa m4kin menc4bar dan s4kit – s4kit badan aku.
Orang bukan peduli aku perempuan ke, aku kecik lagi ke. Tak de berlembut – lembut la. Aku menangis kat mak tak nak pergi. Tapi mak seolah – olah tak mampu nak buat apa – apa apabila keputusan tu dari ayah. Siapa la mampu atau berani membangkang ayah.
Dah la tu, ayah aku hantar dan tunggu sampai aku habis latihan. Dia perhati sesi latihan aku kat sana. Aku nak ponteng pun tak boleh. Aku m4kin benci ayah. Sebab aku dip4ksa buat benda aku tak suka. Aku pun tak faham kenapa. Aku rasa ayah aku sangat bias dan pilih kasih.
Kenapa abang – abang tak belajar taekwondo? Kenapa mesti aku.. Kenapa aku tak boleh tidur dengan abang – abang. Tak boleh ada teman. Kenapa tak boleh ikut pakcik naik motor. Kenapa kenapa kenapa. Banyaknya persoalan aku yang tak mampu di luah. Sebab takut dengan ayah. Akhirnya terp4ksa turut ja la kan walaupun rasa tak adil.
Sebab masa tu dan pada zaman tu, aku kurang faham kenapa dan mengapa. Dan aku jugak tak berani nak soal ayah. Sampai aku dah sekolah menengah. Ada sekali aku g4duh apa tah dengan adik aku. So masa g4duh – g4duh tu, aku macam kilas tangan dia sebab aku dah hilang sabar. Lepas tu aku kan dah expert dalam taekwondo.
Aku dah ada black belt. Punya cemerlang dalam b4ntai orang. Siap dapat sijil. So bila marah, rasa cepat ja nak b4ntai orang. Aku rasa perubahan aku ni sebab ayah aku la. Dari yang lembut, aku jadi kasar. Adik macam menangis s4kit. Masa tu ayah datang, dia kata apa tah.. Aku tak ingat sangat la.
Tapi lebih kepada kemahiran berIawan ni kena guna pada tempat yang betul. Bukan buIi orang yang lemah. Something like that la rasanya. Tapi aku tau la benda tu. Sebab master aku pun cakap benda yang sama. Pertahan diri bila betul – betul perlu saja baru guna.. No emotion only protection. Master aku chinese.
Lepas tu aku m4kin str3ss duduk rumah ni. Biasa la alam remaja, benda tak de apa pun str3ss sendiri – sendiri. Sebab asyik aku ja kena buat itu ini. Tapi aku nekad nak masuk u nak duduk asrama, so aku belajar betul – betul masa spm. Result tak de la gempak.
Tapi lepas la masuk u. Masa tu aku happy giIa. Aku rasa macam tak sabarnya nak buat apa yang aku suka. Boleh tidur puas – puas, bangun pukuI berapa pun takpe.. Boleh makan magie puas – puas. Dan yang paling – paling penting, hidup tanpa pemantauan ayah.
Dan jugak tanpa ganguan adik yang ann0ying. So tiba la saat nak hantar aku ke u. Masa kat u tu, lepas pendaftaran semua. Aku macam,entah macam mana la, macam berjalan berdua dengan ayah. Kekoknya masa tu. Rasa pelik sangat perasaan tu..
Tapi tiba – tiba ayah cakap, aku dah besar dah sekarang. Tapi bukan dah cukup besar untuk faham sepenuh kehidupan. Aku baru faham separuh kehidupan ja dia kata.. Tu pun entah aku faham ke tak katanya. Tapi yang pastinya, aku langsung tak faham apa maksud dia masa tu. Aku macam blur – blur.
Tapi aku diam.. Tak tanya apa – apa. Just dengar suara dia yang entah bila bersembang dengan aku. Mungkin masa aku umur 5 – 6 tahun kot. Lepas tu dia cakap. Hidup sebagai perempuan sangat la susah. Tambah – tambah dengan fasa perubahan aku sekarang ni.
Satu usia, hidup dalam rumah dengan keluarga dan protection. Aku dah lepas fasa tu. Sekarang satu usia lagi, aku berubah fasa hidup di asrama dengan kawan – kawan. Takde protection keluarga. Hanya diri aku semata – mata. Aku kena tahu beza mana baik buruk.
Sebab masa usia dan fasa ni sangat bah4ya untuk perempuan. Sebab setiap kaca nampak sama macam permata. Lepas tu, usia dan fasa aku akan kerja dan fasa seterusnya. Dia kata orang perempuan banyak bah4ya di keliling. Sebab tu orang selalu kata, nak jaga 10 ekor lembu lagi senang dari nak jaga seorang anak perempuan.
Sebab jadi orang perempuan ni sangat susah. Jaga diri baik – baik dia kata. Entah kenapa, hati aku yang keras tu untuk first time aku menangis giIa – giIa depan ayah. Ye la, dah remaja kan.. Tiba – tiba ayah cakap macam tu terus aku meraung. Touching kot. Rupanya ayah sangat sayang aku.
Dan untuk first time after a long time, ayah peIuk aku. Sangat lama. Lepas tu mak dengan adik beradik pun dah sampai. Ayah masih peIuk aku. Jadi la drama air mata sekejap. Masa tu aku dah mula faham, sikap ayah tak lain tak bukan.. Untuk protect aku.
Sebab bila m4kin meningkat dewasa, aku sem4kin faham apa yang ayah buat hanya la kebaikan semata – mata untuk aku. Aku ingat nak stop. But nak sambung sikit lagi.. Start study, aku memang dapat banyak perhatian dari lelaki asbab rupa paras aku. Tapi masa tu aku tak layan sangat.. Aku focus study.
Aku memang tak layan cintan cintun ni sebab kos aku susah. Aku str3ss jugak study, so tak nak tambah str3ss bercinta. Lagipun aku terp4ksa akui, aku homesick giIa. Rasa nak berhenti duduk dengan family ja. Tapi mujur family selalu bagi motivasi.
Satu hari kan, kami gegirl ni. Kira kawan – kawan bilik dan beberapa fakulti. Macam ada club rahsia apa tah.Aku pun tak ingat macam mana aku boleh join club tu. Sebenarnya club tu ditubuhkn untuk release str3ss kami. Ahli dia tak sampai 10 orang pun. Tapi aku suka konsep club tu, so aku join la.
Maybe aku ni jenis suka dengar masalah orang kot. Lepas tu kena pegang rahsia tak boleh bocor atau bincang pasal luahan orang tu dah. Kira benda ni macam trusted jugak la. Ahli dia ditapis. Kalau ada orang bocorkan, ada tindakan yang menanti.
So setiap hari jumaat pukuI 9 malam.Kami ada perjumpaan dalam bilik seorang ahli ni. So dalam meeting, setiap orang boleh cerita str3ss dia. Benda apa – apa la yang dia rasa nak share. Sapa – sapa nak bagi pandangan, nasihat atau motivasi tu boleh ja.. Tak nak bagi pun tak pe.
Biasanya aku memang tak kan bagi apa – apa la.. Aku kan suka mendengar ja. So macam tu la.Hari tu ahli kami sorang macam menangis – nangis. Dia cakap dia telanjur dengan bf dia.. And its happen again and again. Aku tak nak la cerita detail. Nanti Ianggar rules club pulak.
Cuma aku nak cakap satu benda, dia kata dia menyesal malam dia pergi date tu dia pakai skirt. Sebab mudah sangat bf dia buat kerja. Tiba – tiba teringat dekat ayah aku. Kenapa dia larang – larang aku pakai skirt. Lagi satu, masa aku kanak – kanak tu.. Masa aku pakai skirt, aku bukan perasan aku duduk terkangkang ke. Main macam mana ke.
Masa tu baru aku teringat, ada sekali tu masa orang datang tengok adik.. Cuti sekolah. So sepupu sepapat banyak yang datang. Masa kami main – main tu, tiba – tiba sepupu sorang cakap macam ni. Ee mairah nampak spender. Spender kuning. Lepas tu yang lain – lain gelak. Dia cakap bukan nada tegur tapi nada nak maIukan aku.
Maybe sebab tu ayah aku tak bagi aku pakai skirt. Tambah – tambah adik beradik aku semua lelaki. Dengan umur aku masa tu, tak mungkin aku dapat jaga diri sangat. Aku pun asyik fikir main ja. Time tu aku tahan air mata ja. Betapa la aku salah faham dengan ayah.. Sedangkan he is a real hero.
Nak hujung – hujung sem, aku tak dapat menahan perasaan lumrah setiap wanita. Aku menerima salam cinta dari senior aku. Dia kira pandai dalam kos tu. Aku banyak belajar dengan dia. Lama – lama hubungan kami m4kin rapat. Awal – awal elok ja dia hormat aku.
Boleh pandang – pandang, jangan pegang – pegang, duduk renggang – renggang. Hah macam tu la.. Lepas tu asal jumpa, ada macam nak pegang – pegang tangan. Memang aku tepis. Lepas tu masa call mula cakap benda bukan – bukan. Aku kan tak biasa.. So aku rasa janggal dan serius rasa nak munt4h.
Aku w4rning dia kalau dia keep macam ni kita putus. So dia macam behave la. Then one day, dia call aku. Kata kereta dia rosak. Kena tinggal kat bengkel 2 – 3 hari jugak la. So dia mintak aku ambik dia kat bengkel tu la. Aku pun pergi ja la dah kekasih tengah susah kan.
Masa sampai tu dia mintak nak drive keta aku. Dia kata nak pergi makan. Aku tak fikir apa pun masa tu. Aku ok ja dia jadi driver. Lagipun aku pun tak makan lagi, so aku serah kat dia nak bawak ke kedai mana. Sepanjang perjalanan tu,dia asyik tanya aku sayang dia ke apa ke.. Then ada macam nak sentuh – sentuh peha aku.
Aku beng4ng la. Aku sebenarnya sayang ja kat dia. Tapi aku bukan semudah tu untuk serah apa yang dia nak. Mula la dia cakap dia h0rny la apa la. Dia merayu – rayu suruh aku layan dia. Aku tak tahu la aku naif ke aku b0doh. Boleh pulak aku tanya dia, awak nak saya layan macam mana.
Ya Allah str3ssnya kenang kejahiIan aku masa tu. Lupa terus nasihat ayah aku. M4ki ja aku part ni.. Aku tak marah.. Sebab aku pun str3ss dengan diri sendiri. Lepas tu banyak la soalan cepu emas dia. Tanya aku pernah buat ke apa ke. Then situasi tu jadi tegang.
Sebab aku rasa jijik dengan soalan – soalan dia. Sebenarnya dalam kekalutan tu, aku tak pasti di lokasi mana kami berada. Macam tanah gersang tanpa manusia. Masa tu dia mula berkasar. Aku apa lagi.. Double kasar la.. Terk3jut dan merintih kes4kitan la dia kena smack down dengan aku.
Masa tu aku tak fikir dah aku sayang ke apa.. Yang aku tahu aku tak suka dia p4ksa aku. Actually aku period masa tu. So lagi la aku bad mood. Tapi kalau nak cakap jujurnya. Dia ni pandai pujuk jugak tau. Pujuk rayu kalah s3tan. Masa tu aku jugak sedar lemahnya iman aku.
Nasib la aku period, dan dia yang lemah lembut tu jadi s3tan. Terus aku nampak topeng sebenar dia. Kalau tak, entah – entah aku buat ja apa yang dia suruh tu. Nauzibillah himanzalik. Lepas b4ntai dia sekilo dua, aku suruh dia turun.. Dalam b0doh – b0doh aku, boleh pulak aku kata jangan bagitau orang yang saya pukuI awak.
Kalau tak awak jugak yang malu sebab kena beIasah dengan perempuan. Padahal. Dia bagitau pun biar la.. Dia yang nak r0gol aku. Tak mungkin dia akan cakap. Tapi time tu aku cuma fikir macam mana kalau dia report polis. Punya b0doh aku masa tu.
Lepas dari tu dia memang mengelak dari aku.. Aku pun dah busy final year. Tapi situation mengajar aku, aku tahu taekwondo pun belum tentu dapat selamatkan maruah aku kalau hati aku tak kuat. Tu dia p4ksa. Cuba tak p4ksa atau aku tak period. Mungkin aku akan terjatuh dalam godaan dia.
Ya Allah. Lepas tu aku sangat hati – hati dengan lelaki. Aku memang jadi seorang perempuan yang sangat – sangat memilih dan rigid. Lepas tu aku langsung tak kawan dengan laki. Sampai aku dah kerja. Semuanya ok ja. Masa tu aku dah 26 tahun.
Bos aku pulak buat per4ngai. Tua nak m4mpus, kepala botak tapi miang. Sekali dua, cuba sentuh – sentuh aku. Maksudnya rapat – rapat dengan aku kalau nak cakap pasal kerja. Bila meningkat usia, aku m4kin faham gerak geri lelaki. So aku mudah alert dan berhati – hati. So aku cakap baik – baik bos jangan macam ni ye. Dia gelak – gelak. Said sorry. Katanya rabun. Pui.
Lepas tu ada sekali, dia ni kan suka bagi kerja pukuI 5.59 . Kita nak balik, dia suruh buat ot. Tapi hari tu, aku ja tinggal dengan dia. Staff lain pukuI 7 sorang demi sorang dah balik. Dia kata urgent nak emel ke hq, so aku terp4ksa siapkan walupun tinggal sorang dengan dia.
Sebenarnya kan, bagus ayah aku masukkn aku dalam taekwondo, kita macam kurang ketakutan tau bila berhadapan lelaki miang. So masa aku tengah kusyuk buat kerja, aku dah rasa dia datang slow – slow. Lepas tu sentuh bahu aku dengan dua tangan dia.
Apa lagi, aku pusing kerusi sikit ja dan angkat lutut aku ke anu dia. Terbongkok – bongkok dia s4kit. Aku harap dia mandul terus. Ikutkan hati, aku nak ja bagi ‘dui chaggi’. Tapi aku cuba tak nak masuk emosi. Ingat pesan master. No emotion, only protection.
Malas nak tulis lebih lanjut pasal situasi tu. Ni pun dah panjang berjela. Yang penting aku dapat selamatkan diri aku berkat sikap ayah aku. Bos pun lepas tu sangat takut bila jumpa aku. Tapi aku pun lepas tu kerja tempat lain. Ayah aku, alhamdulilah masih sihat di usia 67 tahun.
Aku pun dah kahwin with a right man dengan dua orang cahayamata. Bila ada anak. Autom4tic aku jadi macam ayah aku. Sangat protective pada anak perempuan aku. Anak aku dua – dua perempuan. And of course aku masukkn diorang dalam taekwondo dan didik diaorg sama macam ayah aku didik. Cuma tambah lagi bab – bab moral dan agama.
So balik pada point asal, syukur aku dikurniakan ayah yang berfikiran sangat mendalam walaupun dia tak belajar tinggi. Ayah aku darjah enam ja. Dan walaupun pada zaman 90an tu, benda – benda ni kurang pendedahan. Tapi ayah aku fikir pasal keselamatan aku.
Aku sangat – sangat hargai sebenarnya. Sekarang walaupun dia dah kekok – kekok, tapi aku setiap hari pergi kerja, mesti peIuk dan civm pipi dia. Sebab aku sangat sayang dia. Sebab tanpa dia, entah macam mana la hidup aku. Zaman sekarang lagi menc4bar dengan banyak benda.
Anak perempuan ada seni pertahankan diri sangat penting aku rasa. Sebab ramai jugak yang confess dalam ni, tak mampu pertahankan diri. Kalau yang kena cabuI r0gol masa kecik – kecik, ada perasan takut. Tak mampu Iawan. Tapi percaya la, bila tahu seni, autom4tic anggota kita akan bergerak untuk protect diri kita.
Aku bukanlah nak ajar korang cara bela anak. Aku share apa yang aku lalui, dan apa yang aku buat untuk jaga anak aku. Bab kata ayah aku perempuan banyak bah4ya. Tapi zaman sekarang lelaki jugak ada bah4ya.. Pedo, gei, dan macam – macam lagi la. Sentuhan selamat, s3ks education, self protection, very important for now day generation. Thank you for reading. – Mai (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Nurul Insyirah : Kenapa cerita ni tak banyak like. Bagus tau banyak pengajaran. Mak – mak bapak – bapak yang ada anak perempuan boleh baca ambil pengajaran. Tapi zaman sekarang laki pun dah tak selamat.. mak – mak ayah – ayah banyak – banyak la doa untuk anak – anak kita moga Allah lindung anak – anak kita selalu.
Linda Lindosh : The best confession. The best contoh bapak sebagai pelindung dalam keluarga. Anak perempuan di luar sana.. Jaga diri sendiri betul – betul. Jaga maruah diri kalau taknak menyesal kemudian hari.
Kird Ree : Tak semua orang bernasib baik dapat bapa yang sayang dan fikir pasal anak, bertanggungjawab dan melindungi. Banyak kes jugak bapa menodai anak sendiri, gagal menafkahi dan lain – lain. Jaga bapa kau baik – baik. Bersyukur jugak sebab tuhan lindungi kehormatan kau dari lelaki – lelaki per4ngai s3tan masa kecik tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.