
Setiap tahun aku bawa isteri bercuti ke luar negara. Aku rasa dah buat yang terbaik tapi bila bercakap, isteri selalu kasar dengan aku, nada suara tinggi. Dia main telefon hampir dua puluh empat jam. Bila aku minta bersama, rasa macam minta sedekah…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku nak minta pendapat kawan – kawan, sekadar luahan hati dari seorang suami yang dah lama simpan perasaan. Aku dah berumah tangga hampir sepuluh tahun. Isteri aku tak bekerja, suri rumah sepenuh masa.
Aku ni taklah orang kaya, tapi dengan rezeki Allah bagi, setiap bulan aku beri isteri lebih kurang dua ribu ringgit berserta kad kredit untuk kegunaan isi rumah. Rumah dan kereta semua aku sediakan. Setiap bulan juga aku hulur duit kepada orang tua. Pada aku, itu semua tanggungjawab yang aku cuba tunaikan sebaik mungkin.
Masalahnya, isteri aku sering mempertikaikan isu – isu ni. Setiap bulan aku belanja duit untuk bawa keluarga berjalan – jalan, boleh dikatakan dua hingga tiga kali sebulan keluar makan atau jalan santai. Setiap tahun pula aku bawa bercuti ke luar negara. Aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk keluarga setakat kemampuan aku.
Tapi bila bercakap, isteri selalu kasar dengan aku. Nada suara tinggi, seolah – olah aku ni orang luar. Dalam group adik beradik aku pula, dia selalu meremehkan aku, buat lawak yang menjatuhkan maruah suami sendiri. Aku telan saja, sebab tak nak jadi panjang.
Dia main telefon hampir dua puluh empat jam. Aku balik kerja kadang – kadang lewat petang, tapi dia masih leka dengan telefon sampai kami tidur. Bila aku tanya, jawapannya dia tengok berita dan isu Palestine. Aku faham ambil tahu isu semasa, tapi rasa diabaikan sebagai suami itu tetap ada.
Bab hubungan suami isteri pula, bila aku minta bersama, rasa macam minta sedekah. Dalam sebulan ada sekali dua, itu pun tanpa perasaan. Tak ada kemesraan, tak ada usaha untuk buat hubungan itu hidup. Aku jadi taw4r hati sedikit demi sedikit.
Rumah pula selalu bersepah. Bilik tidur penuh dengan barang. Baju bertimbun timbun tak berlipat. Kerja – kerja rumah kadang – kadang aku buat sendiri kalau ada masa di rumah, sedangkan aku bekerja dan tak selalu ada di rumah. Penat fizikal boleh ditahan, tapi penat emosi itu yang buat aku lemah.
Apa – apa masalah langsung tak boleh dibawa bincang. Asal buka mulut, mesti jadi g4duh. Akhirnya aku juga yang disalahkan. Kalau ajak ke masjid, reaksinya macam aku ajak pergi per4ng. Bila berg4duh, dia baling barang, menangis macam budak kecil. Setakat ni aku masih bersabar, tak pernah naik tangan walaupun emosi dah diuji berkali – kali.
Kadang – kadang datang perasaan nak bercerai, tapi bila fikirkan anak – anak, niat itu terbantut. Nak kahwin lain pun bukan penyelesaian. Takut dapat yang sama atau lebih parah. Masalah lama belum selesai, tambah masalah baru pula. Isteri juga selalu bersangka buruk dengan ibu bapa aku.
Apa saja yang berlaku, mesti dikaitkan dengan keluarga aku. Sampai satu tahap, kesabaran aku dah betul – betul di hujung. Ada masa terlintas perasaan marah yang melampau, tapi aku cepat – cepat sedar dan tahan diri. Aku tahu itu semua bisikan emosi, bukan jalan penyelesaian.
Aku ni bukan kaki lepak atau jenis suka keluar. Lepas kerja, aku balik rumah atau pergi masjid. Kalau keluar malam pun urusan kerja, jarang sekali melepak kosong. Tapi di mata isteri, aku ni langsung tak ada kebaikan. Semua yang aku buat tak pernah kena. Asyik dibandingkan dengan suami orang lain, semuanya diungkit satu – satu.
Tambah pula sekarang ni ada TikTok. Dia tengok kehidupan orang sana sini, balik – balik rumah aku juga yang jadi sas4ran. Sedikit benda jadi isu besar. Dalam group adik beradik dia pula, bukannya saling membina, tapi masing – masing meremehkan suami sendiri. Kakak adik semua sama, jadi r4cun dalam rumah tangga. Bila aku tegur, dia jawab kasar dan menyindir balik.
Kadang – kadang aku terfikir, apa d0sa aku sampai diuji begini. Aku malu dengan anak – anak sebab selalu saja mereka dengar kami berg4duh. Rumah yang sepatutnya jadi tempat tenang, jadi tempat tekanan. Aku rasa macam dah tak ada jalan lain selain berpisah.
Dah bertahun aku pendam perasaan. Hidup rasa tak bahagia, tanggungjawab ditunaikan dalam keadaan hati yang tak reda. Dalam hati ni, aku sangat menyesal berkahwin, walaupun ayat itu berat untuk diakui. Aku pernah juga bertanya kepada ustaz.
Ustaz kata sabar itu separuh daripada iman. Isteri aku pun selalu cakap ayat sama, tapi katanya separuh daripada iman itu hanya untuk aku saja. Aku cuma mampu senyum pahit. Aku mohon pandangan kawan – kawan. Aku buntu. Aku penat. Aku cuma nak rumah tangga yang tenang dan saling menghorm4ti.
Komen Netizen :
Farha Jalil : Ayat terakhir ustaz tu memang buat orang senyum. Cuba la berbincang dengan isteri secara baik. Minta dia ubah sikap dan kelakuan tu sikit demi rumah tangga. Pada aku, kalau hak dia dan nafkah dia dah cukup semua, jadi tak ada masalah pun kalau encik nak berbakti dan beri kepada orang tua. Itu pun tanggungjawab.
Ajar dia tanamkan sifat syukur dalam diri. Ada ramai wanita lain terp4ksa bekerja bantu suami untuk cukupkan keperluan rumah tangga. Tapi kalau dia masih tak mahu berubah juga, Islam pun ada jalan lain. Contohnya buat tempoh sementara, ambil masa masing – masing berjauhan untuk tenangkan fikiran. Fikir betul – betul apa yang perlu diubah dan apa yang terbaik untuk masa depan.
Eh Isme : Segala benda dah diberi, tapi dia macam tak bersyukur. Cuba ajar dengan cara ubah corak hidup sikit. Tunjukkan apa yang encik beri selama ni. Bukan berkira, tapi sebagai usaha nak sedarkan dia. Cuba jangan terlalu ajar hidup mewah seketika.
Bukan maksud nak jadikan isteri macam h4mba, tapi biarlah berpada dengan usaha dan peng0rbanan suami. Rumah tangga ni memang banyak ujiannya. Ada orang diuji dengan pasangan sendiri, ada yang diuji dengan persekitaran, ada juga diuji dengan ekonomi. Semua perIukan tolak ansur dan kesabaran dua – dua pihak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.