Mak mertua jenis tak suka menantu perempuan. Dia takut aku guna duit suami, dia pergi jumpa kawan-kawan aku takut aku habiskan duit dekat kawan-kawan

Mak mertua cakap dia sebagai mak memang tak ada d0sa dengan anak dan menantu. Dia selalu cakap dekat anak – anak dia depan kami yang menantu ini kalau bini buat hal, cerai saja sebab perkahwinan ini valid atas kertas saja.. Bapak mertua pun tak berani nak tegur bini dia…

#Foto sekadar hiasan. Ada tak mak mertua suri – suri macam mak mertua aku? 28 jam mengumpat orang, mengumpat perli menantu. Sampai anak – anak pun tak balik sebab mak mertua suka merempan tak tentu pasal. Kalau bab jiran – jiran jangan cakaplah, semua jiran tak betul, mak mertua sahaja yang betul.

Hari raya yang lepaskan, ada jiran mak mertua meninggaI dua hari sebelum raya. Anak – anak cakaplah bertuah arw4h meninggaI bulan puasa. Tiba – tiba mak mertua cakap, “Eh lepas raya arw4h itu kena siksa balik.” Bukan elok pun per4ngai arw4h di kampung kata mak mertua. Kami anak – anak diam saja.

Kalau bab masak, semua menantu yang kena perli. Tak pandai masak ke apa sebab itu menantu banyak tak nak balik sebab nanti masak ada saja kena komplain. Aku ini nak berkawan dengan orang pun mak mertua siap pergi rumah kawan aku, sound tak bagi kawan aku dekat dengan aku sebab takut duit aku habis dekat kawan – kawan katanya, padahal kawan – kawan aku baik.

Senang kata, kawan – kawan dan jiran – jiran banyak yang dah kena sound dengan mak mertua sebab mak mertua jenis 24 jam pandang serong dekat orang. Mak mertua cuma banggakan adik beradik mak mertua saja sebab mereka kaya, padahal kami tengok tak ada pun adik beradik mak mertua sponsor atau hulur duit dekat mak mertua.

Dalam semua segi, dari televisyen, Astro, segala bayaran memang suami aku saja yang setel. Kalau menantu belah mak mertua minta support sikit, ada saja alasan. Tapi itulah yang mak mertua bangga. Mak mertua aku suka h4ramkan susu dekat anak – anak dia sebab mak mertua tak suka menantu – menantu mak mertua.

Padahal menantu mak mertua tak ada apa pun, okey saja mereka. Mak mertua saja suka cemburu buta. Kadang – kadang sampai aku cakap dekat suami, awak balik sajaIah dekat mak awak, tinggal saja aku ini sebab mak suka kawal hidup kita sampai kawan – kawan pun menjauh sebab sikap mak mertua yang suka perli dan pandang sinis.

Aku kesian tengok sikap mak mertua macam itu, umur dah 75 tahun tapi per4ngai m4kin nauzubillah. Kalau bab emas, janganlah ada barang kemas dekat kita, nanti mak mertua akan perli kenapa habiskan duit suami beli benda tak patut begitu.

Padahal anak – anak mak mertua belikan untuk isteri mereka sendiri. Mak mertua aku ada lapan anak. Cuma kami saja yang selalu balik tengok mak mertua sebab yang lain dah jauhkan hati sebab mulut mak mertua amat – amat dahsyat. Ayah mertua tak boleh tegur langsung, nanti mak mertua aku akan merempan berg4duh sampai satu kampung tahu.

Aku pun tak tahu nak buat macam mana dengan sikap mak mertua yang amat – amat dahsyat, perkotak – katikkan hidup orang dan anak menantu. Risau m4ti nanti saja macam mana penerimaan Allah itu dekat mak mertua. Orang kampung tak boleh terlajak kata, nanti makan maki dan ayunan kerusi dari mak mertua.

Aku pun taw4r hati nak balik selalu dah sebab per4ngai mak mertua itu, malu orang kampung kata – kata belakang. Suami aku selalu terp4ksa menangkan mak mertua sebab suami yang bongsu. Dia cakap mak mertua dah tua jadinya dia kena dengar cakap.

Mak mertua aku selalu cakap dekat anak – anak dia depan kami yang menantu ini kalau bini buat hal, cerai saja sebab perkahwinan ini valid atas kertas saja. Anak – anak pun otak suku jugalah, ikutkan kata – kata mak mereka. Entahlah, makan hati kadang – kadang tengok suami amat – amat dengar cakap mak mertua yang kadang – kadang itu tak masuk akal.

Haa lagi satu, mak mertua aku tak boleh dengar orang selawat ke apa sebab mak mertua cakap b0doh orang selawat banyak – banyak, padahal boleh saja selawat pendek – pendek. Moga Allah angkatlah d0sa mak mertua aku kelak. Aku cuma nak cakap, aku memang tak suka mak mertua aku sebab per4ngai mak mertua yang suka mencucuk anak – anak.

Jiran – jiran sekampung banyak takut dengan mak mertua sebab mak mertua jenis kuat meng4muk kalau orang tegur, sebab dia sentiasa rasa dia betul dan tak pernah salah. Mak mertua cakap mak mertua sebagai mak memang tak ada d0sa dengan anak dan menantu.

Katanya ustaz yang cakap memang mak – mak tak ada d0sa dengan anak menantu. Aku tak faham cara mak mertua didik anak sampai semua anak lelaki dengar dan patuh saja apa yang mak mereka cakap dan suruh. Aku memang jenis masih Iawan kata, tapi mak mertua aku jenis berani bertvmbuk, berg4duh begitu walaupun dia dah tua.

Sebab itu kami menantu – menantu ini terp4ksa hadam per4ngai dia. Aku rasa mak mertua ada saka atau sesuatu sebab kami pernah nampak mak mertua jadi sesuatu bila dia meng4muk, baling itu ini. Aku masih tak angkat kaki sebab suami masih cover aku kalau aku diperli atau apa.

Bila maknya jadi saja, mesti suami ajak aku pergi tempat lain. Tapi itulah, nak tak nak suami kena tetap dengar kata mak dia sebab memang mak dia selalu pesan yang sama tiap – tiap kali jumpa, yang anak – anak mak mertua akan berd0sa kalau tak datang tengok mak mertua atau belakangkan mak mertua. Dah sebati dekat telinga suami. Moga aku dan menantu – menantu mak mertua yang lain bertahanlah dapat mak mertua yang sangat – sangat lain macam ini.

Komen Netizen :

Shahreen Shahrin : Lebih seram dari kisah h4ntu Thailand bila baca kisah sis ini. Bertuah mak mertua sis sebab anak – anak dia bersabar. Kalau orang lain, dah dihantarnya mak mertua sis itu ke rumah orang tua. Aku tak ada nasihat yang bagus sebab aku jenis yang tegas.

Aku akan buat sesiapa saja diam tak bercakap kalau aku diganggu, diumpat, diperli. Aku tak perlu tunggu esok, hari itu juga aku mopkan mulut sesiapa yang t0ksik. Aku tak ada masa nak tunggu orang itu insaf bertahun – tahun untuk insaf, memang hari itu juga dia akan insaf. Sebab apa? Sebab kebaikan aku tak dihargai. Tapi sis janganlah ikut cara aku, sis berdoa saja agar mak mertua sis jadi ibu mentua yang solehah.

Fara Suhana ; Moga sis kuat dan sentiasa diberikan kesabaran yang setinggi gunung. Apa pun, teringin juga nak jumpa mak mertua sis, nak tengok karakter dia. Kalau dapat dekat aku, memang buku bertemu ruaslah, memang aku tak bagi peluang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :