Geli tengok per4ngai mak menggatal dengan jantan muda. Pelik yang lelaki pun melayan, rupanya kantoi mak guna gambar adik

Bapak aku masih hidup tapi bapak tak tahu tentang gadget, sibuk dengan ibadah. Tanpa sedar mak aku tengah khian4ti bapak. Mak menangis teresak – esak bila kami adik beradik r4mpas handphone mak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hi. Sebenarnya sudah beberapa kali aku ingin meluahkan perasaan yang terbuku sejak beberapa tahun kebelakangan ni, namun aku padam semula bimbang komen – komen yang tidak aku harapkan m4kin mengusutkan lagi benak aku yang memang dah sedia kusut.

Tapi tak apa, aku cuba untuk luahkan juga memandangkan tahap kesabaran aku sudah berada di tahap maksimum. Baiklah, berbalik kepada topik, orang yang aku maksudkan tu mak aku sendiri. Mak yang dulunya aku rasa paling sempurna di dunia namun sekarang tidak lagi, bahkan aku rasa malu mengaku dia mak aku.

Semuanya bermula bila mak aku menjadi ket4gih dengan telefon pintar, lagaknya seperti anak remaja yang tak boleh langsung nak berenggang walau sekejap cuma. Berbulu mata aku tengok orang tua yang masih lagi lalai tatkala orang tua lain sibuk gandakan ibadah.

Sudah berapa kali kant0i dengan aku dia ber ‘Whatsapp’ dengan lelaki – lelaki muda. Sudah tentulah lelaki – lelaki tersebut tak tahu yang perempuan yang berbaIas whatsapp dengan mereka sudah lanjut usianya. Kenapa lelaki tu tak tahu? Sebab mak aku guna identiti adik aku.

Guna identiti adik aku sendiri tau! Anak dia! Dia suka betul kacau laki orang duk berabang – abang dengan jantan tu. Guna gambar adik aku. Ko bayangkan macam mana nasib adik aku kalau bini – bini jantan – jantan tu tahu? Tak ke adik aku yang terima akibat?

Dah banyak kali aku ingatkan dia bahawa apa yang dia buat tu satu jen4yah siber duk guna identiti orang sesuka hati. Tapi langsung dia tak heran. Aku lah anak paling banyak sekali hadap per4ngai dia sebab aku kerja dekat kampung.

Per4ngai dia memang tak berubah dari zaman aku di universiti lagi. Kalau balik cuti sem bukan boleh hilangkan tension tapi m4kin tensi0n. Untuk pengetahuan semua, bapak aku masih hidup lagi taw. Tapi sebab bapak aku tak tak tahu apa benda yang dipanggil telefon pintar tu, jadi bapak aku tak ambik pusing. Masa dia banyak dihabiskan dengan baca quran.

Tanpa sedar kat belakang dia mak aku tengah khian4ti dia. Tiap kali aku atau adik beradik lain ‘berper4ng’ dengan mak, mesti bapak aku marahkan anak – anak sebab dia ingat kami ni anak – anak derh4ka asyik nak tinggikan suara dekat mak je.

Padahal kami dah lama hilang sabar. Sebab tiap kali nasihat, mak ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Tak de nye dia herann. Jadi, sekarang ni soalan aku pernah tak sesiapa menagaIami nasib macam aku? Macam mana korang setel per4ngai mak korang ye? Aku buntu giIa! Aku tak tahu nak buat apa lagi?

Nak bawak pegi kauseIing terapi, tak nampak pulak mak aku macam orang tak w4ras, nak bawak jumpa ustaz macam bukan gangguan j1n. Bagi aku ni per4ngai seorang penipu yang suka curang. Tua ni je baru jadi macam ni, muda – muda dulu memang dia sempurna sebagai seorang mak. Huhu.

Banyak lagi sebenarnya benda tak masuk akal mak aku buat, aku cuma penat nak taip. Aku akan sambung berg4ntung kepada komen korang. Kalau ko rasa aku anak tak guna. Buat apa aku nak sambung lagi, orang hanya tahu menghukvm je. So, tak ade point.

Terima kasih sudi baca. Maaf kalau rasa kasar, aku taip masa tengah beng4ng. Of course, baru lepas berg4duh. Sambungan.. Assalamualaikum semua. Saya dah baca komen – komen serta cadangan daripada semua. Saya baru perasan admin tukar tajuk confession saya, mungkin tajuk yang saya letak agak tak sopan. Terima kasih admin.

Berdasarkan komen – komen semua, nampaknya korang boleh faham masalah aku. Walaupun bukan secara menyeluruh. Terima kasih ya! Aku perasaan beberapa komen yang berkaitan dengan kaunseling terapi ni, aku akui aku salah anggap bila aku kata orang tak w4ras je pergi situ.

Aku mintak maaf, bukan aku nak pandang serong kepada orang yang pergi situ. Kat situlah sebaiknya orang – orang yang perIukan bantuan kaunseIing perlu pergi. Terima kasih dah sedarkan aku. Aku akan usulkan cadangan ini kepada adik beradik yang lain, maklumlah kat kampung ni susah juga nak cari pakar.

Dah berapa kali aku call pihak LPPKN, tapi tak ade orang angkat. Entah beroperasi entahkan tidak pejabatnya tu. Aku akan plan untuk bawa ke agensi swasta pula, InshaAllah. Bagi pembaca yang suruh aku buat report polis atau menyamar sebagai polis, aku rasa mak aku tak heran sebab dalam kalangan adik beradik aku sendiri pon ada yang polis.

Dia dah pernah ugvt mak macam – macam, tapi mak buat muka kesian jap. Lepas tu masuk bilik sambung chatting. Kau rasa? Bagi pembaca yang suruh remb4t fon mak aku pastu letak dalam air atau calarkan sinkad. Untuk pengetahuan korang, aku dah buat tapi ianya tak berkesan.

Ko pernah tak tengok drama – drama pasal orang nak pisahkan mak dengan baby dia, si mak tu menangis beria – ria punyalah sebab orang nak ambik baby dia. Kalo pembaca semua nak tahu, macam tu lah mak aku nangis lepas aku ambik fon dia. Mak aku pernah nak bersump4h depan Quran lagi taw janji dia takkan ulang lagi.

Aku faham sangat janji palsu dia tu, sebab tu aku tak bagi dia main – main dengan sump4h. Bila tengok dia menangis teresak – esak macam kem4tian anak ditambah pulak dengan mogok lapar, hati aku tersentuh jugak.

Akhirnya aku mengalah, dengan syarat mak jangan ulang lagi, kalo buat lagi memang tak akan ada kompr0mi lagi. Macam aku cakap sebelum ni, dah banyak kali kant0i dengan aku. Tiap kali kant0i aku bukan buat bod0 je, sah – sahlah aku baling – baling dan pijak – pihak fon tu atas lantai sampai hati aku puas, sampai fon tu tak berfungsi.

Tapi….. korang tahu apa jadi? Petang tu, mak aku terus pegi beli phone baru. Naik giIa aku dibuatnya. Apa lagi, aku meng4muklah tanya dia mana dia dapat duit beli fon, dia cakap aku tak payah sibuk nak tahu sebab tu duit dia.

Untuk pembaca yang suruh aku cakap dengan bapak aku, memang cadangan ni aku tengah pertimbangkan. Tapi itu ikhtiar yang terakhirlah, tahu sebab apa? Sebab ayah aku memang ada panas baran. Cadangan ni memang aku sendiri yakin berkesan tapi kalo aku bagitau ayah aku, hidup kami adik beradik juga akan berakhir.

Adik beradik aku ramai yang ada reputasi bagus – bagus dalam karier dorang. Tapi kalau benda ni sampai kepada pengetahuan ayah aku semuanya berakhir macam ni: Bapak aku bunvh mak aku. Seorang meninggaI sebab curang, seorang masuk p3njara. Kami anak – anak pastilah menanggung a1b seumur hidup.

Aku yakin semua ini akan berlaku, ini bukan imaginasi aku tau, tapi aku dah boleh agak apa tindakan bapak aku. Bukan aku je fikir macam ni. Tapi semua adik – beradik lain fikir macam ni sebab dah masak sangat dengan per4ngai bapak aku zaman muda – muda dulu. Sejak tua ni je tak marah – marah, sebab anak pon dah besar – besar semua.

Dan last, untuk pembaca yang suruh aku selidik punca mak aku jadi seteruk ni, memang aku akui semua berpunca lepas mak dan ayah tidur asing – asing. Lagi satu, mak selalu bandingkan hidup dia dengan orang lain, katanya kakak – kakak aku untung sebab abang ipar betul – betul ambik berat bermula dari pregnant sampai anak dah berapa orang.

Sedangkan mak aku dulu selalu rasa diabaikan oleh ayah (ayah aku sebelum pencen selalu kerja luar kawasan). Mungkin jugak mak aku ada konfIik dalaman yang tak ade siapapun tahu. Aku fikir per4ngai pelik mak aku sekarang ni satu bentuk menifestasi dari konfIik dalaman dia tu lah. Bila aku hurai macam ni baru aku sedar yang terapi lah jalan terbaik sekarang ni. Terima kasih semua, anda sangat membantu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.