
Ibu aku tak macam ibu korang kat luar sana. Ibu aku seorang yang tak pernah bersyukur. Masa ni lah, Allah nak tunjuk siapa sebenarnya ibu aku. Aku tengok ibu aku masuk dan ambil beg kakak aku dan beg aku. Dia selongkar dan ambil duit kami.
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Pertama sekali, aku nak bagitahu yang aku bukan seorang penulis yang baik. Penulisan aku hari ini pun mengambil masa yang agak lama. Sebab aku berbelah bahagi sama ada aku patut kongsi atau tak, tapi bila difikirkan balik kalau aku lagi pendam, jiwa aku lagi mer0nta dan member0ntak.
Ok, cukuplah tu sebagai mukadimah untuk cerita aku. Apa yang aku nak ceritakan ni berkenaan ibu aku. Ibu aku tak macam ibu korang kat luar sana. Ibu aku seorang yang tak pernah bersyukur. Maaf untuk katakan macam tu, tapi aku dah betul – betul hilang rasa hormat pada dia. Sebab apa?
Sebab ibu aku sanggup ambil duit kami adik beradik. Macam mana? Dengan cara mencuri! Untuk pengetahuan korang, aku ada empat adik beradik. Dari yang sulung sampailah yang ketiga, semua dah bekerja. Kerja apa tu aku tak nak sebut kat sini tapi Alhamdulillah, kerja kami semua stabil. Cuma tinggal yang bongsu sahaja belum bekerja.
Dan kami masih tinggal dengan mak ayah sebab masih belum berkahwin, kecuali anak ketiga yang tinggal berasingan sebab kerja di luar kawasan. Okay, mesti korang tertanya – tanya macam mana ibu aku buat “kerja – kerja” macam tu kan? Ibu aku ni licik. Dia selalu bangun awal pagi.
Dia akan masuk bilik kami dan ambil beg tangan kami, kemudian selongkar. Sebelum ni aku tak perasan ibu aku yang buat kerja macam tu. Patutlah duit aku dan kakak aku selalu je kurang. Tapi masa tu aku husnuzon je, ingat kami salah kira duit.
Tapi kemudian, ada satu pagi tu aku sebenarnya dah terjaga tapi aku masih pejam mata sebab aku rasa awal lagi nak bangun sebab Subuh pun belum masuk. Jadi aku p4ksa mata aku untuk lelap juga sebab nanti nak pergi kerja takut mengantuk.
Masa ni lah, Allah nak tunjuk siapa sebenarnya ibu aku. Aku tengok ibu aku masuk dan ambil beg kakak aku dan beg aku. Dia selongkar dan ambil duit kami. Masa tu aku jadi kosong, tak boleh nak terima kejadian tu. Weh, tu ibu aku. Ibu yang selama ni kami hormat. Yang dah lahirkan dan besarkan kami. Ya Allah, sedihnya aku.
Bukan kami tak berusaha nak jadi anak yang baik. Kami cuba untuk tak nak kacau duit ibu ayah kami. Segala benda dalam rumah, kami bayar sendiri dari A sampai Z. Termasuklah duit bulanan ibu ayah, bawa pergi bercuti hampir setiap bulan!
Aku sedih. Kenapa ibu aku sanggup buat kami macam tu. Sejak kejadian aku nampak tu, macam tu lah juga malam – malam yang seterusnya. Ibu aku tak pernah insaf dan tak ada sedikit pun rasa kasihan pada kami. Kami dah bagi dia segalanya!
Bukan ibu aku tak bekerja. Kami tak pernah usik gaji dia malah cuba untuk ringankan lagi beban dia memandangkan kami dah bekerja. Tapi ibu aku pula buat sebaliknya. Aku paling sedih bila fikir tentang kakak aku. Dialah orang yang paling banyak berk0rban untuk keluarga. Tapi ibu aku tak fikir semua tu. Ikut nafsu semata – mata.
Kadang – kadang aku rasa aku ni berd0sa sangat sebab biar ibu aku terus buat kerja – kerja tu. Tapi aku tak kuat untuk tegur. Aku tak tahu macam mana cara yang betul untuk aku nasihat seorang ibu. Macam – macam bermain dalam kepala aku.
Aku terfikir nak kongsi dengan kakak aku sebab aku ni kalau ada masalah memang selalu kongsi dengan dia. Sebab bagi aku, semua nasihat dia boleh pakai dan tak pernah mengecewakan (mungkin sebab dia anak sulung?) Tapi aku tak sampai hati nak kongsi sebab aku takut benda ni akan timbulkan rasa tak suka atau benci terhadap ibu aku. Sebab aku tahu per4ngai kakak aku macam mana.
Korang, serius aku perIukan nasihat atau pendapat dari korang semua. Aku tertekan. Sebab aku tengah cuba untuk terus hormat pada mak aku walaupun aku tahu ibu aku selama ni berpura – pura dengan kami. Dan perkara tu betul – betul s4kitkan hati aku.
Aku kecewa dan sangat sedih. Sampai aku tertanya, kenapa Allah bagi aku je nampak? Kenapa bukan ayah aku, atau kakak aku? Kenapa aku? Aku buntu sangat sebab aku tak tahu sampai bila semua ni aku perlu hadap. Jadi dengan rasa rendah diri, aku merayu pada korang semua untuk bantu aku – dari segi nasihat atau kata – kata semangat. Aku akan hargai setiap apa yang korang kongsikan. Terima kasih awal – awal lagi. Assalamualaikum dan semoga hari korang diberkati. – Ms. S (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Zaitun Ujang : Setiap hari kau baki kan RM5.00 je, bagi ibu tu buat belanja sarapan. Lepas tu, kau plan buat – buat tidur, kau sergah seolah – olah kau per4ngkap ibu kau. Dengan lembut kau tanya dan bincang dari hati ke hati tentang per4ngai buruk ibu kau ni. Tak cukup – cukup dengan duit, satu hari nanti Allah ambil nikmat hidup jadi lagi susah. Atau kau pura – pura cakap duit kau selalu hilang tanpa kesan, bagi hint dekat ibu.
Norlaila Mohd Din : Kita hormat ibu bukan sebab ibu tu seratus peratus sempurna, kita hormat sebab Tuhan suruh. Sayang ibu bermakna kita terima buruk baik dia. Yang baik kita syukuri, yang buruk kita bantu perbaiki. Bantu lah ibu kalau ibu ada peny4kit suka mencuri.
Boleh bawa jumpa doktor pakar tapi sebelum tu cuba bincang elok – elok dengan penuh kasih sayang, dengan niat nak bantu sebab sayang. Janganlah kerana satu per4ngai negatif, kita terus benci dan cepat buat kesimpulan ibu tu tak ikhlas atau berpura – pura semata – mata.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.