
Hakim yang bertugas sangat tegas sampai aku kecut perut. Bukan senang nak guna wali hakim. Ibu ayah aku terp4ksa melalui perbicaraan di mahkamah syariah. Bakal suami dan keluarga mertua datang sekali. Aku nampak ibu menangis sambil buka aib sendiri..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Assalamualaikum. Pertama kali saya nak buat confession tentang diri saya. Beribu kali juga saya fikir untuk menulis tentang ini, tapi saya kuatkan hati. Semoga apa yang saya kongsikan ini membawa manfaat kepada orang lain dan membuka mata mereka yang senasib dengan saya.
Saya merupakan seorang anak tak sah taraf. Ya.. anak yang lahir dari keterlajuran ibu bapa. Tapi, sayalah antara anak yang bertuah dalam dunia ini kerana menjadi anak tak sah taraf yang paling bahagia di dunia ini. Saya tak pernah kesal, walaupun dulu pernah sedih sedikit.
Sikit je rasa sedih, tapi tak pernah rendah diri malah saya rasa hidup saya lebih bertuah dari kebanyakan orang lain. Ibu bapa saya menikah atas dasar suka sama suka. Ya, mereka terlanjur sebelum kahwin. Jadi, mereka dinikahkan. Saya anak sulung, of course-lah saya anak yang sulung kan, haha!
Tapi sayalah anak yang paling disayangi oleh kedua orang tua saya, diberi perhatian lebih sampai menimbulkan rasa cemburu pada adik – adik. Hehe. Bukanlah rasa cemburu yang menjerut rasa sampai berd3ndam, tapi cemburu adik beradik bila mana kakak selalu dapat apa yang kakak minta. Sampai pernah adik – adik cakap, “Kalau kakak semua takpe!” Haha.
Tapi saya juga agak kerap dipergunakan oleh mereka untuk dapatkan apa yang mereka mahu dari ibu ayah. Sebab ibu ayah selalunya mudah dan senang hati menunaikan apa kemahuan saya. Hihi! Saya tak pernah simpan d3ndam pada ibu dan ayah. Sebesar hama pun tak pernah.
Bukan urusan saya untuk menghakimi segala kesilapan mereka. Saya bukan Tuhan. Mereka membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Diberi pendidikan akademik dan juga didikan agama yang baik. Bukan nak bangga diri, tapi kami semua belajar sampai masuk universiti dan sukses dalam kerjaya masing – masing.
Cuma sekarang, saya dah pun bergelar surirumah sepenuh masa atas permintaan suami. Ya, saya dah pun berkahwin dan mempunyai anak. Umur saya dah masuk 30an. Apa yang dapat saya simpulkan, urusan pernikahan saya suatu masa dulu agak rumit. Tapi Allah selalu ada, Dia permudahkan segalanya.
Walaupun begitu, saya dan ibu ayah juga terp4ksa melalui perbicaraan di mahkamah syariah dengan perlu dihadiri oleh bakal suami sewaktu itu. Hakim tak nak suatu masa nanti akan timbul isu berbangkit jadi suami saya hadir bersama mama dan ayahnya.
Rawan dan luluh hati saya bila ibu dan ayah terp4ksa membuka pekung dan aib ini di hadapan hakim. Ibu menangis, ayah bersedih. Mama mentua saya juga menangis ketika perbicaraan itu. Hati saya lebih terIuka melihat air mata ibu melebihi sedih akan diri ini adalah anak luar nikah.
Perbicaraan ini dilakukan secara tertutup, hakim yang bertugas itu sungguh tegas sampai saya kecut perut sama. Tapi saya lebih kasihankan ibu dan ayah sewaktu itu, namun apakan daya. Terp4ksa juga bicara untuk memperoleh kelayakan untuk menikah berwalikan hakim.
Bukan senang – senang mahkamah nak bagi kita guna wali hakim tanpa sebab yang munasabah. Tak semudah isi borang terus boleh. Tak, isi borang dan kena bicara dulu dengan kehadiran dua saksi yang boleh mengesahkan yang ibu dan ayah pernah buat kesilapan suatu masa dulu dan membuktikan yang saya sememangnya anak yang telah dihamilkan tanpa pernikahan.
Suami saya memang tahu status saya sejak awal perkenalan. Awal – awal dah berterus terang. Sebab sebelum tu, saya pernah berkawan dengan seorang lelaki yang ibunya tidak boleh menerima status diri saya. Jadi saya fikir, lebih baik saya berlaku jujur dari awal.
Suami saya sekalipun dia tak pernah ungkit tentang kekurangan diri saya yang satu ini. Sampai sekarang, dia tak pernah sebut akan perkara ini. Dah sepuluh tahun pun kami berkahwin. Kadang – kadang saya ada terfikir, adakah ini benar – benar satu kekurangan? Sebab saya tak pernah merasa kurang apa – apa.
Suami saya dari latar belakang keluarga yang agak berada dan keluarganya sangat titik beratkan soal agama. Mama dan ayah mentua saya menerima saya seadanya, melayani saya lebih dari anak sendiri, menyayangi saya selayaknya sebagai menantu mereka.
Ya Allah, nikmat yang mana lagi harus aku dustai? Saya selalu bersyukur dan merasakan hidup saya ini sentiasa dalam rahmat Allah. Adik beradik dan ipar duai tak pernah tahu akan status sebenar diri saya. Ibu ayah dan mentua, menyimpan kemas rahsia ini antara mereka.
Tapi, saya fikir tak ada apa yang penting pun untuk dirahsiakan cuma mungkin mereka rasa lebih baik begitu. Tapi betul juga, kesian ibu dan ayah jika rahsia ini terbongkar. Jadi, inilah yang terbaik.Tolong jangan menilai ibu dan ayah saya, mereka telah banyak berk0rban demi saya.
Keluarga besar belah ibu ayah juga tahu. Makcik – makcik dan pakcik – pakcik semuanya, tapi mereka juga memilih untuk diamkan sahaja. Mereka menyayangi dan melayani saya dengan baik, tak pernah dibezakan. Malah mereka cukup bangga dengan saya. Ya, saya ada melalui beberapa kejayaan dalam hidup.
Saya bersyukur punya ibu ayah seperti orang tua saya. Saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana menjaga saya dengan baik dari kecil. Menyayangi saya tanpa minta dibalas apa – apa selayaknya kasih sayang ibu bapa terhadap seorang anak.
Jadi, tidak diragui lagi yang saya sangat bernasib baik berbanding dengan sesetengah orang lain yang senasib dengan saya. Saya tahu, ada orang tak mudah terima kenyataan tapi apa yang boleh saya nasihatkan adalah, buka hati anda. Masa lalu tak mungkin dapat kita ubah, jadi apa yang boleh kita buat adalah terima sajaIah.
Belajar menerima supaya kita boleh teruskan hidup dengan lebih positif dan tenang. Suatu masa dulu, saya juga pernah bersedih dengan kenyataan ini. Siapa yang tak rasa sedih kan? Sebab masa tu, hakik4t ni sungguh mengejutkan dan rasa sangat susah nak percaya.
Tapi ibu saud4ra saya banyak nasihatkan saya supaya kenang jasa kedua ibu ayah, kepayahan mereka menghadapi satu dunia demi saya. Mereka boleh pilih serahkan saya pada orang lain, boleh buang saya ke longkang, atau gugurkan ketika saya masih dalam kandungan. Tapi ibu dan ayah tak buat macam tu.
Mereka memilih untuk tanggung akibatnya dan membesarkan saya dengan penuh kasih sayang. Saya tak mampu balas segala budi baik mereka pada saya. Saya bahagia. Kita tak boleh mengubah masa lalu, jadi kita kena hadapi masa akan datang dengan lebih matang.
Suami saya selalu ingatkan, Allah tak pandang permulaan kita, Allah tengok pengakhiran kita macam mana. Jadi, pilihlah pengakhiran yang baik. Apa yang boleh saya minta adalah, semoga Allah mengampuni segala d0sa kedua ibu ayah, mengasihani mereka dan bermohon supaya Dia menerima segala taubat mereka. Semoga ibu dan ayah dikurniakan syurga tanpa hisab. Aamiin. – Ann (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Ha Limah : Saya ada ramai kawan dan kenalan yang terdiri dari anak tak sah taraf dan anak hasil sumbang mahram. Tapi kebanyakan diorang hidup bahagia dan berkahwin. Status diorang tak pernah dipersoalkan pun, orang sekarang pun takut nak cakap melebih pasal anak tak sah taraf. Semua dilayan sama rata.
Takde pun macam dalam drama tu (anak tak sah taraf dih1na dikutuk, diumpat orang kampung). Kalau mengumpat pun, orang mengumpat kelakuan mak bapak je, tapi nak h1na anak tu tak pernah lagi. Tapi apa yang saya sedih, ada anak sah taraf yang dibela dengan penuh kasih sayang oleh keluarga angkat, akhirnya terjerumus jugak dalam lembah maksi4t hanya disebabkan culture sh0ck. Bukan sebab h1naan orang, tapi sebab culture sh0ck je. Sedih sangat.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.