Inai masih dijari tapi isteri dah marah – marah mintak cerai

Kami merupakan pasangan PJJ, saya di selatan isteri di utara. Selepas kahwin saya berkali – kali ajak di ikut saya untuk tinggal sekali di utara tapi macam – macam alasan yang dia bagi. Sehinggalah dia mengandung saya baca semua mesej – mesej antara dia dengan rakan sekerjanya yang merupakan suami orang. Saya terk3jut bila lelaki tersebut membuat pengakuan dalam mesej..

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Saya ingin berkongsi cerita saya. Cerita ni, menarik untuk dijadikan iktibar pada semua. Sediakan popc0rn, onde – onde, atau pisang goreng, sebab cerita nie panjang.

Saya lelaki, umur lingkungan 30 tahun, baru berstatus duda, berasal dari utara. Hobi saya hanya 3 benda, mancing, main game dan futsal. Selain tu saya tak keluar rumah. Bole kata antisociaI jugaklah saya ni.

Saya berkahwin dengan isteri saya atas dasar suka sama suka, berkenalan di universiti dulu. Setelah tamat universiti, kami sama – sama ingin mencari kerja. Saya asal utara, dia di selatan, dan disebabkan jarak tu jauh, kami ambil keputvsan cari kerja di KL/Selangor. Di tengah – tengah antara kampung masing – masing. Gitulah plannya, baru adil.

Pendekkan cerita, saya dapat kerja di Subang, dia tak dapat – dapat kerja, dan akhirnya dia ambil keputvsan balik ke kampung halaman, cari kerja di sana. Dia dapat kerja di kampungnya, dan saya pulak, bila dah pikir dia balik kampung, saya pun mula mengorak langkah balik ke kampung saya, dan kerja saya di kampung saya lebih tinggi gaji dari di Subang. Jadi, lebih cepatlaa kahwin, itulah pikiran saya. (pembaca mungkin fikir info ni tak relevan, nanti saya ceritakan)

Di company baru saya, adalah merupakan company yang memang saya idamkan untuk dapat kerja, bonus setahun 8 kali (macam – macam jenis bonus). Benefit tak terkira bagus, tapi kerja dia punya banyak, jadi memang kena banyak bersabar la. Saya melawat tunang saya sebulan sekali, dan saya perasan setiap kali saya melawat dia, pe’el dia berubah, m4kin lama m4kin berubah, m4kin kerap berg4duh, m4ki hamun dah menjadi biasa.

Dulu memula kenal, dia tak macam ni. Ibarat ayat Zizan Razak dalam Polis Evo, dia macam ber4hi ke kita (suka pada kita), macam beriya sangat – sangat bila dengan kita, susah macam mana pon tak apa dia ok, tapi m4kin hari m4kin berubah. Pernah saya ke sana, dia macam menyampah, rimas dengan saya kat sana, saya fikir nie dugaan orang tunang nie, takpa sabarlah dah tak lama nak kahwin dah.

Pendekkan lagi cerita, kami kahwin. Oh ya sebelum tu, dalam nak kahwin sangat – sangat dah nie, dia berkali – kali usaha untuk saya batalkan perkahwinan kami. Dia pernah ngaku dia buat macam – macam untuk gagalkan perkahwinan dia sendiri. Saya masih pegang dugaan orang bertunang. Ok tak apa majlis berlangsung sebeIah dia saja, sebab nak jimat, sebeIah saya, keluarga saya buat simple je. Next lepas kahwin, saya ajak dia ikut duduk dengan saya di utara.

Dia tak nak, berkali – kali saya ajak dia tak nak. Alasan dia dah kerja, nak bayar hutang dia. Komitmen hutang dia, campur hutang belajar, cecah 900+ sebulan. Saya kata tak apa, baliklah ke saya, saya boleh tanggung hutang dia sementara tunggu dia nak dapat kerja baru kat utara ni. Untuk pengetahuan semua, saya sediakan rumah flat di utara ni, yang lengkap air – cond, dapur, mesin basuh, TV, Astro, Internet, katil, dan tak perlu bayar sesen pun untuk duduk di utara ni, tapi dia tak nak, dia berkeras. Bukan nak memandang rendah dia, tapi kelayakan kami sama, gaji dia bulan – bulan, bersamaan separuh gaji saya di utara.

Selepas sebulan kahwin, saya balik ke sana nak spend masa dengan dia tapi dia minta cerai sedangkan Inai masih merah di jari dia mintak cerai dan dia kata saya tak boleh bagi apa pun kat dia hanya duit sahaja yang boleh. Tak da apa yang saya mampu cakap, saya buntu, saya balik ke kampung saya, saya belum ceritakan pada sesiapa masa ni. Saya jadi extr3me pendiam, prestasi kerja saya menurun, berkali – kali ditegur tapi saya mcm hilang akal, putvs harapan, depr3ssion yang amat sangat.

Depr3ssion saya sampai tahap saya boleh tenung Excel Workbook kosong untuk 2-3 jam. Saya berpegang, saya bekerja susah payah untuk beIa isteri saya, tak apa kalau dia nak duduk di utara ni, tak perlu kerja pun tak apa saya sanggup tanggung dia duduk kat rumah saja. Susah untuk isteri tak salah kan…

Sebabkn depr3ssion, saya tak balik sana lama, dan selepas insid3n dia mintak cerai tu, 2+ bulan selepas tu baru saya balik ke sana. Masa nie dia dah mengandung, dan dia munt4h – munt4h slalu. Tapi berg4duh dan marah / m4ki dalam fon tu memang tetap ada. Minggu yang saya balik tu sebenarnya dia nak ajak ke Singapore, dengan officemate dia holiday. Saya cakap tak payah laa awak tu berisi susah nak berjalan nanti kat sana, dengan alahan lagi awak.

Dia setuju. Saya ke sana, temankn dia ke kIinik untuk check baby, masa tu dia aIahan teruk dia ke tandas, dan sempatlah saya pegang fon dia. Dulu saya percaya dia tapi bila saya mintak fon dia tak pernah bagi. Kalini saya dapat fon dia, dan saya bukaklah mesej whatsapp dia. Di sinilah ceritanya bermula sampai runtuh rumahtangga saya….

Dalam HP dia ada whatsapp mesej dari lelaki, officemate dia, yang dia bersayang bersweet couple dengan jantan tu. Saya screensh0t macam – macam mesej sweet loving couple diorang tu saya sent ke fon saya. Saya tunggu saya sabar. Balik ke rumah, dia masuk bilik saya scroll satu – satu mesej dia saya baca. Ada part yang jantan tu cakap baby yang wife saya mengandung tu baby dia. Boleh bayangkn tak apa perasaan saya masa ni?

Tapi di0rang bersweet 2 orang dalam mesej tu la. Lunch skali, dinner skali, pastu saya selidik dengan mak dia baru saya tau dengan lebih detail, siap berambik berantar hari – hari. Dia balik lewat bagitau mak dia OT, tapi bila check fon dia tu, ada je part dia pergi karaoke skali dengan jantan tu, tengok wayang dengan jantan tu skali, macam diorang tu laki bini. Bayangkan saya bekerja bersengkang mata di utara, untuk menyara dan membeIa isteri di kampungnya yang tengah syok bercinta dengan laki orang.

Sekarang memang logiklahkan kenapa dia tak nak balik ke utara? Kenapa dia nak kerja situ sangat – sangat? Dan kenapa dia beriya nk gagalkan perkahwinan dia sendiri? Dan yang mengajak dia bercuti ke Singapore tu adalah jantan tu. Dan jantan tu dah kahwin, laki orang bercinta dengan bini orang.

Ok part 2.. Saya bagitau family dia benda ni sekali dengan dia. Dia berkeras kata tu salah saya sebab abaikan dia sebab berjauhan. (saya ni workaholic, tak kerja saya buat either mancing, men game or futsal, itu je la kerja saya, tapi tempat kerja saya tu memang extr3me, kadang masuk 10 pagi balik 2 pagi, hari sabtu ahad pon kerja). Lepas saya cerita ke mak dia, mak dia ajak abah dia bawak berubat dia tu. Ya memang, jantan tu sih2rkn wife saya, untuk porak perandakan perkahwinan kami.

Di rumah mak dia, dukun tu berjaya menarik keluar p4tung yang di tanam di kawasan rumah, di mana laki tu tanam, supaya saya dan dia bercerai berai dan tak dapat bersama. Lega, selesai, dan dalam hal nie, dia akhirnya akur untuk ikut saya pulang ke utara. Menangis dia sepanjang jalan sebab kena tinggalkan kampung halaman.

Selepas dari insid3n saya membaca mesej antara dia dgn jantan tu, kasih sayang saya macam term4ti sebentar kepada wife saya, sebab saya berpegang prinsip, ya sungguh dia terkena buatan orang tapi kalau dia tak melayan dari awal benda ni takkan terjadi. Saya berasa tak berguna, segala peng0rbanan saya sia – sia saja, bukan takat saya tak berkawan dengan perempuan, nak bercakap perempuan pmpuan pon payah.

Bukan saya ni g4y, tapi saya ni pemalu dan pendiam. Saya kesiankan dia sebenarnya masa dia mengandung saya buat endah tak endah sangat dia nak mintak diurut dibeIai semua tu, tapi saya macam acuh tak acuh sebab rasa s4kit hati tu kekal, lama, sampai dia melahirkan anak.

Setelah saya bawa pulang dia ke utara atas prestasi kerja saya yang merudum, saya diberhentikan kerja. Saya memang dah boleh agak yang saya akan dibuang, tetapi saya gagahkan bertahan supaya wife saya dapat bersalin hospitaI swasta, sebab dah termasuk dalam company poIicy wife nak bersalin boleh pilih mana – mana private hospitaI, full coverage. Hebat bukan company tu? Tetapi maIangya, saya diberhentikan kerja, 2 bulan sebelum dia melahirkan anak. Dengan tak ada kerja, tiada simpanan mencukupi, dengan anak yang bakal lahir, dengan bil elektrik air gas memasak makan minum astro internet dan hutang dia sebulan 900+ bagaimana saya nak tanggung?

Saya redha, saya rela kerja 7-11, tempat lama saya, yang memang kekurangan orang. Untung badan saya satu saja, saya tak ada apa – apa hutang, gaji saya terima bersih, tiada installment kereta (kereta pun tak ada mana nak datang ansuran), tiada sewa rumah, tiada hutang belajar, saya naik motor saja. Kereta isteri saya, saya yang bayarkn dulu, tu hutang saya tanggung cecah 900+ sebulan.

Cerita ni panjang lagi, tapi saya yakin pembaca pun dah fedup sebab panjang sangat, jadi saya skip ke situasi terkini, sebab apa yang berlaku di antara tu tak penting sangat. Dia melahirkn anak di utara, berpant4ng di kampung dia, kemudian balik ke utara, sekejap, dan kemudian dia kata dia dapat kerja di kampung, terus dia pulang ke kampung. Ada yang cakap kat saya kenapa tak Iarang, kerana saya pegang pada janji dia, dia cakap minggu ni saya balik sana, minggu depan dia balik ke utara, gilir – gilir gitulah sampai bang jamil m4mpus.

Ye paham semua kan? Saya panggil dia balik, punya susah dia nak balik, alasan ada anak susah nak naik bas, susah bas selalu rosak tengah jalan, kena kerja hujung minggu, company activity, macam – macam lagi. Saya tegaskan, yang saya faham kesusahan dia untuk balik ke utara, tapi inilah life yang dia pilih, keputvsan untuk bekerja di selatan, jadi dia kena bertabah dalam menghadapi dugaan ni semua.

Dia salahkan saya, dia kata, patutnya si suami paham keadaan isteri, patut balik ke selatan lawat isteri, bukan biarkan macam tu saja. Saya pulak salah? Masa nie, saya dah bekerja dengan company baru di utara, income yang stable, company yang besar tapi low profile. Kerja banyak tapi santai. Kalau ada yang bertanya saya, kenapa tak join wife saya bekerja di selatan? Bukan sekali bukan 2 kali wife saya ajak saya ke selatan bekerja sekali dengan dia, tetapi pembawang – pembawang sekalian, ingatlah yang dia pernah kena buat dengan jantan tu, ditanamnya patung di rumahnya, disih1rkan untuk dipisahkn kami, apakah pembawang berfikir yang saya tetap akan ke sana untuk bekerja? Ibarat menyerah tengkuk untuk disembeIih kalau saya ke sana.

Kalau ada yang menyuarakan bekerja di sana kemudian pindah keluar dari rumah tu, ya boleh, tapi di sana pekan kecik, pusing – pusing memang akan bertembung jugak dengan jantan tu, tak harini esok lusa. Faham dahkan apa yang saya fikirkan? Sekurang – kurangnya kalau disih1rkan wife saya saya boleh berubatkn dia, kalau dah dua – dua kena sih1r, siapa yang nak berubatkan siapa? nganga sajalah jawabnya.

Saya masih berharap yang dia pulang ke pangkuan saya, walaupun saya telah ceraikan dia. Bukan sebab saya bencikn dia, saya sayangkn dia, cuma kejadian baru – baru ni di mana saya pulang ke kampung dia, ke selatan, setelah hampir 4-5 bulan tidak bersua muka. Hari ke-2 saya di sana, dit3ngkingnya saya, dijeritnya kepada saya, dihalaunya saya pulang ke kampung saya. Penat datang dari jauh tak hilang lagi, tetapi saya dihaIau pulang ke kampung halaman. Bukan kali pertama saya dihaIau balik. Itu tempat dia, itu kampungnya, siapalah saya di sana. Jadi pulanglah saya ke kampung saya, lepas saya menceraikan dia.

Pembaca mesti tertanya mana salah saya sepanjang ni, salah saya adalah saya selalu abaikan dia sebab berjauhan, sebab saya nie workah0lic, cari duit untuk wife saya, bagi dia senang duk kat rumah itu je. Sebab tu saya nak dia duk dekat dengan saya bukan jauh – jauh, nanti susah saya nak jaga. Saya juga suka main game, mancing, futsal. Kalau str3ss inilah 3 aktiviti saya. Lain tak ade. Jadi di sini cerita saya tamat. Panjang cerita kan? Banyak pengajaran kan?

Ni bukan dongeng ini fakta semata mata ye tuan puan admin bawangers sekalian. Tahu tak kenapa saya cerita semua ni dengan detail dan terperinci? Kerana, ketiga – tiga mereka adalah follower tegar page ni, bekas isteri saya, jantan tu, dan juga isteri jantan tu. Ketiga – tiga follower tegar. Ucapan saya untuk jantan tu, tahniah, kerana kau berjaya membuatkan isteri aku benci aku seumur hidup. Memang betul aku dapat bebaskn sih1r kau, dan dapat buang kau dari hidup aku dan dia, tapi kau telah ‘menang’ dalam membuat dia benci kepada aku. Dan kepada bekas wife saya, kalau rasa nak balik tu baliklah, kunci rumah masih milik awak lagi, kalau nak kita rujuk elok – elok.

Komen Warganet :

Lina Lin : Kesiannyer kat awak.. Terlalu tinggi peng0rbanan awak untuk membahagiakan isteri.. Si anak tu macam mana tt.. Anak awak atau anak si jantan keparat tu.. Itulah dunia dapat suami bertanggungjawab pun, isteri pulak buat hal.. Lupakan dia dan cari pengganti yang ikhlas dan setia dengan awak, baru bahagia hidup awak. Awak pulak kalau dah kaya raya jangan lar curang pulak. Untuk isteri awak tu, awak lihat, kifarah atau hukvm karma pasti menyapa dia.. Mudah saja.. Sesiapa sekalipun menganiaya pasangan masing – masing pasti akan terima baIasan di atas setiap pengani4yaan, kecurangan dan kezaIiman yang dia telah lakukan.. Tunggu dan lihat sahaja…

Ellyuna Rose : Saya rasa saud4ra patut cari dan buka hati untuk yang lain. Bekas isteri pon dah tak berminat dengan awak.. tak perlu awak p4ksa – p4ksa jika rasa sayang itu sudah tiada. Tak akan awak nak dia terima awak sebab kesian. Come on, memang sukar tapi begitulah kalau sebeIah pihak tiada hati. Untuk apa diteruskan jika tak dihargai.

Muhtasib Raudah : Saud4ra, awak kene move on. Jangan pandang belakang dah. Sebenarnya masa tak kahwin lagi bini awk ni dah ada kes dengan jantan tu. Tapi awak ni terlalu naif. Perempuan ramai yang baik – baik di luar sana. Bila jumpa yang terbaik awk sedia lah untuk terbang jauh ke depan. Awak jangan pujuk lagi bini yang tak pernah hargai awak tu. Mengandung pun masih boleh di sangsi. Tolong janganlah lembik sangat jadi lelaki. Bila orang dah benci tak ada gunanya lagi awak tunggu. PergiIah cari permpuan yang baik – baik di luar sana. Ramai sangat, cuba buka mata dan telinga untuk pandang dunia luar, yang boleh bagi bahagia untuk awak.

Zulkifli Othman : Apa yg tt tertekan sangat ni adalah segala peng0rbanannya tak dihargai.. Masih tebal perasaan sayang walau terbukti isterinya curang (kena buatan).. Masih memberi peluang untuk bekas isterinya kembali. Move on, cari pengganti, tak must4hil episod duka akan berulang jika kembali bersama. Isteri kalau mem4ki hamun dah jadi perkara biasa, dia tak akan teragak – agak untuk mem4ki hamun pula jika tersentap.

Bagi saya, tt seorang yang tak nak menegangkan keadaan bila dalam keadaan panas, lebih baik beralah untuk mengeruhkan lagi situasi tapi kelemahan ini diambil kesempatan ini oleh bekas isteri tt dan ini akan berulang lagi dan lagi. Kemudian dibuang kerja, cari kerja lagi dan lagi. Nasihat pakcik, move on dan cari pengganti, bersosiaI. Hobi boleh diteruskan tapi pandai – pandailah membahagi masa.