
Aku dapat mesej dari seorang kawan yang kebetulan nampak isteri aku hotel dengan seorang lelaki. Aku terus pecut kereta. Isteri aku keluar dari lif sambil pegang tangan lelaki tu, ketawa kecil macam tak bersalah langsung. Bila dia nampak aku, muka dia pucat.
#Foto sekadar hiasan / AI. Foto sekadar hiasan. Salam admin. Terima kasih sebab sudi siarkan luahan aku ni. Aku cuma nak minta pandangan, sebab masalah aku ni mungkin agak rumit. Aku dah berkahwin dengan isteri hampir masuk tahun kelima.
Sepanjang perkahwinan kami, isteri aku beberapa kali berlaku curang dan pernah kantoi check in dengan bekas teman lelaki dia, malah dengan lelaki yang berbeza – beza. Genap empat tahun ulang tahun perkahwinan kami, isteri aku terlibat dalam kemaIangan jalan raya.
KemaIangan tu agak teruk sampai tangannya patah. Dalam hati aku terdetik, mungkin Allah nak tunjukkan balasan kepada dia yang pernah derh4ka kepada suami. Masa dia s4kit tu, aku yang uruskan semuanya. Dari bab makan minum, urus diri, mandikan dia, pakaikan baju, sapukan ubat, semua aku buat.
Aku cuba jadi suami yang sabar dan tunjuk teladan yang baik sebab bagi aku itu tanggungjawab seorang suami. Aku ingatkan lepas kemalangan tu dia akan insaf, tapi rupanya tidak. Baru dua bulan selepas sembuh, aku dapat tahu dia curang lagi.
Kali ni aku sendiri yang tangkap dia dengan lelaki lain, bersedudukan di Johor Bahru. Masa tu aku dah tak rasa apa – apa. Hati aku kosong. Tiada marah, tiada sedih, cuma rasa kecewa yang teramat dalam. Dalam kepala aku cuma terfikir, mungkin penceraian adalah jalan terbaik untuk kami berdua.
Aku pernah mengadu kepada ibu bapa dia. Mereka pun sangat sedih, sebab ini bukan kali pertama mereka dengar cerita aku. Masa aku datang rumah mereka dan ceritakan semuanya, ayah dia cuma tunduk, tak banyak cakap, manakala ibunya menangis teresak – esak sambil menegur anaknya sendiri.
Tapi isteri aku tetap mendongak ke langit dengan muka sombong, seolah – olah semua orang salah dan dia sahaja yang betul. Yang lebih meny4kitkan hati, dia siap persoalkan kenapa aku perlu mengadu pada orang tua dia. Katanya, “Kenapa nak libatkan mak ayah aku? Mereka pun bukan sempurna, dah bercerai pun.”
Aku tergamam masa tu. Aku tak sangka seorang anak boleh bercakap macam tu pada ibu bapanya sendiri. Aku bukan nak burukkan dia, aku cuma nak cari jalan penyelesaian. Tapi dia tetap tak rasa bersalah. Malah aku dapat tahu, dia masih berhubung dengan bekas kekasihnya dan ada kali tu siap jumpa di hotel.
Masa aku dapat tahu tentang kejadian tu, aku masih ingat lagi malam tu hujan lebat. Aku dapat mesej dari seorang kawan yang kebetulan nampak dia masuk ke hotel dengan seorang lelaki. Aku terus pandu kereta ke sana. Jantung aku berdegup kencang, tangan menggigil.
Dalam hati aku doa semoga itu bukan dia. Tapi bila aku sampai, memang betul dia. Aku nampak dengan mata kepala sendiri. Dia keluar dari lif sambil pegang tangan lelaki tu, ketawa kecil macam tak bersalah langsung. Bila dia nampak aku, muka dia pucat.
Aku tak jerit, aku tak marah, cuma aku cakap dengan nada tenang, “Tahniah, akhirnya aku nampak siapa kau sebenarnya.” Dia terus tunduk, tapi tak minta maaf pun. Malam tu aku balik rumah seorang diri, duduk dalam gelap, termenung sampai pagi. Hati aku macam dah m4ti.
Bab agama, aku selalu ajak dia solat berjemaah, aku ajar dia mengaji, aku nasihat supaya jadi isteri yang baik. Tapi dia punya per4ngai, macam orang yang tak boleh ditegur. Setiap kali aku cuba nasihat, dia lawan balik, cakap aku bajet ustaz.
Kadang – kadang aku rasa penat, tapi aku tetap bertahan sebab aku percaya setiap orang boleh berubah. Tapi silap aku, aku terlalu percaya dia akan berubah kerana cinta, bukan kerana Allah. Aku tak pernah cuai beri nafkah. Aku bagi dia lebih dari cukup.
Setiap bulan aku pastikan semua keperluannya cukup, malah aku hadiahkan emas, bawa bercuti, jalan – jalan. Ada masa kami ke pantai, ada masa pergi Cameron Highland, makan steamboat sama – sama. Tapi bila balik rumah, per4ngai dia tetap sama.
Tak ada tanda – tanda insaf. Kadang – kadang aku rasa diri aku ni terlalu b0doh sebab masih cuba pertahankan sesuatu yang dah jelas tak ada makna. Ibu bapa aku dan mertua jadi kekuatan aku selama ni. Mereka berdua minta aku bersabar dan cuba bagi peluang terakhir.
Katanya, mungkin dia akan berubah kalau diberi masa. Tapi jauh dalam hati, aku tahu harapan tu tipis. Mertua aku sampai sujud depan aku, merayu supaya aku jangan ceraikan anak dia lagi. Aku hanya mampu angguk, tapi sebenarnya aku dah taw4r hati.
Yang aku belajar dari semua ni, duit dan emas tak boleh beli kesetiaan isteri. Kalau hati dah berubah, apa pun yang kita buat takkan cukup. Kadang – kadang aku terfikir, mungkin Tuhan masih belum kurniakan zuriat sebab nak lindungi aku daripada lebih banyak Iuka.
Mungkin kalau ada anak, aku akan lebih tersiksa bila tengok anak membesar tanpa kasih sayang ibu bapa yang sepatutnya jadi contoh. Sekarang aku dah redha. Hati aku bukan lagi untuk dia, tapi untuk tenangkan diri dan cari jalan ke pejabat agama.
Aku dah siap semua dokumen, cuma tunggu masa yang sesuai. Aku tak mahu berd3ndam, tapi aku juga tak nak terus ditipu. Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah. Ada masa aku fikir, kalau betul aku kahwin lagi satu sekalipun, dia letakkan syarat macam orang tak w4ras.
Katanya, kalau aku nak kahwin lain, dia nak rumah asing, duit belanja dua ribu sebulan, dan aku hanya boleh datang jumpa dia sehari dalam seminggu. Katanya lagi, kalau boleh, madunya biarlah lebih cantik dari dia. Aku cuma mampu gelak. Dia ni memang belum matang untuk fikir hal rumah tangga.
Bagi aku, mungkin ini cara Allah nak tunjukkan siapa sebenar isteri aku. Aku bukan lelaki sempurna, tapi aku tahu aku dah buat yang terbaik. Aku cuma harap suatu hari nanti, kalau dia tersedar, biarlah bukan kerana aku lagi. Ada hikmah kami masih belum dikurniakan zuriat. Sekurang – kurangnya aku tak perlu tengok anak membesar dalam keadaan keluarga yang retak. Dan aku percaya, Allah sedang atur sesuatu yang jauh lebih baik untuk aku.
Komen Netizen :
Sharisha Ibrahim : Saya rasa Encik ni terlampau mencintai isteri Encik sampai Encik terlupa dengan kebahagiaan diri Encik sendiri. Yes, mana ada ibu bapa yang suka anaknya bercerai apatah lagi mertua Encik telahpun melalui fasa bercerai, it’s t0ugh.
Tapi dengan per4ngai yang ditunjukkan isteri Encik, dia sudah hilang hormat terhadap Encik sebagai suami dia. Usaha Encik untuk mengubah per4ngai dia hanya sia – sia sahaja. It’s time to move on. Semoga Encik mendapat isteri yang lebih baik, yang setia dan menerima kekurangan Encik melebihi daripada harta, dan wang ringgit. Hidup ini sekali. U don’t wanna di3d br0ken-hearted.
Sham Mohd Amin : Isteri begini sepatutnya diceraikan, maaf cakap. Isteri yang derh4ka, curang sampai berkali – kali bukan isteri yang baik. Malah sikap dan per4ngai begini boleh dik4tegorikan perempuan jenis jahat, maaf cakap. Ceraikan saja dan cari di luar sana lebih ramai wanita baik dan solehah. Yang paling utama kesetiaan dan kebahagian dalam hidup. Jadi cari lah yang beragama iaitu bersolat. Insyaallah hidup kau bahagia dunia akhir4t.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.