
Awal kahwin suami suruh berhenti kerja, katanya tugas suami cari nafkah. Tiba – tiba dia bawak aku rumah mertua. Dia tak kerja, main game, semua ditanggung mertua. Lepas pantang, mertua kata nak halau suami…
#Foto sekadar hiasan / AI. 2 tahun lepas, rayuan tu keluar dari mulut aku, iaitu “Abang tolong ceraikan saya. Saya dah penat tanggung semua benda!” Dan rayuan – rayuan aku tu bukan dibalas dengan jawapan atau pertanyaan yang aku inginkan.
Hakik4tnya masa tu aku dah penat makan hati dengan per4ngai dia dan aku harap dia sedar apa yang dia dah buat. Tapi aku silap, masa tu dia malah ungkit 1001 kesilapan aku sebelum dia jadi macam dia sekarang. Dingin. 2 tahun 6 bulan dah aku PJJ dengan dia.
Dia di Utara tanah air dan aku di Selatan. Lepas habis pantang anak kedua, genap 3 bulan selepas aku bersalinkan anak kedua secara pembedah em3rgency c-section, aku terus dapat taw4ran kerja di company lama tempat aku intern. Masa aku bagitahu suami yang aku nak attend interview apa semua, dia memang tak membantu apa – apa pun.
Mintak suruh hantar ke bas terminal terdekat memandangkan aku ada mintak bantuan kakak aku untuk uruskan pembelian tiket dalam talian pun dia tak nak. Sebelum tu, aku ada inform dia dan ajak berbincang tentang kerja yang aku ditaw4rkan tu kan, dia pun macam tak berminat.
Malah dia buat aku rasa macam aku ni pentingkan. Yelah anak – anak kecik lagi, diorang pulak dah terbiasa celik mata dari tidur, orang pertama yang diorang nampak, aku. Dulu kan aku suri rumah. And then, tiba masa tu aku nak kena kerja. Jadi memang betul – betul mencabar.
Nak kerja pulak bukan dekat – dekat yang boleh ulang alik rumah mertua aku tu. Suami aku pulak tetap dengan pegangan dia yang dia nak stay rumah mak ayah dia even dari dia berhenti kerja company lama dia tu, sampai aku bersalinkan anak kedua, dia tak dapat satu kerja pun.
Aku rasa dia yang pentingkan diri. Dia rasa selesa duduk rumah mak ayah dia sebab dia tak perlu tanggung apa-apa komitmen macam masa awal kami kahwin sampailah masa tahun ke tiga perkhawinan kami (sebelum dia diberhentikan kerja).
Yelah, dari awal kahwin dia dah mintak aku jadi suri rumah, katanya dia sebagai ketua keluarga, bukan tanggungjawab aku sebagai bini ni cari nafkah so on. Tapi tu lah per4ngai dia slowly berubah bila mana dia rasa duit gaji dia habis untuk bayar komitmen semata – mata macam sewa rumah, barang dapur, barang anak.
Bila dah pindah masuk rumah mertua, dia macam dalam zaman bujang dia tu. Tak payah pening pasal komitmen sangat. Aku akui mak ayah mertua aku ni baik. Walau adalah sikit – sikit, mertua marah apa semua dengan keadaan yang jadi pada family kecik kami contohnya about aku dan suami tak kerja, anak kecik – kecik nak kena pakai duit banyak so on. Tapi diorang still bantu.
Nak makan? Lauk semua mertua aku yang sediakan, aku tinggal masak jer. Nak beli pampers susu anak? Semua mertua aku belikan, kadang – kadang tu dia just hulurkan suami senyap – senyap. Diorang banyak kali lah suruh suami tolong diorang kat kedai makan diorang, atleast boleh lah ada duit dari usaha sendiri, tapi tulah dia kejap – kejap jer tolong.
Lepas tu bila str3ss bab duit, mula lah konon nak cari kerja lah, try mintak kawan – kawan selepak dengan dia adjust kerja lah. Bila mana aku nak hulurkan bantuan macam nak buatkan resume, apply guna online platform semua kan, dia tolak.
Katanya, baik aku apply aku punya jer memandang aku ada degree, sedangkan dia SPM pun cukup – cukup makan. Tapi masa tu aku dah pregnant anak kedua. Dekat area rumah mertua tu, peluang kerja untuk perempuan yang dah berkahwin dan tengah pregnant ni memang sangat limit. Ni bukan aku cakap ikut sedap mulut.
Dari awal kami pindah masuk tu aku dah apply macam – macam company dan attend interview. Tapi tulah banyak yang reject sebab takut nak bayar gaji daan bila diorang tahu aku ni bukan dari negeri tersebut, siap ada pengalaman intern kat company besar.
So bermula lah misi aku untuk cari kerja luar dari negeri tersebut dan negeri pertama yang aku fokuskan adalah negeri kelahiran aku sebab kat sana ada mak ayah aku, adik beradik, dan sed4ra mara yang sudi membantu kalau aku perIukan bantuan.
Awal tu aku memang apply terus tapi bila fikir balik nak datang interview apa semua pakai duit, aku hold dulu niat aku, lagi pun baby belum lahir. Kondisi aku ni belum kuat untuk aku berjarak dengan suami. Jadi apa aku buat sepanjang pregnant?
Again and repeat the same thing i do during my past pregnancy journey. Aku perhatikan sikap suami aku yang memang teramat beza tapi kes4kitan sama yang berulang. Kalau dulu masa anak first aku kena em3rgency czer sebab baby str3ss dalam kandungan dan benda tu berulang. Suami aku repeat the same mistakes dan kali tu lebih teruk.
Masa pregnantkan anak first dia macam abaikan aku sebab dia tak bagipun ruang untuk aku dilayan selayaknya seorang perempuan yang pregnant, merajuk aku tak dipujuk, penat aku tak dibantu, nangis aku dibiarkan sampai berhari – hari, berbulan – bulan aku tidur bertemankan air mata apa semua.
Tapi masa ni dia still bagi jer nafkah zahir dan batin ala kadar. Benda ni pun dia tahu sebab lepas lahirkan anak sulung aku kena pospart depr3ssion sampaikan mak mertua terp4ksa ambik alih jaga anak. Anak kedua pulak, lagiIah mencabar.
Orang keliling akan kata aku ni b0doh sebab pregnant masa tengah susah which is menumpang rumah mertua, anak sulung masih kecik, simpanan tak ada, preparation tak ada, pastu suami isteri tak bekerja. Tapi tu lah aku terp4ksa hadap walau hakik4tnya, aku memang lepas lahirkan anak sulung aku ada ambik suntikan perancang sebab aku tr4uma melahirkan dan mengandung tapi tiba – tiba boleh lekat.
Doktor yang sahkan kehamilan aku pun terk3jut masa tu tapi dia suruh aku bersyukur sebab zuriat pun rezeki dari Allah yang tak ternilai. Masa second pregnancy kan aku cakap suami aku ulang per4ngai macam dia buat masa aku pregnant anak sulung tapi kali ni lagi teruk, nak tahu sebab apa?
Kalau masa anak first dia macam abaikan aku apa semua sebab dia str3ss kerja dan bagi dia masa tu dari str3ss tu tertempias kat aku, better dia relax kan otak dia dengan hobi dia which is main game, tengok anime, dan lepak dengan kawan – kawan,
Tapi dia still bagi aku nafkah zahir selayaknya, rumah yang aman dan selamat, makan minum, pakaian, duit pegangan if aku nak beli apa, craving aku, hantar aku pergi klinik, bawak aku pergi jalan – jalan so on. Dan… Masa pregnant anak kedua semua tu aku tak dapat.
Aku dan anak sulung sering dianggap beban bagi dia. Dia kata kami ni kongkong dia sedangkan dia still boleh enjoy main game sampai lewat malam, futsal, anime and lepak… Macam masa dia bujang dulu. Dan dia tu pandai tau. Dia tahu aku pendam banyak benda. Jadi dia mengelak tidur dengan aku sebab dia tahu aku akan pillow talk sebab aku penat pendam semua sendiri.
Ya, dia tahu aku merajuk tapi dia tak pernah pujuk. Dia akan buat macam tak ada apa – apa tu. Awal tu memang aku boleh husnzon dan berharap dia berubah. Tapi m4kin lama m4kin melarat. Dia jadi baran. Kalau aku atau anak tegur dia masa dia main game, dia akan meIetop macam tu. Dia mana kisah mak atau ayah mertua dengar sekali pun.
Dan setiap kali meIetop tu dia akan repeat the same word yang seakan menyalahkan aku atau anak sulung kami yang baru nak membesar tu. Setiap hari aku hadap muka dia masa tu, setiap hari tu aku makan hati. Anak sulung tu dia nak membesar memang macam – macam ragam, tapi tulah budak sekecik tu dan secomel tu pun jadi aggresive bila mana teguran lembut atau tegas yang dulu ada tiba – tiba berubah like, “kau jangan jah4nam kan barang atok kau. Aku tak ada duit nak ganti. Kang aku tumb0k muka kau!”.
Banyak kali aku tegur suami about apa yang dia cakap tu salah dan dikira ugvtan. Dia boleh selamba badak kata ” Aku cakap jer bukan buat pun”. Ya, dia tak pij4k. Tapi berd4das tamparan, cubitan and pukuIan yang hinggap kat budak sekecik tu sampaikan budak tu pun dah terbiasa.
Aku ni pun kalau nak backup anak, aku dibasuhnya. Kata manjakan anak sangat. Masa aku nak dekat bersalin anak kedua, masa tu dah dekat 9 bulan, barulah suami aku nak prepare barang – barang baby dan barang aku berpantang. Tu pun pakai duit mak ayah mertua.
Aku tahu tu sebab mak ayah mertua kadang – kadang terlepas cakap yang suami tak tolong dia kat kedai, sedangkan tak pulak dia duduk rumah. Rupanya dia keluar lepak katanya str3ss duduk rumah layan per4ngai aku dan anak. Masa aku masuk wad, masa tu dia plan lepak dengan kawan – kawan dia kan, padahal aku ada pesan yang dia kena tunggu aku sebab kemungkinan baby akan lahir bila – bila masa sebab aku dah start rasa s4kit yang sangat, kau tahu apa dia buat?
Dia utamakan kawan – kawan dia. Dibiarkan aku bersalin tanpa dia. Dan masa tu tak ada siapa pun selain dia yang tahu aku bersalin malam tu. Anak sulung mak mertua jaga. Diorang ingat aku w4rded kejap jer, rupanya nak bersalin sedangkan anak tak cukup pun minggu.
Lepas kes aku bersalin tu dan mak ayah mertua tahu aku bersalin malam tu tanpa suami di sisi, diorang memang terasa dengan per4ngai suami siap cakap kat aku, “Kalau tak kenangkan kau dengan anak kau, mak ayah dah halau dah laki kau tu walaupun dia anak kami”. S4kit tapi terp4ksa telan.
Masa dalam pantang pulak, suami ni sibuk dengan routine dia, game, lepak dengan kawan – kawan, anime so on. Anak – anak dibiarkan aku dengan mertua yang urus. Kalau anak kedua meragam serentak anak pertama, mak mertua lah terp4ksa turun tangan redakan diorang, nak harapkan aku sorang memang tak lah dengan aku pun nak jaga Iuka jahitan.
Masa anak kedua dah 3 bulan tu, aku cakap sendiri kat mak mertua dan bapak mertua aku yang aku dapat taw4ran kerja kat selatan tanah air, aku nak pergi. Diorang berat hati tapi kena bagiIah sebab itu jer yang boleh bantu aku dan anak – anak dikemudian hari.
Nak harapkan suami aku, time tu kepala dia macam batu. Kau bagiIah nasihat, kau marahlah macam mana. Kalau dia nak A, dia buat A jer lah. Yang hantar aku ke terminal bas mak ayah mertua. Aku salam diorang aku peIuk diorang. Anak – anak pun sama.
erat hati masa tu fikir nak berjauhan, tapi demi realisasikan harapan aku untuk keluarga kecik kami hidup dengan selesa, aku kuatkan jugak hati. 6 bulan first aku kerja, aku simpan duit sebanyak mana, aku siap cari cara buat side income sebab aku nak anak – anak ada dengan aku.
Settle 6 bulan saving, aku terus pindah keluar dari rumah mak ayah aku dan sewa rumah lain dengan harapan masa tu suami anak – anak ada kat sisi lagipun kat sini banyak kerja kosong kalau suami nak kerja. Tentnag pengasuh anak pun aku uruskan dah.
Tup tap masa aku pujuk suami duduk sekali dia boleh kata “Aku tak nak. Kalau rasa nak bawak anak – anak, bawak lah. Bincanglah dengan mak ayah, jangan sampai ada terasa”. 2 tahun anak – anak aku uruskan sorang – sorang, sekarang nak ambik pengasuh, tapi semua komitmen aku tanggung sendiri.
Aku tak pernah tak bagi anak – anak jumpa bapak diorang ya, aku siap taw4rkan duit minyak so on if suami nak datang melawat, tapi dia macam biasa. Macam – macam alasan. Video call tu pun aku yang kena start dulu supaya anak – anak sedar lagiIah yang diorang ada ayah.
Setiap kali vc dia macam awkw4rd tu, mana nak cakap sangat dengan aku. Dia akan cakap dengan anak – anak jer tu pun paling lama 20 – 30 minit. Pastu dia endcall. 2 tahun ya! Aku rasa aku ni isteri tapi hanya atas kertas. Ada suami, tapi macam janda. Then semalam start drama dia bila mana aku cakap,
“Abang, kalau abang dah tak mampu peristerikan saya. Abang lepaskan lah saya. Saya dah boleh hidup tanpa abang kat sisi – sisi. Dari saya berd0sa dengan Allah atas sikap abang, abang ceraikan lah saya”. Tak ada angin, tak ada ribut, chat pun just bluetick, pagi buta tu dia datang dalam 3 pagi.
Awal tu aku tak perasan sebab hujan lebat, anak – anak pun dah masuk tidur jadi mana nak dengar apa sangat. Aku pulak kat bilik aku settlekan urusan invoice semua. Aku sedar dia datang tu sebab tergerak hati nak tengok kasut sekolah anak sulung aku.
Basah lecun kalau dibiarkan sebab anak sulung aku ni suka letak kasut sekolah berterabur. Tengok – tengok ada kereta paro depan rumah dan tu kereta dia. Sebabkan hujan, aku bagi lah jugak dia masuk walaupun menyampah. And now aku pulak meluat dia ada kat rumah.
Dia tak cakap apa pun aku rasa macam cepatlah semua ni berakhir. Wajar ke aku tuntut fasakh? Ataupun bagi jer dia second chance walaupun hati aku ni s4kit sangat? – Neja (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Sakinah Safiyya Hisyam : Kalau dah menyampah fasakh sajelah. Teruk sangat per4ngai. Ni yang w4rga threads kata, lepas keluarkan diri dari kemiskinan dengan education kena cari pasangan yang sekufu pemikiran. Sama – sama nak berjaya di dunia dan di akhir4t.
Bukan pasif, buat benda b0doh – b0doh. Bela ego sendiri sia – siakan anak bini jadi biawak hidup. Nak kata rapat dengan anak pun tak. Dah kahwin nak hidup macam bujang. Ni luncai yang kau patut biar terjun dengan labu – labunya. Bagi 2nd chance pun tak guna. Nasik dah jadi bubur.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.