
Aku kemain puji rendang tuan rumah masak sampai isteri terasa hati. Balik tu banyak kali isteri cuba masak tapi aku jujur je cakap tak sedap. Sampailah satu hari, isteri aku meIecur teruk dari perut sampai peha..
#Foto sekadar hiasan. Aku dah kahwin selama sembilan tahun. Korang percaya ke tak… isteri aku memang tak tahu masak langsung. Bukan setakat tak tahu masak, pegang pisau pun kekok. P0tong bawang pun kalau tengok, boleh mengucap panjang. Serius.
Isteri aku ni lahir dalam keluarga yang agak berada. Masa dia bujang dulu, semua benda pembantu rumah yang uruskan, seratus peratus. Jadi memang dia tak tahu apa – apa pun. Dia anak manja pulak dalam keluarga, dua beradik je. Isteri aku ni memang manja yang boleh dik4takan melampau.
Kalau orang yang tak kenal dia sangat, mungkin akan fikir dia mengada – ngada. Tapi sebenarnya sikap manja dalam diri dia tu dah jadi tabiat. Dia tak pandai meIawan. Yang dia tahu, bila kena tegur sikit, dia menangis. Itu je. Mak mentua aku pernahlah dulu cuba tolong.
Dia suruh pembantu rumah dia datang kerja kat rumah aku. Tapi mak mentua aku yang nak bayar gaji. Aku tolak mentah – mentah. Bagi aku, aku pun ada maruah sebagai seorang suami. Aku tak izinkan orang lain masuk rumah aku sesuka hati.
Rumah bagi aku tempat privasi. Sebab tu aku memang tak nak ada orang luar dalam rumah sendiri. Jadi sejak mula kahwin, aku makan luar. Bungkus. Atau kadang – kadang aku sendiri yang masak. Isteri aku pernah jugak cuba usaha nak belajar masak.
Dia minta pembantu rumah mak mentua aku, Kak Dibah, ajarkan dia. Tapi entahlah apa yang dia belajar pun aku tak tahu. Sebab sampai sekarang pun masih tak pandai – pandai jugak. Pernah sekali aku cuba makan apa yang dia masak. Masin berdentum. Memang tahap tak boleh telan.
Masa tu aku memang terbawa emosi sikit. Yalah, badan penat, dekat tempat kerja ada masalah. Balik rumah pulak terkena makanan masin. Dah macam sengaja nak kenakan aku. Suara aku jadi tinggi sikit masa tu. Aku cakap, “Kalau tak reti, tak payah buat. Tolong order dan hidang pun dah cukup. Orang penat, lapar. Ingatkan dah tolong beli lauk siap – siap.”
Macam biasa, isteri aku tak pandai meIawan. Hanya tahu menangis. Lepas tu aku pujuk balik. Ajak makan luar macam selalu. Sejak tu, dia memang dah tak masak dah. Dia akan beli lauk siap, hidang cantik – cantik atas meja. Itu je. Aku tak kisah pun sebenarnya. Aku dah terbiasa.
Sampailah baru – baru ni. Hari Ahad lepas, kami pergi jamuan hari jadi anak kawan isteri aku. Dekat jamuan tu ada pulut kuning dengan rendang. Rendang memang makanan kegemaran aku. Rendang tu sumpah sedap giIa. Sampai aku tak ambil menu lain pun. Ulang – ulang makan rendang je. Tapi masih ingat orang belakang ya, aku tak lupa kongsi!
Sambil makan, aku puji – puji rendang tu. Aku cakap, “Sedap giIa rendang ni.” Kawan dia tu jenis yang bila orang puji, dia m4kin angkat diri dia. Jadi aku pun puji la lebih sikit. Aku cakap, “Pandai akak buat rendang. Saya memang minat betul rendang macam ni.”
Tanpa aku sedar, isteri aku terasa hati. Tapi dia bukan cemburu dengan kakak tu. Sebab yang masak rendang tu pun dah tua. Cuma dia sedih sebab dia tak pandai masak. Balik dari majlis tu, dia minta pembantu rumah mak dia ajar rendang.
Pembantu ajar, macam biasa memang tak menjadi. Aku pun tak tahu jadinya rendang ke jadi asam pedas. Aku cuba makan, tapi tak habis. Aku diam je, tak komplen pun. Bila isteri aku tanya, “Sedap tak?” Aku jawab, “Entah. Awak rasa sedap ke?” Dia sendiri jawab, “Tak.”
Lepas tu dia belajar lagi. Buat lagi. Kali ni dia tengok YouTube pulak. Masa ni dia sorang je dekat dapur, aku kerja. Pembantu rumah pun tak ada masa tu. PukuI 3 petang, mama call. Mak mentua aku cakap isteri aku kena meIecur. Separuh badan. Dari perut sampai ke peha.
Kuali rendang tengah mendidih terbalik masa dia tunduk nak ambil senduk yang jatuh. MeIecur teruk. Sekarang dia masih dalam wad. Oksigen turun naik. Kulit dia… aku tak kuat nak tengok lama – lama. Orang semua salahkan aku. Sebab semua orang fikir aku yang p4ksa dia masak.
Tapi sumpah aku tak pernah p4ksa dia masak pun. Aku tak kisah pun kalau dia tak reti. Aku dah hidup dengan dia sembilan tahun macam tu. Tapi itulah, dia nak cuba. Dia nak jadi isteri yang sempurna agaknya. Tiga hari lepas, doktor panggil aku masuk bilik.
Beritahu yang dia kena masuk bilik pembedahan sebab ada jangkitan pada kulit melecur tu. Aku masuk bilik wad, tengok muka dia pucat, mata dia sembap menangis. Dia pegang tangan aku dan bisik perlahan, “Maaf abang… saya cuma nak buat abang bangga sikit dengan saya…”
Masa tu aku tak tahan. Aku terus menangis depan dia. Itu kali pertama dia tengok aku menangis. Sekarang aku duduk rumah, tengok dapur yang dia selalu berlatih masak tu. Teringat bau rendang hangit hari dia melecur tu. Aku masih terbayang dia berdiri dengan apron pink yang aku pernah beli masa hari jadi dia dua tahun lepas.
Aku tak tahu nak rasa apa sekarang. Sedih ada, serba salah pun ada. Kecewa pun ada. Tapi yang paling kuat… rasa rindu. Kalau aku boleh undur masa, aku cuma nak peluk dia masa dia tanya “Sedap tak?” dan aku jawab dengan jujur, “Tak sedap pun, tapi saya tetap bangga sangat sebab awak masak untuk saya.”
Komen Netizen :
Cik Puan Madina : Kalau dia DH sedar Dan sembuh. Tolong jangan tinggalkan dia. Dia cuba buat yang terbaik untuk awak. Jangan salahkan dia, dia tak pandai masak. Ustaz ada cakap, sebelum isteri kahwin. Dia Ada maid. Lepas kahwin kita patut sediakan maid untuk dia. Dia tak pandai masak tapi dia mesti lawa.
Anonymous participant 488 : Sedikit perkongsian dari saya, isteri saya pun tak pandai masak jugak. Dia pun bukannya orang senang, rupa pun biasa – biasa saja. Nak kata rajin memasak tu ikut mood dia, kalau malas memang kena makan luar.
Kalau masak memang tak sedap, masin, taw4r, manis ikut dan tekak dia jaa. Dalam tempoh 5 tahun pertama tu boleh la tahan lagi. Masuk 5 tahun kedua, saya dah start memasak dengan dia sebab saya boleh masak sikit – sikit. Sambil – sambil baca resepi, tengok YouTube dan lain – lain.
Balik kerj ,atau hari cuti, saya akan memasak dengan dia. Sampailah dia boleh masak sikit – sikit. At least boleh telan laa. Memang tak boleh expect orang yang tak biasa masak dan takda minat memasak akan pandai memasak dengan cepat. Yang penting kena bagi moral support.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.