Kawan aku baru umur 30 tahun tapi anak dah 6 orang. Setiap tahun beranak. Dia mengadu penat. Bersalin dekat rumah sebab suami anti hospital

Hari ni kawan aku mesej, suruh bawa dia pergi cucuk depo diam – diam. Bil klinik RM30 pun dia tak mampu bayar, aku bayarkan. Dulu kawan aku ni cantik, ada kerjaya, motor, kereta, habis segalanya. Suami berfoya dengan hobi mahal, bini dekat rumah dah macam bibik.

#Foto sekadar hiasan. Harini aku belanja kawan makan. Dia luahkan keadaan dia sekarang. Terk3jut aku dengar. Ini sekadar kisah perkongsian sahaja. Dia umur 30 tahun, anak enam. Beranak setahun sekali. Aku tanya kenapa tak ambil perancang keluarga, katanya suami dia tak bagi kerjasama dan sokongan.

Dia sekarang penat urus rumah, anak sekolah dan bayi yang beza setahun. Allahu. Lain kali jangan pendam. Hidup ini kena ada kawan yang boleh nasihat kau. Sebelum ini dia tak pernah kongsi masalah dia. Mungkin sebab betul – betul str3ss.

Suami jenis tak boleh berbincang. Itu sebab dia cerita dekat aku. Aku pula jarang nak masuk campur hal orang. Aku takkan tanya kecuali dia cerita dulu. Suami tak rajin tolong buat kerja rumah, nafkah berkira dan duit gaji habis berjoli dekat barang hobi. Anak pula ramai.

Dia yang dulunya cantik dan ada kerja, sekarang ini hilang segala – galanya. Kereta dan motor habis dia jual sebab nak guna duit. Aku cadangkan dia ambil perancang keluarga. Mana taknya, suami berfoya dengan hobi mahal, bini dekat rumah dah macam bibik.

Kau bang, kalau kau baca ini, kau ingat. Dekat dunia kau aniaya bini sendiri, akhirat siksa teruk kena. Kepada isteri – isteri yang penat asyik beranak sahaja, pergiIah klinik kesihatan yang kerajaan punya. Murah sahaja. Hidup ini kena fikir diri sendiri juga.

Kau beranak setahun sekali, badan pun penat. Emosi jangan cakaplah. Tambah kau tak ada kerja, suami pula berkira. Aku sebagai kawan, aku sedih. Aku hanya boleh nasihat. Nak lebih – lebih tak boleh sebab kita bukan sesiapa. Nanti tak pasal – pasal orang kata masuk campur hal keluarga orang. Sebagai kawan, aku hanya bagi nasihat untuk dia ambil perancang. Selebihnya dia sendiri yang kena ambil tindakan. Semoga dipermudah segala urusan kita semua.

Sambungan.. Semalam aku cerita pasal kisah kawan aku yang umur 30 tahun, anak enam. Semalam aku dah pesan dan nasihat banyak dekat dia. Mungkin malam tadi dia balik dan berfikir. Harini pagi dalam pukuI 8, dia WhatsApp minta tolong hantar dia pergi klinik untuk cucuk depo.

Mula – mula aku ingat dia nak pergi klinik kesihatan kerajaan, lepas itu dia kata nak pergi swasta. Aku pun bawa dia pergi. Anak – anak dia yang kecil itu dia tinggalkan dekat jiran sebelah. Masa dekat klinik aku tanya kenapa tak ke klinik kerajaan sahaja.

Rupanya ada plot twist. Patutlah dia m4ti – m4ti tak nak ke klinik kesihatan, rupanya suami dia pernah berg4duh dengan jururawat dan doktor situ. Punca sebab suami anti vaksin. Anak dia yang terakhir itu rupanya beranak dekat rumah. Terk3jut aku dengar. Lepas beranak baru dia ke hospital, itu pun sebab mak dia p4ksa.

Patutlah semalam dia kata suami dia tak sokong. Nak ke klinik susah sebab tak ada pengangkutan, suami jarang ada rumah. Kawan aku ini memang lurus bendul. Kalau suruh buat apa – apa dia jarang nak bantah. Lagi – lagi kalau suami dia yang suruh. Padahal Grab ada. Tapi dia jenis tak reti nak tempah Grab.

Aduhlah. Parah. Aku ini nak nasihat lebih pun tak boleh sebab itu rumah tangga dia. Pandai – pandailah fikir sendiri. Aku okey sahaja kalau dia nak minta tolong. Cuma apa – apa yang jadi antara dia laki bini, aku dah cakap awal – awal aku tak boleh campur.

Takkan aku nak suruh dia cerai. Anak enam. Kalau cerai, dibuatnya suami hilang tanpa jejak, aniaya dekat anak – anak. Masa dekat klinik swasta, doktor ada bagi nasihat dekat dia. Doktor suruh ambil depo dulu tiga bulan. Kalau sesuai, lepas itu doktor suruh pakai implan. Masa ini dia hanya ikut sahaja apa doktor suruh.

Betul lah, kawan aku ini lurus dan lembap sikit. Selama dia kahwin, tak pernah lagi dia cerita apa – apa dekat aku. Semalam sahaja dia cerita. Mungkin sebab betul – betul str3ss suami dia tak balik rumah. Katanya suami dia jarang balik rumah dan kata kerja luar kawasan.

Aku pun cakaplah jangan percaya sangat. Entah – entah dia dah ada bini lain. Terus berubah muka kawan aku. Aku saja nak mengusik. Dah kau pun lurus bendul. Ikut sahaja suami buat tanpa bantah. Itu sebab kena pij4k dengan suami. Lepas cucuk, bil klinik itu dalam tiga puluh ringgit lebih sahaja.

Aku bayarkan sebab aku nampak dia macam tak ada duit. Aku kata duit kau itu simpan untuk kecemasan. Dia menangis. Aku kata aku tak kisah bab duit, janji kau fikir dulu diri sendiri. Kau itu jangan lurus sangat. Apa sahaja suami cakap, ikut tanpa bantah.

Kita hidup bukan untuk suami semata – mata. Fikir diri sendiri juga. Aku rancang nak suruh dia buat kerja dari rumah sebab dia pandai buat kek dan biskut. Aku terfikir nak suruh dia berniaga kecil – kecilan. Tapi itulah. Aku hanya mampu bagi nasihat. Selebihnya dia sendiri yang kena ambil tindakan.

Aku tak nak lebih – lebih. Aku tak nak beria nasihat tapi dia sendiri tak ada rasa nak berubah. Semalam aku nasihat suruh ambil perancang, harini dia ikut. Itu pun aku dah cukup gembira. Aku cuma mampu berdoa dan nasihat untuk dia. Mungkin Tuhan nak uji aku. Apa – apa pun aku berdoa sungguh – sungguh semoga dipermudah segala urusan kita semua.

Komen Netizen :

Ainn Jamaluddin : Allah hadirkan awak untuk dia meluah dan jalan penyelesaian. Betul juga jangan percaya sangat suami kalau kata kerja luar kawasan. Dah banyak jadi walaupun memang ada yang jenis jujur. Duit banyak habis dekat hobi. Hobi apa entah. Anak enam. Rasa nak marah sebenarnya.

Carl Yung Kai : Okeylah itu ada juga sis tunjukkan jalan untuk dia. Sekurang – kurangnya ada sahabat di sisi dia. Bab rumah tangga orang jangan kita masuk campur dan api – apikan serta tabur fitnah. Kita hidup tak lama, tak tahu apa akan terjadi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :