
Aku tahu, madu selalu bagi duit dekat anak – anak aku, belikan barang untuk dorang. Pernah aku nampak mereka sekeluarga makan di restoran mewah. Anak – anak aku pun ada sekali. Aku duduk di meja lain, sorokkan muka sebab malu.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan para pembaca semua. Di sini aku nak luah tentang sedikit masalah yang aku hadapi dan nak minta pandangan dari ahli group ini. Aku merupakan isteri pertama, umur aku 57 tahun. Suami aku pula berumur 50 tahun.
Sudah 4 tahun juga aku berjauhan dengan dia. Aku keluar dari rumah tanpa pengetahuan suami waktu dia berada di rumah isteri kedua. Aku terus balik rumah keluarga aku dan aku nekad tak nak pulang lagi pada suami selepas dia ambil keputusan kahwin dua.
Kami ada 3 orang anak. 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Seorang sudah masuk Universiti manakala 2 lagi masih bersekolah menengah. Sejak 4 tahun lepas ayah diorang tak balik jengah kami. Kalau dia balik pun, aku akan marah, m4ki hamun, sindir, sebab aku memang tak boleh terima dia kahwin dengan perempuan lain.
Sebenarnya madu aku seorang wanita yang baik, berpurdah, pandai bawa diri. Tapi hati aku memang tak boleh terima. Aku rasa macam dia rampas suami aku. Walaupun aku tahu suami aku yang pilih jalan tu, hati aku tetap sakit. Aku rasa maruah aku jatuh, sebab selama ni aku dah berkorban banyak untuk rumah tangga.
Dalam 4 tahun aku berjauhan dengan suami, aku langsung tak ambil tahu pasal dia. Apa makan minum dia, sakit pening dia, semua aku biar. Sebelum dia kahwin lain, dia memang seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Ayah yang baik pada anak-anak, rajin bekerja, nafkah semua cukup.
Cuma aku sendiri memang ada sikap suka lawan cakap suami. Aku pernah herdik dia depan anak-anak, aku marah tanpa fikir hati dia. Tapi suami aku jenis sabar. Tak pernah sekali pun dia naik tangan atau marah aku balik. Mungkin dia dah pendam lama, tu yang buat dia nekad kahwin lain. Aku tahu sebenarnya salah aku, tapi ego aku terlalu tinggi nak mengaku.
Aku pernah bawa suami ke mahkamah, konon nak tuntut hak aku. Tapi aku kalah. Aku pernah maIukan dia depan keluarga, aku pernah jaja keburukan dia dan madu aku pada orang. Tapi peliknya, dia tetap sabar. Madu aku pun sama. Walau apa yang aku cakap buruk pasal dia, dia tetap diam, tak pernah serang aku balik.
Sekarang, suami dan madu hidup senang dengan bisnes mereka. Mereka ada anak bersama, ada rumah besar, kereta besar. Dulu masa dengan aku, kami hanya pakai kereta kancil. Sekarang mereka dah pakai Vellfire. Anak-anak aku tak pernah buruk-burukkan mak tiri diorang sebab mak tiri diorang selalu bagi barang, belanja, duit. Kadang-kadang aku nampak slip bank in yang mak tiri masukkan untuk anak-anak. Tapi untuk aku, langsung tak ada.
Suami aku kata dia tak wajib bagi nafkah pada aku sebab aku yang keluar rumah sendiri. Katanya dia tak pernah halau aku pun. Jadi dia hanya tanggung nafkah anak-anak. Aku jadi bingung, betul ke macam tu? Aku isteri sah, tapi bila aku yang lari dari rumah, terus tak ada hak?
Bila anak-anak jumpa ayah diorang dengan mak tiri, aku jadi marah. Aku cemburu. Aku tak suka tengok anak-anak rapat dengan madu aku. Kadang aku tengking anak-anak, tapi diorang hanya diam, tunduk. Aku tahu dalam hati diorang, diorang sayang juga ayah dan mak tiri tu sebab diorang selalu dapat kasih sayang dan perhatian.
Suami pernah ajak aku bekerjasama majukan keluarga. Katanya kita boleh sama-sama bina bisnes macam dia dengan madu. Tapi aku tak yakin. Dulu masa dengan aku, hidup kami susah. Aku nampak dia macam tak ada masa depan. Tapi bila dia bersama madu, entah kenapa rezeki dia terbuka luas.
Aku masih hidup susah macam ni. Duduk menumpang dengan keluarga, tak ada harta. Kadang aku rasa malu dengan orang sekeliling bila tengok suami bahagia dengan keluarga baru. Pernah sekali aku ternampak mereka sekeluarga makan di restoran mewah. Anak-anak aku pun ada sekali. Aku duduk di meja lain, sorokkan muka sebab malu. Tapi dalam hati aku rasa perit sangat, macam aku tak wujud lagi dalam hidup dia.
Pernah juga aku cuba contact suami diam-diam, tanya khabar. Tapi jawapan dia pendek saja. Dia kata kalau aku nak balik, pintu rumah sentiasa terbuka. Tapi syaratnya aku kena terima hakik4t dia dah ada madu. Bila dengar macam tu, aku terus padamkan nombor dia. Ego aku tak bagi ruang untuk aku mengalah.
Aku tahu aku salah. Aku tahu aku yang banyak Iuka kan hati dia dulu. Tapi sekarang aku rasa macam aku yang rugi besar. Aku nak suami aku ceraikan madu. Aku pun nak merasa hidup senang. Aku penat hidup susah, aku penat hidup dengan rasa marah dan cemburu. Aku tak nak perempuan tu seorang sahaja yang hidup senang dengan suami aku.
Cuma kadang aku terfikir juga, kalau suami aku boleh berubah jadi lebih berjaya sebab bersama madu, adakah aku yang selama ni jadi punca dia tak maju? Hati aku masih berper4ng dengan ego dan maruah. Aku tak tahu apa patut aku buat sekarang.
Komen Netizen :
Hayati Hashim : Bagus TT ni , dia cerita benda betul dan dia jujur cerita salah dan keburukan dia. Dia cerita juga kebaikan isteri kedua. Sejahat mana pun manusia pasti ada kebaikan dan sebaik manapun manusia pasti ada jugak yang buruk. TT berubahlah dan balik pada suami, tebus salah dan silap selama ni.
Minta ampun pada suami, buang eg0. Cuba terima dan redha bermadu, nampak kat sini yang madu pun seorang wanita yang baik. Alhamdulillah suami senang dan berjaya lepas berkahwin dengan madu, itu rezeki TT sekeluarga. Saya rasa kalau tt berubah berbaik dengan madu mesti dapat kongsi kebahagiaan dan kesenangan bersama..
NurAz Wan : Cuba berikan alasan kenapa suami awak nak ceraikan madu awak yang baik dan nak balik pada awak, isteri yang busuk hati, cemburu, jauh lebih tua ni? Maaf, saya berterus terang saja, sebab awak yang minta pandangan. Saya cuma nak cakap, macam awak kata, awak hidup susah sekarang.
Saya takut awak juga akan hidup susah akhir4t nanti, sebab nusyuz. Lari dari rumah dan tak taat pada suami. Suami mampu kahwin lain, dah ada anak lagi. Kenapa nak ani4ya madu awak plak. Baik awak cermin diri dan perbetulkan kesalahan awak.
Kalau awak ikut saranan saya, satu hari nanti, sekurang – kurangnya di akhir4t nnti, awak pasti akan berterima kasih atas nasihat ini. Tanya diri kenapa anak – anak awak sendiri sanggup curi – curi untuk jumpa mak tiri, walau tahu awak tak suka.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.