Mak dapat duit Felda 8000 sebulan tapi setiap minggu minta aku RM200. Keluarga aku nak makan pun tak mampu. Mak ungkit besarkan aku

Aku pernah belikan mak mesin basuh sekali dryer, tapi dia hadiahkan dekat anak bongsu dia. Aku beli air fryer, dia siap kutuk kata kecil sangat. Aku bawa mak pergi pasaraya, dia ambik semua barang mahal mahal lebih 500..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku harap semua yang baca ni sihat sejahtera. Aku sebenarnya lama dah pendam benda ni, tapi hati aku rasa nak luah juga. Bukan sebab nak buka aib sesiapa, cuma aku betul – betul perIukan pandangan dan juga kekuatan daripada orang luar.

Kadang – kadang bila kita cerita pada keluarga sendiri, jawapan yang kita dapat lebih kepada menyebelahi satu pihak saja. Jadi kali ni aku nak luah dekat sini, semoga ada yang sudi membaca dan memberi nasihat. Aku ada seorang mak. Mak aku janda, arw4h ayah dah meninggaI masa tahun 2020.

Kami tujuh beradik, lima lelaki dan dua perempuan, dan aku ni anak keenam. Hidup aku taklah mewah sangat, tapi aku cuba juga untuk tolong mak selagi boleh. Masalahnya sekarang, mak aku jenis suka minta duit anak – anak, terutamanya aku.

Dulu masa aku meniaga, seminggu sekali mak aku akan minta dua ratus. Kadang – kadang aku bagi juga, walaupun aku tahu duit tu habis begitu saja. Pernah sekali aku bagi dua ratus, lepas tiga hari dia datang minta lagi. Padahal aku tengah nak rolling duit meniaga, tapi sebab kesian dekat mak aku gagahkan juga.

Tapi bila aku dah ada anak kecil, aku terp4ksa rehat daripada meniaga. Susah nak bergerak sana sini, sebab anak aku menyusu badan dan aku banyak buat kerja sorang – sorang bila suami kerja. Waktu ni lah mak aku m4kin kerap tekan aku untuk bagi duit.

Yang buat aku sedih, bila aku cuba cakap aku memang tak mampu sekarang, dia siap ungkit dari zaman aku lahir sampai aku kahwin. Pernah dia cakap susu yang aku minum masa kecil pun tak halal. Bayangkan perasaan aku masa tu, macam jatuh air muka sebagai anak.

Aku jadi malas nak bagi sebab bila aku hulur pun, duit tu habis untuk benda yang bukan keperluan. Kita nak dapatkan dua ratus tu sampai sanggup tak tidur malam fikir cara nak cari duit, tapi mak aku boleh habiskan dalam sehari je. Kalau duit tu dia guna untuk barang dapur, aku memang tak kisah langsung.

Tapi yang buat aku kecewa, duit tu pergi ke tempat makan restoran, pergi berjalan sana sini. Aku pernah cuba belikan sendiri barang dapur untuk mak aku, tapi dia tetap tak puas hati. Dia kata aku beli sabun murah, beras murah, lauk pun bukan yang dia nak.

Kalau ikan saiz kecil memang dia tak mahu. Katanya jijik sangat nak makan ikan kecil. Kalau ikutkan selera mak aku, semua nak yang fresh dan mahal. Pernah sekali aku bawa dia sendiri ke pasar raya. Sekali beli barang, lima ratus pun tak cukup.

Mak aku memang suka capai barang mahal – mahal. Kalau beli lauk, ketam, udang, sotong semua masuk troli. Daging pun nak yang fresh dari kampung, yang frozen dia tak nak langsung. Sedangkan aku dengan suami hari – hari makan lauk ulam budu saja, nak merasa benda mahal pun tunggu hujung bulan atau bila ada lebih sikit.

Satu lagi kejadian yang aku tak boleh lupa, pernah aku balik kampung tangan kosong sebab memang masa tu aku betul – betul tak ada duit lebih. Aku sangka mak akan faham, sebab aku ada anak kecil nak uruskan. Tapi sebaliknya dia marah aku depan adik – beradik lain, siap bandingkan aku dengan abang aku yang selalu hulur duit besar.

Padahal abang aku tu bujang, tak ada anak bini. Memanglah dia mampu lebih. Hati aku masa tu memang luluh, rasa macam usaha aku selama ni langsung tak dihargai. Ada masa aku pernah cuba hulur juga walaupun sikit. Contohnya aku pernah bagi seratus sebab nak tunjuk aku tetap ingat dia.

Tapi mak aku siap cakap, “Seratus ni nak buat apa? Sekali makan luar pun tak lepas.” Ayat tu betul – betul makan dalam. Aku balik rumah menangis sebab terasa aku ni macam tak pernah cukup di mata mak sendiri. Lepas aku ada anak, aku nekad tak nak bagi duit lagi.

Bukan sebab aku berkira, tapi aku dah nampak jelas mak aku jenis boros melampau. Gaji Felda lapan ribu sebulan pun dia pernah cakap tak cukup. Entah apa yang dia belanja pun aku tak tahu. Suami aku pun dah mula tegur. Dia kata kalau kita terus bagi duit, mak akan lebih manjakan anak – anak lain. Kita pula yang nampak macam b0doh, kerja keras tapi hasilnya orang lain yang merasa.

Aku pernah belikan mak mesin basuh dengan dryer, tapi dia boleh pula hadiahkan dekat anak bongsu dia. Aku beli air fryer, dia bukan saja tak guna, siap kutuk kata kecil sangat. Dari situ aku terus stop bagi barang – barang. Aku dah penat.

Kadang – kadang aku terfikir betul ke apa yang aku buat ni. Ada masa aku rasa k3jam, sebab mak tetap mak. Tapi bila aku nampak duit titik peluh aku habis macam tu je, memang hati aku terasa. Sekarang aku serah bulat – bulat pada anak – anak lelaki yang lain untuk tanggung mak. Aku dah buat yang terbaik, tapi akhirnya tetap juga dapat gelaran anak derh4ka.

Masa raya hari tu, aku hulur duit lebih sikit sebab aku tahu ramai adik beradik nak balik rumah mak. Sekali aku tengok sendiri, duit tu habis untuk buat jamuan besar – besaran, siap belanja orang luar. Sedangkan kami anak – anak ni balik nak makan seadanya pun tak kisah.

Lagi s4kit hati bila tengok adik beradik yang tak pernah hulur duit pun dapat layanan lebih manja daripada aku. Aku rasa macam orang luar dalam rumah sendiri. Aku tahu ada orang kata, selagi mak hidup, redha dia penting. Tapi aku manusia biasa, ada hati dan perasaan.

Bila aku dih1na dengan kata – kata “susu tak halal”, hati aku betul – betul r3muk. Aku terfikir, kalau aku terus bagi, aku mungkin lagi s4kit. Tapi kalau aku berhenti, aku dituduh derh4ka. Serba salah aku dibuatnya. Aku cuma harap Allah nampak usaha aku, sebab aku tak pernah berniat nak jadi anak derh4ka, cuma aku nak hidup aku dan keluarga kecil aku juga terjaga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :