Isteri aku bagi gambar, mesej manja, nak peIuk, civm dengan bekas kekasih dia. Paling sedih, isteri aku cakap, dia menyesal masa mereka berpisah dulu

Isteri aku berubah jadi manja. Aku ugvt, lafaz taklik supaya isteri aku berhenti berhubung dengan bekas kekasih dia dalam bilik gelap, aku pura – pura tidur. Sebenarnya aku buka mata sikit. Aku perasan dia sedang curi – curi menaip telefon. Kali ini bukan di WhatsApp, tapi melalui aplikasi LINE.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ingin berkongsi luahan sedikit mengenai rumah tangga aku. Kami suami isteri sudah hampir enam tahun berkahwin. Dikurniakan seorang anak. Isteri berasal dari Selangor dan kini menetap di Kelantan bersama aku.

Kami mula berpindah tinggal di Kelantan setelah aku mendapat pekerjaan di sini lima tahun yang lalu. Kelantan adalah kampung halaman aku, oleh itu isteri yang mengikut aku tinggal di sini. Di sini kehidupan kami agak selesa walaupun hanya aku yang bekerja dan isteri adalah suri rumah sepenuh masa.

Alhamdulillah rezeki kami anak beranak, pendapatan tetap dan bersih bulanan aku lebih kurang enam ribu ringgit sebulan. Dari pendapatan itu cukup untuk aku menyediakan segala keperluan kepada isteri dan anak seperti tinggal di rumah sendiri, duit belanja bulanan, bil internet isteri, kereta untuk kegunaannya, makan, pakaian, alat mekap, bawa berjalan dan sebagainya.

Kehidupan kami berjalan seperti biasa, boleh dikatakan bahagia bagi aku, bagi dia sekarang aku tak tahu. Namun perkara yang paling aku tak jangka telah berlaku di awal Jun yang lalu. Isteri kantoi, dia cuba mencurangi aku dengan bekas teman lelakinya yang juga merupakan suami orang dan ada anak. Ia bermula apabila aku perasan dia kerap bermain telefon sehingga lewat malam.

Sebenarnya itu adalah perkara biasa bagi dia kerana memang tabiat dia suka melayan TikTok, Instagram, Facebook, siaran langsung jualan dan sebagainya setiap malam. Tapi yang membuatkan aku mula syak apabila aku perasan jari dia seakan – akan setiap masa sedang menaip seperti berbalas mesej.

Pada mulanya aku biarkan dahulu. Tapi mungkin Tuhan nak tunjuk, alhamdulillah segala puji bagi Allah, yang menggerakkan hati aku untuk periksa telefon dia. Aku tersedar di satu malam pada pukuI dua pagi dan kebetulan telefon dia berada di sebelah aku.

Terus aku capai dan buka perbualan WhatsApp dia. Alangkah terk3jutnya aku. Berder4u d4rah aku, terasa gelap seketika dunia aku bila membaca segala mesej dia dengan bekas kekasihnya. Menitis air mata aku masa itu, tak sangka satu – satunya orang yang paling aku percaya dalam hidup sanggup berbuat demikian. Sanggup cuba untuk curang di belakang aku.

Pedihnya hati bila terbaca kata – kata manis dan manja antara mereka. Sampai isteri pun sanggup berkongsi gambar – gambar dia. Walaupun gambar itu bukanlah gambar tak senonoh, tapi tetap perit aku rasakan. Yang paling mengecewakan bagi aku bila terbaca ada ayat – ayat manja seperti mahu peIuk dan mahu civm.

Allahu, kenapa sampai macam itu sekali nipisnya iman isteri aku. Sedangkan aku sebagai suaminya ini mahu bermanja, civm pipi, minta peIuk pun dia selalu tepis dari dulu lagi. Dan lagi perit ada juga ayat yang mengatakan kesalnya dia meninggaIkan bekas kekasihnya dulu.

Aduh, bila ada ayat sebegitu bagi aku seolah – olah dia pun kesal juga berkahwin dengan aku. Kami berdua berkahwin atas dasar cinta. Kami bercinta selama lebih kurang setahun lebih sebelum memutuskan untuk berkahwin. Luluhnya hati aku sebagai suami apabila terbaca ayat – ayat sebegitu.

Aku baca semua itu, skrol dari awal sampai habis. Rupanya perbuatan mereka berdua ini bermula dari bulan Disember tahun lepas lagi. Dalam gelap bilik itu sambil menitis air mata, aku pandang muka dia yang sedang nyenyak tidur. Aku pandang muka anak perempuan kami yang masih kecil ini.

Terbayang macam mana masa depan dia kalau jadi apa – apa dekat hubungan ibu ayah dia ini. Ikutkan hati aku, amarah aku sebagai lelaki, mahu saja aku tamatkan terus segalanya dengan dia. Tapi demi anak, aku tak sanggup lagi. Belum masanya lagi.

Anak kami yang akan jadi m4ngsa sekiranya berlaku perpisahan. Jadi ketika itu juga aku mengambil keputusan untuk sabar dan bertenang dahulu, lagipun memikirkan perbuatan mereka berdua ini hanya sekadar mesej sahaja, belum ke tahap berjumpa atau apa – apa kerana lelaki itu duduk di Selangor.

Setelah hampir sejam aku termenung, aku putuskan untuk k3jut dia. Aku k3jut dan tunjuk pada dia yang aku telah tahu segalanya. Dalam keadaan mamai itu dia minta maaf pada aku dan aku pun terp4ksa buat pertama kalinya menggunakan kuasa aku sebagai suami untuk menyekat dia dari terus berbuat demikian.

Aku lafazkan taklik supaya dia berhenti berhubung dengan lelaki itu. Dia setuju untuk tak lagi berbuat demikian. Walaupun begitu, semenjak kejadian itu kepercayaan aku boleh dikatakan hampir tiada. Dia sepatutnya bukanlah orang jenis menggatal sana sini selama aku kenal dia. Entah kenapa, mungkin ujian bagi dia untuk tiba – tiba buat hal macam ini.

Sejak itu hati aku terus tak tenang, tapi kami teruskan kehidupan seperti biasa kembali. Aku pun perasan layanan dia pada aku sudah berubah, makin mesra walaupun tak cukup mesra sebenarnya bagi aku. Tapi aku okey. Aku terima dan anggap mungkin dia sudah sedar dan cuba tebus kembali silapnya.

Namun sangkaan panas sampai ke petang rupanya hujan di siang hari. Tak sampai dua bulan selepas kejadian itu, aku perasan lagi dia masih seperti mencuri – curi mesej di belakang aku. Akhirnya kuasa Allah yang nak tunjuk, teruk betul isteri aku ini tak pandai sorok tapi aku bersyukur sangat sebab dia kantoi.

Ada satu malam aku berpura – pura tidur, rasa was – was aku sentiasa ada. Disebabkan bilik itu gelap, dia tak perasan yang sebenarnya mata aku tak pejam betul – betul pun. Aku pun perasan dia sedang curi – curi menaip telefon. Kali ini bukan di WhatsApp, tapi melalui aplikasi LINE.

Terus aku tegur dia dan tanya siapa itu. Gelabah terus dia nak menjawab. M4ti – m4ti tak mengaku cakap tak ada apa – apa, kononnya bukan berbual. Dia ingat aku tak nampak ayat – ayat lelaki itu. Aku tekan – tekan suruh dia mengaku sampai ke sudah tak mengaku.

Akhir sekali aku cakap aku dah syak dari awal sebelum ini lagi sebab aplikasi itu nak buka kena kata laluan. Akhirnya dia mengaku ada berbual tapi tak beritahu aku siapa orangnya. Cuma yang pasti bukan bekas kekasih dia itu sebab aku perasan nama lain. Kecewa lagi aku. Tak sampai dua bulan dia buat hal lagi.

Dan entahlah, b0doh atau apa aku ini, aku masih cuba sabar dan beri dia peluang sekali lagi. Aku masih bercakap baik – baik dan nasihat lembut dengan dia macam sebelum ini. Langsung aku tak tinggikan suara takut k3jutkan anak yang tengah tidur sebelah.

Kalau ikutkan hati, dia memang dah tak layak untuk jadi sebahagian hidup aku. Sepanjang perkenalan kami hinggalah ke alam perkahwinan tak pernah sekali pun aku cuba curang pada dia. Pedih tuan – tuan, dua kali kena dalam masa tak sampai dua bulan. Cuma anaklah penyebab utama untuk aku kekal w4ras masa itu.

Lepas itu sampailah sekarang, aku dah rasa tak selamat lagi dalam rumah tangga ini. Syak wasangka aku pada dia sentiasa ada. Tapi aku tetap berdoa supaya dia betul – betul dah tak buat hal lagi lepas ini. Sebab kalau berlaku lagi kali ketiga, aku rasa memang dah cukup. Tak ada lagi maaf dari seorang suami untuk dia.

Cukup perit dah aku rasa walaupun semua itu hanya sekadar mesej. Sebagai suami, aku boleh dikatakan seorang yang agak mementingkan keluarga. Aku bukan jenis kaki lepak keluar malam sampai tinggal anak bini. Aku pun tak pernah tinggikan suara pada dia dan anak, jenis bercakap lembut, tak panas baran atau suka maki hamun, bukan kaki pukuI isteri, selalu mengalah dan hormat orang tuanya.

Sebagai suami walaupun aku bekerja, aku tetap tolong dia buat kerja rumah termasuk menguruskan anak. Sepanjang perkahwinan kami enam tahun ini tak pernah pun kami berg4duh besar. Walaupun dah jadi macam ini pun aku masih bercakap baik – baik dengan dia.

Ikutkan hati, boleh saja aku nak mula buat hal cari yang lain. Dengan keadaan kewangan aku, usia yang baru tiga puluhan dan sedikit rupa paras yang ada, tambahan pula jenis pekerjaan aku yang selalu berjumpa orang, mudah sangat untuk aku ke arah itu. Tapi tak, aku tak sanggup bila memikirkan anak dan isteri di rumah.

Entahlah, mungkin selagi kesabaran aku masih ada. Bila difikirkan balik, mungkin dia mula bosan kerana tak bekerja dan hanya menjaga anak di rumah. Tapi adakah dengan alasan bosan sahaja cukup untuk dia merisikokan rumah tangganya sendiri.

Aku faham situasinya dan aku pun selalu galakkan dia untuk sertai apa – apa aktiviti luar seperti zumba dan sebagainya untuk dia berkawan dengan kawan perempuan sahaja. Sejujurnya dia pun bukanlah seorang isteri yang tak baik. Dalam hal – hal lain dia okey dan aku puji dia. Cuma sangat tak disangka dalam hal ini dia tewas dengan godaan sy4itan. Terima kasih pada yang sudi membaca. Aku mohon anda semua doakan dia betul – betul berubah.

Komen Netizen:

Rohayati Ahmad : Aku cuma nak cakap, pikat hati isteri awak semula. Buat macam mula – mula kawan dan bercinta dulu. Insya-Allah dia akan ke arah awak semula. Makin kerap bersama sampai dia tak ada masa nak pegang telefon. Percayalah dia akan ke awak semula dan meninggaIkan semua itu. Lakukan dengan ikhlas. Nanti dia sendiri ke arah awak tanpa awak minta.

Siti Khalizah : Pendapat aku, isteri kurang rasa sifat syukur. Bagi aku juga alasan yang diberikan tak munasabah sebab bosan dan agak melampaui batas sebagai seorang isteri apabila mahu civm dan peIuk dengan lelaki lain. Bagi aku suami kena memberi pengajaran dan mendidik dia supaya tak mengulangi lagi.

Namun dua bulan kemudian dia ulang semula perbuatan itu, seperti tak memikirkan suami dan anak dia sendiri. Ajarkan dia sifat syukur. Hantar dia hadir ke kelas agama. Saat ini suami bangunlah solat malam minta petunjuk dari Allah. Ubat bagi isteri adalah suami itu sendiri. Semoga masih boleh diperbaiki dan perIukan kerjasama antara dua hati. Jika hanya satu pihak sahaja yang berusaha, agak sukar untuk dipulihkan. Semoga berjaya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :