Kenapa Allah uji aku begini? Allah sayang atau bencikan aku? Biar aku ceritakan beberapa kisah aku yang aku rasa biar Allah cabutkan saja nyawa aku…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Nama aku Zue. Bukan untuk berpaling daripada takdir, cuma mahu mengeluh dengan beratnya beban yang berbalut dalam tubuh. Aku seorang yang intr0vert. Aku cuma boleh mendekati dengan orang yang aku selesa.
Memilih? Sump4h tidak. Aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi begini. Aku tak pandai bergaul. Aku rasa cemburu dengan kawan – kawan aku yang pandai bercakap, tidak gementar dan boleh masuk dengan semua orang.
Sedangkan aku? Aku takut untuk mulakan bicara, aku tak confident, aku rasa sangat berat untuk berucap. Aku paling pantang orang yang bermuka – muka, suka mengata orang dan buat kepala. Jadi, aku menjauhkan diri.
Boleh agakkan berapa saja kawan yang aku ada. Tapi aku selesa. Tak banyak karenah, hidup tenang dan tak perlu fikirkan apa orang nak kata. Walaupun begitu, bukan bermakna aku tiada masalah, ujian dan dugaan. Aku kadang – kadang terfikir, kenapa nasib aku diciptakan begini.
S4kit dan Iuka di d4da tu Allah tahu, tapi bertubi – tubi lagi ujian yang hadir. Kenapa Allah uji aku begini? Allah sayang atau bencikan aku? Biar aku ceritakan beberapa kisah aku yang aku rasa biar Allah cabutkan saja nyawa aku. Aku tidak sanggup lagi untuk meneruskan hidup dan hadapi ujian yang bagi aku sungguh berat.
Kisah pertama.. PILIH KASIH. Kisah ni berlaku dalam keluarga aku. Ketaranya tak lain tak bukan mestilah mak aku. Mak aku ni nak kata miskin tak jugak, kaya pun tak. Sedang – sedang saja. Bila kahwin dengan ayah aku, dia banyak makan hati dengan mentua yakni mak kepada ayah.
Nenek aku ni la yang start dengan pilih kasih dulu. Mak aku ni aku boleh kata menantu yang tak dirai la sebab mak aku memang tak cantik. Nenek aku kata mak aku ni orang ulu (orang pendalaman) dan hitam! Memang mak aku berkulit gelap sebab atuk aku orang Indonesia yang bermastautin di Malaysia.
Tapi, adakah mempunyai title sebagai ibu mentua boleh mengutuk dan meny4kiti insan bernama menantu? Seraya dengan itu, aku syak mak aku yang terani4ya dan terIuka dengan nenek aku terikut – ikut dengan tragedi yang menimpa dirinya.
Mak aku jadi 0bses melihat orang – orang yang cantik dan dia akan menyanjung serta menjadikan mereka ‘favourite people’ dalam hidup dia. Oh ya, mak dan ayah aku dah bercerai setelah 22 tahun hidup bersama. Semuanya disebabkan nenek aku.
Memiliki menantu lain yang cantik membuatkan nenek aku selalu menyuruh ayah aku untuk mencari isteri lain yang ada rupa. Jahat tak nenek aku ni? Aku dan adik – adik yang lain memang tak pernah dilayan nenek sebab kami ni bagi dia, tak cantik.
Jangan tanya mana perginya ayah aku. Aku tidak bernasib baik untuk memiliki seorang ayah yang penyayang dan mengambil berat akan perihal anak – anak. Sekarang pun, aku tak tahu apa yang ayah aku buat tapi aku tahu rumah ayah aku dan isterinya.
Aku cuma pergi setahun sekali sahaja sewaktu raya. Selebihnya, aku tidak ambil peduli. Berbalik kepada mak aku. Antara kami adik beradik, abang aku yang sulung dan adik bawah aku ni boleh tahan sedap mata memandang.
Aku dan adik bongsu memang out la daripada istilah cantik. Cantik bagi mak adalah berkulit putih. Aku dan adik memang gelap. Ikut mak aku laa.. Favouritism berlaku di sini. Mak aku punya sanjung pada abang dan nana (adik aku) umpama menyanjung malaik4t.
Jadi, apa yang membuatkan aku sedih? Ini ceritanya.. Memang dari kecil mak aku nak anak – anak dia berjaya sebab dia tak mahu kami dih1na sebagaimana dia dih1na. Mak aku tak belajar tinggi. Sebab orang kampung kut, cukup sekadar SPM.
Aku sedar akan nasihat itu dan memang aku yang paling menyerlah antara adik beradik aku dari segi pelajaran. Aku baru saja mendapat PhD di salah sebuah universiti tempatan. Alhamdulillah. Cuma perkara yang membuatkan aku rasa s4kit di mana, aku dibuat seperti insan yang tiada perasaan oleh mak aku sendiri.
Bayangkan lah, mak mahu aku belajar tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan bergaji tinggi. Impian mak umpama menanti salji di bumi Malaysia. Sukar untuk berlaku tapi tidak must4hil dengan kuasa Tuhan.
Selepas tamat ijazah, aku belum mendapat kerja. Selama 3 bulan aku di rumah dan setiap hari mencari kerja, mak aku memusvhi aku dengan tidak bercakap dengan aku. Aku yakinkan mak bahawa rezeki Allah yang beri.
Tapi apa boleh aku buat, sebab aku bukan anak yang dikasihi, jadi segala apa yang aku lakukan ketika itu menjadi satu kesalahan dan ungkitan. “Belajar tinggi tapi goyang kaki”. Itulah kata – kata keramat yang mak aku bagi setiap kali anginnya naik walau ribut tidak melanda.
Goyang kaki? Aku sibukkan waktu aku dengan membuat kelas tuisyen. Aku mengajar dari rumah ke rumah dan di pusat tuisyen. Gaji aku sebulan dalam lingkungan 700 – 1000 ringgit mengikut kekerapan kelas yang aku buat.
Aku tetap hulurkan pada mak RM200 sebulan. Tapi seperti yang aku cakap, aku bukan anak yang dikasihi. Jadi 200 ringgit tidak membuatkan mak bahagia. Bagi mak, level ijazah boleh bagi 500 – 1000 ringgit kepada ibu bapa.
Allahu mak.. mengapa engkau begitu.. Aku m4kin tertekan. Mak acap kali berleter sampai ke tahap m4ki hamun. Setiap hari mak bertanya, kenapa aku belum mendapat kerja tetap / kerja kerajaan? Sungguh jika aku mempunyai kuasa seperti Tuhan, aku sendiri akan melantik diri aku sebagai KETUA PENGARAH di jabatan kerajaan.
Gaji semestinya ratus ribu. Aku pun boleh bagi mak beribu – ribu. Aku pelik, kenapa dengan mak? Bukankah seorang ibu perlu meIindungi anak – anaknya? Kenapa mak begitu? Amvkan mak berada di tahap paling tinggi semasa di bulan ke TIGA aku menganggur.
Lantas aku membuat keputvsan untuk melarikan diri ke Selangor. Tibanya aku di sana, kawan baik aku, Eli yang membantu aku mencari pekerjaan. Alhamdulillah rezeki dari Allah, aku bekerja sebagai seorang jurutera dengan gaji permulaan sebanyak RM3000.
Waktu itu tahun 2011. Dengan gaji sebanyak itu, sangat cukup untuk aku. Bulan pertama aku di bumi Selangor, aku belum mendapat kerja. Mak aku langsung tidak mencari aku. Eli dan keluarganya yang 100% membantu aku.
Bila aku sudah sebulan bekerja, tiba – tiba mak call aku dan meminta aku untuk memberinya duit bulanan. Aku syak adik aku yang bongsu beritahu mak sebab aku pernah call adik untuk bertanyakan khabar. Apa yang boleh aku buat? Dia seorang ibu.
Fast forward, tahun 2021. Adik aku, Nana sudah 4 tahun bergraduasi. Tapi sebulan pun nana belum pernah bekerja. Nana berkahwin dan sekarang memiliki seorang anak. Boleh teka apa yang berlaku? Sikit pun mak tak pernah bising nana tidak bekerja dan tidak menghulurkan mak duit bulanan.
Malah mak menjaga anak nana FREE OF CHARGE sedangkan mak offer diri untuk menjaga dua orang anak aku dengan bayaran sebanyak RM500 sebulan. Di mana keadilan? Sama seperti abang aku yang bekerja sebagai tentera dan bergaji hampir 6000.
Tetapi p0tongan bulanan untuk mak hanya RM100 berbanding isterinya, RM500. Aku? Duit bulanan tetap RM350 + mengasuh anak -anak aku RM500. Jadi total yang wajib aku berikan pada mak ialah RM850 sebulan.
Namun mak tidak pernah merungut tentang abang dan Nana. Aku dan suami bekerja. Anak sulung aku darjah 1 dan anak kedua tadika. Aku bercadang untuk transitkan anak – anak aku di tadika yang sama dan perlu membayar sebanyak RM250 sahaja sebulan tetapi mak mem4ksa untuk letakkan mereka pada mak.
RM850 kepada mak daripada aku dan suami aku perlu membayar yuran tadika serta duit poket anak. Jumlahnya berganda – ganda. Pada aku jangan kedekut dengan ibu sendiri. Tapi kesannya, aku tak mampu untuk menyimpan. Gaji yang hanya cukup – cukup untuk keluarga kecil aku. Sedihnya bukan hanya pada gaji, tapi sikap mak. Adilkah?
Kisah sedihku yang kedua.. KERJA. Ya, gaji aku walaupun mempunyai PhD, hanya RM2100 sebagai guru Bahasa Inggeris di sekolah swasta. Aku tidak lagi di Selangor tetapi sudah menetap di Perak mengikut suami yang bekerja di sini.
Mulanya sayang untuk aku melepaskan jawatan sebagai seorang jurutera. Tetapi apabila suami sudah bersuara untuk tinggal bersama, aku akur selepas tahun keempat bekerja. Setahun PJJ, akhirnya aku menetap bersama suami di rumah sewa kami.
“B0doh!” Kata mak kepada aku dek kerana berhenti kerja dan tidak mampu untuk memberinya duit bulanan. Aku start job hvnting. Semenjak itu, rezeki aku ke arah bidang pendidikan. Aku mendapat tawaran sebagai guru ganti dan bekerja di beberapa buah sekolah selama 2 tahun.
Alhamdulillah, ada gaji dan boleh memberikan mak RM250 sebulan. Tapi, mak macam biasa, masih tidak puas hati. Setiap kali aku pergi rumah mak, mesti dia menyalahkan aku tidak minta kerja kerajaan seperti abang aku.
Mak, kalaulah kita ada kabel atau Allah bagi rezeki itu, InsyaAllah aku akan dapat kerja tetap. Tapi mak, rezeki bukan di tangan manusia mak. Aku hanya mampu meminta mak berdoa. Terkilannya aku tatkala dih1na dan diherdik mak.
Sambil – sambil aku sambung master, aku harap aku boleh menjadi pensyarah. Tapi, sekali lagi, belum rezeki aku. Lantas aku mengambil keputvsan untuk berhenti menjadi guru ganti dan menyambung PhD. 3 tahun berlalu, tahun 2019, aku tamat belajar.
Sekali lagi aku job hvnting. Aku mendapat peluang bekerja sebagai guru di sekolah menengah swasta. Sambil – sambil aku mencari peluang di universiti tempatan dan swasta, aku kerja saja di sekolah itu supaya di mata mak, aku bekerja.
Sehingga ke hari ini, cukup dua tahun aku berkhidmat dan masih berkhidmat. Aku kecewa dengan hidup aku yang aku rasakan sangat tak berguna. Kenapa aku belum dikurniakan pekerjaan yang tetap? Rakan – rakan aku yang sebaya rata – rata sudah mempunyai gaji 5000 – 6000 sebulan kerana mereka memasuki sektor kerajaan sebaik sahaja habis belajar.
Tapi aku? Aku bersyukur aku masih mendapat kerja berbanding mereka yang belum dikurniakan rezeki. Cuma, aku inginkan kestabilan dalam hidup. Entah lah.. aku tak rasa organisasi yang aku masuk ni boleh bertahan. Sekolah swasta ye, berg4ntung dengan jumlah murid. Gaji guru – guru juga sangat berg4ntung daripada bayaran yuran murid.
Kisah ketiga.. BUKAN MENANTU PILIHAN. Seraya dengan pilih kasih daripada mak dan kerja yang belum muncul, aku diuji dengan keluarga mentua aku sendiri. Untuk pengetahuan para pembaca, mak suami aku berper4ngai sebijik seperti nenek dan ibu aku.
Memilih rupa untuk mengasihi. Mempunyai menantu yang cantik membuatkan mentua aku angkuh dan sangat berIagak dengan aku. Aku dan suami dipulaukan oleh mereka (mentua dan adik beradik suami). Suami aku diperlakukan begitu kerana dia lebih memilih aku berbanding mereka.
Maka, kata – kata buruk serta fitnah ligat di mulut mentua dan kakak ipar aku sehinggakan menjatuhkan maru4h aku dan suami. Jangan tuduh aku tidak mengambil hati mereka. Malah apa yang aku dapat cuma hirisan sembilu yang menyi4t – nyi4t hati serta perasaan aku.
Hampir mer0yan aku sewaktu mengandung dek kerana fitnah kakak ipar aku. Aku bersyukur suami aku banyak menyabarkan aku serta membantu untuk memulihkan mentaI aku. Aku sekarang tidak lagi terhegeh – hegeh.
Sudah bertahun aku tidak jejakkan diri ke rumah mentua. Suami pula sekali sekali. Namun, aku tidak pernah menghaIang suami untuk ke sana. Malah, aku berkali – kali cuba untuk mengundur diri. Tapi, nasib aku baik. Suami aku tersangatlah baik. Alhamdulillah.
Kenapa ipar memfitnah? Biasalah, bila kita yang tiada rupa, buat apa saja menjadi satu kesalahan. M4buk l0ya waktu mengandung membuatkan aku tidur sehingga tidak sedarkan diri. Mereka datang untuk mengambil barang daripada suami aku.
Dilihatnya aku tidak keluar bilik, dushhhh heboh di Facebook katanya aku menantu h4ntu. Suami aku pegang aku erat waktu aku hampir rebah. Merayu – rayu memohon maaf bagi pihak keluarganya. Bukan aku sahaja. Anak – anak aku juga m4ngsa mereka.
Langsung tiada hirauan seperti cucu – cucu anak menantu kesayangan. Sedihnya bukan kepalang. Kadang – kadang sewaktu solat, aku menangis tanpa sedar. Henjutan bahu membuatkan aku tersentak dan kembali ke alam realiti bahawa aku sedang hebat menangis.
Bukan aku tidak berdoa. Bukan tidak tawakal. Bukan jua tidak berusaha. Jadi, apa lagi yang perlu aku lakukan. Ujian yang bertubi – tubi membuatkan aku selalu berdoa untuk Allah ambilkan saja nyawa aku. Tapi, bagaimana dengan anak – anak aku?
Allahu.. s4kitnya d4da aku menahan sesak. Punahnya jiwa aku umpama Tsunami melanda. Kenapa ya Allah? Apa sebenarnya yang Allah takdirkan untuk aku? – Zue (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Evelyn Alisha : Bersabar lah ya puan.. Walaupun dapat mak dan mertua teruk per4ngai pun, Allah tetap berikan suami yang terbaik untuk puan. Selain itu puan memiliki anak – anak yang sihat, ada kerja walaupun tidak sehebat rakan sebaya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain kalau tak memang takkan habis rasa rendah diri tu. Ingatkan diri sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan.
Wan Azman : Teruskan memberi belanja bulanan tu kerana Allah. Jangan kecewa dengan apa yang berlaku. Awak sedang di uji, dia juga sedang diuji oleh tuhan. Berdoa dan bermunajatlah kepada ‘tuhan pemilik Hati’, semoga akhirnya dia berubah dan menjadi lebih baik serta adil terhadap awak.
Nor Ariffin : Rasa geram sangat bila seorang ibu yang sepatutnya meIindungi dan sentiasa beri moral support, bersikap pilih kasih. Anak saya 4 orang, ada yang putih, ada yang gelap, ada gemuk, ada kurus. Tapi semuanya sama di mata saya, sama cantik je sebab mereka lahir dari rahim saya.
Itulah kurniaan Allah, mana ada buruk. Bertabahlah TT, ini ujian, jangan fikir sangat ketidakadilan itu. Fikirlah TT dulu menumpang dalam rahim ibu, dia jaga dan susukan. Bersabarlah dengan kerenahnya, moga Allah baIas kesabaran itu dengan takdir yang baik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.