Saya nampak perubahan mak, dah bertahun mak tinggal solat. Mak ayah tidur bilik asing, malam-malam 2-3 pagi mak tak tidur asyik berTikTok..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

perubahan mak

Saya tidur sebilik dengan mak, ayah tidur sorang. Yang buat saya paling sedih, dah bertahun-tahun mak tinggal solat sampai saya tak ingat bila kali terakhir nampak mak sujud. Malam-malam pukul 2-3 pagi mak tak tidur, leka layan TikTok sampai menari dan cakap merapu sambil rakam video..

#Foto sekadar hiasan / AI. Akak – akak, abang – abang, saya nak minta pendapat. Saya dah tak tahu nak luah dekat siapa. Apa yang saya nak cerita ni melibatkan aib keluarga, sebab tu saya pilih nak cerita kat sini. Tak ada siapa yang kenal kami.

Terima kasih, min, kalau sudi siarkan. Saya umur 24 tahun, masih bujang, dah habis degree dan sekarang kerja sambilan. Saya harap ada yang boleh bagi pandangan sebab saya sendiri dah buntu. Saya stres sebenarnya. Kadang – kadang terfikir nak jumpa terapis, tapi kat tempat saya ni tak ada terapis swasta.

Saya duduk kat pekan kecil. Hospital kerajaan yang terdekat tu pun saya tak pasti ada terapis ke tak. Kalau ada yang pernah pergi, macam mana caranya ya? Cuma tulah, saya masih tinggal dengan keluarga. Keluar rumah kejap nak bagi kucing makan pun bila masuk balik orang tanya, “Buat apa keluar tadi?” Apatah lagi kalau saya nak pergi jumpa terapis.

Mesti ditanya pergi mana, beli apa. Kalau kata pergi beli barang, nanti tanya pula, “Mana barang?” Telefon pun sama. Habis je saya bercakap, mulalah orang tanya, “Siapa call? Dia nak apa? Sembang apa tadi?” Kadang – kadang saya tunggu semua orang tidur sebab ingat bolehlah borak sekejap.

Rupanya ada juga yang curi dengar. Lepas tu tanya lagi saya buat apa tadi. Saya faham mungkin diorang ambil berat, tapi takkan semua benda pun nak tahu? WhatsApp saya, kakak buka macam tu je. Akaun media sosial lain pun sama.

Sebab tu sampai sekarang saya lebih selesa single. Nak bercinta pun malas bila fikir nanti kena sorok chat, kena tutup noti. Leceh. Saya tidur sebilik dengan mak. Ayah tidur sorang. Mak pula selalu leka tengok TikTok sampai pukul dua, tiga pagi.

Kadang – kadang dia menari, kadang dia cakap benda merapu sambil rakam video. Kalau esoknya saya kena bangun awal, memang susah nak tidur. Bunyi TikTok kuat, lampu bilik pun terpasang. Esok pagi saya dah bangun, mak sedap tidur lagi. Dalam pukul sepuluh baru dia bangun. Kakak saya pun lebih kurang macam tu.

Bila saya bangun awal, ada benda saya sendiri nak buat. Nak mohon kerja, kemas kini resume, kadang nak siapkan bahan untuk kerja sambilan saya. Tapi bila mak dengan kakak bangun pukul sepuluh, diorang nampak air belum masak, dapur belum lap, kain belum sidai, kucing belum makan, terus saya kena tanya, “Bangun awal tadi buat apa?”

Padahal hari biasa memang pukul sepuluh baru kami mula buat kerja rumah. Tapi kalau saya bangun awal, macam rugi pula pada diorang kalau saya tak gunakan masa tu untuk siapkan semua. Habis tu, bila saya nak buat kerja saya?

Siang nanti saya kena jaga anak buah, tolong masak. Saya pun nak mandi, nak solat. Kadang – kadang rasa 24 jam tu tak cukup. Nak duduk sorang kejap pun susah. Yang lagi buat saya penat, tiap – tiap hari mak mengadu pasal ayah dekat saya.

Baru bangun tidur dah cerita pasal ayah. Petang tengah sembang benda lain pun boleh masuk balik cerita pasal ayah. Malam sebelum tidur pun sama. Ada je yang mak tak puas hati, pasal duit, pasal kerja, pasal cara ayah uruskan keluarga.

Ayah saya pun satu hal juga. Bab duit nafkah untuk mak, dia memang culas. Makan minum ayah sediakan, bil rumah pun dia bayar, alhamdulillah. Cuma mak ni suri rumah. Duit yang ayah bagi kat tangan mak dalam RM200 sampai RM400 sebulan.

Duit itulah mak guna nak beli barang rumah, barang sendiri, sabun dan macam – macam lagi. Umur mak dah dekat 60 tahun, tapi simpanan sendiri pun tak ada. Apatah lagi duit nak pergi umrah atau haji. Saya kesian tengok mak.

Saya nak tolong pun gaji saya kecil je. Bila saya nak cari kerja tetap, kena halang pula. Itu yang kadang – kadang saya tak tahu nak buat macam mana. Ada satu lagi hal pasal mak yang saya selalu fikir. Mak dah lama sangat tak solat.

Mandi pun kadang sehari sekali, kadang dua hari sekali. Pernah saya cakap elok – elok dekat dia, “Mak cuba solat, mana tahu hati mak boleh tenang sikit.” Saya dah tak ingat tahun bila kali terakhir saya nampak mak solat. Ayah ada juga saya nampak solat.

Kakak pun kadang – kadang ada. Mak ni, masa saya kecil dulu sekali – sekala nampaklah. Sekarang dah bertahun saya tak nampak langsung. Saya bentang sejadah, solat kat sebelah dia pun dia buat biasa je. Kadang – kadang saya tertanya, macam mana nak lembutkan hati mak supaya dia nak solat balik?

Saya cuba tunjuk contoh, saya doa untuk dia. Tapi hidayah tu milik Allah juga, kan? Rasanya sampai sini dululah saya cerita. Ikutkan banyak lagi yang saya pendam. Nak cerita dekat kawan, diorang kenal keluarga saya. Sebab tu kadang – kadang saya teringin ada seseorang yang langsung tak kenal saya, yang saya boleh ajak borak dan luah apa yang terbuku tanpa risau dia tahu siapa mak, ayah atau kakak saya. Terima kasih sebab sudi baca sampai sini. Tolong doakan saya kuat dan dapat bawa perubahan yang baik untuk keluarga saya. – Lolipop (bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Mawar Putih : Kamu ada kemampuan dan pelajaran untuk naikkan taraf hidup. Dah dewasa buatlah keputvsan yang tepat dan bagus untuk masa depan. Jangan terbelenggu dengan bayangn nak perlindungn dari keluarga macam kecik – kecik dulu. Dah tak sesuai. Dah rasa tertekan. Boleh mula langkah pertama. Moga bahagia.

Maya Mohd : Saya pernah melaluinya, terp4ksa dahuIukan orang lain dari diri saya. Saya terlepas dari semua itu selepas berhijrah ke KL. So, the only way to get out from there is to get a job and get married. Good luck!

Siti Salwah : Kesiannya tt. Rumah bukan syurga untuk tt. Cari kerja jauh so ada alasan kukuh untuk pindah. Mak tt masih ada suami tapi kenapa tidur asing? Dan agak pelik untuk orang berumur masih tak mahu solat. Mudah – mudahan Allah buka hati mak tt kembali ke jalan Allah. Tapi tt memang kena pindah untuk selamatkan em0si sendiri. Usahakan bab tu dulu.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5174 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.