
Masa sekolah menengah, kawan baik aku selalu datang rumah. Mak aku merungut, dan tuduh kawan baik aku curi duit. Mak dah tak nak bagi kawan baik aku masuk rumah. Aku plan supaya mak kemaIangan..
#Foto sekadar hiasan. Aku rasa aku ada masalah mental sejak kecil tapi tak pernah kena diagnose. Tak nak self diagnose pun tapi ciri – ciri extreme tu ada. Masa aku darjah 3 ada seorang cikgu ni suka raba – raba tangan aku, dia selalu kata tangan aku ni gebu putih nak rasa sikit boleh tak. Aku tak berani nak tolak.
Satu hari aku dengar ustazah bagi ceramah untuk darjah 6, ustazah tu kata lelaki dan perempuan tak boleh sentuh – sentuh, nanti mengandung. Aku pun terus takut aku mengandung sebab cikgu tu sentuh – sentuh tangan aku dan duduk rapat dengan aku.
Masa tu aku budak – budak lagi, terus takut. Walaupun tak ada kena lebih lebih pun. Aku salah faham bab duduk rapat tu. Satu masa tu aku nampak cikgu tu turun tangga, aku tolak cikgu tu. Cikgu tu jatuh tergolek – golek sampai bawah dan tak sedarkan diri.
Aku berlari ke tingkat 4 bangunan sekolah, aku rasa nak terjun. Aku pendek tak sampai nak panjat, masa aku nak cari kerusi ada sorang budak lelaki tu ajak aku makan aiskrim free, dia kata pakcik eskem depan sekolah bagi free. Aku pun ikut dia.
Lepas makan aiskrim tu ayah aku sampai. Aku pun balik. Esok tu cikgu kelas aku bagitahu cikgu yang aku tolak tu cuti sebulan. Sampai hari ni kot tak ada siapa tahu aku yang tolak dia. Oh ya, budak lelaki yang ajak aku makan aiskrim tu aku namakan dia K.
Dah lama aku kenal K tapi tak pernah ambil perduli pasal dia sampai la kejadian tu. K dengan aku selalu balik paling lambat di sekolah sebab mak ayah kami berkerja. Sekolah habis dalam 12 tapi kami menunggu di kantin sampai asar untuk dijemput. Sekolah rendah.
Satu hari tak tahu macam mana, tiba – tiba mak ayah aku dengan K sepakat untuk saling tumpangkan anak masing – masing. Sebulan ayah aku pickup aku dengan K dan bulan depan ayah K pula. Habis sekolah, K balik rumah aku sambil nak tunggu ayah dia jemput.
Beberapa bulan lepas tu, mak aku kata duit selalu hilang sejak K menumpang rumah ni. Mak aku pesan kat ayah, kalau budak K tu datang, suruh dia tunggu luar rumah je, tak payah jemput masuk, bukannya lama nak tunggu ayahnya datang.
Aku tak tahu kenapa, tiba – tiba rasa panas hati dengar ayat mak aku. Aku cakap dalam hati, sampai hati mak tuduh K mencuri lepastu tak bagi dia masuk rumah, tanpa K aku mungkin dah dalam kubvr kot. Hari cuti, aku ambil pis4u, aku t0reh tayar moto mak aku.
Aku tak ingat dalam mana aku buat. Aku tahu mak aku akan guna moto tu ke ladang waktu pagi hari cuti. Aku senyap – senyap berharap mak aku eksiden. Waktu zohor, ayah aku dah resah biasanya mak aku balik sebelum zohor. Aku bagitahu ayah aku, mak kata balik lambat sikit dan akan terus ke surau waktu zohor (aku tipu). Sampai asar mak aku tak balik lagi.
Waktu isyak orang kampung jumpa mak aku dah meninggaI dalam lubang. Moto tertindih mak dan muka masuk dalam lopak air dalam lubang tu. Lemas. Yang pelik, aku tak sedih pun tapi aku happy sebab K boleh masuk rumah kitorang macam biasa.
Aku macam obses dengan K, slow – slow aku pisahkan K dengan kawan – kawan dia. Aku tulis surat layang palsu, aku curi barang K lepas tu tuduh kawan lain dan banyak lagi. Akhirnya K kawan dengan aku sorang je. Aku dengan K kawan sampai sekolah menengah sama, matrikulasi sama, dan universiti sama.
Lepas degree, K dapat tajaan penuh buat master kat oversea. K suruh aku checkkan keputusan interview tu dan bagitahu dia, aku cakap tak berjaya dan diam – diam aku tekan “reject offer”. K terus move on dan tak ada double check atau buat rayuan apa pun. Selamat aku.
Masa intern, ada sorang makcik cleaner ni suka simbah air untuk cuci toilet masa ada orang dalam toilet. Boleh je rasanya tunggu orang keluar. Kami yang masuk dulu, bukannya kami masuk masa dia mencuci. Satu hari aku masukkan rantai emas korea aku dalam trolly cleaning makcik tu.
Aku buat – buat menjerit menangis rantai emas 916 aku hilang kat toilet. Aku kata aku buka kejap rantai tu sebab rambut aku tersangkut dekat rantai tu dan aku lupa ambil semula. Lepas boss check cctv, aku, sorang lagi staf perempuan dan makcik cleaner je yang keluar masuk toilet.
Lepas check locker dan tempat duduk staf perempuan tu, kami menuju ke trolly makcik cleaner tu. Faham – faham je la apa jadi. Dia kena buang kerja. Senang hati aku. Lepas intern, aku dengan K sama – sama kerja di tengah – tengah KL. Umur masuk 25 tahun, aku ajak K kahwin, dia pun ok je. Senang kan huhu.
Sebelum kahwin, ada boss aku ni menggatal dengan aku. Dia kata kalau nak cuti panjang untuk kahwin kena ikut dia pergi “outstation”. Aku tahu dia ada anak baya – baya aku. Aku pm anak dia dekat IG dan kata ayah dia ni menggatal dengan aku.
Aku bagi anak perempuan dia tu login IG aku dan chat direct dengan ayah dia. Si ayah hantar gambar tak senonoh, terus anak perempuan dia bagitahu mak dia (isteri boss). Beberapa hari lepas tu boss aku cuti tanpa gaji. Cuti aku diluluskan oleh boss besar.
Aku sebar chat tu dan pura – pura menangis meraung yang aku m4ngsa keadaan. Boss besar bagi aku cuti 3 bulan bergaji hadiah aku kahwin dengan syarat aku tak report polis. Nanti nama syarik4t naik. Aku ok je. Syiok cuti huhu. Habis 3 bulan cuti, aku berhenti kerja notis 24 jam.
Lepas kahwin tu aku cakap dekat K, kalau dia curang aku p0tong dia punya tutt, dia ingat aku gurau kot, dia gelak dan aku pun senyum. Dia tak kenal aku betul, tapi aku akan buat kalau dia curang. Aku rasa aku giIa (maybe) tapi aku tak berani nak dapatkan diagnosis sebetulnya sebab takut kantoi apa yang aku buat masa darjah 3 tu. Dalam kepala aku, kalau orang tu buat salah dengan aku, aku terus fikir nak balas pada orang tu. Aku baik je cuma jangan buat hal dengan aku je. – Izzah (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nur Asiyah Mohd Nordin : Ya Allah kurniakan kesembuhan pada dirinya. Dan sekiranya dia tidak bertaubat atas perbuatannya yang mengani4yai orang lain, kau timpakan azab-Mu yang pedih. Agar tiada lagi orang yang tidak bersalah meninggaI kerana perbuatannya.
Sherry Na : Orang tak tahu tapi Allah tahu semua. Dunia maybe lepas tapi kat akhirat tak ada satu pun dapat disembunyikan. Semua makhluk akan m4ti. Hidup tak berakhir kat dunia. Sebab kamu tak minta bantuan even dah tahu diri bermasalah, so alasan apa nak bagi kat Tuhan? Tu jelah saya nak tulis.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.